Sunday, October 14, 2012

Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun

Alamak. Esok dah last, tarikh tutup segmen Kak Mia. Cepat-cepat join!
Lama dah tak berpantun, apetah lagi mengarang pantun. I take the challenge! Kita orang Melayu kan.
OK. Lin beli pantun Kak Mia!
\(^-^)/

Kak Mia:
Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja
Lin:
Ke kedai Nyonya beli celana
Untuk dipakai pergi berkelah
Nama diberi Suzlin Azreena
Nama manja kita Cik Suzlin lah

Lama tak guna perkataan celana

Kak Mia:
Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga
Lin:
Pening kepala beli pantun Kak Mia
Walaupun tak pandai, digagahi juga
Besar hati nak canang satu dunia
Diri ini sudah berpunya

Bercinta bukan main

Kak Mia:
Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja
Lin:
Rangkap ini rangkap ketiga
Jari menaip dah naik pijar
Kalau Kak Mia nak tahu juga
Saya budak sedang belajar

Nak pandai macam Kak Mia

Kak Mia:
Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana
Lin:
Main bola berkejar-kejar
Asyik menjerit suara serak
Merantau jauh pergi belajar
Kini saya di negeri Perak

Yang menjerit-jerit tu penyokong la kot. hahaha.

Makan petang roti kaya
Jangan dilupa kuih keria
Tamat di sini pantun saya
Terima kasih untuk Kak Mia
(^__________^)

Malu cikgu BM dapat murid macam saya, maaf cikgu!

7 comments:

Mia Liana said...

Terima kasih daun sadri
Sudi membeli pantun ini
Tersenarai sudah link entri
Dalam entri segmen ini

Yana Aina said...

bebas burung menari-nari
terbang tinggi seronok sekali
dari segmen sama dtg kemari
sudilah kunjungi yana kembali

http://nazlyizan.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html

Mia Liana said...

Si dara jelita bercinta lama
Bertemu jodoh si teruna Banjar
Blogger bertuah yang kelima
Lin manis yang sedang belajar

http://www.mialiana.com/2012/10/pengumuman-pemenang-segmen-mialianacom.html

#ciksuzlin said...

TQ Kak Mia :)

#ciksuzlin said...

Done :)

nur azian said...

tahniah lin..
best pantun awk :)

Mia Liana said...

pantun telah di review...

http://www.mialiana.com/2012/10/review-pantun-blogger-bertuah-kelima.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...