Monday, February 25, 2013

"Kerja" for real.

     Penatnya kerja (x_____X)" 1st day kerja kaki dah rasa nak tercabut, pinggang rasa nak patah. Penat juga kerja kat retail pharmacy ni. Ingatkan kerja layan customer je. Balik je terus pergi JJ Permas Jaya. Kena beli kemeja putih la pula. Badan dah betul-betul letih kot tapi terpaksa juga gagahi jua~ kang bising pulak supervisor.
    Ni kira first time la jejak JJ Permas Jaya. One word: Boring~ setingkat je and tak ada apa pun. Berbalik pada hal kemeja tadi, kehulu-kehilir juga lah mencari dekat dalam JJ tu nak tercabut nafas pun ada. Dah jumpa sehelai tapi kecik pula. So, Lin minta lah tolong sales assistant/SA dekat situ kalau ada kemeja yang sama dengan size yang lebih besar. Haram tak layan. Benci sungguh. Jam baru pukul 8 lebih kot, dah tak nak kerja ke? Asyik berborak je dengan SA lain. Lepas tu dia tak cari, dia boleh kata baju tu dah tak ada size. Keadaan dah mendesak, Lin cari juga slow-slow. Adalah dalam 40 minit macam tu, Alhamdulillah jumpa juga baju yang Lin nak cari tu then makan dan terus balik. Dah penat sangat~
     Lama tak update blog. Ingatkan nak cari broadband la. Tapi malas nak subscribe yang ada kontrak bagai. Lin plan nak pakai yang prepaid je. Celcom ada Instanet and Maxis ada pun ada prepaid broadband. So mana yang best ek?

5 comments:

cik chinta said...

Kje area mn? Take care

Farah Waheda Wahid said...

so far kakak pakai celcom x der problem...tapi cubalah survey2 lagi tanya kawan...

#ciksuzlin said...

kat JB je. huhuhu~ TQ.

#ciksuzlin said...

Akak pakai Instanet tu ek?

sal ya said...

celcom pun okay. tp bila dah sampai limit mmg slow gila la alamatnya. skmm banyak org jual dik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...