Wednesday, May 31, 2017

PROMO REVIEW PRODUCT SEMPENA RAMADAN

Sekiranya anda ada product dan perlukan perkhidmatan review dari mak, mak sedang adakan promosi sehingga hujung bulan. Slot review dengan harga RM100 sahaja.
.
Apa yg korang dapat?
1x blog entri kekal
1x IG, FB, Twitter, Google+
.
Berminat?
2. PM/DM : FB - www.facebook.com/ciksuzlin
                    IG: www.instagram.com/ciksuzlin
3. Kalau ade no phone, sila WhatsApp 0127669156 

Thursday, May 25, 2017

A DATE WITH MUM - MOTHER'S DAY CELEBRATION AT SDS CAFE, AEON TEBRAU

For more info on Mother's and Fathers's Day Promo at SDS : SDS Bakery & Cafe : Mother's and Father's Day 2017 Promotion
.
Sekitar SDS Bakery & Cafe di Fanpekka, AEON Tebrau (Klik gambar untuk zoom)
On 6th May last two weeks, mak dijemput hadir menyambut Mother's Day bersama SDS bertempat di Fanpekka Cafe di AEON Tebrau. Majlis ini bertujuan meraikan 10 keluarga yag memenangi Mother's Day contest yang dianjurkan di Facebook fanpage SDS Bakery & Cafe. Kami dihidangkan dengan promosi hidangan terbaru dari SDS Bakery & Cafe sempena Hari Ibu dan Hari Bapa yang disambut pada bulain ini dan bulan hadapan.
Menu yang dihidangkan sangat sedap! Especially herbal-chicken soup. Mak paling suka appetizer dia even simple, garlic bread and brown sauce. Pendek kata, hidangan ni memang sesuai untuk semua peringkat umur. 
Antara blogger yang hadir; Kak Ida, Kak Mia, Kim dan ramai lagi. Sedutan video majlis:
Touching pulak mak tengok video ni. Thanks SDS Groups sudi jemput mak ;)

Ikuti SDS Bakery & Cafe di media sosial for more upcoming updates!

FacebookInstagram / Website

Till then, Salam!

Wednesday, May 24, 2017

Wordless Wenesday #33

nasi beriani paling sedap

Senarai Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2017 Malaysia

Mak tepek sini, senang untk rujukan anak-anak ;) Yes, you are welcome.
Senarai Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2017 Malaysia
Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2017 Seluruh Negeri Di Malaysia. Berapakah kadar bayaran zakat fitrah tahun 2017 ini? Zakat Fitrah atau dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan dan zakat Fitri merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.

Hukum Mengeluarkan Zakat Fitrah
Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya.Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.

Jenis Zakat Fitrah
Jenis zakat yang dikeluarkan ialah berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras.
Kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60 kilogram (2600 gram).
Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2017 Seluruh Negeri Di Malaysia. Berapakah kadar bayaran zakat fitrah tahun 2017 ini? Zakat Fitrah atau dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan dan zakat Fitri merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.

Fadhilat Mengeluarkan Zakat Fitrah
1. Menampung kekurangan semasa berpuasa.
Maksudnya : Berkata Waki’ bin al Jarah : Zakat Fitrah di dalam bulan Ramadhan seperti sujud sahwi di dalam solat, menampung kekurangan berpuasa sebagaimana sujud sahwi menampung kekurangan dalam sembahyang.
2. Membantu fakir dan miskin pada Hari Raya.
Maksudnya : Daripada Ibn Umar, bersabda Rasulullah s.a.w : Kayakanlah mereka (fakir miskin) daripada meminta-minta pada hari ini (Hari Raya).

Syarat- Syarat Wajib Zakat Fitrah
1. Islam dan merdeka.
2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut:
1. Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
2. Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan.
3. Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
4. Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
1. Waktu Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.

2. Waktu Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.

3. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan
sembahyang sunat Aidil Fitri.

4. Waktu Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.

5. Waktu Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

Lafaz Akad Zakat Fitrah
1. Lafaz untuk diri sendiri:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

2. Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

3. Lafaz bagi pihak:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili …… pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Sumber: MAIJ

Semoga bermanfaat. Jangan lupa bayar zakat ya!

SELERA KAMPUNG RAMADAN BUFFET DINNER AT SWISS-INN JOHOR BAHRU

Salam. Hi. This time mak wanna share this another Hotels that offer buffet for Ramadan for this upcoming holy month at Rilek the Cafe.
Rilek the Cafe - (Click picture for larger view)
Break-fast during this holy Ramadan with family and friends at the Rilek the Cafe, Swiss-Inn Johor Bahru. Placing diners in mind, their chef and teams are set to cook and bring heartwarming delicious kampung flavours back this fasting month.

Their Ramadhan Buffet sprea showcase over 100 different dishes from freshly prepared salads and kerabu, soups, hot dishes, mouthwatering desserts and variety of thirst-quenching beverage for Buka Puasa from 27th May until 24th June 2017.
For the main course, try out their signature dish - Asam Pedas Ikan Tenggiri, Daging Masak Lemak Cili Padi, Kupang Goreng Belado, Kari Ikan Bawal, Ayam Masak Kari Hijau and many more!
Continue your buka puasa journey with their special action stalls with choices like Grilled Ikan Bakar, Sup Daging Berempah, Laksa Penang, Roti John, Murtabak and even Char Kway Teow! Not forgetting the Malaysian's all-time favorite - Ais Kacang with over 50 types of condiments to select from! Be sure to put this in your feasting list this coming Ramadhan!
Swiss-Inn Johor also provides prayer facilities for our Muslim patrons and ample free parking space. wait no longer! This Ramadan, enjoy the Buka Puasa Meal with your families, friends aor business associates ;)

Special Offer: Customers are entitled to get 1 voucher for every 5 adult vouchers purchased! The voucher will be sold at discount price of RM68 per adult and RM38 per child (5-12 years old)! Purchase valid from now till 26 May 2017!

Swiss Inn Ramadhan Buffet 2017
Price: RM88 nett per Adult / RM40 per Child
Operating Hour: 6.30am - 11.00pm (Weekdays) / 6.30am - 1.00am (Weekends)
Contact: Rilek the Cafe 07-2183351
Location: Lot 512, Jln Syed Mohd Mufti, 80000, JB, Johor

Resipi Masak-Masak Untuk 30 Hari Ramadhan dan Hari Raya

Sebenarnya banyak je lauk yang boleh masak. Tapi, ada buku resepi depan mata pun mak-mak still confused nak masak apa setiap hari. Yalah, suami dan anak-anak nak variasilah, selera lain-lain la. Macam-macam kena buat nak satisfy perut semua orang. Tapi tak perlu risau, mak dah cari resepi untuk sepanjang bulan Ramadan termasuk Syawal lagi!

Yes, you are welcome ;)

30 Cadangan Resepi Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Selama Sebulan Serta Menu Menyambut Hari Raya Aidilfitri

*HARI PERTAMA :* KETAM MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan
- 250g ketam (dibersihkan)
- 7 biji cili hijau
- 1½ cawan santan kelapa yang di parut
- 1 keping asam gelugur
- ½ sudu kecil serbuk kunyit
- ½ sudu besar garam secukup rasa
- ½ sudu kecil perasa

Cara-cara memasak
1. Masukkan ketam ke dalam periuk, masukkan serai, cili hijau, santan, asam keping, garam secukup rasa, perasa dan kunyit .
2. Masak selama 5-7 minit.
3. Siap, angkat dan hidangkan.

*HARI KEDUA :* AYAM SOS LEMON MADU

Bahan-bahan
- dada ayam 500g (potong ikut suka)
- tepung serbaguna (secukupnya)
- telur sebiji (kacau)
- madu 4 sudu besar
- lemon 2 biji (ambil jus)

Cara-cara memasak
1. Celupkan ayam dengan telur kemudian golek-golek atas tepung sehingga rata.
2. Panaskan minyak, goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
3. Untuk sos, campurkan madu dan jus lemon,kacau sebati dan masukkan ayam, gaul rata.
4. Hias dengan hirisan lemon dan daun sup. Siap!

*HARI KETIGA :* PARI ASAM PEDAS

Bahan-bahan
- 6 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- ½ inci kunyit
(Semua bahan hendaklah ditumbuk)
- 4 sudu besar cili boh (rendam cili kering, tos dan kisar)
- ½ cawan air asam jawa
- 3 cawan air
- 250g ikan pari (dipotong kecil)
- 2 tangkai daun kesum
- sayur masin (jika suka)
- bendir
- 3 sudu minyak masak
- garam, gula dan sedikit lada hitam

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam periuk yang sederhana besar. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili boh, kacau dan biarkan hingga terbit minyak.
3. Masukkan daun kesum. Masukkan pula air asam jawa dan kacau sebati.
4. Masukkan ikan pari, sayur masin dan air. Biarkan mendidih dab kecilkan api.
5. Masukkan garam, gula dan lada hitam.
6. Masukkan bendir dan biarkan seketika sehingga bendir masak.

*HARI KEEMPAT :* SOTONG SAMBAL TUMIS HALIA

Bahan-bahan
- sotong (direbus)
- cili kering (direndam dan dimesin)
- bawang merah, bawang putih dan halia (dimesin)
- sedikit air asam jawa
- garam dan sedikit gula

Cara-cara memasak
1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimesin tadi sehingga wangi.
2. Masukkan cili dan tumiskan sehingga agak garing. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula.
3. Biarkan seketika dan masukkan sotong. Kacau sehingga sebati dan biarkan untuk beberapa minit lagi.

*HARI KELIMA :* SAMBAL CILI IKAN BILIS PETAI

Bahan-bahan
- ikan bilis 300g
- petai 2 papan
- bawang besar sebiji (dihiris)
- bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
- cili merah sebiji (ditumbuk)
- cili padi 20 biji (ditumbuk)
- garam secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang, dan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
3. Masukkan garam, gaul sebati.
4. Masukkan ikan bilis dan petai, gaul rata. Siap!

*HARI KEENAM :* AYAM PAPRIK

Bahan-bahan
- 4 ketul ayam - dihiris kecil
- 2 ulas bawang putih - dicincang halus
- 1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
- 1 biji cili merah - dihiris serong
- 11 biji cili api - dipecah-pecahkan
- 2 helai daun limau purut - disiat-siat
- bunga kobis - dihiris kecil
- 2 biji putik jagung - dihiris serong
- 1/2 biji karot - dihiris serong
- 2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
- 2 sudu makan cili kering kisar
- 2 sudu makan cili sos
- 2 sudu makan tomato sos
-1 sudu makan sos tiram
- garam
- 1 cawan air

Cara-cara memasak
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
8.Tutup api dan hidangkan.

*HARI KETUJUH :* TOM YAM THAI

Bahan-bahan
- 1 paket perencah tomyam
- 4 biji tomato
- 5-6 biji cili padi – ikut selera masing2
- 3 batang serai – diketuk
- 4 helai daun limau purut
- 1 batang lobak merah, sedikit cendawan
- 2 ulas bawang merah
- 2 biji bawang besar
- 1 cm lengkuas
- lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang
- 2 sudu besar sos tiram – optional
- 2 sudu besar sos cili dan sos tomato

Cara-cara memasak
1. Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi).
2. Massukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.
3. Masukkan pula lobak merah.
4. Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.
5. Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.
6. Kemudian masukkan tomato,cendawan dan daun limau purut.
7. Siap untuk dihidang

*HARI KELAPAN :* SAMBAL TUMIS DAGING

Bahan-bahan
- daging
- bawang putih, bawang kecil dan bawang besar (dihiris)
- cili kering (direndam dan dimesin)
- air asam jawa
- sedikit gula dan garam

Cara-cara memasak
1. Tumis bawang putih, bawang kecil dan bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan cili mesin dan kacau biar sebati.
3. Masukkan gula, kacau.
4. Masukkan daging dan air asam jawa. Kacau dan biarkan hingga agak garing.
5. Masukkan garam dan kacau. Dengan api yang kecil biarkan hingga sambal garing dan terbit minyak.

*HARI KESEMBILAN :* AYAM MASAK HALIA

Bahan-bahan
- 500 gram ayam, potong kecil
- 4 ulas bawang putih, hiris nipis
- 2 cm halia, dihiris halus memanjang
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
- 1 biji cili merah, hiris nipis
- 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
- 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- minyak masak, untuk goreng ayam
- sedikit lada sulah atau lada hitam
- sedikit garam dan kunyit
- garam dan gula, secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau.
3. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
5. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
6. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.

*HARI KESEPULUH :* SUP IKAN MERAH

Bahan-bahan
- ikan merah
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- sedikit halia
- kayu manis, bunga lawang dan pelaga
- lada hitam biji - tumbuk
- sup bunjut ikan Adabi

Cara-cara memasak
1. Didihkan air secukupnya bersama sup bunjut ikan, bawang merah, bawang putih, halia yang dihiris, kayu manis, bunga lawang dan pelaga.
2. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan.
3. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya.
4. Taburkan daun sup san bawang goreng. Tutup api dan sedia dihidangkan.

*HARI KESEBELAS :* SOTONG MASAK LEMAK PADANG

Bahan-bahan
- 1 kg sotong - cuci bersih dan potong
- 3 biji bawang besar - belah 4
- 2 biji tomato - belah 4
- 2 batang serai - di titik
- 3 biji ubi kentang - belah 4
- 3 camca minyak untuk menumis
- 500 ml santan
- air secukupnya
- garam secukup rasa

Bahan kisar
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 inc kunyit hidup
- 2 inc halia
- 5 tangkai cili merah

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
3. Kemudian masukkan bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, sotong santan dan air
4. Kacau biar sebati
5. Kemudian renihkan dan sesekali di kacau supaya santan tidak pecah minyak.

*HARI KEDUA BELAS :* AYAM GORENG MADU

*Tips: kalau nak gantikan madu dengan gula pun boleh, sekiranya tak ada stok madu kat rumah.

Bahan-bahan
- ayam 8 ketul (direbus)
- bawang merah 5 biji (dikisar)
- bawang putih 6 ulas (dikisar)
- halia 1 inch (dikisar)
- kicap cair 1 sudu besar
- kicap pekat 1 sudu besar
- sos tiram 1 sudu besar
- madu 1 sudu besar
- minyak untuk menggoreng.

Cara-cara memasak
1. Rebuskan ayam sehingga separuh masak.
2. Campurkan bahan kisar, kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan madu, bersama ayam,
3. Gaul rata, perap ayam dalam peti ais selama 2 jam.
4. Panaskan minyak, goreng ayam sehingga garing, tapi jangan terlalu lama sebab ayam
sudah separuh masak.
5. Siap! Sedia untuk dihidangkan.

*HARI KETIGA BELAS :* TELUR MATA GORENG BAWANG DAN CILI

Tips: Nak dapat telur mata yang gebu macam kat kedai tu, minyak kena banyak. Masa goreng telur, biarkan kuning telur sedikit cair.

Bahan-bahan
- telur 3 biji
- bawang besar sebiji (dihiris)
- cili padi 8 biji (belah 2)
- kicap secukupnya
- garam secukupnya
- minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak, goreng telur, angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang besar dan cili padi sehinggasedikit layu, masukkan garam, gaul sebati.
3. Tuangkan atas telur tadi dan tuangkan sedikit kicap. Siap!

*HARI KEEMPAT BELAS :* MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT

Bahan-bahan
- 1kg siput sedut
- 5 ulas bawang merah - kisar halus
- 3 ulas bawang putih - kisar halus
- 2 inci kunyit hidup - kisar halus
- 2 inci halia - kisar halus
- 15 tangkai cipi padi - kisar halus
- 2 batang serai - di titik
- 500ml santan

Cara-cara memasak
1. Siput sedut diberus hingga bersih.
2. Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur.
3. Potong bahagian ekornya, cuci bersih dan toskan.
4. Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga harum.
5. Masukkan santan, serai dan siput.
6. Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak
7. Perasakan dengan garam, masak hingga kuah sedikit pekat. Sedia di hidangkan.

*HARI KELIMA BELAS :* SIAKAP STIM LIMAU NIPIS

Bahan-bahan
- 1 ekor ikan siakap siap siang cuci bersih
- 1 labu bawang merah/besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 5 biji cili padi
- 1 biji limau nipis ambil jusnye
- 1sdm sos tiram
- sepokok daun ketumbar
- setengah batang carrot
- semangkuk bunga kobis
- setengah biji Lada bengala
- garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Guna kuali yang muat seekor ikan siakap diatas dapur. Masukkan ikan yang dah dicuci bersih.
2. Potong dadu bawang merah, Bawang putih dan halia taburkan atas ikan.
3. Hiris nipis serai dan tabur juga ke atas ikan dalam kuali.
4. Hiris cili ketepikan.
5. Potong carrot, bunga kubis dan lada bengala ikut bentuk disukai dan ketepikan.
6. Curah air kedalam kuali sehingga hampir tengelam ikan. Hidupkan api dapur tahap sederhana. Tutup kuali. Biar air mendidih dan biar ikan hampir masak.
7. Agak ikan hampir masak, kecilkan api. Masukan garam gula sos tiram, jus limau, sayuran dan daun ketumbar. Gaul kuahnya perlahan-lahan. Rasakan ikut hati dan siap

*HARI KEENAM BELAS :* UDANG KICAP PEDAS

Bahan-bahan
- 400 gram udang
- 1 biji (kisar) bawang besar
- 2 biji (kisar) bawang putih
- 1/2 inci (kisar) halia
- 3 sudu (saya dah blend siap2) cili kering
- 1 biji cili merah
- 4 sudu kicap pekat
- 2 sudu sos tiram
- 1 sudu gula
- secukup rasa (jika perlu) garam
- 1/4 cawan air

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang dikisar untuk ditumis - bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masak hingga kekuningan kemudian masukkan cili kering yang telah di kisar. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan kicap pekat dan sos tiram. Tumis seketika kemudian masukkan udang.
4. Masukkan air supaya ada kuah sedikit. Dan akhir skali masukkan cili merah. Jika perlu masukkan garam secukup rasa.
5. Siap untuk dihidang.

*HARI KETUJUH BELAS :* AYAM PERCIK BAKAR

Bahan-bahan
- ayam
- cili kering (suka pedas lebihkan)
- bawang kecik
- bawang putih
- halia
- lengkuas
(semua bahan-bahan diatas dikisar)
- serai (titik)
- 3 serangkai
- santan
- gula
- garam kasar
- asam keping

Cara-cara memasak
1. Masukkan semua bahan dalam periuk/kuali kecuali gula.
2. Bila ayam separuh masak,keluarkan ayam dan bakar..
3. Kuah lebihan rebus ayam tadi campurkan lagi sedikit santan dan gula dalam 4 ke 5 sudu.
4. Masak sampai pekat likat, sebatikan rasa masam masin sedikit, manis kena lebih.
5. Siap untuk dihidang.

*HARI KELAPAN BELAS :*  IKAN SELAR GORENG SAMBAL CILI API PETAI

*Tips : Petai dimasukkan akhir sekali, supaya petai nampak segar dan tak layu.

Bahan-bahan
- ikan selar 8 ekor
- serbuk kunyit+sedikit garam
- petai 2 papan
- bawang besar sebiji (dihiris)
- bawang putih 2 ulas (ditumbuk)
- cili padi 15 biji (ditumbuk)
- garam secukup rasa
- minyak (untuk menggoreng+menumis)

Cara-cara memasak
1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, gaul sekata.
2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing kemudian angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar hingga layu dan tumis bahan yang ditumbuk
sehingga naik bau.
4. Masukkan garam, kacau sebati, akhir sekali masukkan petai, gaul rata.
5. Tuangkan bahan tumis bersama petai tadi atas ikan goreng, siap!

*HARI KESEMBILAN BELAS :*  DAGING MASAK BLACK PEPPER

*Tips : Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan ianya tidak di masak terlalu lama di atas api yang besar.

Bahan-bahan
- 500g daging (bahagian batang pinang)
- 4 ulas bawang putih
- 2 sudu besar sos tiram
- kicap manis
- 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
- 2 tangkai cili merah (potong kasar)
- bawang besar holland
- 2 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara memasak
1. Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
2. Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging.
4. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
5. Kemuduan tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bawang.

*HARI KEDUA PULUH :* SAMBAL TUMIS KERANG

Bahan-bahan
- 3-4 kg kerang - direbus dan ambil isinya
- 3 ulas bawang putih - ditumbuk/kisar
- 2 biji bawang besar - ditumbuk/kisar
- 3 sudu(kurang atau lebih) cili yang telah dikisar
- 2 biji bawang besar - dihiris
- 1 cm (sedikit saja) belacan(jika suka) - kisar/tumbuk bersama bawang
- 1 sudu besar air asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
- minyak untuk menumis
- sedikit air jika perlu.

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak.
2. Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air.
4. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.

*HARI KEDUA PULUH SATU :* UDANG GORENG BUTTER TELUR MASIN

Bahan-bahan
- 500 gm udang
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- minyak
- 3-5 sudu besar butter
- 6 ulas bawang putih - dicincang
- 15 biji cili padi - dihiris serong
- 4 tangkai daun kari
- 2 biji telur masin - direbus & hancur
- 2 sudu kecil gula
- 10 sudu besar susu cair/susu segar
- 1 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara memasak
1. Telur masin rebus dibuang kulit dan dihancurkan. Ketepikan.
2. Udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak).
3. Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yang dihancurkan tadi.
4. Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur masin)
5. Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.

*HARI KEDUA PULUH DUA :* KARI AYAM NYONYA

Bahan-bahan
- ayam 1/2 ekor
- santan 1 bungkus kecil
- bawang merah 6 ulas
- bawang putih 4 ulas
- serai 3 batang hiris
- lengkuas 1 inci
- halia 1 inci
- kunyit hidup 1 inci
- buah keras 4 biji
- cili kering ikut pedas
- cili masak 2
- serbuk rempah daging 1 sudu besar

Cara-cara memasak
1. Blend semua bahan kecuali ayam dan rempah.
2. Seterusnya tumis dan masukkan rempah kari, daun kari.
3. Kacau sehingga wangi dan masukkan ayam, santan, kentang dan daun limau purut.
4. Siap untuk dihidangkan.

*HARI KEDUA PULUH TIGA :* SINGGANG SOTONG

Bahan-bahan
- 10-13 ekor sotong
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 2-3 biji cili hijau
- garam,gula dan pasti sedap knor secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Bersihkan sotong. Buang dakwat hitam dan isi perutnya. Masukkan dalam periuk.
2. Hiris bawang merah + putih dan ketuk serai. Masukkan semuanya dalam periuk sotong. Masukkan juga cili hijau.
3. Masukkan air. Jangan banyak sangat, agak-agak tenggelam sotong. Masak hingga menggelegak. Tambah garam, gula dan pasti sedap knorr secukup rasa.

*HARI KEDUA PULUH EMPAT :* SIAKAP 3 RASA

Bahan-bahannya

Untuk Ikan:
- 2 ekor ikan siakap
- tepung jagung untuk dilumur pada ikan
- serbuk Pasti Sedap Knoor
- minyak untuk menggoreng ikan

Untuk Kuah:
- 2 biji bawang besar - dipotong dadu
- 6 biji bawang putih - dititik
- 10 biji cili padi - dipotong kecil
- 1 inci halia - dihiris halus
- 1 biji tomato - dipotong dadu
- 1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
- kiub nanas - boleh beli yang siap ditinkan
- 4 sudu besar sos tomato
- 4 sudu besar sos cili thai
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos ikan
- 2 batang serai - dititik
- beberapa helai daun limau purut
- daun sup/daun bawang untuk hiasan
- garam secukup rasa
- ajinomoto secukup rasa
- gula secukup rasa
- minyak untuk menumis

Cara-cara memasak
1. Ikan dibersihkan dan ditoskan
2. Lumurkan ikan dengan serbuk pasti sedap knoor. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
4. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai, dan bawang putih.
5. Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
6. Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
7. Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto.
8. Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang.

*HARI KEDUA PULUH LIMA :* SUP TELUR

Bahan-bahan
- 4 biji telur
- 2 biji kentang (potong kecil)
- 1 batang carrot (potong kecil)
- 1 pokok sawi minyak ata kailan (potong pendek)
- air secukupnya
- minyak
- garam

Bahan tumis (tumbuk kasar)
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 s/k lada hitam

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya dan masukkan kentang dan carrot. Biarkan mendidih dan lembut.
3. Masukkan telur masa air menggelegak.
4. Bila dah nampak telur masak baru masukkan sawi dan tutup api.
5. Hidangkan.

*HARI KEDUA PULUH ENAM :* DAGING GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan
- 250 g daging lembu (dipotong)
- 1 labu bawang besar (saiz kecil)
- 1/2 inci halia (dihiris)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 sudu makan penuh serbuk kari
- 1 biji tomato (potong 6)
- daun bawang (dipotong)
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil kicap manis
- sedikit garam dan serbuk kunyit
- sedikit minyak

Cara-cara memasak
1. Daging yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Masak dalam kuali untuk dikeringkan airnya.
2. Jika daging belum empuk masukkan sedikit air lagi dan masak sehingga daging empuk.
3. Jika daging telah lembut masukan sedikit minyak dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi, goreng seketika.
4. Masukkan serbuk kari, sos, kicap manis dan sedikit air. Kacau hingga kering sedikit.
5. Sesuaikan rasa masukkan buah tomato dan daun bawang. Angkat dan hidangkan.

*HARI KEDUA PULUH TUJUH :* TELUR BUNGKUS

Bahan-bahan
- 2 keping isi ayam dipotong kecil-kecil
- 1/2 biji bawang holland dicincang halus
- 1 biji tomato dubuang biji dan didadu kecil
- 1/2 batang daun saderi didadu kecil
- 1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
- 1 biji cili merah
- 2 sudu sos tomato
- 2 sudu sos cili
- 1 sudu sos tiram
- sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
- secubit garam jika perlu
- minyak untuk menumis
- 2 biji telur ayam

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu
2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak
3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi ,cili merah serta sayur campur dan dikacau rata
4. Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
5. Taburkan secubit garam jika perlu
6. Sebelum diangkat boleh la ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali
8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata
9. Letak kan inti ditengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut
10. Biarkan telur garing seketika dan boleh lah diterbalik kan ke dalam pinggan.

*HARI KEDUA PULUH LAPAN :* IKAN PERCIK

Bahan-bahan
- ikan kembung/bawal
- santan pekat
- 5 biji bawang merah
- 1 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 1 keping asam keping
- kunyit
- garam
- gula

Cara-cara memasak
1. Lumurkan ikan dengan kunyit dan garam kemudian bakar dan asingkan
2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia dengan santan.
3. Masakkan di dalam kuali/periuk
4. Masukkan serai yang diketuk dan asm keping
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Biarkan kuah percik yang dimasak benar-benar pekat.
7. Setelah masak curahkan ke atas ikan yang dibakar tadi.

*HARI KEDUA PULUH SEMBILAN :* GULAI DAGING KERISIK

Bahan-bahan
- 450gm daging | hiris nipis
- 3 biji kentang kecil | kupas kulitnya
- 1 labu bawang besar | hiris
- 3 ulas bawang merah | tumbuk
- 2 ulas bawang putih | tumbuk
- 1/4cm halia | dipotong panjang
- air secukupnya
- 1/2 cawan santan pekat
- 2 sudu kerisik
- 2 sudu besar minyak
- 1 sudu besar minyak sapi
- 3 sudu besar rempah kari daging
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 2 kelopak bunga lawang
- 1 cm kulit kayu manis

Cara-cara memasak
1. Sediakan periuk, satukan daging yang telah dibersihkan dengan rempah, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, kulit kayu manis, halia, bawang tumbuk dan air didihkan di atas dapur hingga empuk.
2. Tuangkan santan serta sedikit lagi air, biarkan mendidih sekali lagi sebelum dimasukkan kentang.
3. Apabila empuk masukkan kerisik, garam dan sedikit sahaja gula sekadar pelengkap rasa.
4. Biarkan gulai masak sempurna, angkat periuk dan letakkan ke tepi.
5. Panaskan minyak masak yang dicampur dengan minyak sapi dalam sebuah kuali kecil, goreng bawang besar hiris hingga kuning.
6.Tuangkan minyak bersama bawang ke dalam gulai dan tutup periuk cepat-cepat agar aromanya tidak keluar.

*HARI KETIGA PULUH :* AYAM GORENG LEMON

Bahan-bahan
- 3 sudu minyak zaitun
- 6 ketul peha ayam
- garam & lada hitam
- 1 biji bawang holand (dihiris kasar)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 6 biji kentang (dihiris halus)
- 1 cawan air rebusan ayam
- ½ epal cider
- 2 sudu perahan lemon
- beberapa batang rosemery
- herba thyme

Bahan perhiasan
- ½ hirisan keju parmesan
- 6 – 10 hirisan lemon

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk (pan) dengan api yang sederhana.
2. Perapkan ayam dengan garam dan lada hitam selama beberapa minit.
3. Bakar ayam dalam periuk sehingga keperangan.
4. Kemudian, asingkan ayam dan tambahkan sedikit minyak ke dalam periuk.
5. Mula mengoreng bawang dan biarkan ia selama 1 minit.
6. Campakkan bawang putih ke dalam periuk dan gaulkan selama 30 saat.
7. Masukan kentang dan taburkan garam dan lada hitam kedalamnya.
8. Selepas itu, masukan air rebusan ayam dan masukan sedikit epal cider di dalam periuk.
9. Gaul sehingga rata dan campakkan beberapa batang daun rosemary.
10. Biarkan sehingga mendidih dan masukan semula ayam yang telah di asingkan sebentar tadi.
11. Tutup periuk dan biarkan ia dengan api sederhana sehingga ayam benar-benar masak dan kentang menjadi empuk.
12. Alihkan penutup dan masukan air perahan lemon.
13. Kacau sehingga rata dan taburkan keju parut dan hirisan lemon sebagai pelengkap hiasan sebelum dihidangkan.

*HARI RAYA AIDILFITRI :* BUBUR NASI KOSONG.

Bahan-bahan
- tak perlu bahan-bahan.
- tak perlu susah-susah memasak.
Petugas hospital akan hantar mengikut jadual.

P/S: Salam Ramadan dan mak wish sekali untuk upcoming Syawal.

Sunday, May 21, 2017

Monolog Dalaman #1

This week The Blacklist back to back 2 episodes. Mr. Kaplan mati terjun jambatan and at last! Elizabeth tahu Reddington sebenarnya ayah dia. Entah apa-apa. Dari season 1 she should've done that and dia kata dia ada buat, tapi tak tengok result. This is madness. Lepas tu ada lagi rahsia, apa sebenarnya berlaku dekat mak si Kate. duh.
.
Supernatural pun 2 episode, makin entah apa-apa tapi mak tengok juga tak miss every week. Nephilim dah lahir, so kita tengok next week macam mana pula jalan cerita dia
.
Last week ada event SBB (mak tak update lagi on this), Ramadan buffet review, JDT Blogger potluck dan macam-macam lagi. Hari ni mak ada makeup class - Avon. Will keep you update later. Esok pun ada macam-macam and upcoming event to look forward to, and beberapa barang perlu direview. Ya, Mak busy.
.
Dan this week mak tak berapa sihat, have doctor appointment esok, untuk follow up. Previously, doctor cakap mak ada low BP and kena banyak rehat and I said (dalam hati) yeah right, try la dapatkan rehat bila you have 3 superheroes *cry* satu-satunya masa untuk mak rehat if I'm warded. Itupun hati risau, tak nampak anak depan mata. Kan #separationanxiety
.
Macam blood pressure mak yang low, begitu juga perasaan mak semenjak dua menjak ni due some reasons. but Alhamdulillah, tuhan tu sentiasa ada untuk hamba-Nya. Doakan mak and anak-anak mak ;) Terima kasih. Dah, Mak nak uruskan hal sekolah Adam ni. Next year budak kecik ni dah nak pergi sekolah. Cepat betul masa berlalu. Kiranya Mak bukan berumur 17 tahun lagi la ek?

Friday, May 19, 2017

KUMPULAN DOA-DOA NABI DALAM AL-QURAN

 آدم
Doa Nabi Adam
"ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفر لنا وترحمنا لنكونن من الخاسرين" 
[QS. Al A'raf : 23]n

 نوح
Doa Nabi Nuh
"رب اغفر لي ولوالدي ولمن دخل بيتي مؤمناً وللمؤمنين والمؤمنات ولاتزد الظالمين إلا تبارا"
[QS. Nuuh : 28]

 هود
Doa Nabi Hud
"إني توكلت على الله ربي وربكم ما من دآبة إلا هو آخذ بناصيتها إن ربي على صراط مستقيم"
[QS. Hud : 56]

 أبراهيم
Doa Nabi Ibrahim
"رب اجعلني مقيم الصلاة ومن ذريتي ربنا وتقبل دعاء ". 
[QS. Ibrahim : 40]
"ربنا تقبل منا إنك أنت السميع العليم وتب علينا إنك أنت التواب 
الرحيم"
[QS. Al Baqarah : 127-128]

 يوسف
Doa Nabi Yusuf
"فاطر السموات والأرض أنت وليي في الدنيا والآخرة توفني مسلما وألحقني بالصالحين" 
[QS. Yusuf : 101]

 شعيب
Doa Nabi Syu'aib
"وسع ربنا كل شيء علما على الله توكلنا ربنا أفتح بيننا وبين قومنا بالحق وأنت خير الفاتحين" 
[QS. Al A'raf : 89]

 موسى
Doa Nabi Musa
"رب بما أنعمت علي فلن أكون ظهيرا للمجرمين 
[QS. Al Qashash : 17]
رب اشرح لي صدري ويسر لي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي"
[QS. Thahaa : 25-28]

 سليمان
Doa Nabi Sulaiman
"رب أوزعني أن أشكر نعمتك التي أنعمت علي وعلى والدي وأن أعمل صالحا ترضاه وأدخلني برحمتك في عبادك الصالحين" 
[QS. Al Ahqaf : 15]

 أيـــوب
Doa Nabi Ayyub
"رب أنى مسني الضر وأنت أرحم الراحمين"
[QS. Al Anbiyaa' : 83]

 يونـس
Doa Nabi Yunus
"لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين"
[QS. Al Anbiyaa' : 87]

 يعقوب
Doa Nabi Ya'qub
"انما أشكو بثي وحزني إلى الله"
[QS. Yusuf : 86]

 محمـد صلى الله عليه وسلم
Doa Nabi Muhammad 
"ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنه وقنا عذاب النار"
[QS. Al Baqarah : 201]

P/S: Feel free to share. Salam Jumaat!

Thursday, May 18, 2017

Wednesday, May 17, 2017

MOTHERHOOD: KEDAI ONLINE BARANGAN BAYI MURAH

Salam. Hi. Today I would like to share with you mummy about this cheap online mom and baby shop: MOTHERHOOD.COM.MY. Yes, you are welcome.
ABOUT MOTHERHOOD.COM.MY
Motherhood.com.my is a marketplace for parents and expecting mums to shop for products and services covering maternity, newborn, baby, toddler and kids. We also provide useful information such as parenting tips, breastfeeding guide, brand reviews, free sample request and mum's testimonials to help couples through their parenting journey.

You can find the most complete range of baby products online, covering categories from diapers, feeding, baby food, bathing accessories, strollers, car seats, bedding & nursery items, baby fashion, maternity wear, wide range of toys and kids educational materials.

Only trusted baby products and brands are sold on their website. Some of their featured brands include Huggies, Drypers, Pet Pet, Mamypoko, Pigeon, Kimi Mommy, Abbott, Enfagrow, Enfalac, Philips Avent, Autumnz, AppleTree, Bio-Life, Carter's, Fisher Price, Dr Brown, Freemie, Friso, Karihome, Pigeon, Pureen, Tommee Tippee, Little Kingdom, Mega Bloks, Medela, Keaide Biddy, Sunny Lion, Ichiro, Owen, Nuby, Happy Baby, Bubbles, Spectra, Babyhood and more. Visit them frequently to check out our seasonal offers, special promo, brand clearance and warehouse sales.

WHY MOTHERHOOD.COM.MY?
✔ No.1 Largest online baby and maternity in Malaysia (based on google analytics and survey)
✔ Cater to Malaysian market, with amazing deals, products and brands.
✔ Very price competitive on top of amazing deals and promos
✔ Other than shopping website, motherhood.com.my also provide informative articles for parents and little ones (story.motherhood.com.my and story.motherhood.com.my/my)
✔ Get FREE RM15 on minimum purchase RM150
✔ Free shipping for RM99 and above - we often go "overboard" anyways, so free shipping for us ;)
✔ Payment methods - (1) credit card (2) debit card (3) online banking (4) paypal

CURRENT PROMO - Click below banner for more info
Mother’s Day deals
Pigeon Online Sale 
 
Best Seller Campaign 
Motherhood.com.my First Anniversary Grand Sale - 10 super deal everyday from 29th May 2017 to 3rd June 2017 

And many more deals for all amazing moms in Malaysia.

#THEREALBLOGGERMAK WISHLIST! (Link)
Read more Testimonial about this online shop HERE and follow them on social media for more updates:
Motherhood.com.my
Till then. Salam.

REVIEW: 11th Ramadan Buffet 2017 at Makan Kitchen, Double Tree by Hilton Johor Bahru

Salam. Seronoknya tak lama lagi dah nak puasa! So, mak cuma nak beritahu, last two weeks mak dapat invitation untuk merasai sendiri Ramadan Buffer @ Makan Kitchen dekat Double Tree by Hilton Johor Bahru ;) Best tau. 
Untuk maklumat Promosi Ramadan 2017 di Makan Kitchen, Double Tree by Hilton Johor Bahru awak boleh baca entry mak sebelum ni: Festive Flavors and Feast@11th Ramadan Buffet 2017 at Makan Kitchen, Double Tree by Hilton JB
Highlights include: Seafood on Ice, Gado-Gado, Live Lah Mien Stall, Braised Short Rib, Live Assam Pedas Stall, Live Soup Stall, Nasi "Kawah" and more.
5th – 20th  June 2017 | 6.30p m – 10.00 pm
RM118nett
50% off for kids 5-12,FOC for child below 5
Early bird promotion (before May 15) : Buy 8 Free 2
Menu: http://bit.ly/2qx9Kac
Ada bermacam-macam menu yang disajikan. You name it; Malay, Chinese, Indian, Western and even Middle East dish. Rasa macam dah raya pula. My plate that day:
and my favourite all-time dish : ASSAM PEDAS of course! Maklumlah mak bukan keturunan King Coco mix bagai, mak ni tekak melayu-jawa-minang ;)
Selain itu, second thing to look forward: Chinese Food! Favourite mak juga. Dulu mak stay dekat Ipoh, hari-hari breakfast chee cheong fun sama dim sum, lunch wantan mee. Kejap kesat mulut, meleleh air liur ni teringat balik. Nak dapat semua ni dekat JB macam susah sikit, tak banyak yang halal. So, of course mak tak lepaskan peluang merasai semua sendiri and melihat chef buat mee from stratch. Power power.
Last but not least, mak suka mengesyorkan anda semua mencuba dan merasai sendiri kelazatan semua hidangan yang disediakan oleh-oleh chef terkemuka bertaraf 5 bintang ni (Chef Khairuddin Aman Shah - Sous Chef, Chef Ong Eng Kok - Executive Sous Chef, Chef Rajendra Negi - Indian Chef, Chef Mohd Mahathir Mohd Mokhtar - Chef De Parte)
About the price, it's quite expensive. Memang lah mahal, 5 stars hotel kot. Ya mak jujur, not very affordable bagi mak. But for me, it's OK sekali sekala splurge a bit sebab all the dishes memang sedap dan berbaloi. Worth it. Ya ada kambing golek. Sila pakai seluar yang longgar dan bawa perut kosong. HAHAHA. Dessert jangan cakaplah. The best!

That's all. Nah ni layan #selfie mak-mak orang ;) Till then, Salam.

Tuesday, May 16, 2017

Rupanya Widget Follower Dekat Blogger Masih Ada!

Last time Blogger punya widget follower macam nyawa-nyawa ikan je. Kejap ada kejap tak ada. Then it's gone, like forever. It's been more than 3 years mak rasa. So mak buang and ganti dengan gadget Google Follower. Mak do saw some blogger yang guna own coding guna previous gadget, tapi mak rasa GFC lebih practical dan tak hilang-hilang. Cuma downsidenya, Google+ orang jarang buka.

Then hari ni, mak scroll-scroll More Gadget tetiba terjumpa gadget Follower (Blogger).
Jadi mak decide nak guna both follower widget (sebab mak memang tamak) - and mak cuma nak bagitahu, feel free to follow me, senang nak baca dekat Reading List dekat Blogger Dashboard korang. Macam-macam zaman dahulu juga, awak follow mak, mak follow awak balik ;) Capice? Till then, Salam!

Wordless Wednesday #32

kacang tumbuk

Ranking Alexa #TheRealBloggerMak - 16 May 2017

Global Rank: 2,070,271

Rank in Malaysia: 12,550

Sumber: SINI

Rekod Sebelum INI.

Prestasi memberansangkan, slow-slow dia turun. Mak target Rank in Malaysia bawah 500 by the end of this year. InsyaAllah.

Daily Quotes #25

Hi guys, so many things happen for the last past week. I'm quite busy nowadays; planning for the future. Wish me luck!
"Sometime you just have to accept the fact that some people only enter your life as temporary happiness," - Anonymous

People come and go after all. Look at the bright side ;)

MOEDER Milk Booster : Susu Istimewa Untuk Ibu Hamil dan Menyusu

Salam. Hi. hari ini mak nak share satu lagi produk berkualiti dari Millenial Gen iaitu MOEDER Milk Booster.
KEBAIKAN MOEDER UNTUK IBU DAN ANAK
Kebaikan yang terdapat dalam susu Moeder :

Khasiat buat Ibu hamil :
✔ Mencerahkan Kulit.
 Mengatasi masalah rabun malam
 Meningkatkan daya tubuh dan stamina serta tenaga semasa hamil
 Mengurangkan Risiko tekanan darah tinggi dan rendah ketika Hamil.
 Mengatasi masalah depresi (Stress)
 Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan.
 Mengelakkan Sembelit bagi ibu Hamil
 Menguatkan Pernafasan (mengurangkan asma dan lelah bg ibu hamil)
 Membanyakkan darah (pengganti kerang seperti tradisional)
 Meningkatkan produksi susu ibu (Banyakkan susu ibu)
 Melembabkan kulit
 Mengurangkan kesan selulit pada perut
 Mencegah osteoporosis
 Mencegah sakit pinggang dan tulang belakang ketika hamil kerana membawa kandungan
 Menguatkan kandungan bagi ibu baru hamil
 Memberi lebih tenaga ketika proses bersalin
 Mengatasi masalah mual.
 Menormalkan metabolisme
 Mencegah kegemukan selepas bersalin
 Rasa Vanila berlemak tanpa menyebabkan rasa loya.

Khasiat buat Kandungan atau bayi :
 Mengurangkan Risiko demam kuning
 Meningkatkan daya tahan tubuh bayi (selsema demam)
 Melebatkan rambut
 Menghitamkan rambut dan bersinar terhadap bayi
 Memutih dan melicinkan kulit bayi
 Membantu menguatkan sistem paru-paru bayi.
 Mencegah asma dan lelah
 Mencegah Rabun ketika besar
 Membantu pembentukan otak, saraf, plasma darah, dan organ pembiakan.
 Membantu kecergasan otak bayi (Anak Pintar)
 Membantu sistem pencernaan bayi yg menyusu badan ibu yang mengamalkan Moeder

Khasiat buat Ibu selepas hamil @ menyusu bayi @ bayi menyusu :
✔ Membanyak dan memekatkan produksi susu
 Mencegah kegemukan
 Mencerahkan & Melembab kulit
 Membantu hilangkan selulit ketika hamil
 Membantu merawat luka dalaman semasa deliver (bersalin) dengan cepat.
 Memberi tenaga terutama ketika berpuasa tetapi meyusukan bayi.
 Mengurangkan stress
 Mengatasi atau mencegah rabun.
 Mengenyangkan bayi dan atasi masalah sedu
Menguatkan sistem pernafasan bayi.
 Membantu daya ingatan bayi
KANDUNGAN MOEDER MILK BOOSTER
TESTIMONI | APA KATA PENGGUNA?
CARA PENGGUNAAN:  Disarankan pada 5 hari awal penggunaan sila ambil 2 kali, sekali pagi sebelum sarapan dan sekali malam sebelum tidur .Campurkan satu (1) skop ke dalam segelas 150ml air suam. Kacau dan minum segera. 
HARGA: RM159 (Semenanjung) / RM169 (Sabah & Sarawak). 600g/sebotol tahan selama sebulan setengah. Tapi sekarang ni tengah OFFER RM99 per jar! 

CARA PEMBELIAN: Online Shop Moeder

Akhir kata, pemakanan yang seimbang sangat penting untuk pertumbuhan bayi dan ibu sepanjang tempoh kehamilan malah selepas bersalin dan menyusukan anak. Oleh itu, ibu (dan ayah juga!) perlu faham betapa pentingnya perkara ini. Semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka, betul tak ;)

Untuk keterangan lanjut, lawati:
Company: Millennial Gen Sdn Bhd

Alamat: 11G, Jalan Keluli AL7/AL, Pusat Perniagaan Bukit Raja,
Section 7, 40000 Shah Alam, Selangor

HP: 010 404 2769

Office: 03 3358 5344



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...