Wednesday, April 27, 2016

Resepi Homemade Meatball IKEA

Found this on Facebook. Parking, senang nak refer. Nak buatnya tak tahulah bila. Last time buat homemade meatball resepi lain.

Bahan-bahan:
500 gram daging cincang
1/2 biji bawang besar – cincang halus(*)
1 sudu besar mentega(*)
3/4 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh kryddpeppar atau mixed spices
1/3 sudu teh serbuk kayu manis
1/3 sudu teh gula
1-1/2 sudu teh garam
2 sudu besar bread crumb – kisar halus
30 ml susu segar
1 biji telur saiz ‘C’- saya tak guna tapi kalau nak boleh masukkan.

Langkah-langkah:
Tumis yang bertanda (*) sehingga keperangan dan ketepikan buat sementara.
Satukan bahan-bahan yang lain dan gaul rata. Masukkan bawang yang telah ditumis dengan butter. Uli sehingga sebati dan bulat-bulatkan ikut sebesar mana yang kalian suka.
Guna kuali non-stick, masukkan sedikit mentega dan masak dengan api sederhana. Tutup kuali supaya masak rata dan balik-balikkan bebola daging sehingga masak.

Jangan buang mentega dalam kuali – digunakan untuk membuat sos.

Sos Gravy

Bahan-bahan:
lebihan mentega
2 cawan stok ayam
2 cawan krim whipping(*)
1 sudu besar kicap cair
1 ketul kiub ayam
sedikit serbuk lada hitam
bancuhan air dengan 1/2-1 sudu besar tepung kentang untuk memekat
garam atau gula – tambahan kalau kurang rasa

Langkah-langkah:
Satukan semua bahan kecuali yang bertanda (*) dan bancuhan tepung kentang.
Didihkan dan rasa secukupnya baru masukkan (*). Didihkan lagi selama satu minit dan kecilkan api. Masukkan bancuhan tepung sedikit-sedikit. Jangan terlalu pekat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...