Wednesday, September 13, 2017

Resepi Telur Masak Kicap Paling Sedap dan Mudah

Resepi Telur Masak Kicap Paling Sedap dan Mudah
Resepi Telur Masak Kicap Paling Sedap dan Mudah | Memanjang kongsi resepi simple dan mudah. Harap bertabah. Tapi memang tak dinafikan lauk "evergreen" ni memang legend. Kalau masak mesti menyesal sebab makan nasinya bertambah-tambah.

Ada macam-macam versi, ada yang suka bubuh halia. Nak lagi berkhasiat, boleh tambah carrot, kentang, tomato, lada benggala dll. Tapi hari ni Lin nak share yang paling basic dan senang.

Bahan-bahan:
4 biji telur (goreng satu-satu dan ketepikan)
3 ulas bawang kecil atau 1/2 bawang holand - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
4 sdb kicap manis cap kipas udang atau 4 sdb kicap masin (suka hati)
2 sdb sos tiram
1 sdt lada putih
1/2 gelas air
Cili - diracik (suka hati)

Cara-caranya:
1. Tumis bawang sehingga naik bau dan masukkan sos tiram, kicap dan lada putih.
2. Masukkan air serta cili dan kacau sikit.
3. Masukkan telur, gaul dan biarkan mendidih sehingga kepekatan yang awak suka.
4. Sedia dihidangkan panas-panas.

Simple kan? Lin memang suka lauk-lauk simple dan cepat ringkas ni. Maklumlah, mak anak ramai memang sentiasa terkejar-kejar. Lauk macam ni 10 minit pun boleh siap.

Kalau masak kicap viral tu, lagi senang. Goreng telur mata kerbau, bubuh kicap, potong cili dan bawang, tabur kat atasnya. Nak makan perah limau nipis. Selamat mencuba!

9 comments:

Amanda Suria said...

Kalau dh x tau nak masak apa kan..SA biasanya masak telur goreng kicap..makan ngan nasi panas2..laju je tambah nasi tanpa rasa bersalah

Uyul Rosli said...

mudah resepi ni boleh cuba
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

Suzlin Azreena Nordin said...

Itulah kakak 😂

Suzlin Azreena Nordin said...

Lauk bujang orang kata~

Dedaun Comel said...

Simple dan mudah.. memang sesuai untuk saya yang bujang

Lina Shaza said...

Lina suka menu ni bila xde lauk...selalu hari minggu la sebab malas nak keluar hihi...

Suzlin Azreena Nordin said...

betul tu.

Suzlin Azreena Nordin said...

samalah kita 😂

Mas Zull said...

assalamualaikum lin...menu yg simple tu la yg sedapnya...
** Mama Maszull

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...