Baitus Solehah: Mari Bantu Mereka!

Get this from Baitus Solehah on Facebook, please help them:

Sebenarnya, saya malu nak cerita, nak minta tolong, namun perlu juga luahkan kerana ini untuk kemudahan bayi-bayi yang menetap di Baitus Solehah. Oleh kerana bayi -bayi ini menetap dalam jangka masa yang lama, dan bilangan bayi bertambah, bertambahnya bayi apabila ibu memelihara anak sendiri tetapi tidak mendapat sokongan keluarga. Maka waris tidak datang menjemput ibu bayi untuk dibawa pulang ke rumah.

Baitus Solehah menyokong hasrat ibu memandangkan manafaat yang lebih besar untuk ibu dan bayi, selain tuntutan anak sendiri yang menyusu dari susu ibu.

Dengan itu saya berhasrat untuk membina satu ruangan untuk mandi bayi di kawasan porche kereta. Selama ini bayi dimandikan menggunakan singki dapur. Dalam tempoh yang sekejab dan bilangan bayi yang sedikit, cuma satu atau dua bayi dalam satu masa. Itu pada peringkat awal dulu. Sejak Baitus Solehah menyokong ibu memelihara bayi mereka sendiri dan ibu terpaksa menetap di Baitus Solehah dalam satu tempoh yang tidak diketahui, maka saya perlu membina table top berserta singki khas untuk dijadikan tempat mandi bayi.

Singki ini juga digunakan sebagai tempat untuk mencuci / berinstinjak apabila bayi qada hajat. Ia sesuai dengan ajaran agama yang menggalakkan bersuci menggunakan air mutlak. Memang bayi-bayi di Baitus Solehah tidak menggunakan wet tissue bagi mengelakkan ruam lampin.

Saya pernah menulis tentang mandi bayi di laman Baitus Solehah dimana ada komen tentang unhygienic menggunakan singki dapur sebagai tempat mandi bayi. Walaupun gambar itu telah saya edit, tutup dengan warna, masih orang dapat meneka saya menggunakan singki dapur sebagai tempat mandi bayi. Tambahan kini penghuni yang bertambah, aktivit memasak juga bertambah.

Sedikit kos diperlukan untuk membina table top, singki dan pemasangan paip air.

Sebenar-benarnya saya merasa amat malu nak berkongsi hal ini dengan kawan-kawan. Saya bukan jenis meminta-minta. Melainkan jika ada golongan asnaf yang memerlukan perhatian, bantuan dan pertolongan, saya akan menulis dan menghebahkan kepada umum untuk kita sama-sama membantu.

Sebarang sumbangan untuk Rumah Perlindungan Wanita, Baitus Solehah boleh dimasukkan ke dalam akaun Maybank : 551306513550 atas nama Baitus Solehah.

Emailkan :baitus_solehah@yahoo.com, atau sms 0197799682

Semoga Allah mengurniakan rezeki yang halal dan tidak terhingga dari sumber yang tidak diketahui, memudahkan segala urusan di dunia dan akhirat kepada semua penyumbang dan keluarga. Menjadikan kita jutawan yang memiliki kekayaan iman, kekayaan jiwa dan kekayaan harta dalam rahmat Allah Ta'ala.

Bayi-bayi dalam gambar ini menetap di Baitus Solehah dan tidak diserahkan kepada mana-mana keluarga angkat.

Comments

Post a Comment

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.