Thursday, February 20, 2014

APAKAH KELEBIHAN SUSU IBU KEPADA BAYI ?

Firman Allah di dalam Al-Quran:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”
{Surah Al- Luqman: Ayat 14}

Terdapat banyak faedah kepada ibu dan bayi apabila ibu-ibu mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita adalah disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa air masak pun kepada bayi.

Susu ibu adalah kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.

Kajian yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden menyatakan bahawa susu ibu dapat membantu untuk mencegah bayi daripada mendapat penyakit kanser. “Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat di dalam jumlah yang besar di dalam susu ibu, dapat mengenali adanya sel-sel kanser dan boleh terus membunuh sel-sel kanser tersebut”.

Satu lagi penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky menunjukkan bahawa IQ bayi yang diberi susu ibu 5 kali lebih tinggi berbanding dengan bayi lain yang tidak diberikan susu ibu.

Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita semua mengapa ibu- ibu harus menyusukan anaknya sehingga umur bayi mencapai usia 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang di bawa  oleh Al-Quran. Ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun berabad yang lalu.

Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
{Surah Al-Bakarah Ayat 233}

Imam Al-Syafie berkata:
“Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...