Tuesday, October 11, 2011

kahwin lari je lah.

Tertarik dengan entry HH 
memang betul.
susah nak kahwin sekarang ni.
hantaran ribu riban.
dah tak main dah hantaran cuma sebuah Al-Quran sebentuk Cincin.
kenapa ek? kenapa ek?
...
contoh situasi
Kaklong dah lama ke kawan dengan **** tu? umur dia berapa?
Dah 2 tahun, ayah. dia setahun tua je dari Kaklong.
Bila nak kahwin?
Dia belum kerja lagi. Nanti lepas study baru kahwin.
Baguslah, kalau tak ada RM30 ribu. Ayah tak boleh nak kahwinkan kau.
Kahwin biasa-biasa je tak boleh ke ayah? buat doa selamat je ke?
lagipun kalau nak kumpul RM30k tu sampai bila?
Eh, dia lelaki. Pandai-pandai lah dia. Lagipun kau ada saudara. Nanti saudara-saudara kau cakap apa pulak.
ending cerita: si anak kahwin lari dengan jejaka pilihan kat Siam. Balik Malaysia daftar kat Pejabat Agama, naik mahkamah dan kena denda RM1000 je untuk dua orang. belanja tak sampai RM2k pon. settle.
...
fuiyo RM30k kot~
gilo kau.
memang betul pun. aku ada tanya budget kahwin jiran aku.
budget RM20k. tapi tak cukup jugak.
tu belum duit hantaran.
kesian lelaki nak kena cari duit. dengan berbekalkan diploma sajork, bila tahun la nak kumpul duit RM30k tu?
bila pulak nak beli rumah, bila pulak nak beli perabot, bila pulak nak beli kereta.
nak kahwin punya pasal sampai ada yang buat loan bank, pinjam Along etc.
berbaloikah?
...
berbalik kepada cerita di atas.
apa pendapat korang?
salah anak ke? salah ayah dia?
ya aku faham, susah jadi parent ni.
kalau aku ada anak, memang aku nak yang terbaik untuk anak aku.
kahwin tu sekali je kan?
mestilah aku nak grand2 gitteww~~
tapi kalau aku kat tempat anak tu,
dari kehulu-kehilir 24/7 buat tambah dosa sedia ada,
baik kahwin je kan?
dah bincang dengan ayah, ibu. dan diorang setuju.
tapi nak RM30k?
mampu?
then decide, kahwin lari kat Siam.
senang cerita.
lapang dada. tak risau dah.
...
persoalannya:
kenapa berzina lagi senang dari bina masjid ek?
kenapa mesti bina masjid dengan membelakangkan ibubapa? 
tak rasa bersalah ke?
sampai bila nak kahwin rahsia2?
...
kesian kan?
tak ada cadangan ke?
dulu kita tak pernah pun dengar orang campak baby dari tingkat dua.
sekarang dah ada.

p/s: apa jenis oranglah ni. dah berzina lepas tu pandai-pandai lah bertanggungjawab. buat tambah dosa buat apa? ingat senang ke nak dapat baby? orang yang kahwin bertahun pun belum tentu ada anak lagi. sengal.*emo*

5 comments:

lynda said...

jangan kawen lariii !:)

!! YaNa YassiN !! said...

isu menarik,... bkn nak beban lelaki, tp lebih kepada bg rasa tanggungjawab...hihihi

AcidFlynN Wraith said...

hantaran macam nak jual anak. hahaha. dah la nak settle ptptn lagi, berhutang... kereta lagi pon berhutang.. kalau ada rumah? lagi berhutang rate gaji untuk yang lepasan diploma tak lebih dari 2k. tu pon kalau si lelaki kije dapat rate gaji diploma. kalau kije kerajaan? 20 tahun kije baru dapat merasa 5ribu sebulan basic. tu pon kalau ada rezeki. tapi bagi aku tak payah grand2 pon takpe. sebab kalau grand2 pastu cerai berai tak guna gak sebab pening memikirkan hutang keliling pinggang lepas kawin. wassalam

IFA Athirah said...

ske hati je.damn2..

AzzifarunNurafizza said...

memang ada benarnya...dulu my mom pon cakap..kena ada 20k baru kawen..tetibe lately ni bila cakap pasal kawen, beliau blh cakap, brape pon takpe..nanti orang ckp jual anak pulak..tapi sekarang memang barang naik harga.so, belanja pon byk la kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...