Sunday, April 1, 2012

Sedikit "Meroyan" Bila Internet Connection Tak Ada.

          Since last weeks, Internet kami macam masalah. Kejap ada kejap tak ada. Macam biskut Chipsmore. Tiba-tiba-tiba Selasa lepas, telefon rumah kami pulak tak berbunyi. Internet connection pun tak ada. So, kami buat report kat TM Point hari Rabu. Macam biasalah, dia suruh kami tunggu 24 jam. Hari Khamis, internet connection ada tapi telefon rumah still tak boleh pakai. Tak ada bunyi pun. Bila kami call lagi sekali, dia kata report kami dah resolve.    
     So, disebabkan still tak boleh guna, kami kena buat another report lagi. Last sekali, technician TM datang rumah semalam. Rupa-rupanya, wayar telefon dengan internet kami tercabut. Macam mana boleh tercabut kami pun tak tahu, sebab rumah kami jenis apartment. Main port untuk phone, internet situated kat satu bilik khas kat ground floor. Bilik tu tak berkunci pun. Siapa-siapa pun boleh masuk. (X_____X)" Macam mana lah pihak pengurusan buat kerja. Tapi tak kisahlah, yang penting telefon dah ada line balik, boleh call ibu lama-lama (^_____^)~

0 comments: