Thursday, June 27, 2013

Jangan Guna Minyak Masak Lebih Dari Sekali.

Benda yang paling cepat habis dekat rumah Lin; kicap cap kipas udang and minyak. Ya, minyak. Sebab Lin tak pernah recycle minyak hatta minyak after goreng telur pun [That's why, guna minyak kena sikit-sikit]. Kalau masak dekat rumah parent, ibu selalu membebel sebab Lin lepas guna minyak untuk goreng Lin terus buang. Kenapa? sebab merbahaya. Baca artikel ni:

Jangan Guna Minyak Masak Lebih Dari Sekali
Oleh P. Aruna

PETALING JAYA: Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.


Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.


"Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.


"Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang" katanya ketika dihubungi The Star.


Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram.


"Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.-sumber

Got it? Ini salah satu langkah Lin nak jaga kesihatan. Cuma ada satu habit yang macam susah sikit nak buang. Lin suka makan dekat luar kalau tak sempat masak or penat. Agak-agak berapa kali peniaga pisang goreng etc. recycle minyak masak diorang?

PS: Minyak jangan buang dekat sinki, buang dekat tanah.

6 comments:

Zee Suhaini said...

good sharing..

akak memang selalu recycle..2 3 kali jugak la..pasni nak kena buang terus la nampaknya..

shu said...

dok ats langit cmna nk buang ats tanah Lin..hehe..

Puteri Panda said...

saya tak suka guna minyak makan lebih dari sekali tapi mak saya la suka simpan. nak larang bukannya dengar pun. huhu.. :(

#ciksuzlin said...

Betul kak, pentingkan kesihatan diri dan family :)

#ciksuzlin said...

Dah sejuk bubuh dalam pasu bunga mak. Hahaha.

#ciksuzlin said...

Samalah dengan mak kita. (^______^)" Huhuhu~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...