Wednesday, July 31, 2013

REPOST: kita tak boleh puaskan hati semua orang

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI
Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata
"ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"
Bila kita buat majlis kahwin besar, ada orang kata "NAK BERLAGAK LAH TU, KAHWIN BESAR ENTAH-ENTAH ESOK LUSA CERAI"
Bila kita buat majlis kahwin kecil, ada orang kata "EH, FAMILY BERDUIT, BELAJAR TINGGI BUAT MAJLIS KECIL JE? SOMETHING LAH TU"

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati and we can't change other people melainkan dia berubah sendiri, right? Just be yourself and try jadi insan yang lebih baik, bukan sempurna. Tak ada orang sempurna pun dalam dunia ni ^^,

P/S: Kita tak boleh puaskan hati semua orang, kita pernah puas?

3 comments:

boni kacak said...

betul.. kita memang tak boleh puaskan hati semua orang... standard dalam kehidupan kita ni, ada pro n contra. ada suka dan ada yang tak suka. tapi jangan ambil peduli semua tu. yang penting kita sentiasa buat berusaha untuk jadi yang terbaik. orang tak suka kita tak boleh buat apa.. :)

cik chinta said...

Mnusia2...

Cik Nurul Siezuka said...

Manusia dik.. Macam2 pernangai.. Selamat hari raya dik, Maaf zahir & batin.. :)

Nak Hamper bernilai RM50.00, Jemput join GA Akak.. http://www.siezuka.com/2013/08/cerah-berseri-raya-giveaway-with-fair.html.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...