Thursday, April 20, 2017

Gerbang Percutian Sunway Hotel

sunway resort and spa
Sunway Hotel adalah tempat penginapan terbaik di Lembah Klang. Terdapat beberapa buah Sunway Hotel di negara kita. Kebanyakannya terletak di sekitar ibu negara, Kuala Lumpur, manakala ada juga yang terletak di bandar-bandar utama lain seperti di Seberang Jaya, Pulau Pinang dan di Tambun, Ipoh. Jadi jangan risau, kebanyakkan hotel yang bertapak di negeri negeri tersebut mempunya satu identity yang kukuh yang mencerminkan kualiti servisnya terhadap semua pelanggan.
Walaupun terletak di Lembah Kelang, Sunway Hotel amat popular dan terbaik sebagai tempat penginapan mahupun percutian yang serba lengkap termasuklah kemudahan pusat membeli-belah yang berhampiran serta hiburan dan rekreasi yang hanya dalam satu tempat. Jadi saya rasa, ia sangat sesuai bagi pelanggan untuk membeli belah. Saya juga rasakan ia sebenarnya sebagai satu kemudahann untuk pelanggan mendapatkan barang barang yang diinginkan.

Terkenal dengan hospitaliti yang mengagumkan, sememangnya Sunway Hotel adalah tempat penginapan yang menyediakan perkhidmatan terbaik sehinggakan mendapat maklum balas yang positif dari pengunjung terhadap pengalaman penginapan mereka di sini. Sudah tentu pelanggan akan mendapat layanan yang sangat baik daripada pihak hotel. Kualiti sevisnya terhadap pelanggan sangat dijaga. Etika terhadapat pelanggan juga sangat dititik beratkan. Ini adalah untuk memastikan pelanggan mendapat layanan yang baik serta berpuas hati dengan servis yang diberikan.
sunway resort and spa
Penginapan yang menenangkan menanti tetamu di Sunway Resort Hotel & Spa, yang menawarkan akses terus ke Taman Tema Sunway Lagoon dan Pusat Beli-belah Mega Mall. Ia menyediakan parking percuma serta kolam renang luaran. Union Pay diterima di hotel ini. Jadi lebih mudah sebenarnya untuk pelanggan daripada keluar mencari parking berbayar yang lain selain keselamatan juga terjamin. Pelanggan juga boleh memilih untuk pergi ke mana mana destinasi yang disukai tanpa perlu pergi jauh. Semuanya ada berhapiran dengan tempat penginapan pelanggan.
sunway resort and spa
Daripada reka bentuk bangunan, landskap, hiasan dalaman, layanan staf, kemudahan serta juadah yang dihidangkan, ianya telah dirancang dan disediakan secara profesional, teliti dan rapi demi menjamin kepuasan serta kualiti terbaik untuk pengalaman penginapan yang hebat buat semua pengunjung.

Bilik-bilik bertaraf 5 bintang di Hotel Sunway Resort ini terletak di Sunway Resort City (SRC), serta menawarkan pemandangan Sunway Lagoon atau latar langit di resort ini. Ia mempunyai TV satelit skrin rata, bar mini serta bilik mandi marmar dengan tab mandi. Ubat gigi, berus gigi dan peralatan mandian disediakan. Alat membuat teh Cina turut ditawarkan. Keadaan persekitaran disini sangat dijaga rapi oleh pihak hotel. Bersih kemas dan sangat teratur yang membuatkan pelanggan selesa untuk menginap di hotel ini. Memang sangat selesa dan menarik susunan perabot di hotel ini. Susunan dan dekorasi yang menampilkan gaya excusive dan moden. Sangat menarik dan mewah.

Pelanggan juga bole menikmati senaman penuh di pusat kecergasan yang serba lengkap. Selain itu, lawatan sehari juga boleh diaturkan di meja tempahan lawatan di Sunway. Rawatan yang menenangkan menanti tetamu di spa berinspirasikan Bali selepas seharian yang penuh dengan aktiviti. Pelanggan juga boleh mengihilangkan tekanan sementara menungggu. Menarik bukan?

Sunway Resort Hotel & Spa juga menawarkan akses ke Bas Rapid Transit (BRT). Bas-bas elektrik beroperasi ke Sunway-Setia Jaya, Mentari, Sunway Lagoon, SunMed, Şunu-Monash, South Quay dan USJ7. Sunway Resort Hotel & Spa berada 25 minit memandu dari Pusat Bandar Kuala Lumpur dan 35 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Jadi, bagi pelanggan yang menggunakan perkhidmatan awam. Ianya sebenarnya sangat membantu memudahkan perjalanan.
KL map
(Klik Gambar Untuk Besarkan)
Penginapan ini juga mempunyai salah satu skor lokasi terbaik di Kuala Lumpur! Tetamu lebih puas hati dengannya berbanding penginapan lain di dalam kawasan ini. Penginapan ini juga dinilai baik di Kuala Lumpur! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.

Sunway Hotel bukan sekadar tempat penginapan tetapi juga lokasi pilihan yang tepat untuk sebarang majlis mahupun seminar atau mesyuarat dengan kemudahan kelas pertama yang serba lengkap, moden dan terbaik. Jadi, book Sunway Hotel at Traveloka now!

(Image Source: Google)

3 comments:

Siti Rohaida Yusof said...

jom mak kita pergi bercuti...

Mar Mansor said...

Wah hotel best..belanja bilik seketol mak
JanjiKita

Mas Zull said...

assalamualaikum lin...wah!! bestnya...
** Mama Maszull

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...