Sunday, December 18, 2016

Bagaimana Nak Dapat Free Name Card dari Pixajoy?

Mak dah buat dan dah dapat pun. Hanya bayar postage fee RM8.48 (Include GST) and you will get 100 keping customize name card. Design tak kisah. Jangan kecam mak, mak tak kreatif. Mak pakai template sedia ada je. Ini hasilnya:
So, sesiapa yang dapat namecard mak, memanglah antara orang-orang yang bertuah sangat ok walaupun ianya free~ *gelak guling-guling* So to get YOURS, korang boleh visit this link: Pixajoy. Cepat-cepat sebelum melepas!

Saturday, December 17, 2016

MAHA 2016 : PERTANIAN SEBAGAI PENYUMBANG EKONOMI NEGARA

MAHA 2016
Seperti yang kita sedia maklum, MAHA 2016 telah berlansung dari 1-11 Disember yang lepas bertempat d iTaman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang. Pelbagai daripada pameran serta aktiviti yang disediakan bagi pengunjung yang datang. Walaupun cuaca kini yang tidak menentu, tidak menghalang keterujaan pengunjung membanjiri Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) kali ini.
MAHA 2016
Bertemakan "Our Food Our Future" (Makanan Kita Masa Depan Kita), objektif MAHA kali ini adalah untuk menyediakan platform bagi usahawan/syarikat korporat dalam dan luar negara yang berteraskan pertanian bagi mempamerkan teknologi serta perkembangan terbaru dalam bidang agro-makanan di Malaysia.

SEKITAR MAHA 2016
MAHA 2016
MAHA 2016
MAHA 2016
MAHA 2016
Sambutan yang meriah dapat dirasai sepanjang hari pameran. Lihat saja di timeline Facebook awak semua ketika hari pameran, ada saja yang perkara menarik dikongsikan. Dia punya seronok bukan sahajapenduduk Selangor, malahan penduduk dari luar Selangor juga tidak melepaskan peluang hadir ke MAHA 2016. Untuk yang tidak berkesempatan, usah risau, tahun depan ada lagi.
FAKTA NOMBOR
  • 3.8 juta pengunjung direkodkan hadir pada tahun ini
  • 40% penglibatan Belia
  • Hasil Jualan RM380 juta sepanjang 11 hari pameran
Tahniah pada pihak penganjur; Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani dan agensi-agensi yang terlibat dengan kejayaan MAHA 2016 kali ini.

Mak teruja nak tunggu MAHA tahun depan. Mesti lebih banyak kemajuan dan pengetahuan yang kita boleh dapat nanti. Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi laman sesawang MAHA di www.maha.gov.my dan Facebook Rasmi MAHA: Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism.

Wednesday, December 7, 2016

Giveaway SAYA NAK KURUS SECARA SIHAT DENGAN PASSION D'TOX!

Lin join Giveaway by Sis Ayuni
Boleh menang produk Passion D'tox bernilai RM110.
Giveaway berlangsung dari 5 Disember 2016 hingga 19 Disember 2016. Pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah. Keputusan akan diumumkan pada Selasa, 20 Disember 2016.

Untuk sertai, klik banner di atas :)

Monday, December 5, 2016

Giveaway Hand & Body Lotion By Suriaamanda

Salam. Hi. Lin join this giveaways by Kak Suria Amanda ;) 
Tarikh GA 05.12.2016- 15.12.2016 @ 11:59 mlm

Jom join sekali? Klik banner dekat atas ni for more info