Tuesday, September 12, 2017

Resepi Roti Puri Cepat, Mudah dan Sedap

Resepi Roti Puri Cepat, Mudah dan Sedap
Resepi Roti Puri Cepat, Mudah dan Sedap | Selain tosai, Lin suka makan roti puri. Panas, garing dan flaky dicecah pula dengan sambal tumis atau kuah kari pekat. Memang terangkat!

Senang je buat roti puri ni. Ada banyak versi, ada yang guna yis/mauripan. Tapi hari ni Lin nak kongsi resepi Roti Puri Paling Cepat, Mudah dan Sedap dan tersangatlah elok kejadiannya. Hanya guna 4 bahan yang pastinya sentiasa ada di dapur anda.
Resepi Roti Puri Cepat, Mudah dan Sedap
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
150ml air
1 sdt garam
1 sdt minyak masak/minyak sapi

Cara-caranya:
1. Gaulkan tepung serta garam bersama-sama air yang diletakkan sedikit demi sedikit.
2. Uli sehingga doh tidak melekat pada bekas dan tangan.
3. Letakkan minyak dan uli lagi sehingga doh lembut.
4. Biarkan doh selama lebih kurang 20 minit.
5. Uli sedikit dan bahagikan doh kepada bola sebesar bola golf (saiz bergantung pada anda - Lin suka buat kecil-kecil, boleh dapat 12 biji 1 adunan)
6. Canaikan doh dalam setengah inci dan goreng dalam api sederhana. Benamkan sedikit doh bagi dia menggelembung. Terbalikkan sekali.
7. Sedia untuk dihidangkan.

Jika ada banyak baki doh, boleh frozenkan doh yang telah dicanaikan dan lapiskan plastik/cling film untuk elakkan doh melekat antara satu sama lain. Bila nak makan, keluarkan dari peti sejuk dan biarkan seketika sebelum digoreng.

Selamat mencuba!

12 comments:

Amanda Suria said...

Dari tu akak nak buat...x jadi2...haih xde seni langsng la tangan akak kalau buat kuih

Siti Rohaida Yusof said...

hadoiii...makan petang2 memang syok...

julia jamaludin said...

hurmmm.......balik ni nak buatlah..

Hernee Nazir said...

akak tak try lagi ni..

Suzlin Azreena Nordin said...

Cuba lagi kak.

Suzlin Azreena Nordin said...

Pagi petang siang malam memang syok 😂

Suzlin Azreena Nordin said...

Buat kak. Selamat-selamat.

Suzlin Azreena Nordin said...

Cuba kak. Sekejap je buatnya ni. Sebelum tidur uli jap, esok pagi boleh goreng.

Anonymous said...

Serius ye x yah guna mauripan..? Berdebar plak nak try x guna yis.. hehehe

Suzlin Azreena Nordin said...

ye betul wak. tapi teknik goreng tu kena minyak banyak and simbah2 sikit minyak kat atasnya. jangan tekan nnt tak kembong.

Mas Zull said...

assalamualaikum lin...bestnya ....makan petang cicah kari mmg sedap la...
** Mama Maszull

Unknown said...

Dah banyak Kali buat sedap cicah curry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...