Tuesday, May 9, 2017

AKAN DATANG: Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (#HPPNK2017)

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (#HPPNK2017) bakal lebih hebat berbanding edisi-edisi sebelum ini. HPPNK2017 telah diperkenalkan kepada umum 2 Mei lalu oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek.
Acara yang akan berlangsung dari 28 September hingga 1 Oktober di MAEPS Serdang ini bermatlamat mengiktiraf wira-wira tani Negara; peladang, penternak dan nelayan serta usahawan tani dalam mempertingkatkan kualiti sumber makanan kita, sesuai dengan temanya "Our Food Our Future".
Selain anugerah-anugerah untuk petani, pelbagai komponen pengisian telah diatur, antaranya Malaysia Food Festival 2017 (#MFF2017) dimana ianya merupakan satu ekspo hidangan dari seluruh negara dan kepelbagaian produk makanan serta untuk menghargai usaha seluruh komuniti di sebalik industri makanan di Malaysia. Melalui MyFF ini, para pengunjung berpeluang menikmati sajian makanan yang disediakan di samping dapat mendalami situasi pengeluaran, penghasilan dan persembahan makanan di Malaysia (Based on Farm, Food, Drinks and Experience Element; Farm-to-Fork)
Selain itu juga diadakan Persidangan Livestock Malaysia 2017, Konsert Rhythm of the Farmers (#ROTF), pameran agropelancongan, jualan hasil tani dan asas tani, dan sebagainya.

Adanya ruang yang luas di MAEPS Serdang, 850 gerai akan dibuka, yang dijangka menarik 500 ribu pengunjung, serta RM20 hingga RM30 juta hasil jualan. Dengan itu, ia menjadi salah satu platform paling ideal bagi  melancarkan produk dan perkhidmatan baru serta inovatif di samping membina perkongsian strategik bagi meningkatkan daya saing pasaran.
Menjangkakan sambutan yang hebat daripada orang ramai, beberapa syarikat swasta telah menyatakan minat untuk menjadi sebahagian daripada #HPPNK2017, termasuk AirAsia, CIMB Malaysia, RHB Group, Agrobank, Oblong Burger dan sebagainya.

Kementerian juga mengalu-alukan penyertaan daripada Exhibitor, jualan dan rakan strategik yang ingin terlibat dalam HPPNK kali ini. Untuk maklumat lanjut dan terkini @HPPNK2017 di Facebook, Twitter dan Instagram.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...