Tuesday, September 26, 2017

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi

Salam. Ni dah kira macam 1 hari 1 resepi dah blog ni. Hari ni Lin nak share ayam masak lemak cili padi/cili api. Sebelum ni Lin ada share juga telur masak lemak cili api (Resepi di sini) tapi resepi ayam ni Lin tak letak lengkuas.

Biasanya Lin suka letak kentang, kadang-kadang Lin letak kacang panjang, sedap juga. Dah tak payah masak lauk sayur dah. Huhu.
Ayam masak lemak cili padi sedap mudah
Bahan-bahan:
500gm ayam - potong kecil
2 biji kentang - potong kecil
1 biji cili padi - terpulang kalau tak nak letak, or nak letak banyak
1 kotak kecil santan - Lin guna cap ayam
(asingkan 3/4 bahagian santan + 4 cawan air = santan cair dan 1/4 baki santan pekat)
1/2 sdk serbuk kunyit
3/4 sdk asam jawa - terpulang nak letak atau tak
1 batang serai - dititik
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 inci halia
Segenggam Ikan bilis (atau 1 kiub ikan bilis)

Cara Memasak:
1. Tumis bahan kisar dan serai sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan kentang, gaulkan dan biarkan seketika.
3. Masukkan santan cair dan asam jawa, biar hingga mendidih.
4. Kalau dah agak-agak ayam dan kentang nak empuk, kecilkan api dan masukkan santan pekat, garam, gula dan serbuk kunyit.
5. Biarkan mendidih, kacau sentiasa jangan bagi pecah minyak.
6. Bila ayam dah masak, tutup api dan siap!

Itu je. Lin tak la pandai masak, kalau ada tips or petua-petua nak buat lauk lagi sedap, jangan segan-segan bagitahu ya. Share la sikit tips korang ;) till then, selamat memasak!

Monday, September 25, 2017

Resepi Nasi Lemak, Sambal Tumis Paling Mudah dan Sedap

Nasi lemak memang sedap di makan sebagai sarapan pagi atau petang. In fact, Malaysian do makan nasi lemak all around the clock. Basically, nasi lemak ialah nasi yang dimasak bersama santan with aromatic add on macam pandan, serai, halba, lada hitam, kulit kayu manis, hirisan bawang.
Resepi Nasi Lemak Mudah
Cara atau teknik memasak pun berbeza-beza, ada yang letak semua bahan in one pot then terus masak (easiest way), ada yang tunggu mendidih baru letak santan (bagi nasi tahan lama) dan ada juga yang masak in one pot tapi santan yang digunakan tu dididihkan terlebih dahulu bersama daun pandan.

Apa-apa pun, kesedapan nasi lemak mostly bergantung pada sambal tumis yang sedap ;) So today, Lin nak share resepi nasi lemak beserta sambal tumis yang menjadi kegemaran suami dan anak-anak.

RESEPI NASI LEMAK

Bahan-bahan:
Nasi dan air seperti biasa tapi kurangkan 200ml sebab nak letak santan
(Lin guna 2 cawan beras dan 425ml air - depends on beras yang digunakan)
1 kotak kecil santan
2 inci halia - dihiris
2 biji bawang merah - dihiris
Sehelai daun pandan - dicarik dan simpulkan
1 sdb minyak masak - terpulang, nak elak nasi melekat
1 sdt garam

Cara Memasak:
1. Campurkan semua bahan kecuali santan dan halia dalam rice cooker dan masak.
2. Bila nasi dah mendidih, masukkan halia dan santan (untuk bagi nasi tahan lama dan lebih harum) dan kacau rata. Boleh sambung masak.

ATAU - just put all once! pun jadi juga ;)

3. Sedia dihidangkan bersama sambal tumis, telur, ikan bilis, kacang dan timun (atau ayam goreng!)

RESEPI SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan-bahan:
1 mangkuk ikan bilis - digoreng dan asingkan
1 biji bawang besar - dihiris
2-3 sdb gula
3/4 sdb gula melaka
1 kiub pati ikan bilis
1 sdb asam jawa/2 keping asam keping
Garam - Jika Perlu. Lin tak letak sebab dah letak kiub pati ikan bilis

Bahan kisar: (Tips Pantas: Blender dengan minyak terus tak perlu bubuh air)
20 tangkai cili kering -  potong, rebus dan toskan
2 biji bawang besar - boleh guna bawang kecil dalam 5 biji
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Sebesar ibu jari belacan bakar - Lin guna 2 bungkus belacan macam dekat bawah ni, beli dekat Mydin. Lebih hygienic.
Resepi Sambal Tumis
Cara Memasak:
1. Tumis bawang besar yang dihiris sampai naik bau sahaja (jangan sampai garing) dan masukkan bahan tumis. Kacau rata.
2. Banyakkan minyak dan kecilkan api (api perlahan, slow and steady) Kacau sehingga cili masak naik minyak - garing dan macam ada buih-buih sikit.
3. Masukkan gula dan kacau rata. Bubuh air ikut kepekatan yang awak suka.
4. Akhir sekali masukkan asam jawa/asam keping, ikan bilis, dan kiub pati ikan bilis.
5. Kacau sehingga sebati dan sedia dihidangkan.

Sambal tumis ni biasanya Lin tak bubuh ikan bilis dulu, Lin masak malam sebelum nak makan nasi lemak waktu pagi. Nanti nasi dah masak baru Lin masukkan ikan bilis yang telah digoreng ke dalam sambal. Barulah kerangupannya terasa!
Resepi Sambal Tumis Mudah
Lagipun sambal tumis ni boleh buat lebih dan masuk dalam  peti ais. Kalau tengah malam perut lapar, boleh pecah telur dan makan dengan nasi panas bergaul kicap. Tak pun cecah roti puri (Klik Sini: Resepi Roti Puri Cepat dan Sedap) or jemput-jemput untuk minum petang. Huhuhu. Till then, Salam.

Friday, September 22, 2017

Yuzu Japanese Restaurant, Taman Mount Austin

Sebelum bulan puasa yang lepas (dah lama sangat baru nak cerita, harap tabah) Lin dijemput untuk food review di sebuah Restoran yang menghidangkan menu dari Jepun. I do love the excitement of trying something new, thanks blogger Ma Cherie: Kim sebab sudi jemput Lin. It was fun.
Kami (me and another blogger: Kak Ida) reach there after prayer di surau berhampiran. Sesat jugalah di tempat baru. Betul-betul dekat dengan Austin Height Water & Adventure Park rupanya. Kami punyalah pusing-pusing sampai ke AEON Permas Jaya, thanks WAZE. grrr! Tapi tak apa, nasib baik selamat sampai. (Lokasi Restoran: Waze)

ENVIRONMENT
Memang meriah. Masa tu dinner time. Ramai orang, tapi tak terlalu pack and bising. Paling penting family-friendly; ada child seat. Masuk-masuk je makanan dah terhidang untuk kami. Perut pun dah lapar, tapi hakikatnya seorang blogger, sekecur mana pun air liur, bergelora asid dalam perut, kena tunggu semua orang habis ambil gambar dulu baru boleh makan. *pasrah*
MENU
Lin bagi terus menu siap harga. Click picture below for larger view OK? Yes, you are welcome ;)
Terkejut kan tengok harga dia? More cheaper than any other Japanese Restaurant yang Lin pernah pergi. Plus: Free flow of green tea, sauce, wasabi and other condiments.

BRACE YOUSELF, MORE FOOD PICTURE AHEAD
Fried Gyoza
Chawanmushi
Croquette
Takoyaki
Teriyaki Chicken Cutlet Don - My favourites!
Fish
Salmon
Udon
Chicken Kimchi
Zaru Noodles Cha Soba
Zaru Noodles Soba
BLOGGER FRIENDS
I’m truly happy with this meetup, pardon my muka sembap terlupa nak makeup. Event sebenarnya pukul 7 tapi they didn’t have surau. Surau paling dekat pun within 3km macam tu, so we go there. Datang lambat sikit tapi diorang semua faham, as I already inform them earlier. Apa-apa pun segan juga pergi lambat-lambat event orang. Kita bukan VIP wak~ Huhu. Thanks again to Kim sebab sudi jemput kita. Love you all.

Jadi awak semua dah plan nak makan dekat mana this weekend? Have fun!

Baby's Haul at Motherhood

Last time Lin ada blog about Motherhood-Kedai Online Barangan Bayi Murah (Link). As mak dah almost reach 3rd trimester, rasanya tak terlalu awal for me to buy something for Adik Baby, right? So, this is my haul:

  • Autumz Zoe Maternity/Nursing Bra - RM17/each
  • New Born Bennie Hat - RM7.90
  • Fiffy Drinking Straw Brushes - RM5
  • Haakaa Silicone Breast Pump 100ml with Suction Base - RM79.90
  • Fiffy New Born Baby Sock - RM15.50
  • Fiffy "Mummy Honey" 2 In 1 Baby Suit - RM20
  • Holabebe Blanket 4 in 1 Pack - RM39.92
  • V-Coool Water Resistant Bag - RM3.78
  • FOC Motherhood Face Towel and Fiffy Baby Laudry Detergent

Rasanya cukup ni je dulu kot, as barang abang-abang dia banyak lagi; in fact too many. Next on the list: baby carseat, rocker? sebab previous baby rocker dah hancur *facepalm* and clothes, maybe? Kalau ada sponsor pun sedap juga ni. Huhu. That's all and pray for us!

"Sign up and get RM20 off on your first purchase on Motherhood, Click HERE,"

P/S: Agak-agak dah boleh teka this time baby girl or baby boy? ;)

Thursday, September 21, 2017

First Impression: Tukar Skin Care Kepada Avon Anew Reversalist Complete Renewal Range

First Impression: Tukar Skin Care Kepada Avon Anew Reversalist Complete Renewal Range | Been using this for 2 weeks now. Kebetulan ada offer dekat Avon, all this I can get for RM90; includes Facial Foam, Serum, Krim Siang dan Malam. Sebenarnya dah lama nak try tapi mahal sikit especially serum dia. (Save more than RM150!) So when it on sale, Lin grab la.

As earlier Lin ada beritahu dekat FB that my previous skin care (yang Lin guna since Form 3!) dah tak boleh nak cater "keperluan" kulit muka yang makin "matang" jadi Lin try yang ni dulu. So far so good with no breakouts or any allergic reaction. Kulit dah tak kering, and kurang berminyak (Kulit Lin jenis combination) Yang paling noticeable kulit makin cerah kemerahan dan bangun pagi kulit tak berminyak (surprisingly, krim malam dia quite heavy tapi tak berminyak).

Part pori-pori dengan warna kulit sekata tu belum lagi. Still ada discoloration di mana-mana and pores macam itu juga 😂 Pray it works wonder lagi another 2 weeks then Lin decide whether it betul-betul berkesan or not.

Dan tak pastilah it helps with my wrinkle ke tak, sebab Lin CUMA ada wrinkle dekat area bawah mata *menangis dalam kepasrahan* Maybe I should try their eye cream. Kumpul duit dulu. Or maybe I should start double dose of collagen. Huhu.

So, what is your current skincare?

Promosi Shaklee September 2017

promosi-shaklee-september-2017-daftar-ahli-shaklee
Promosi Shaklee September 2017 | Purchase with Purchase (PWP) Enrollment Promotion
Daftar Ahli Membership Shaklee dengan Pembelian Produk Shaklee RM400 ke atas dan dapatkan Vita-C SR Pada Harga Promosi RM60 ATAU Shaklee Shaker 600ml Coral Orange Pada Harga Promosi RM18 ATAU Kedua-dua Vita-C SR & Shaker Coral Orange Pada Harga Promosi RM78
promosi-shaklee-september-2017-set-radiant
Promosi Shaklee September 2017 | Purchase with Purchase (PWP) Promotion
Dapatkan Voucher RM60 dengan setiap pembelian Set Radiant Shaklee!
promosi-shaklee-september-2017-set-shaklee
Promosi Shaklee September 2017 | Purchase with Purchase (PWP) Promotion
Pembelian Set Women Health dan dapatkan Tumbler Shaklee “Follow Your Heart” Pada Harga Promosi RM23.32!

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh terus Whatsapp Lin 0127669156

LEGOLAND Malaysia Resort Launches the World’s First LEGO Virtual Reality Roller Coaster

Ready, Set, LEGO! Prepare to embark on the wildest LEGO ride as LEGOLAND Malaysia Resort will be the world’s first LEGOLAND Park to launch the LEGO virtual reality roller coaster in November 2017, followed by LEGOLAND Florida Resort and LEGOLAND Deutschland Resort in 2018.

Artist’s impression of The Great LEGO Race entrance at LEGOLAND Malaysia Resort
Combining cutting-edge virtual reality technology with roller coaster thrills, the new attraction was developed under the supervision of Merlin Magic Making – the company’s global creative division that designs and develops attractions for Merlin sites around the world. The Great LEGO Race will transform three existing “Project X” roller coasters into an exciting, high-octane experience that puts kids and parents alike in the driver’s seat and asks, “Are you brave enough to face, race and beat the best of the best in all of LEGO world?”

“The Great LEGO Race was inspired by the way kids play with LEGO toys at home,” said Candy Holland, Senior Creative Director for Merlin Magic Making, which designs and develops attractions for Merlin sites around the world. “It’s a unique LEGO adventure that lets kids enter an epic imaginary world made entirely from LEGO bricks, featuring a host of different themes and fun LEGO characters, all mixed up together.”

Featuring a colourful lineup of racers drawn from the ranks of the popular LEGO Minifigure mystery assortments, The Great LEGO Race builds a universe of imagination that will unleash the inner child of everyone. It pit riders in a rollicking race against wild, brick-built contraptions driven by Trendsetter, Pharaoh, Surfer Girl, Wizard and Pirate Captain, including a rocket-powered surfboard and a stylish scooter fueled by espresso. Wearing VR headsets, guests will experience the action from every direction – up, down, forward, backward and all points in between – in a spectacular environment completely made of LEGO bricks.

General Manager of LEGOLAND Malaysia Resort, Kurt Stocks added, “We’re honoured to be the first LEGOLAND Park to launch this experience in the world. Fuelling this launch is our commitment to consistently deliver refreshing experiences and attractions so that every visit here is a new experience for our guests. This November’s launch will further testify to that commitment as guests visiting LEGOLAND Malaysia Resort will be among the first in the world to embark on The Great LEGO Race and lose themselves in a virtual world with captivating storyline suitable for adults and children alike”.

The adventure begins the moment guests approach the ride’s bold new entry portal enveloped in the sounds of roaring engines filling the air. Nearby, the coaster’s queue will resemble a pre-race space where pit crews for each of the five LEGO racers prepare for the competition, including interactive and hands-on elements to entertain riders in the queue.

During the ride, Bluetooth technology will sync the virtual visuals with the roller coaster’s twists, turns, drops and climbs, creating an all-new experience filled with thrills, spills, surprises and humour – done in LEGOLAND’s brilliance.

The Great LEGO Race can be ridden with or without the VR headset, and is suitable for children ages 6 and up. For further information on promotions and activities, visit LEGOLAND Malaysia Resort’s official website www.legoland.com.my to find out more.

Sumber: The Iskandarian

P/S: Di saat post ini published, mak dengan superheroes sedang berjimba di Legoland ;)

Resepi Telur Masak Lemak Cili Padi Kak Suria Lekat Lekit

Resepi Telur Masak Lemak Cili Padi Kak Suria Lekat Lekit
Tak pasti kenapa gambar atas ni tak berapa kuning. In real life memang kuning cantik pakai kunyit hidup. Kebelakangan ni Lin share resepi simple-simple bukan apa, senang nak rujuk balik kemudian hari. Still mencari-cari resepi yang kena selera anak-anak. Kalau ikut Lin, makan nasi tabur ikan bilis goreng pun dah cukup sedap.

Kebetulan kelmarin tengok Kak Suria Lekatlekit post masak lemak telur dekat FB, terliur mak buyung. Kalau ikut resepi kita, tak bubuh lengkuas dengan bawang putih. Kadang-kadang bubuh bawang kecik, kadang tak. Yang penting cili padi tu segenggam. Pure nismilan orang kata~ Tapi versi yang sini sedap juga. Selera orang utara ;)

Bahan-bahan:
4 biji telur
1 biji Bawang besar*
2 ulas Bawang Putih *
1 inci Halia*
1/2 inci kunyit hidup*
1 inci Lengkuas*
Segenggam Cili Padi* - Ikut tahap kepedasan masing-masing
Santan - Lin pakai santan Kara sekotak
1 batang serai - dititik
Sedikit daun kunyit dan daun limau purut - dihiris
1 keping asam keping - Lin tambah, tak bubuh pun tak apa
Garam

Cara-caranya:
1. Kisar halus bahan bertanda * di atas bersama sedikit air dan sedikit santan.
2. Masukkan bersama serai ke dalam kuali dan masak dengan api perlahan sehingga mendidih. Kacau selalu. Jangan bagi pecah minyak.
3. Masukkan telur satu per satu. Biarkan it set baru kacau.
4. Bila telur sudah keras, letakkan baki santan pekat, garam dan asam keping.
5. Kacau seketika jangan sampai mendidih, taburkan daun kunyit dan daun limau.
6. Sedia dihidangkan.

Untuk resepi yang Lin masak, Lin kurangkan kepedasan untuk anak-anak. Tapi Lin makan partner dengan sambal tumis, gaul-gaul dengan kuah lemak yang pekat ditemani kicap cap kipas udang. Memang sedap!

Apetah lagi kalau telur ayam digantikan dengan telur itik atau telur masin, boleh bubuh belimbing buluh juga ;)

Once again, TQ Kak Suria dan selamat mencuba ya kawan-kawan.

Wednesday, September 20, 2017

Upgrade ke Hotlink Fast?

Sebenarnya Lin pun tak berapa tahu tentang plan-plan Hotlink ni. As currently Lin lebih guna Digi (dekat rumah) dan Celcom Postpaid (dekat luar) sebab coverage Maxis yang tak seberapa. Tapi Lin still extend it validity juga sebab sayang as dah guna no ni for more than 10 years, and whatsapp business pun pakai no Hotlink.

Sebelum ni Lin guna plan yang free Whatsapp, FB, Twitter tu. Tiba- tiba dapat mesej dari Hotlink yang Lin telah diupgrade ke 4G Prepaid Plan – Hotlink Fast. Kalau based on Hotlink Red apps yang Lin install, dia kata:

  • Dapat percuma panggilan kepada 5 kawan (macam mana nak setting?) dan percuma 8GB internet every weekend selamanya (selamanya? Nothing is forever baby~)
  • Deal Internet terbaik from as low as 1GB for RM3
  • Earn RED points for ohhsome rewards! (Everytime beli internet dapat points and you can redeem it)

Maknanya dah tak ada lah subscription socmed free lagi, ye tak? Hmm. Bolehlah~

Resepi Mee Sizzling Paling Sedap dan Mudah

resepi mee sizzling mudah dan sedap
Mee Sizzling memang jadi kegemaran kami sekeluarga. Senang, mudah ringkas dan seimbang. Masak je kuah and bila-bila boleh masak dan makan. Anak-anak pun asyik mengulang je. Alhamdulillah.

Bahan-bahan:
2 gulung yee mi (Lin guna broad noodle)
300gm ayam - dipotong kecil
4 biji cendawan shitake - direndam air panas sehingga kembang dan hiris
1/2 batang lobak merah - dihiris
4 helai kobis - dihiris
5 tangkai cili kering - dipotong 1 inci
1 inci halia - diketuk
3 ulas bawang putih - dicincang
3 sudu kicap pekat (Lin guna kicap manis ABC)
2 sudu makan sos tiram
1 cawan air
2 biji telur
1 sudu makan tepung jagung - dibancugh dengan sedikit air
1 sudu makan serbuk lada hitam
Garam, sekiranya perlu (Lin tak letak)

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan cili kering, halia dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam, serbuk lada hitam, kicap pekat, sos tiram, cendawan, lobak merah dan air.
3. Tutup dan masak selama 5 minit.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan garam (jika perlu) dan biar pekat.
5. Untuk memasak mi, tuangkan kuah ke atas mi, pecah telur dan  taburkan hirisan kobis.
6. Sedia dihidangkan bersama hirisan limau dan cili jeruk* atau cili dengan kicap cair

(*Cili jeruk ringkas: Potong cili besar dan tuangkan cuka. Biarkan 1-2 jam)

Senangkan? Bahan nampak macam banyak, tapi semua biasa-biasa je. Atas ni untuk makan 2 orang, kalau orang ramai, doublekan je semua bahan. Boleh makan siang malam. Selamat mencuba!

Ranking Alexa #TheRealBloggerMak - 20 September 2017

Global Rank: 4,698,629

Rank in Malaysia: 60,502

Sumber: SINI

Rekod Sebelum INI.

After 4 months semput nak update blog, inilah bahananya. Ranking menjunam juta-juta even pageview sehari 1000+. Sebab utama dia, laptop mak nyawa-nyawa ikan. Maklumlah dah 7 tahun berkhidmat, skrin pun suku pecah. Sadis. Memanjang update guna phone. Kena cari semangat semula ni.

Mohon sponsor *cry*

Tuesday, September 19, 2017

Resepi Puding Roti Sedap dan Mudah dengan Sos Kastard

Resepi Puding Roti Sedap dan Mudah dengan Sos Kastard
Lapar betul perut tengok gambar puding roti berlegar-legar di timeline. Terbayang kesedapan puding roti bersama sos kastard pekat panas. Lin suka puding roti yang tak terlalu padat, sedikit rangup, di bahagian atas sprinkle gula ala-ala creme brulee dan tak berapa manis.

So, hari ni sambil-sambil masak sambal tumis untuk nasi lemak esok, sempat juga Lin buat Puding Roti untuk minum petang. Kadang-kadang Lin suka puding roti pakai stale crossaint, yang super rich with buttery taste, dengan peach (dalam tin) manis-manis masam, makan dengan aiskrim. Tapi lepas cuba resepi yang ni, kami sekeluarga lebih menggemari versi puding roti yang ini.

Bahan-bahan:

A. Untuk Puding Roti

9 keping roti (Lin suka guna Roti Gardenia Butterscotch)
3 cawan susu segar*
5 sudu besar gula (ketepikan 1 sdb untuk ditabur di atas roti)*
2 biji telur*
2 sdb gula*
2 sdb butter*
2 sdt esen vanilla*
1 kotak kismis (Lin tak letak)

B. Untuk Sos Kastard
1 tin susu cair
3/4 cawan air
2 sdb tepung kastard
2  sdb besar gula

Cara-caranya:

A. Untuk Puding Roti

1. Campurkan semua bahan basah bertanda * dan panaskan sehingga gula larut
2. Koyakkan roti dan tuang bahan tadi di atas.
3. Biarkan meresap seketika dan sprinkle gula di atasnya (suka hati nak buat ke tak)
4. Bakar (bubuh air dalam loyang) pada suhu 200°C selama 45 minit.

B. Untuk Sos Kastard
1. Campurkan semua bahan
2. Kacau perlahan sehingga mencapai kepekatan yang diingini.
3. Sedia dihidangkan bersama puding roti.

Awak suka puding roti versi yang mana? Selamat mencuba!

Wednesday, September 13, 2017

Resepi Telur Masak Kicap Paling Sedap dan Mudah

Resepi Telur Masak Kicap Paling Sedap dan Mudah
Resepi Telur Masak Kicap Paling Sedap dan Mudah | Memanjang kongsi resepi simple dan mudah. Harap bertabah. Tapi memang tak dinafikan lauk "evergreen" ni memang legend. Kalau masak mesti menyesal sebab makan nasinya bertambah-tambah.

Ada macam-macam versi, ada yang suka bubuh halia. Nak lagi berkhasiat, boleh tambah carrot, kentang, tomato, lada benggala dll. Tapi hari ni Lin nak share yang paling basic dan senang.

Bahan-bahan:
4 biji telur (goreng satu-satu dan ketepikan)
3 ulas bawang kecil atau 1/2 bawang holand - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
4 sdb kicap manis cap kipas udang atau 4 sdb kicap masin (suka hati)
2 sdb sos tiram
1 sdt lada putih
1/2 gelas air
Cili - diracik (suka hati)

Cara-caranya:
1. Tumis bawang sehingga naik bau dan masukkan sos tiram, kicap dan lada putih.
2. Masukkan air serta cili dan kacau sikit.
3. Masukkan telur, gaul dan biarkan mendidih sehingga kepekatan yang awak suka.
4. Sedia dihidangkan panas-panas.

Simple kan? Lin memang suka lauk-lauk simple dan cepat ringkas ni. Maklumlah, mak anak ramai memang sentiasa terkejar-kejar. Lauk macam ni 10 minit pun boleh siap. Selamat mencuba!

Tuesday, September 12, 2017

Resepi Roti Puri Cepat, Mudah dan Sedap

Resepi Roti Puri Cepat, Mudah dan Sedap
Resepi Roti Puri Cepat, Mudah dan Sedap | Selain tosai, Lin suka makan roti puri. Panas, garing dan flaky dicecah pula dengan sambal tumis atau kuah kari pekat. Memang terangkat!

Senang je buat roti puri ni. Ada banyak versi, ada yang guna yis/mauripan. Tapi hari ni Lin nak kongsi resepi Roti Puri Paling Cepat, Mudah dan Sedap dan tersangatlah elok kejadiannya. Hanya guna 4 bahan yang pastinya sentiasa ada di dapur anda.
Resepi Roti Puri Cepat, Mudah dan Sedap
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
150ml air
1 sdt garam
1 sdt minyak masak/minyak sapi

Cara-caranya:
1. Gaulkan tepung serta garam bersama-sama air yang diletakkan sedikit demi sedikit.
2. Uli sehingga doh tidak melekat pada bekas dan tangan.
3. Letakkan minyak dan uli lagi sehingga doh lembut.
4. Biarkan doh selama lebih kurang 20 minit.
5. Uli sedikit dan bahagikan doh kepada bola sebesar bola golf (saiz bergantung pada anda - Lin suka buat kecil-kecil, boleh dapat 12 biji 1 adunan)
6. Canaikan doh dalam setengah inci dan goreng dalam api sederhana. Benamkan sedikit doh bagi dia menggelembung. Terbalikkan sekali.
7. Sedia untuk dihidangkan.

Jika ada banyak baki doh, boleh frozenkan doh yang telah dicanaikan dan lapiskan plastik/cling film untuk elakkan doh melekat antara satu sama lain. Bila nak makan, keluarkan dari peti sejuk dan biarkan seketika sebelum digoreng.

Selamat mencuba!

Monday, September 11, 2017

Resepi Mudah Nasi Claypot Ayam Versi Periuk Nasi

Salam. Dulu masa zaman belajar, Mak selalu makan Nasi Ayam Claypot di Food Court Jaya Jusco Kinta City (Kini dikenali sebagai AEON Kinta City). Staying in Ipoh for 4 years memang heaven as I do love Chinese Food.
Bila balik JB, Mak ada juga cuba Nasi Ayam Claypot di sini, tapi tak jumpa yang sedap dan kena dengan selera. So, Mak googled it baru-baru ni. Senang rupanya nak masak “one-pot wonder” ni. Kalau mak tahu dari dulu mak dah masak dish ni. Jimat.
Sebenarnya tak perlukan claypot tu, masak dalam rice cooker pun boleh dan parut. Sebab air halia tu la yang buat penyedap nasi ni.
Resepi Mudah Nasi Claypot Ayam Versi Periuk Nasi

Resepi Mudah Nasi Claypot Ayam Versi Periuk Nasi

Bahan-bahan:
400gm peha ayam (dipotong kecil)
4 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan sos tiram
3-4 cendawan shitake *hiris
Halia sebesar 2 ibu jari *parut dan ambil air dalamnya 2 sudu makan
Ikan Masin *goreng dan ceraikan isi
2 cawan beras
Air untuk memasak nasi
Tambahan/Hiasan:
Sayur Sawi/Pok Choy *celur
Daun Bawang
Cili Kicap
Sedikit minyak bijan
Cara-cara:
1. Campurkan kicap, sos tiram, cendawan, air halia dan perap ayam.
2. Masak nasi seperti biasa di dalam periuk nasi, masa nasi nak kering masukkan perapan ayam tadi. Gaul-gaulkan sedikit. Biarkan masak.
3. Bila dah masak boleh gaul-gaulkan dengan isi ikan masin yang digoreng tadi.
4. Taburkan dengan daun bawang, sawi, minyak bijan dan boleh dihidangkan.
Tips
Resepi Mudah Nasi Claypot Ayam Versi Periuk Nasi
1. Untuk individu yang sibuk, boleh perap ayam siap-siap dan bila nak makan boleh terus masak. Perap malamnya, esok boleh bawa bekal pergi sekolah/kerja.
2. Kalau suka rasa halia, letak sedikit kepingan halia dalam nasi atau serbuk halia.
3. Sedap dimakan bersama cili kicap. (Potong cili padi dan campurkan sedikit kicap cair)
Senang kan?
Jimat masa dan tenaga, balanced diet. Kalau masak pagi sebelum pergi kerja pun sempat or just leave it warm dan petang nanti balik kerja boleh makan 😉

Friday, September 8, 2017

Resepi Ayam Panggang Kecap/Kicap Indonesia

Resepi Ayam Panggang Kecap/Kicap Indonesia
Mak lin sekeluarga suka nasi padang. Pelbagai hidangan lauk-pauk sampai rambang mata nak makan yang mana. Paling disukai anak-anak, ayam panggang kecap pedas dan manis. Jadi bila Mak lin masak dirumah, rasanya boleh tahan. Berebut-rebut anak makan. Seekor ayam sekali makan.

Resepi Ayam Panggang Kecap Manis Stail Indonesia

Berikut resepi Mak Lin, Mak Lin guna kicap  manis pekat ABC. Memang sedap.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong 6)
6 sdt kicap manis
1 sdt gula
1 sdt garam
650ml air
1 sdt air asam jawa
Bahan-bahan Kisar:
2 biji cili padi *boleh lebihkan jika suka pedas
8 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
1 sdt biji lada putih
3 biji buah keras *dibakar
1/2 sdt garam
3 sdb butter
Cara Memasak:
1. Perap ayam dengan air asam jawa serta garam.
2. Cairkan butter dalam pan dan tumiskan rempah kisar tadi sehingga wangi.
3. Apabila tumisan sudah kering dan wangi, campurkan kesemua air tadi dan tambahkan kicap manis, gula dan garam.
4. Renih ayam dengan api kecil sehingga ayam masak. Sos jangan dibuang dan biarkan memekat.
5. Setelah itu, keluarkan ayam dan bakar di dalam oven 180°C selama 8-10 minit. Lumurkan sos ketika membakar.
6. Hidangkan bersama nasi panas, sambal dan ulaman.
Resepi ini sebenarnya agak mudah. Kalau tiada oven, boleh bakar dalam pan/pemanggang dll.
Selamat mencuba!

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan pangilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.

Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantikeruntukmati dan erti kata lain cancer bukan bermakna kematian. Zaki mejelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau.
Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah.
Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa #cancerbukantikeruntukmati

''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara. 

''Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah. 

''Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti.. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari,'' Zaki Bijak.

Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengeliligi Kepulauan Sabah. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak Pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihati dan bantuan dari pelbagai bentuk beliau dapat. Allahamdulilah Orang Sabah Bagus Bah !!!!
Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.
Kalau korang nak ikuti kisah beliau yang penuh liku-liku, korang boleh la follow Facebook beliau, setiap detik perjalanan beliau akan kongsikan bersama anda. Yang pastinya kekuatan dan ketabahan beliau sungguh luar biasa bukan seperti pesakit Kanser.

Kalau-kalau nampak beliau jangan segan-segan hulukan bantuan tau.. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Bukan wang ringgit yang di pinta namun nilai kemanusia itu lebih bermakna.

Jum kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantikeruntukmati.

Segala pertanyaann atau bantuan yang ingin di salurkan ( mana tahu beliau singgah perkampungan kamu ) boleh la berhubung terus dengan beliau. PM je kat facebook Zaki Bijak.

Kredit : Sabahanblogger.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...