Sunday, October 16, 2016

BAHAYA UBAT KURUS! #ceritamak

LIN, HARI-HARI AKU TENGOK KO GIGIH NAK KURUS. AMBIK LA UBAT KURUS CAP **** NI.
.
mak senyum. tergoda juga mak, confirm kurus dalam masa seminggu tu! mak cakap terima kasih tapi mak tak ambik pun. sebab:

1. KKM tak ada. Kalau ada pun lesen dah betul, nama dah betul, tapi produk berbeza untuk 1 no pendaftaran. Macam mana tu?

2. Research tak ada. Tahu tak nak buat Panadol pun ambil masa berpuluh tahun buat test and research, berperingkat-tingkat, timbang tara pro and cons, baru lepas kat pengguna. Ini bila buat? Semalam?

3. Semulajadi. Memanglah semulajadi, tapi dos intake dia tu macam mana? Sesuai ke dengan mak? Digoxin, Aspirin pun dari pokok, banyak ubat pun dari pokok, semulajadi juga. Try makan lebih takde monitor tengok apa jadi.

4. Berkesan? Memang berkesan. Then makan ubat ni untuk kurus, apa yang mak perlu korbankan? Buah pinggang rosak? Rosak genetik? Period tak datang? Kacau hormon? Mood swing? Taknaklah, cukuplah perempuan ada mood swing period, mak tengah besarkan 3 superhero ni. Taknak mood-swing gila or pengsan-pengsan tak cukup gula.

5. Boleh explain how it work? Pharmacokinetic? Tak banyak, cuma dari absorb sampai excrete. Tak boleh? Sorry, anda sangat tak meyakinkan 😐

Banyak sebab. Dan SEBAB YANG PALING PENTING, SEBAB mak tak ambil so call "ubat kurus" entah apa yang dijual oleh penjual yang tak ada medical background pun, yang berlandaskan keuntungan semata:

MAK GEMUK MEMANG SALAH MAK, melantak tak beringat, bernafsu gitu. bukan salah gula, garam dan lemak. 😂

P/S: Nak ambil apa-apa ubat supplement hatta OTC sekali pun, please refer doctor or pharmacist.

#ceritamak #makpharmacy #masyarakatperlutahu #makberapidahni #maktengokpaperjohoreanpalingramaigemuk #johorsyurgamakanan #orangjohormasaksedap

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...