Monday, April 3, 2017

Penting Ke Niche Blog? #TheRealBloggerMak

Before that, biar Mak explain apakah maksud perkataan niche ni. Niche bermaksud a specialized segment of the market for a particular kind of product or service (OK. Ini mak google) atau diterjemahkan ke dalam bahasa, segmen khusus dalam pasaran untuk sesuatu produk atau servis. Senang cerita, kalau niche blog bermaksud pengkhususan blog awak lah. Blog awak lebih berkisarkan kepada apa? IT? Kecantikan? Travel? Politik? Gaya Hidup? Resepi? dan pelbagai lagi.

Kenapa Perlu Ada Niche Blog?
IMHO (in my humble opinion, in case awak bertanya) ada ke tak ada ke,OK sahaja. Ada beberapa kelebihan yang mak nampak bila kita da niche ni. Antaranya, niche sebagai satu branding sesuatu blog. Contoh blog niche resepi, for sure kita pergi pi tengok Blog Dapur Tanpa Sempadan misalnya. Kita tahu niche blog tu masak-masak, content pun masak-masak la. Takkan tetiba Che Mat cerita pasal kejuruteraan elektrik pula, kan? Hah, kan? Nampak tak apa yang mak cuba sampaikan.

Selain itu, dari segi pasaran pula, bila kita ada niche, lebih senang nak menghala tujukan kemana arah blog kita ni. Jalan Siratul Mustaqim ke bengkang-bengkok? Eh, mak gurau. Dalam erti kata lain, contoh, blog awak niche pasal kesihatan. Then, awak boleh cerita pasal penyakit, rawatan, ubat-ubatan dan macam-macam la. Awak tak buntu nak bawa and update apa dalam blog awak tu.

Dan sebab yang paling mak suka, Duit. OK. Mak gurau lagi. Bila ada niche, senang la kita nak target market/pengunjung/pembaca blog yang macam mana. Kalau niche blog kita about sex, so don't expect la budak bawah 18 years old datang blog kita. (sambil golek mata, dan redha dengan kenaifan dunia)

Ya. Itu je la mak nak cerita pasal kelebihan niche blog ni. Mari tepek ambar sendiri.
beauty lifestyle parenting blogger malaysia
Niche Blog Mak : Personal
Mak tulis kat sidebar, mak ni Lifestyle, Beauty and Parenting Blogger. Nampak tak? Sebenarnya secara keseluruhannya, entry mak niche personal. Mak blog tentang kehidupan mak, perjalanan hidup mak, apa yang mak nampak, rasa dan lihat untuk dikongsi bersama pembaca. Jadi itulah sebenarnya blog mak ni. Mak suka berblog. I do. Selain daripada mak suka berkongsi (tak cukup kongsi dekat sosial media *sila bertabah*) Blogging help me, literally gain my sanity back and lari sekejap from my crazzzeeyyh hectic lifestyle. Kau gila tak gila? Mak ada 3 anak lelaki uur 1, 2 dan 3 kot! Hah~ nampak tak. Jadi ni satu medium of therapy, sort of. Writing is therapy what~~ you don't know aar?

OK. Till then. Follow me on Facebook and Instagram. Mak juga aktif di sana ;) Salam Sunshine!

6 comments:

Hernee Nazir said...

samalah niche blog kita mak..banyak cerita hidup..mak awat muka tahan berak tu?kahkahkah.. oh btw, berilmu beriman beramal entri mak ni.. :p

- Hernee Nazir -

Siti Rohaida Yusof said...

tak berapa nak panjang celoteh mak hari ni,ok...mak memang banyak bersosial
~ Kisahsidairy~

Mas Zull said...

assalamualaikum lin...kembali berblogging semula yer...salam kenal dr mama yer...hahhaaa..
** Mama Maszull

Mia Liana said...

muka feeling macam sweet 17 je nampak... hihuhi

- Mia Liana

Uyul Rosli said...

sama laaa kita makk ahhahahaha

Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

Mar Mansor said...

sama lah mak niche blog kite
JanjiKita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...