Wednesday, October 25, 2017

Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2018/1439H-1440H

Tarikh-tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2018/1439H-1440H bagi Malaysia:
Tarikh penting islam 1439-1440 Hijrah
Semoga bermanfaat ;)

Thursday, October 19, 2017

Berkenaan Pizza with Mission Pizza Crust

Pizza idea topping fast cheap
Salam and Hi. Mak cuma nak share tentang this product: Mission Pizza Thin Crust ;) Mak love pizza, siapa yang tak suka kan? Normally mak akan beli je. Tapi seratus kali fikir juga. Why? Sebab mahal. Kenapa mahal? Sebab I will add on a lot of different topping end up regular size pizza sahaja dah RM20+. Nak buat sendiri, malas leceh nak menguli. Dan it texture doesn't feel right. Yes, mak dah try several times and kurang mahir. 

But I love thin crust anyway, sebab kalau nak makan yang jenis pan crust/beroti, I can simply make a sandwich. It's all about topping and crunchy pizza crust. Macam 1 kepuasan, if you know what I mean ;) #kakimakan

Thank god ada this kind of product in the market. Bila craving pizza, boleh buat and makan bila-bila masa anytime within 15 minutes. Got any leftover? Just chop-chop, put that gooey-goodness mozarella, a bit parmesan or cheddar for that salty savoury bites and bake in the oven for bout 10 minutes and makan!

Semalam mak buat tuna and crabmeat pizza. Apply tomato sauce a bit, italian herbs, thousand island mayo, tuna, crabstick (a lot!) onion and of course mozarella and cheddar. Barulah complete. Yummy, 2 batch licin.

Sebab dia crunchy, lepas ni mak nak try buat chips or maybe a bruschetta or any finger foods for my superheroes. Or maybe I should prepare a chicken wrap for picnic this weekend. Yeah! Till then, Salam.

P/S: Thanks Ruby ;)

Wednesday, October 18, 2017

I'm a Mission's Pizza Contest Winner

This is it, Mak menang Mission's Pizza Contest held by Ruby.My and Mission Foods Malaysia. Thank you Ruby and Mission Foods Malaysia.
resepi pizza paling mudah
Mak dapat pizza peels/paddle, pizza cutter and 2 set of Mission Food Pizza Crust in 2 flavours: Plain and Wholemeal.

PRODUCT INFO
For those always on the go but would still like a delicious home-made meal, grab Mission’s all new Pizza Crust, perfect for creating great meals and great memories. You know you’ve got the best when its made by one of the world’s largest flatbread makers.

Each pack some with two shelf-stable (unfrozen, ambient) 10” diameter untopped pizza crusts. Available in two flavours – Plain and Wholemeal, the crispy thin pizza crusts have the signature Mission taste, and are made using the finest ingredients for that authentic Italian taste. Now that the crust is sorted, the sky is the limit when it comes to creating pizza toppings which doubles as a fun family activity as well.

Try a basic Margarita Pizza with a basic tomato sauce and cheese, or meatier, stackier versions, or even dessert pizzas! Quick, simple and convenient meals enjoyed by the whole family is now made easier with Mission’s Pizza Crusts.

ABOUT MISSION FOOD MALAYSIA
Established in 1959, Mission Foods, is one of the world’s largest tortilla, flatbread and corn flour producers in the world and is engaged primarily in the production, marketing, distribution and sale of tortillas, tacos, corn chips, wraps, flatbreads, corn and wheat flour.

Over 20,000 people are employed globally across all the operations with facilities in Mexico, the USA, Central America, Europe and Asia Pacific. All products for the Malaysian foodservice market is made out of the state of the art facilities in the Region, namely, Selangor Malaysia and Shanghai China. The division’s main brand is Mission®.

With 60 years successful experience, Mission Foods manufacture over 25% of the world’s flatbreads demonstrating clear global leadership, making the company the world’s largest manufacturer of these products.

Our Malaysia plant is ISO 22000:2005 and ISO 9001:2000 certified by UKAS in 2006, and also HALAL certified by JAKIM and our Shanghai plant is ISO -9000, HACCP, ISO-14000, OHSAS-18000 and GFSI certification under FSSC-22000.

For more info, do keep a look out for new recipes, promotions and contests on their Facebook Page @missionfoodsmalaysia and Instagram @missionfoods.my

Alhamdulillah. Mak memang suka product Mission Food, especially wrap perisa onion and chive. Prepare earlier, wrap in aluminium foil. Bila nak makan, cuma panaskan dalam microwave or oven. Senang, cepat dan mudah. Yang paling penting, sihat ;)

Nanti mak up recipe mudah menggunakan pizza crust Mission ni. Till then, Salam and Happy Deepavali.

Monday, October 16, 2017

My 4th Pregnancy

Sebenarnya Mak tak tahu nak cerita pasal apa kalau bab pregnancy ni. Dah 3 previous pregnancy, maybe I should share bout my experience prenatal, postnatal, sort of? or my experience masa mak mula-mula TTC (try to conceive)? I don't know. But honestly pregnancy this time memang penat ya ampun juggling with my current 3 superheroes, dengan segala macam ailment, work stuff (I'm WAHM), house chores etc. all alone. Tuhan je lah tahu betapa rasa nak give up je kekadang.

Heh, I'm just being real and YES, IT'S A BOY, again. Ni last, lepas ni Mak nak tutup production dah *facepalm*

Did I told you that Mak pergi 4D Scan last month dekat Klinik Nur Aini, Pasir Gudang? RM100 for pic and video (dalam CD) and printed report. Best jugalah, tapi tak boleh compare Columbia Hospital punya 4D scan (with Dr. Rajesh, highly recommended).
4d scan 26 weeks
Baby sembunyikan muka, but kalau tengok above picture betul-betul you can see side of his face. He move actively masa scan session. Kejap pusing sana, kejap pusing sini. Hiccups some more. Especially when he hear his brothers voice. Macam tak sabar-sabar nak keluar main dengan abang-abang. *pengsan*

Of course la I'm super excited, in fact kami semua super excited. Alhamdulillah, he's doing just fine and actively kicking my thin stomach yang dah start develop stretch mark all over the place. I notice that this time, baby a bit bigger. Ke perasaan mak je? Even my husband ask whether I'm sure I'm pregnant with one baby cause my tummy look huge and at 6 months mak dah start look like penguin, walk like a penguin.

Apa-apa pun, it's confirm satu je dalam perut Mak ni. Mak belum fikir nak bubuh nama apa. Yusuf? maybe. Feel free to give me any idea ;) and doakan kami sekeluarga. InsyaAllah. Till then, Salam.

Resepi Nasi Ayam Mudah dan Sedap

Resepi nasi ayam sedap dan mudah
Rasanya dah ramai yang share Resepi Nasi Ayam paling mudah dan sedap ni. Penulis (owner resepi) Puan Rafiza Idayu kata, cara ini diadaptasi dari resipi Nasi Ayam Kak Laily Subang dan perapan ayam dengan resipi steak Me’nate oleh Tuan Mustaffa Haji Othman, bekas masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckhingham. Power kan?

Bila bercakap pasal nasi ayam, mak memang jarang buat sendiri sebab kedai nasi ayam literally depan rumah mak je, so mak beli kedai kalau nak makan. Tapi bila nampak resepi yang sangat simple dan mudah ni. Mak terus pi pasar cari ayam, pakcik tu siap bagi lemak ayam extra lagi. HUHU. Berikut resepi mak dah susun ikut workflow:

Benda pertama sekali kita kena buat, rendam sekejap beras yang telah dibasuh bersama 1 sudu teh serbuk kunyit selama 15 minit untuk bagi warna nasi nampak cantik. Kemudian bersih dan toskan.

Kedua, sementara rendam beras tu, kita handle ayam. Ayam seekor tu potong 12. Panaskan air sehingga mendidih baru masukkan ayam (in order to seal jus ayam) Pastikan ayam semua terbenam, tutup periuk dan biarkan selama 5-6 minit dan keluarkan dan toskan ayam. Air rebusan jangan dibuang.

Ayam Goreng/Bakar

Bahan-bahan:

2 ulas bawang putih - ditumbuk
3 sdb madu
2 sdb sos tiram
1 sdb kicap pekat - kicap ABC
1 sdb minyak bijan
Sedikit lada sulah

Cara Memasak:
1. Di dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan tadi.Tak perlu letak garam, namun kalau nak masin sedikit, letak garam sedikit sahaja sebab sos tiram sudah masin.
2. Perap ayam yang telah direbus tadi dalam 15 minit.
3 Guna api sederhana kecil, apabila minyak betul-betul panas masukkan ayam, namun jangan masuk banyak sangat. Goreng dalam 5 minit ke 7 minit sahaja.

Mak bakar je dalam oven, 200°C dalam 30minit. Fuss-free and healthy. Baki perapan mak pekatkan atas dapur dengan api kecil and lumur atas ayam lepas dah siap bakar.

Nasi Ayam

Bahan-bahan:

Beras 3 pot + 1 sd serbuk kunyit (as mak mention earlier)
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - dipotong nipis
1 ketul Kiub pati ayam
Bay leaf (atau daun pandan) - untuk wangi
Lemak ayam
Air rebusan ayam

Cara Memasak:
1. Panaskan lemak ayam sehingga keluar minyak (tutup periuk) dan tumis halia serta bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan kesemua bahan tadi dan masak seperti biasa.

Sambal Nasi Ayam

Bahan-bahan:

6 biji lada merah
2 ulas bawang putih
1 sudu jus limau nipis
Sedikit halia (anggaran 1 ruas jari kelingking)
4 sdb gula
1 sdk garam
200ml air rebusan ayam
1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air

Cara Membuat:
1. Blender semua bahan. Masukkan air rebusan tadi.
2. Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil.
3. Dah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis.

Sup Ayam
Baki air rebusan ayam tadi awak masukkan sahaja 2 ketul kiub ayam, daun sup dan bawang goreng. Settle.

Hidangkan dengan daun , tomato dan timun. Memang sedaplah. Makan nasinya by itself pun dah sedap. Ayam dia jangan cakaplah, memang best! Lepas ni nak buat nasi ayam pakai resepi ni je.

Jadi, mak dah mencubanya. Anda pula bagaimana? Till then, Salam ;)

Sunday, October 15, 2017

Ranking Alexa #TheRealBloggerMak - 15 Oktober 2017

Global Rank: 2,868,355

Rank in Malaysia: 19,073

Sumber: SINI

Rekod Sebelum INI.

Entri purata 1/day pun boleh naik almost half daripada ranking sebelum ni. Most of the traffic came from google search and direct. Kiranya banyak entri dalam 1st page google dan ada pembaca setia la kan? kan? Alhamdulillah.

I'm currently dah 3rd trimester. This pregnancy memang penat tahap dewa compared to my pregnancy before. Ingatkan nak start entry bout pregnancy or else yang berkaitan. But I can only think bout food setiap masa. Sebab tu selalu up entry recipe je memanjang. Bukan nak cantas blogger masakan. Sapelah Mak ni nak compare dengan diorang. Tengok cara ambil makanan pun dah tahu mak ni super noob, nak cakap pasal flatlay lagilah fail. KAHKAHKAH.

Due sepatutnya next year pertengahan Januari. Tapi rasanya tak sampai next year kot as sebelum-sebelum ni 35-36 weeks, baby dah excited nak keluar. But who knows? Doakan segala kebaikan untuk my family and I. Till then, Salam ;)

Wednesday, October 11, 2017

Resepi Puding/Custard Caramel Mudah

It's been years mak makan puding karamel, sebab dulu mak rajin benar buat tiap minggu sampai muak dah nak menjamah. Tapi since last week ternampak kawan post pasal puding karamel, teringin pula jadinya. Bila teringat, pagi subuh jam 3 tadi mak bangun-bangun terus buat puding. So, boleh makan dessert for breakfast ;)
Resepi puding karamel mudah sedap
There's two ways of making puding karamel or custard caramel; whatever you call it, bakar dalam oven or kukus guna pengukus. Sebelum ni, mak guna resepi lain (Link - mind my language in this FB note, note zaman kanak-kanak) Tapi yang resepi mak share ni sikit je barang, lebih kurang sama juga rasanya.

Bahan-bahan:
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
400 ml susu cair atau susu full cream
6 sdb gula

Bahan untuk karamel:

5 sdb gula kastor
2 sdb air

Cara Membuat:
1. Mulakan dengan buat karamel dalam loyang terus, perhatikan api jangan over caramelized nanti pahit ;) Dah siap letak tepi sejukkan.
2. Blender semua bahan custard, dalam 8-10 saat sehingga sebati (don't over do it)
3. Tapis dan masukkan larutan ke dalam loyang tadi.
4. Bakar dalam oven 180°C selama 45-60 minit. Gunakan teknik water bath. Bubuh aluminium foil sekeliling loyang dan rendam loyang dalam dulang yang berisi paras 3/4 loyang kita tadi ATAU kukus di dalam pengukus selama setengah jam atau till it set.
5. Dah siap bakar, sejukkan dalam peti ais selama sejam dan sedia dihidangkan.

Macam mana? Senang ke susah? Boleh try nanti ok? Cuma hati-hati time buat karamel tu ;)

Denda lewat daftar kelahiran naik RM1,000

Ada baca BH Online petang semalam tak? Mak nak share this not-so-good news dengan kawan-kawan. If awak tak register anak awak within 60 days of birth, kena denda RM1000 berbanding sebelum ni RM50. Mak tak pernah lambat daftar lambat surat beranak anak, JPN pun dekat. Tapi kalau macam orang susah nak datang, transport tak ada etc. macam mana ek? Ke boleh refer or minta bantuan ketua kampung? Ada medium lain tak? Sebab mak pernah jumpa dulu kat Perak masa join volunteer program, ada orang asli yang tak ada surat beranak or IC. Belum cerita pasal Sabahan lagi. Kesian tau.

Denda lewat daftar kelahiran naik RM1,000 (Sumber: BH Online)
TIMBALAN Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed. - Foto Asyraf Hamzah
KLUANG: Pasangan yang tidak mendaftar kelahiran dan surat beranak anak mereka dalam tempoh 60 hari perlu membayar denda RM1,000, berkuat kuasa serta-merta.

Sebelum ini, denda pendaftaran lewat kelahiran hanya RM50.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata langkah meningkatkan denda bukan bertujuan mengutip hasil, sebaliknya menggalakkan ibu bapa mempercepat pendaftaran kelahiran anak.

Katanya, pendaftaran kelahiran tidak boleh diambil mudah dan sambil lewa kerana akan menimbulkan pelbagai masalah berbangkit ketika anak membesar termasuk kesulitan mendaftar MyKid serta persekolahan.

"Kerajaan mengambil keputusan semua kelahiran mesti didaftar dalam tempoh 60 hari, sama ada anak sah taraf atau luar nikah.

"Jika ibu bapa mendaftar lewat dari tempoh berkenaan, mereka akan didenda sehingga RM1,000 berkuat kuasa serta merta.

"Kerajaan menaikkan jumlah denda lewat daftar selepas pindaan Akta 299 Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat yang diluluskan Dewan Rakyat tahun lalu.

"Ogos lalu, kita hanya menguatkuasakan tempoh pendaftaran lewat kelahiran dilanjutkan dari 42 kepada 60 hari bagi memberi peluang ibu bapa atau ibu tunggal berpantang dan menguruskan bayi sebelum hadir di hadapan pendaftar kelahiran," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pejabat baharu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Simpang Renggam di Taman Indah, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah JPN Johor, Rokiah Hanum Ibrahim.

P/S: Semoga semua urusan dipermudahkan.

Tuesday, October 10, 2017

Resepi Kari Ayam Paling Mudah dan Sedap

Memanjang post resepi mudah dan self-aclaimed sedap. HAHA. Anak-anak dengan maknya sekali memang suka makan kari. Every week wajib masak kari ayam/daging. Bertambah-tambah anak makan. Mak gemar lebihkan kuah, kentang, and buat pekat-pekat. Kalau ada lebihan, boleh buat cecah roti or lempeng untuk keesokkan harinya. Memang menjilat jari.
Reaepi kari ayam daging mudah
Bahan-bahan:
10 sdb minyak masak - 50ml
1 kayu manis - 4g
2 tangkai daun kari - 2g
1/4 bahagian ayam dipotong kecil - 200gm
1 biji ubi kentang dibelah 4 - 50gm
1 tomato kecil dibelah 4 - 60gm
1/2 batang lobak - 70gm
1 paket serbuk kari ayam/daging - 25gm
1 sdk garam - 5gm
2 cawan air - 500ml
1/2 cawan santan - 125ml

Bahan kisar halus:
1 bawang besar / 3-4 biji bawang kecil - 40gm
4 ulas bawang putih - 20gm
2cm halia - 15gm

Cara Memasak:
1. Tumis bahan kisar, kayu manis dan daun kari sehingga wangi dan masukkan serbuk rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
2. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak baru masukkan ayam dan kentang. Gaul rata dan tutup sekejap dalam 3 minit.
3. Masukkan air dan garam. Kacau dan tutup lagi dalam 12 minit.
4. Bila ayam dah nampak masak, masukkan tomato, kecilkan api dan masukkan santan. Kacau perlahan sehingga pecah minyak.
5. Siap untuk dihidangkan.

Ada orang suka gantikan santan dengan susu cair. As ada banyak rempah kari dekat pasaran, mak suka brand Baba's. Mak dah compare dah ingredients and taste dia. Baba's punya lagi kick. Dan 1 lagi, kalau nak pedas, boleh tambahkan cili serbuk atau cili kisar semasa menumis. Takpun partner je kan dengan sambal belacan dan ikan masin. Kalau suka kicap, gaul kicap cap kipas udang. Huhu. Lapar pulak perut mak.

Selamat mencuba ;)

P/S: Bila anak dah besar dari bayi ke preschooler, seronok dapat masak and makan sama-sama. Taklah memanjang mak makan bubur je.

Monday, October 9, 2017

SUPPORT ME!! POKUCU Contest

SYARAT-SYARAT:
1 - Follow blog POKUCU.COM , SISHAWA.COM dan SISHAWADESIGN
2 - Like fanpages rasmi POKUCUDOTCOM dan SISHAWADOTCOM
3 - Follow IG @Kaymieyarahman
4 - Buat sebuah entry yang bertajuk SUPPORT ME!! POKUCU Contest
5 - Letakkan banner di atas ke dalam entry terbabit dan berikan pendapat, ulasan atau apa saja kata-kata yang bernas terhadap blog POKUCU.COM dengan seikhlas hati mengikut kreativiti masing-masing.
6 - Publish entry terbabit dantinggalkan link entry berserta dengan email di ruangan komen post ini.

Komen tentang POKUCU.COM:
1. Kemas dan susunan layout teratur
2. Fast-loading
3. Perkongsian menarik

Sunday, October 8, 2017

Delimas : Sambal Rangup Ikan Bilis Halus Review

Delimas Sambal Rangup Bilis halus
Sebenarnya produk Muslim ni dah bertahun-tahun dekat pasaran. And jarang ada sambal ready made yang betul sedap dan menepati citarasa. But not with this product. Ya, ini bukan sponsored post. HAHA. Inilah dia Sambal Rangup Ikan Bilis Halus/Crispy Anchovy Chilli. Harga dalam RM8.++ for 180g. Boleh beli dekat Giant atau Tesco (Link) Ada dua variant, yang atas ni ikan bilis and satu lagi udang. Pedas bak hang, tapi yang pedas tu la yang buat lagi tambah selera. Ye tak?

Mak suka yang ikan bilis, sedap buat cecah or rencah masak or makan begitu saja dengan nasi/mee. Bila mak buat favourite dish mak macam chee cheong fun ke chilli pan mee ke sizzling yee mee ke, memang best bila dipadankan dengan sambal ni. 

Tak rugi beli. Nanti try tau and share pandangan awak pula ;) Oh nanti ada masa mak share resepi Chilli Pan Mee versi derhaka juga, KAHKAHKAH. Jadilah~ takkan kita nak pergi Ipoh semata-mata nak makan mee. Masaklah sendiri *pasrah* Till then, have a nice weekend. 

Resepi Chee Cheong Fun Hong Kong Style Versi Paling Mudah, Pantas dan Sedap

Chee cheong fun hong kong
Chee Cheong Fun (CCF) ni antara chinese food paling sedap sekali bagi mak masa stay dekat Ipoh years back. CCF ni sebenarnya freshly-made rice noodle roll macam laksam tu tapi nipis lagi. Lebih kurang kue tiaw. Macam-macam versi ada Ipoh-style, KL-style, Teluk Intan, Kampar, Penang, you can google it yourself what is the different between this stylo-milo kue tiau.

As for today, after years perfecting my recipe, this is it: Chee Cheong Fun Hong Kong-style versi derhaka tapi rasa sedap sama macam Restoran Hollywood Ipoh buat.

Bahan-bahan:
2 cawan kue tiaw - dicelur
200gm isi udang/isi ayam - celur dan cincang dan put a bit of white pepper ;)

Bahan kuah:
30ml kicap cair
60ml air
1 1/2 sdk gula
1/4 sdk kiub ayam Knorr
1/4 sdk minyak bijan

Hiasan:
Sambal Ikan Bilis Bercili Rangup Brand Delimas
Bawang goreng
Daun bawang
Bijan
Minyak bijan - 4/5 drops

Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan kuah in one pan and simmer api kecil sehingga mendidih dan tutup api, ketepikan.
2. Letak kue tiaw dan bubuh ayam/udang cincang tadi sesuka hati. Nak sembunyikan bawah mi pun boleh. Letak kuah and sprinkle all above garnishing stuff (wajib ada bawang goreng and sambal)
3. Makan.

In case awak tertanya-tanya apakah Sambal Ikan Bilis Bercili Rangup brand Delimas ni, kejap lagi mak sambung dekat next post. Panjang benar dah entri ni rasanya, KAHKAH. Terubat rasa rindu kat Ipoh bila dah menjamah CCF ni.

Dulu mak duduk sana dekat 5 tahun ulang-alik Tambun-Hospital Ipoh. I even plan to menetap terus dekat sana, tapi hajat mak tak kesampaian. Allah s.w.t. ada plan lain untuk mak.

Mungkin one day, I will settle down there bila duit dah cukup RM10juta dalam bank. InsyaAllah, doakan ;) Till then, Salam.

Saturday, October 7, 2017

Cara Buat Roti Sosej Cheese Sedap

Resepi roti sosej mudah
Hari ni mak share resepi mudah je lah: Roti Sosej dengan cheese, sesuai untuk sarapan, minum petang atau bekalan anak-anak ke sekolah. Atau tatkala perut lapar dan mendambakan comfort food. KAHKAH.

Bahan-bahan:
10 keping roti - dilenyek (untuk elak serap minyak berlebihan)
10 batang sosej - direbus (kalau health-conscious boleh belah 2 or 4)
5/10 keping cheese - mak pakai cheddar, kalau nak lagi best pakai mozarella boleh tarik-tarik, potong nipis.
2 cawan serbuk roti - mak suka guna jenama Meriah (perasa original)
2 biji telur dipukul
1 sdb herba oregano - suka hati, gaul dengan serbuk roti
Resepi roti sosej sedap
Cara-caranya:
1. Susun "breading station" : roti, sosej, cheese, pukulan telur dan serbuk roti.
2. Letakkan sosej dan cheese di atas roti, gulungkan dan letak sedikit telur di hujung roti which act as pelekat.
3. Celup roti tadi dalam telur dan golek-golekkan atas campuran serbuk roti tadi. Letak tepi dan repeat sehingga semua bahan habis.
4. Dah siap, boleh terus goreng api kecil or frozenkan.
Serbuk roti sedap Mudah
Serbuk roti jenama Meriah tu ada 3 variant tau; Original, Golden Orange dengan Italian Herb. Kalau guna yang italian herb dah tak perlu bubuh herb lagi. Kalau tak ada jenama ni, nak guna jenis apa-apa pun boleh, or buat sendiri or taknak salut serbuk roti pun tak apa. (atau hancurkan biskut cream cracker, pretzel or apa-apa yang ada)

Selain guna sosej, boleh guna isi ketam, or anything yang terlintas. Ikut kreativiti masing-masing. Senangkan? OK. Selamat mencuba.

Friday, October 6, 2017

Photobucket Pula Problem.

Hari tu ImageShack sekarang Photobucket. Sebenarnya benda ni dah lama. Tapi disebabkan malam ni mak baru nak berkesempatan nak download pic dari photobucket satu-satu and upload balik gambar, mak rasa macam nak rage sangat. Dahlah dah banyak pic upload dekat Photobucket. Dahlah update blog pakai phone je sekarang ni. Geram pula mak bila Photobucket tak boleh guna dekat Blogger (3rd party). OK, tu je. Pfft~

Thursday, October 5, 2017

HASRULHASSAN.COM Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017

Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM
Salam. Lin join Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017 anjuran otai SEO - HasrulHassan.com. jom join sekali? Klik banner di atas.

Blog #TheRealBloggerMak
Been blogging since Lin masih belajar lagi pada tahun 2011, that time nama blog Lin: Monolog Dalam. Entry banyak berkisarkan life Lin as student, my hobi - foodhunting, my studies, product review, beauty and health stuff, current issue or event etc. After almost 7 years berblog, blog Lin tak banyak berubah, masih berniche kan Lifestyle tapi lebih matang la ditambah dengan Lin rebranding semula blog ni, tukar nama blog jadi #TheRealBloggerMak as Lin pun dah jadi mak-mak sekarang. HUHU. Now, people know me as Mak Lin.

Lin kenal Sifu HasrulHassan since zaman-zaman dulu juga. Blog yang selalu bagi tips and tunjuk ajar tentang SEO, how to generate money online and else. Selalu join Hasrul Hassan punya segmen. Thanks Otai HasrulHassan ;)

Till then, salam.

Rutin Mak dan Aktiviti Anak

Buat masa sekarang routine mak setiap hari lebih kurang sama je. Bangun pagi, siapkan sarapan (or makan dekat luar), tidurkan Fateh while mak masak cepat-cepat for lunch dengan "bantuan" 2 chef; Adam and Iman and spend most of the time sebelum Fateh bangun (dalam pukul 1pm) dengan tengok TV, joget-joget (especially time lagu Larva), ajar mengaji or do any activities lah yang mak terlintas nak buat (or I google it). WAJIB ada aktiviti dengan budak dua orang ni, or they end up bercakaran sesama sendiri. Kalau tak Adam kacau adik dia, mesti Iman yang provok abang dia.

Bila Fateh bangun, we had lunch together, then turn Adam dan Iman pula nap sampai pukul 4 petang. Jadi sementara tu, mak spend time dengan Fateh pula. Kiranya lapang sikitlah mak nak buat preparation untuk tea ke, nak update blog ke, basuh toilet ke, eh macam-macam la nak buat sebab Fateh suka main sendiri (ikut mood dia). Petang nak ke malam macam biasalah, kadang-kadang mak bawa diorang ke Taman Tasik, main playground picnic etc. Ikut tenaga dan mood mak macam mana. Apa-apa pun boleh, yang penting anak tak rasa bosan or terperap. Anak lelaki ni banyak tenaga, so kita kena salurkan ke tempat yang betul dan bersesuaian. Kalau tak, jangan salahkan anak tantrum bagai. Lebih kurang macam tu la bunyi parenting book yang mak baca.

Indoor Activities
Antara aktiviti kesukaan mak dengan anak mak, of course, play with Lego, bola (sebab rumah mak tak ada barang or anything fragile, so main bola dalam rumah dibolehkan), baca buku, and paling Adam dan Iman suka, buat kraftangan. Most of craft stuff mak beli dekat DIY je. Ada yang siap ada craft kit. Semua ada, senang dan murah. Paling baru mak beli buku ni: Buku Craft, gunting tampal.
 Antara contoh aktiviti dalam buku ni:
 
It cost me RM2.90/book. Adalah dalam 10 aktiviti. Lepas dah siap, ikut kreativiti mak-mak la. Boleh play pretend ke macam mana. Kertasnya tak keras, kalau rajin tampal la dekat manila kad. Macam last time, lepas dah buat watch, belt, crown semua, Adam dengan Iman jadi superheroes (with pistol lego) I ask them cari kejar semut and kill them all! Keep them occupied while mak scroll message customer and FB. KAHKAHKAH.
 
 
Then esoknya, mak ask them whether they love me or not. Kalau sayang, buatkan ibu ini dan ini (tunjuk aktiviti yang mak nak diorang buat that day). Senang kerja and now at 3 and 4, Adam dan Iman dah kenal selotep, gam serta gunting dan pandai menggunting walaupun senget-senget. Last-last Ibu juga yang kena trim cantik-cantik.
Tak apa yang penting this is my effort spending more time dengan anak-anak kan. Doing thing they love. Tak lah sepower mak-mak homeschooling. Tapi bolehlah~ Lagipun next year Adam dah start prasekolah, dengan adik baby due end of this year lagi, macam manalah nak divide time and attention for each baby. Doakan dipermudahkan semua, InsyaAllah.

So mak-mak, apa aktiviti yang korang buat dengan anak? Meh share dengan mak, aktiviti ke, website rujukan ke. Till then, Salam.

Wednesday, October 4, 2017

Daily Quotes #25

Hi Love ;)
"Worrying does not take away tomorrow's troubles, it takes away today's peace,"

Indeed. Somehow worrying bout thing that you can't change just a waste of time. You should start with things that you can change.

Sotong Goreng Tepung Bestari

Sotong Goreng Tepung bestari
Hari ni tempat mak mengalami gangguan bekalan air sampai pukul 2 pagi. Based on notice, katanya nak pasang paip baru. Pengsan lah gini dengan baldi air cuma ada dua nak cater "keperluan" budak-budak ni. Mak redha. Kalau terdesak sangat nanti kita check in hotel jelah. HAHA.

OK, enough with kisah rumah mak tak ada air. Mak nak share pasal Tepung Goreng Ayam Rangup Serbaguna Cap Bestari yang viral since tahun lepas tu.
Tepung goreng cap bestari
Inilah Tepung Cap Bestari. Mak beli packaging kecil 150gm dalam kotak. Harga dalam RM2.++ dekat Tesco. Kalau packaging besar dia bubuh dalam plastik. Ada dua variasi; asli dan pedas. Memang mudah tak perlu bubuh telur or else and breading dia cantik je, melekat, rangup je. Selalunya mak guna untuk buat ayam goreng or chicken popcorn. Anak-anak mak memang suka, cuma pendapat tekak mak, rasa dia biasa je macam tepung lain sebab ikutkan mak lagi suka ayam goreng gaul kunyit garam.

Kisahnya last week, ternampak pula Ummi Hernee kita share buat sotong goreng pakai tepung ni. Bergelodak perut mak. Belum pernah try lagi sotong. Nampak macam sedap je. Jadi mak pun buatlah bila berkesempatan.

Bahan-bahan:
5 ekor sotong - dibersihkan dan dipotong
Sekotak Tepung Bestari 150gm

Cara-caranya:
1. Keringkan sotong dengan kertas tisu, pedap-pedapkan untuk buang lebihan air.
2. Taburkan tepung diatas sotong, gaul dan perapkan selama 30 minit. Renjis-renjis air sedikit bagi tepung melekat dekat sotong kalau sotong kering sangat.
3. Selepas perap, salutkan sotong dengan tepung semula. Gaul-gaulkan sehingga fully coated.
4. Gorengkan sehingga kuning keemasan. Jangan digoreng terlampau lama. Sotong nanti jadi liat.
5. Sedia dihidangkan.

Menangis juga tengok harga sotong paling murah sekilo RM27. Mak beli 5 ekor kecil je cukup-cukup RM10. Jadilah sepinggan besar, sekali hadap. Iman paling suka. Suka mak tengok, berselera anak-anak makan. Alhamdulillah.

P/S: Korang makan tentacles sotong? Mak tak pernah seumur hidup, makan badan je. Sebab teringat mata dia terus letak tepi. KAHKAHKAH.

Tuesday, October 3, 2017

Sambal Kicap Johor

Cara buat sambal kicap
Of course I'm a proud Johorean. Eh tetiba. Tak kisahlah awak panggil sambal cili kicap ke sambal kicap johor ke, sambal ni memang sedap kalau buat cecah pisang/keledek/ubi - gorengan or tauhu or tempe or mee siput.

Ada orang tumbuk je semua bahan, then bubuh kicap. Ada juga yang tak letak bawang merah, ada yang letak. It's up to you la nak buat macam mana. So this is my version. Awak?

Sambal Kicap Johor Versi Jawa

Bahan-bahan:

4-5 biji cili hijau
3-4 biji cili padi - nak pedas letak lagi banyak
4 ulas bawang putih
Kicap - ikut suka nak cair ke pekat, cap kipas udang sedap!
Garam dan gula

Cara Membuatnya:
1. Goreng cili dan bawang seketika (tak perlu potong) dan masukkan kedalam blender bersama-sama kicap, garam dan gula. Kisarkan.
2. Rasa sedikit ikut citarasa, kalau nak letak garam lebih ke, gula lebih ke. Kisar semula.
3. Sedia dihidangkan.

Kalau bab sambal ni Lin memang suka buat banyak-banyak buat stok then letak dalam peti ais. Memang sedap!

Monday, October 2, 2017

Resepi Ringkas Begedil Sedap

Cara buat begedil senang sedap
Semalam mak berkemas-kemas spring cleaning sikit. (Setiap Ahad memang begitu) Plannya nak gantung kuali konon-konon nak pergi makan Nasi Padang lah dengan anak-anak masa lunch.

Terbayang-bayang mak begedil bulat-bulat kat restoran tu. Tapi, mak ingatkan langit cerah hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Lebat pulak tu. Parah.

Mak fikir-fikir, leceh juga nak bawa 3 superheroes ni dengan perut mak lagi. Lantas mak masak nasi, lauk cendawan masak lemak, ayam goreng. Lambat sikit masaknya. Nasib baik budak-budak dah makan nasi goreng kenyang-kenyang waktu sarapan. Kalau tak dua kali sekejap tanya ibu dah siap masak ke?

Tapi mak still teringin benar nak makan begedil. Korek punya korek ada lah kentang 2 biji. Pungpangpungpang jadilah begedil mak. Puas makan, hilang kempunan mak. Anak-anak pun suka, ratah gitu je diorang.

Bahan-bahan:
2 biji kentang - direbus dan dilenyek
1 sdb bawang goreng
1 sdb daun sup - dihiris halus
1 ulas bawang putih - cincang halus *jika suka
1 sdt serbuk lada putih
1 sdt serbuk lada hitam
Garam secukup rasa (or serbuk perasa maggi)
1 biji telur - dipukul dan digunakan untuk mencelup begedil sebelum digoreng

*boleh tambah ayam/daging/udang cincang jika suka

Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan kecuali telur dan gaul sehingga sebati.
2. Kepalkan bulat-bulat comel sehingga habis semua adunan.
3. Celurkan kedalam telur yang telah dipukul tadi dan goreng.
Tips menggoreng: Masa menggoreng, pastikan bahagian sebelah garing dulu, baru terbalikkan. Untuk elakkan bergedil pecah. Api sederhana.
4. Sedia dihidangkan.

Selera betul makan ada lauk-lauk simple macam ni. Esok-esok boleh buat banyak-banyak then frozenkan. Senang anak-anak nak makan (mak dia sekali). Makan dengan mi soto pun sedap ni. Eh. Esok masak mee soto nak tak?