Wednesday, July 11, 2012

Pisang Goreng~

     Sejak 2,3 hari ni tiap-tiap petang Lin beli pisang goreng. Lin beli dekat area Taman Perpaduan [berhampiran dengan Restoran Nasi Ayam Periuk Besar] Sebelum ni berjuta-juta kali lalu tak teringin pun nak beli, sampai satu masa Lin terbaca ubi goreng dekat signboard dia. So, I thought I ada ubi kayu goreng. Lin suka Ubi Kayu Goreng!
     Tapi sedihlah, pakcik tu bukan jual ubi kayu goreng even dekat signboad dia tulis ubi goreng which is actually ubi keledek goreng. Pelik-pelik. Tapi dah alang-alang berhenti kan, beli jelah. Yang lagi best kan, pisang goreng dia sambal kicap! yeah~ ada juga orang bagi sambal kicap. Jarang nak jumpa sambal kicap makan dengan pisang goreng dekat Ipoh ni. So I guess, pakcik ni mesti orang Johor which I was wrong. (X________X)" Pakcik ni dari Melaka..and one more thing kedai dia ni buka setiap hari except hari Khamis minggu ke 2 dan ke 4.
     ...and bila balik rumah, tak sangka pulak pisang goreng dia paling sedap di alam semesta! OK. over exaggerating pulak. Tapi memang best sebab termasuk kelmarin, semalam dan hari ni berturut-turut Lin beli pisang goreng kat pakcik tu. Memang rezeki pakcik tu lah, sebab before ni berjuta-juta kali Lin lalu dekat situ pergi pasar, pergi pasar malam etc tak terlintas pun nak singgah beli.

2 comments:

Ardini Humaira said...

nyummeh.. lama tak pekena pisang goreng :D

dhiashahida said...

terliur nyer...mmg best lau mkn ngn smbal kicap..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...