Sunday, July 28, 2013

Happy Weekend ;)

Salam, and Happy Iftar. Hari Ahad seharian tadi buat apa? Mesti most of us tidur je kan, tak pun dah start beli persiapan berhari raya. Excited sungguh ni, lagi 10 hari nak raya. Hari ni Lin duduk rumah je, and spend time with my little brother, Daniel buat kek span.
     Tak sempat la nak menghiasnya, sebab bau vanilla menusuk kalbu [...and perut] time-time puasa ni kan. Masa berbuka terus ngap sekali, makan sampai pengsan. Tak tahulah bila nak start buat kuih raya pula. Hari ni buat kek pun rushing-rushing as Baby Adam every 1 or 2 hours mesti bangun minum nak menyusu.
     Perihal Baby Adam. Susah jadi ibu ni, sungguh. For the past 3 weeks++ Lin sleep deprived ya amat bila bangun 7,8 kali waktu malam menyusukan Baby Adam. Dapat tidur sejam dua je, itupun tidur-tidur ayam. Bila bangun pagi rasa nak pitam+pengsan. Gigihkan jugalah telan Panadol 2 biji every morning. Kalau tak kuat siapa nak urus and mandikan Baby Adam yang comel+cute ni kan? 
Gambar semalam~
Apa-apa pun, Alhamdulillah. Baby Adam sihat, tak ada problem kembung perut ke apa ke. Besarlah cepat nak~ Ibu doakan Adam membesar dengan sihat and cergas. Amin. Ibu sayang Adam banyak-banyak, nanti dah besar kita pergi bungee jumping sama-sama k?

6 comments:

Puteri Panda said...

lin dah melahirkan? :O

Suzlin Azreena Nordin said...

Dah~~~~ ;)

Nurhusnina ahmad jamaluddin said...

wahhhh...sedapnyer...ni mengiurkan lagi seleraku....huhuhu...

Keyha said...

Akak tak terlambat lagi rasanya nk ucap tahniah utk akak n fam! Moga kekal kental mendidik anak --- saham syurga ibu bapa :)

Suzlin Azreena Nordin said...

Tulah pasal.

Suzlin Azreena Nordin said...

Thank you Keyha. InsyaAllah :) Doakan kami sekeluarga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...