Wednesday, April 24, 2013

Sedap ke Burger Bakar Abang Burn?

     Mula-mula tengok Burger Bakar Abang Burn ni macam biasa je perasaannya. Tapi sejak dua menjak perlancaran menu baru Abang Burn: Meatball Abang Burn, nafsu nak makan membuak-buak. Teringat meatball dekat Ikea. Hahaha~ dan juga saya salahkan blogger-blogger atas semua review dan gambar-gambar yang menggiurkan tersebut samaada di blog atau Facebook. Akhirnya Lin pergi juga beli Burger Bakar Abang Burn tu dekat Today's Market, Seri Alam. 
Lin tapau je~ balik rumah bubuh dalam pinggan. Lin order Beef Supremo Cheese Single [RM10.50] and Meatball with cheezy wedges [RM9.90]. OK fine, dah berterabur presentationnya tak macam gambar dalam iklan.
Close-up Burger Bakar Abang Burn
     Rasanya? Kalau Meatball tu memang perfect, fully cooked and homemade sos dia memang sedap seperti yang digembar-gemburkan. Kalau tengok dekat review, cheezy wedges tu sepatutnya dapat 5 ketul je. Tapi Lin dapat banyak pula. Hohoho~ rezeki jangan ditolak. Part Burger Bakar pula, besar, patty dia tebal, ada cheese, ada onion ring dalam 3 ketul mcm tu and err..cendawan goreng? secret recipe ke? sepatutnya memang ada ke cendawan goreng? Agak confuse disitu.
     Service? Well, surprisingly cepat gila even ramai orang. Lepas order Lin baru je duduk order air, tiba-tiba dah siap. Air pun tak sampai lagi. Tempat makan OK and selesa, kebersihan pun OK. Conclusionnya, best and boleh beli pergi lagi. Lin bagi 4/5 bintang. Lepas ni nak pergi makan dengan Encik Hubby pula, burger besar boleh kongsi main suap-suap kan. HAHAHA.

Info Burger Bakar Abang Burn
Twitter: @AbangBurn
Website: abangburn.com
Senarai menu: MENU
No. Telefon: 013-744 3170 [Cawangan Mewah Cafe, Today's Market]
Waktu Operasi: 5.00PM-12.30AM

13 comments:

timm_bill said...

aaahhhhh!! stresss!! sarawak lom ada branch abg burn..huk3..

#ciksuzlin said...

Sabar2 (^______^)"

Noura Qifays said...

sedapnye...ad mse nnt nk gi mkn sne jgk ! weeee :)

fifi said...

Memang sedap gilos kan?

Syuhada Salleh said...

syu pon bru je mkn aritu..sedap!

Puteri Panda said...

terliur tengok para blogger post entri pasal burger bakar abang burn. lebih-lebih lagi meatball. nasib baik jauh. :(

#ciksuzlin said...

Jom2. Support industri Melayu. ngeh~

#ciksuzlin said...

Huhuhu ^_^

#ciksuzlin said...

Iye ^_^ Bila kita nk pi sama2 pulak?

#ciksuzlin said...

Takpe dear. Boleh buat sendiri ni.

Nasuha said...

bila lah blh merasa..

shu said...

next week nk trun kl..yeay!

Perling Putih said...

Boleh try lain kali singgah PG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...