Tuesday, October 18, 2016

MAK NAK MENGADU LAPAR! #ceritamak

kebelakangan ni, membuak-buak selera makan mak. mungkin sebab peningkatan permintaan susu sejajar dengan peningkatan usia bayi. *alasan, salahkan baby*
nasi lauk dah habis. jadi tatkala ini mak perhati saja mi cintan, dan bermonolog:
.
sebenarnya betul lapar ke boring?
sebenarnya haus ke lapar?
dah pukul 9 ni, patut ke makan berat-berat?
kalau masak mi, nak buat goreng ke buat sup?
.
ah~ banyak sungguh soalannya. perut dah lapar ni. dalam kegelapan mak cari pan ikea mak. cis, ianya dalam sinki tak berbasuh. seingat mak sebelum tidur kan bebudak ni, mak dah clearkan everything.
.
ni mesti kerja abah!
.
ah malas la basuh pinggan. seraya mak ambik roti dengan kaya and minum ESP shaklee tu. confirm kenyang sampai esok.

#ceritamak #misisihat #misikurus #gengsukamasak #gengtaksukabasuhpinggan #emotionaleater

1 comments:

YieN said...

Ehh ade erk megi gitu? Mcm nak kene cari jugaq ni, haha~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...