Sunday, April 1, 2012

Kami Pergi AEON Station 18!

     Teruja nak pergi Jaya Jusco [JJ] yang baru buka dekat Station 18 since Khamis lepas. So hari ni, lepas lunch kami terus bersiap-siap pergi. Jauh juga jarak AEON Station 18 dengan rumah kami. Kalau tengok Google Map, adalah dalam 15km. (X______X)" Sampai sahaja di sana, kami terus cari parking. Nasib baiklah naik motor je. Kalau naik kereta, memang "menapak" jauh la nampaknya sebab tak ada parking dah.
     Dekat dalam jangan ceritalah, orang macam semut. Nak berjalan punyalah susah sebab orang ramai sangat. Kat Daiso lagilah~~ (X_____X)" asyik terlanggar orang sana sini.
Dah bosan "mengukur jalan", kami pun pergi food court dekat Ground Floor nak makan tapi semua meja pun penuh. (>_____<)".  So, singgah dekat Beard Papa, one of my favourite snack. *sweet tooth*
Each of this cost me RM4.80. Mahal sebab puff ni kecik je, student macam kami ni makan sekali sekala boleh la. Tapi, memang terbaik. Tengoklah Vanilla Custard ni, banyak gila sampai mencurah ke ladang gandum. Yummeh~~!
     Sebab rimas sangat ramai orang di sini-sana. Encik Qushaiey ajak pergi AEON/Jaya Jusco Kinta City pula. We end up makan dinner kat sana. (*_____*)" Kesimpulannya, kalau bukan sebab dekat AEON Station 18 ada Daiso. Tak ingin pun kami jejak sana. Sigh~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...