SESI PENGEDARAN KAD BAS MUAFAKAT JOHOR

Perkhidmatan Bas Muafakat Johor merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri bertujuan meringankan bebanan rakyat melalui sektor pengangkutan awam. Kerajaan negeri bersama-sama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan diterajui oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) menyediakan perkhidmatan Bas Muafakat Johor ini secara percuma kepada seluruh rakyat Johor meliputi kawasan sekitar Iskandar Malaysia iaitu Johor Bahru, Johor Bahru Tengah, Pasir Gudang dan Kulai.

Satu sesi roadshow untuk pendaftaran dan pengedaran Kad Bas Muafakat Johor kepada orang ramai akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 29 Mac 2016 (Selasa)

Masa : 9.00 pagi – 5 petang

Tempat : Terminal Bas/Teksi Pasir Gudang

www.basmuafakatjohor.com

Comments