Thursday, September 6, 2012

Bila pendapatan isteri lebih...

Pagi tadi masa tengah bersiap-siap nak pergi kerja, Lin dengar sinar.fm ada membincangkan isu tentang bila pendapatan isteri lebih dari suami bersama panel jemputan Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Ada banyak juga pandangan dan  tanggapan orang tentang subjek ni, ada yang positif dan ada yang negatif. 
     Even Lin tak dengar sampai habis rancangan, Lin sempat juga dengar cerita seorang pemanggil wanita ni. Ceritanya lebih kurang macam ni; pendapatan kakak tu lebih besar dari suami dia, tapi perkara ni tak pernah jadi isu. In addition, sebab suami dia sedar pendapatan dia kurang, kakak tu tak pernah rasa kurang kasih-sayang ke apa. Kerja rumah pun suami dia tolong bantu. Masa dia bersalin, suami dia pula melebih-lebih jaga dia lebih dia jaga diri dia sendiri, literally~ Macho gila abang ni, bertuah kakak tu dapat bersuamikan lelaki jenis ni. Penyayang tahap gaban.
     Itu kalau dapat suami macam tu, tapi bukan semua orang sama perangainya. Kalau semua lelaki ni sama je, aman lah dunia. Cap jari pun lain-lain, bukan? Sekali dapat lelaki yang macam "pacat". Apa nak buat? Kalau Lin, first sekali Lin ajak berbincang lah. Kita suami isteri kan~ tapi, kalau tak boleh juga macam mana? Jenis memang orang tak makan saman and tak ada common sense? Itu Lin tak tahu. Cuba anda-anda semua cadangkan jalan penyelesaian seterusnya?
     Kalau bab duit ni, Lin setuju sangat dengan pendapat Dato', walaupun kita si suami bergaji kurang dari si isteri itu tak bermakna kita dah lepas dari tanggungjawab. Sebab kalau nak diikutkan sebenarnya, duit suami tu duit isteri, duit isteri tu duit isteri. Haram suami makan duit isteri melainkan isteri dia redha~
    Lin nak tambah pendapat Lin pula, tak kisahlah gaji isteri lagi besar ke, gaji suami lagi besar ke. Apalah sangat tentang isu pendapatan ni? Asalkan masing-masing sedar tentang tanggungjawab sendiri, cukuplah. Apa salahnya sama-sama berganding bahu meningkatkan taraf hidup kepada yang lebih baik dari hari ke sehari? Bagi yang wanita, just be clear and berfikiran rasional. Bagi yang lelaki, kena memahami isteri dan situasi anda yang bergelar suami bertanggungjawab kan? If you know what I mean~ Dan ingin sekali Lin nyatakan, bukanlah maksudnya kalau suami ikut cakap isteri tu bermakna si suami takut bini or kena QC dan lain-lain, bukan juga jatuh martabat si suami kalau memasak, membuat kerja rumah atau menjaga anak. Siapa kata semua tu 100% isteri yang kena buat? Kalau tak percaya, cuba tanya Abang Ben. Kan?Kan? Abang Ben? Jadilah suami yang memahami OK?
     Akhir kata, saya mewakili wanita, [terasa diri seperti Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat pula]. Bukan limpahan duit, barang kemas yang kami minta; cukuplah dengan apa yang ada asal cukup asas and kasih sayang yang tak putus-putus. cewah~ panjang pula entry hari ni, lama tak buat karangan.


Sama-sama mencari keredhaanNya.

16 comments:

Everything's Everythings said...

ahaa..
betul sgt tu, tanggungjawab memberi nafkah tu tetap pada si suami kita, dgr cerita macam2 sekarang takut pula nak dapat isteri yg lebih gaji dari si suami.. xD

Puteri Panda said...

x kira la gaji isteri lebih atau tidak. t/jawab tetap t/jawab. suami tak perlu malu klu isteri b'gaji besar. seharusnya bersyukur. menolong isteri kan bagus. dapat pahala lagi. ambil la kesempatan untuk menambah pahala. isteri pula jangan pula ambil kesempatan atas kebaikan suami. sama2 bantu membantu kan lebih elok. ni p'dapat saya je. ^___^

Hanna said...

Takut jugak kan. Nanti disebabkan pasal gaji ni rumah tangga bergoyah. Jom kita sama-sama doa dijauhkan....

Maria Menado~ said...

betul. tapi hopefully, laki tu pon jangan lah sebab duit gaji isteri lebih besar semua benda nak isteri tanggung... sebab tak mustahil ade yang tak pemalu akan buat macam tu. mintak jauh la :)

Yee Ling said...

I dun earn more than hubby but if I do...i hope he can find the balance btw both of us.

Masz Sidek said...

macam2 boleh berlaku sbb duitkan...
entry yg boleh di jadikan panduan... :D nice

QasehnyaRania said...

boleh dijadikan panduan..
betol tu nk cari lelaki yang sebegitu..boleh bilang je

http://lobaksusue.blogspot.com/2012/09/moh-jamu-mata.html

.::: Princess MOMOY :::. said...

setuju !

kalau dah gaji isteri lebih , tak bermaksud si suami boleh lepas tangan
si isteri juga boleh membantu dan jangan pula rasa macam mem besar bila gaji dia lebih besar
haip.

#ciksuzlin said...

tak apa, yang penting diri kita. kita yang tentukan semua tu.

#ciksuzlin said...

betul-betul. sama-sama buat.

#ciksuzlin said...

amin~

#ciksuzlin said...

betul tu dear~

#ciksuzlin said...

yep!

#ciksuzlin said...

Hahaha. Of course!

#ciksuzlin said...

pendapat manusia kerdil je kak (^_______^)

#ciksuzlin said...

..tak ada siapa perfect kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...