Sunday, July 1, 2012

Sunday Morning. Resepi Kacang Buncis Goreng

Happy Sunday bloggers~~!
Hari ni Lin masak ayam sos tiram+kacang buncis. Baki kacang buncis semalam still ada lagi. Semalam Lin masak kacang buncis goreng campur telur. En. Qushaiey pula masak bubur nasi+ayam. Simple je. Maklumlah~ student kan. Dekat sini Lin nak kongsi resepi sikit: 

RESEPI AYAM MASAK SOS TIRAM+KACANG BUNCIS SEMUDAH 1-2-3
Bahan-bahan:
500gm Isi Ayam ~potong bite size and goreng separuh masak
300gm Kacang buncis ~dipotong serong
Cili ~kalau nak pedas, bubuh cili padi banyak-banyak
1 sudu besar kicap manis cap kipas udang
2 sudu besar serbuk lada hitam
3 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil Serbuk Cukup Rasa 
Bahan untuk menumis:
1 bawang besar ~hiris
2 bawang putih ~hiris
2cm halia ~hiris
Cara-cara memasak:
1. Tumis bahan tumis sampai naik bau.
2. Masukkan semua bahan. Kacau rata and bubuh air dalam 1/4 cawan macam tu.
3. Kacau sampai sayur ala-ala nak masak. Jangan biar lama sangat, nanti sayur layu.
4. Siap untuk dimakan.

     Ok, kawan-kawan boleh try masak ni dekat hostel/rumah sewa masing-masing. Jimat pun jimat, kan? Disamping itu, sempena hari Ahad yang best ini, Lin nak jemput kawan-kawan datang blog resepi Kak Ida. Macam-macam resepi ada dekat situ tau. Selain tu, Kak Ida ada buat GA juga. Klik SINI untuk info k?

Seronok kan main masak-masak?

1 comments:

Akulah Hero said...

walaupun dah makan tgh hari, terasa lapau bila tgk pic ni..
malam karang nak try masak lah~ekekeke
http://akulahhero.blogspot.com/2012/06/30-sen-pun-nak-kedekut.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...