Saturday, September 6, 2014

Biskut Baby Bites tak boleh makan?

Ramai betul ibu bapa diluar sana terkejut dengan penemuan eksperimen di makmal dapur Saintis Iera. Dapur dengan kelengkapan api dari pemetik api, dan bahan ujian ialah biskut Baby Bites yang ada lambang carrot, 100% Selected Superior Rice Rusks. Disebabkan ujikaji di makmal dapur beliau inilah, ramai ibu bapa bimbang akan keselamatan anak-anak mereka, maklumlah, bak kata Saintis Iera, ia sebenarnya bukan makanan malah plastik! Ya, anak-anak mereka dah makan plastik!

Berdasarkan apa mereka fikir benda tu plastik? Hujahnya mudah, iaitu biskut itu terbakar apabila dibakar. Dan baunya busuk macam plastik. Jadi, plastiklah tu!

..All I can say is, that’s retarded.. full stop. Tak perlu aku nak huraikan ujikaji eksperimen dari dapur begini. Tapi kang tak hurai, nanti ramai pula ibu bapa diluar sana kebimbangan yang amat sangat.
Saya cerita dalam bahasa mudah sahaja lah ya. Tulis susah-susah nanti orang tak baca pula.

OK, sila bakar Twisties, Corn chips dan seumpamanya. Tengok apa jadi. Terbakar bukan? Kenapa? Kerana ianya 90% starch! Dan ianya memang jenis akan terbakar. Cuma, sejauh mana ia terbakar itu, bergantung kepada proses makanan itu dibuat. Jika ia digoreng dalam-dalam, lagi keringlah makanan tersebut dan lagi tinggilah pembakarannya. Ia tetap makanan, bukan plastik! Jangan gelabah tak tentu pasal.

Berkenaan bau, tahukah Saintis Iera, yang petai, jering dan buah kerdas pun, jika dimakan dan tidak dibakar, sebaliknya ditelan segar-segar pun akan menghasilkan sejenis gas yang cukup power dari lubang anus Saintis Iera? Ia tidak berapi, tapi berbau busuk dan kadang-kadang boleh buat orang rasa loya dan pening. Saintis Iera tak sepatutnya kaitkan bau makanan dengan tahap bahaya makanan tersebut. Mengaitkan sesuatu tanpa usul perika ini bukan amalan saintis yang bijak. Silap haribulan Saintis Iera boleh disaman oleh syarikat biskut bayi!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...