Sunday, February 26, 2012

Tahap Ikhlas Beribadah. Anda yang mana?

Just Sharing :)
"Zaki, aku ada bendalah nak tanya dekat kau ni?" Izat, tiba-tiba bersuara. Cuma tinggal mereka berdua sahaja di dalam study room, pelajar yang lain semua sudah masuk ke dalam bilik masing-masing.

Izat mengalihkan mukanya daripada buku 'The Romanticism' yang sudah hampir sebulan dia baca tetapi masih tidak habis-habis. "Nak tanya apa?"

"Aku teringatkan, dulu sewaktu lower form aku ada dengar yang kita ni tak boleh buat ibadah atas dasar nak dapat pahala tu sendiri, betul ke?"

Izat menalakan pandangan ke atas, berfikir. "Jap eh." Macam pernah dengar benda ni. "Aha, haritu aku ada tengok satu program televisyen ni. Nama program tu kalau aku tak silap, 30 minit bersama Ustaz Don Daniyal. Dekat situ ustaz Don Daniyal ada cerita tentang tiga tahap ikhlas. Kau ada tengok tak?"

Geleng.

"Ustaz Don cakap, menurut Imam Ghazali, ikhlas itu ada tiga iaitu tahap seorang hamba, tahap seorang pedagang dan tahap seorang kekasih. Kalau tahap seorang hamba ini, apabila kita buat sesuatu, itu kerana kita takut tuan kita marah."

"Ooo, jadi selama ini aku sembahyang sebab takut kena seksa dekat akhirat nanti, kira ikhlaslah ya?"

"Yup betullah tu. Kau ada tanya tadi, kalau kita buat ibadah sebab nak dapat pahala, itu termasuk dalam tahap yang kedua, tahap seorang pedagang. Kita buat sesuatu untuk mendapatkan ganjaran. Jadi, tak ada masalahlah kalau kau solat sebab nak dapat pahala. Itu pun dah dikira ikhlas."

"Ooo..." Muncung mulut Izat mendengar penjelasan Zaki. "Tahap ketiga pulak?"

"Kalau tahap ketiga, tahap ikhlas yang paling tinggi, sebab kita buat atas dasar sebagai seorang kekasih. Kita buat ibadah sebab kita cinta akan Allah, sebab kita sayang hubungan kita dengan Allah."

"Ok. Aku dah faham." Sengih. "Hebatnya kau, rilek saja cerita tentang benda-benda camni."

Senyum. "Taklah, aku pun kebetulan hari itu aku tengok TV al-Hijrah saja. Kalau tak, jangan haraplah boleh jawab. Dah. Dah. Pergi buat homework kau tu, esok kalau kena marah sebab tak siap jangan nak mengadu dekat aku." Zaki dah kembali menghadap buku 'The Romanticism' tulisan Harun Yahya di tangan.

"Baik bos."

[source: iluvislam.com]

1 comment:

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...