Saturday, February 8, 2014

CARA UNTUK MENJIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK.

Our bill since masuk rumah baru ni for the past 7 months mesti RM35-RM40. Tu cuma guna laptop, television, rice cooker, electric kettle, charge phone and kipas. I admit yang my bill tinggi sebab penggunaan laptop yang melampau 24/7. I just can't stop it (+______+)" the habit. So Lin gigih google ways to save electric. Alhamdulillah, even start last month dah ada washer machine, TV and Astro; I manage to reduce my bill from RM37 to RM31 this month. Kan best kalau bill bawah RM20, tak payah bayar. 
  1. Tutup dan keluarkan plag peralatan elektrik apabila tidak digunakan. Semua peralatan seperti pemain DVD, pemain VCR, television, and radio menggunakan sedikit tenaga apabila dalam mod rehat dan tidak dimatikan. Mod rehat biasanya menggunakan hampir 20 % tenaga berbanding kegunaan biasa
  2. Pertimbangkan untuk menukar model lama peralatan elektrik anda, terutamanya jika ia lebih lama daripada 10 – 15 tahun. Model lama secara biasanya menggunakan lebih daripada 3 kali tenaga model-model baru
  3. Gunakan cat yang cerah untuk bilik. Ia membantu pemantulan cahaya daripada lampu yang dipasang.
  4. Apabila anda membeli belah, pastikan anda menggunakan kaedah 2 tag harga. Tag pertama akan meliputi merupakan harga pembelian – anggap ia sebagai modal awal. Tag harga kedua adalah untuk kos operasi peralatan ini sepanjang jangka hayatnya. Anda akan membayar tag harga kedua setiap bulan melalui bil elektrik anda untuk 10 hingga 20 tahun akan datang.
  5. Bersihkan peralatan anda lebih kerap. Setelah peralatan mula digunakan, kotoran akan mula terkumpul di atas permukaan peralatan dan mengurangkan kerja (output) perkakas ini ataupun memaksa perkakas ni bekerja dengan lebih kuat untuk melakukan kerja, ini menggunakan lebih banyak.
  6. Rujuk kepada label kecekapan tenaga apabila membeli peralatan elektrik . Produk-produk ini akan di label daripada 1 hingga 5 bintang, di mana 5 bintang membawa maksud lebih cekap. Label ini dihasilkan oleh Suruhanjaya Tenaga di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (kini untuk peti sejuk sahaja); walau bagaimanapun, label ini bukan sesuatu yang mandatory untuk pengeluar peralatan ini. Sila rujuk kepada buku panduan kami untuk melihat label-label yang digunakan pakai di peringkat antarabangsa.
  7. Tempatkan papan atau almari kayu di atas dinding, terutamanya yang menghadap sinaran matahari yang terus. Ini adalah sebab kayu boleh menyerap haba, dan secara tidak langsung mengurangkan kepanasan dalam bilik.
Peti Sejuk Beku dan Peti Sejuk
  1. Biarkan peti sejuk dimuatkan tidak melebihi dua per tiga (66.7 %) penuh dan ruangan sejuk beku 3 suku (75 %) penuh, serta tutup semua cecair serta bekas makanan dalam peti sejuk . Makanan yang tidak di tutup dan peti sejuk yang kosong mengambil lebih banyak tenaga untuk menyejuk
  2. Jangan membuka pintu sejuk beku atau peti sejuk dengan kerap . Berfikir dahulu dan rancang apa yang perlu di ambil keluar. Membuka pintu dengan kerap menyebabkan kehilangan udara dan ini akan menyebabkan lebih banyak tenaga digunakan untuk mengawal suhu udara dalam peti sejuk atau sejuk beku.
  3. Pastikan anda defros (mencairkan ais) peti sejuk atau sejuk beku secara kerap atau bila perlu . Kawasan sejuk beku yang mempunyai ais yang banyak akan memerlukan lebih banyak tenaga untuk menyejuk, dan ini akan menyebabkan penggunaan tenaga yang lebih banyak. Banyak model baru peti sejuk dan sejuk beku datang dengan defros automatik, pengguna dinasihatkan membeli dengan betul
  4. Anda tidak boleh menyimpan barangan yang panas terus ke dalam peti sejuk . Ini akan menyebabkan peti sejuk bekerja lebih untuk memastikan keadaan kembali sejuk, senantiasa pastikan makanan sejuk dahaulu sebelum di simpan dalam peti sejuk. Jangan meletakkan peti sejuk berdekatan dengan kepanasan seperti sinaran matahari dan juga berdekatan dengan dapur. Sentiasa pastikan terdapat ruangan sekeliling peti sejuk untuk pengudaraan . Jangan rapatkan peti sejuk kepada dinding.
Dapur, Tandas dan Bilik
  1. Seterika pakaian yang banyak sekaligus . Ini boleh mengelakkan pembaziran pemanasan semula seterika setiap kali digunakan.
  2. Jika anda menggunakan mesih basuh dengan kerap, mungkin anda patut membeli mesin basuh muatan depan . Ini kerana ianya 15% lebih cekap tenaga dan menggunakan 40% kurang air daripada mesin basuh muatan atas. Walau bagaimanapun, mesin basuh muatan depan lebih mahal daripada muatan atas.
  3. Pastikan mesin basuh digunakan dengan muatan penuh . Ulangan basuhan dengan kuantiti pakaian yang sedikit hanya menggunakan lebih banyak tenaga.
  4. Hanya didih air yang diperlukan dalam cerek. Mendidih air yang lebih dan tidak menggunakannya hanya membazir tenaga
  5. Tutupkan suis kipas apabila anda tiada dalam bilik . Kipas hanya mengurangkan kepanasan dari badan, ia tidak dapat mengurangkan suhu bilik. Maka, membiarkan kipas berfungsi tidak dapat menjadikan bilik sejuk.
  6. Gunakan tenaga semulajadi untuk pemanasan . Ia mungkin mahal sedikit untuk memasang peralatan ini tetapi ia adalah sumber yang boleh diperbaharui dan tiada bil elektrik untuk ini. Sebenarnya, ia adalah lebih murah untuk memasang sel solar untuk pemanasan berbanding sel solar untuk penjanaan elektrik. Dalam kes-kes tertentu, bagi penggunaan yang tinggi, adalah dinasihati supaya sel solar untuk pemanasan dipasang untuk tujuan ini, dalam jangkamasa 10 tahun beberapa ribu ringgit dapat dijimatkan.
  7. Tetapkan suhu penyaman udara pada 24 – 26 ºC berbanding kelembapan relative (relative humidity-RH) di antara 60% dan 70%. Perubahan daripada 20 ºC kepada 24 ºC dapat menjimatkan tenaga hamapir 33%. Tingkap dan pintu mesti sentiasa di tutup rapat untuk mengelakkan udara sejuk daripada terbebas. Pakaian yag sesuai dengan cuaca . Ini dapat mengurangkan keperluan untuk suhu yang rendah bagi penyaman udara. Pemakaian kot atau blazer dan beberapa lapisan pakaian menyebabkan kita merendahkan suhu penyaman udara
Lain-lain alternatif which works! \(^_____^)/
  1. Pertimbangkan untuk penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Contohnya, tenaga solar. Kos permulaan memang mahal, tapi memberi pulangan yang lebih baik dalam jangka masa panjang.
  2. Kurangkan penggunaan water heater masa mandi. Apa salahnya mandi guna air sejuk sekali sekala.
  3. Kalau dalam peti sejuk tak ada barang. Letak botol air [yang berisi air] banyak-banyak. This works wonder.
Itu je, ada nak tambah tak? 

P/S: Agaknya kalau ada Samsung Galaxy Note 8.0, boleh kot kurangkan penggunaan laptop. Thus, kurangkan bil elektrik ;)

2 comments:

Ndra Jamal said...

sikitnya bil.. bil letrik rumah kite campur dgn warong.. sebulan almost 400 tp tak pernah lebih rm400.. tp kalau betul2 amalkn cara penjimatan tu terutama pasal tutup dan cabut plug, mungkin lebih banyak beza.. :)

kingkong said...

http://suzlinazreena.blogspot.com/2014/02/cara-untuk-menjimatkan-penggunaan.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...