Sunday, November 18, 2012

Doa Untuk Gaza, Palestine.

Sesungguhnya kita dikejutkan dengan pencerobohan Israel dalam wilayah Gaza bermula dari hari Rabu yang lalu.Jumlah kematian terus meningkat Sabtu lalu ke 45 orang, dengan 40 daripada adalah warga Palestin, seramai 13 orang daripada mereka adalah orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak, dan tiga orang awam Israel.

Sebagai saudara seagama,marilah kita bersama-sama membaca Doa Qunut Nazilah dalam setiap solat berdoa semoga saudara2 kita selamat di Palestin,Syria mahupun di Myanmar dan semoga Allah S.W.T melemahkan musuh Islam dan umat Islam dapat mencapai kemenangan.InsyaAllah...

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:
· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

· Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

2 comments:

Puteri Panda said...

bila dengar berita & tengok gambar pasal serangan tu...hmm...saya sedih sangat. menangis. sakit hati. kejam betul Israel tu! paling kejam di dunia!!! takpe, kita ada Allah S.W.T. semoga Allah membalas perbuatan mereka tu. AMIN.

Fendy said...

terima kasih share...berguna utk kita semua...membantu saudara Islam di Palestin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...