Friday, May 24, 2013

Updated: Idea for New House!

OK, fine. Dah berhabuk blog ni kena tinggal 2 weeks. (-______-)" Actually banyak benda Lin nak update and nak kongsi so expect entry berjujai-jujai after this. Tapi before tu let me update entry bermotifkan alasan sebelum proceed to next topic.
     Seriously~Lin super busy with everything. For the past 2 weeks, busy dengan prep last tuition class before cuti panjang, buat report, survey perabot/electrical appliances, organizing everything before MOVE OUT etc. Yep, you heard me right; moving out, again. Tapi this time to a house that I can call it my own :) Alhamdulillah. Rumah kecil, sesuailah untuk stay satu family nuclear for another 10 years. InsyaAllah.

Menarik betul sofa bed ni, boleh bubuh dekat living room. Tak payah beli sofa dah.
Lin dah decide, rumah baru ni theme dia modern and simple macam kita. ngeh~ Perabot minimalis macam dalam Tiny House Blog and tak semak. Cat rasanya kalau ikut dalam perancangan nak cat warna putih je dulu. Senang. Tak payah pening-pening kepala.
Living room macam ni pun OK.
     As rumah baru ni berlantaikan simen, ada tak idea budget nak mencantikkan-nya? Buat masa ni budget tak lah meriah sangat, tapi adalah perancangannya nak pasang tile/timber flooring in the future. Cuma kalau nak tunggu masa kumpul duit tu takkan nak biarkan je lantai kosong menyakitkan mata kan? Pasang tikar getah pun OK. Tapi nak pilih warna apa ya?
Simple tak?
     Untuk perabot Lin berkenan betul dengan perabot IKEA especially kitchen cabinet dia dengan dining table set. Tapi fikir-fikir balik, takkan nak beli perabot sampai ke KL kan? *nanges kempunan* Lin ada survey juga dekat Court Mammoth. Tak ada yang menarik, tapi dah chop fridge and washer machine. v(^_____^)v Mana lagi ek nak cari perabot dekat area JB ni? 
Nak kitchen macam dekat atas OR kat bawah ni, boleh tak?
Tak payah buat kabinet belah atas, buat storage macam ni pun cantik:
Apa-apa hal, slow-slow kayuh dulu and buat survey banyak-banyak. Budget pun setakat ni paras hidung je *batuk-batuk* excitednya je yang lebih. Hope boleh siap semua before 15th next month then boleh masuk rumah baru dengan tenang ;)

1 comments:

mujadafewa.my said...

happy decorating lin :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...