Wednesday, April 27, 2016

Resepi Homemade Meatball IKEA

Found this on Facebook. Parking, senang nak refer. Nak buatnya tak tahulah bila. Last time buat homemade meatball resepi lain.

Bahan-bahan:
500 gram daging cincang
1/2 biji bawang besar – cincang halus(*)
1 sudu besar mentega(*)
3/4 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh kryddpeppar atau mixed spices
1/3 sudu teh serbuk kayu manis
1/3 sudu teh gula
1-1/2 sudu teh garam
2 sudu besar bread crumb – kisar halus
30 ml susu segar
1 biji telur saiz ‘C’- saya tak guna tapi kalau nak boleh masukkan.

Langkah-langkah:
Tumis yang bertanda (*) sehingga keperangan dan ketepikan buat sementara.
Satukan bahan-bahan yang lain dan gaul rata. Masukkan bawang yang telah ditumis dengan butter. Uli sehingga sebati dan bulat-bulatkan ikut sebesar mana yang kalian suka.
Guna kuali non-stick, masukkan sedikit mentega dan masak dengan api sederhana. Tutup kuali supaya masak rata dan balik-balikkan bebola daging sehingga masak.

Jangan buang mentega dalam kuali – digunakan untuk membuat sos.

Sos Gravy

Bahan-bahan:
lebihan mentega
2 cawan stok ayam
2 cawan krim whipping(*)
1 sudu besar kicap cair
1 ketul kiub ayam
sedikit serbuk lada hitam
bancuhan air dengan 1/2-1 sudu besar tepung kentang untuk memekat
garam atau gula – tambahan kalau kurang rasa

Langkah-langkah:
Satukan semua bahan kecuali yang bertanda (*) dan bancuhan tepung kentang.
Didihkan dan rasa secukupnya baru masukkan (*). Didihkan lagi selama satu minit dan kecilkan api. Masukkan bancuhan tepung sedikit-sedikit. Jangan terlalu pekat.

Wordless Wednesday

nokia murah legend

Monday, April 25, 2016

Resepi Homemade Meatball

Bahan-bahan:
500g daging cincang
1 bii bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 biji telur
1 sudu kecil rosemary (Kering atau segar)
1 sudu kecil oregano
3/4 cawan breadcrumb
1 sudu kecil lada hitam kisar
2-3 sudu makan susu segar
*Lin bubuh carrot sikit, potong kecil.
easy meatball recipe
Cara-caranya:
Gaulkan semua dan buat kepalkan bulat sebesar bola golf. Padatkan betul-betul untuk elak bola telerai. Bakar 170°C selama 30 minit atau goreng guna kuali guna sedikit minyak selama 10 minit or use non-stick pan lagi senang :)
meatball pasta
Boleh frozenkan dalam fridge, bila nak guna just toss it dalam sauce or Pasta. Makan macam tu pun sedap.

Sunday, April 17, 2016

Weekly Sumary: 15/2016

To run or Not to run?
OK. I used to be long distance athlete. Dulu. OK, sila gelak. So baru-baru ni Lin ada join group JB runner on Facebook. Then, terbaca yang next week ada Hari Sarapan Malaysia organized by Milo. Here in Pasir Gudang. Tetiba rasa excited as they have 5km marathon run. Tetibe mak rasa nak join.
Hahaha.

Last join event macam ni 4 tahun lepas in Ipoh. Cuma nama event lain, tapi organized by Milo Malaysia juga. World Walking Day. Yes, kami berjaya finish 5km. Walking.
Berbalik pada cerita Hari Sarapan Malaysia ni, I’m still thinking about it. Dah inform my adik beradik dekat My Family group (Yes, we do have Whatsapp group untuk our family gossip-gosip), tunggu respons diorang macam mana. Kalau ada yang join buat teman, kita pergilah~ Kalau tak, mereput la jawabnya. Makan sarapan free that they will provide, gemukkan lagi badan.

Cooking.
Minggu ni rasanya macam-macam Lin masak. Meatball, Roti Telur Cheese, Spaghetti, Chocolate Cake, Quiche, Patties and pie. Selera Western. Bukan apa. Sebab senang. Resepi simple tak perlu bertumbuk bagai.

Read.
Read a lot juga this week. I mean read books. Physical books. Re-visit balik buku-buku lama, buku agama.

Baby Updates.
Adam OK, dia behave. Sejak ada tab ni. (>____<)” Download macam-macam education apps untuk Adam. Apps paling dia suka ZooMoo. As dia dah 2 tahun, so I guess dah boleh adakan masa untuk his “screen time”. Dia tak main lama pun. Dalam 30 minutes lepas tu dia prefer play with his toys and give the tablet back to me. Ibu, nak charge. He said.

Iman, this week he spends a lot at Nenek’s house. Kesian dia. Asyik kena tinggal dekat rumah nenek. But looking at the bright side, dia boleh main lari-lari dekat rumah nenek, bersuka ria rather than asyik kena buli dengan Adam then he end up main sorang-sorang dalam bilik, baring and tertidur. Esok repeat the same thing. Adam ni macam kedekut sikit dengan Iman. Iman tak boleh play with his toys, tab. Even kalau Iman nak dekat dengan Fateh pun Adam tak bagi. Toddler. Three-nagers orang kata. Memang begitu perangainya kalau diikutkan dalam buku parenting yang Lin baca. *sigh*

Fateh. This week dia insist nak meniarap 24/7. Prolonged Jaundice dia dah tak ada and he will get his scheduled jab next week.

Beauty and Health
Beli makeup dekat Avon and perfume. I will review about it later. And try new Oxy Ultimate Cleanser and PureBeauty CC cream, itupun nanti Lin review.

Friday, April 15, 2016

Resepi: Roti Telur Cheese leleh

Bahan-bahan:
1 ketul frankfurter  (rebus dan potong bulat)* Lin tak bubuh
2 keping Cheese (potong 3 bahagian) *Lin pakai Mozarella, nak pakai cheddar pun boleh
2 keping roti (potong 3 bahagian)
1 biji telur
Sedikit serbuk lada hitam or lada sulah dan oregano

Caranya:
1. Lapiskan roti-cheese-sosej-cheese-roti
2. Celupkan dalam bancuhan telor+oregano+lada sulah/blackpepper
3. Masak atas non stick pan hingga garing dan cheese meleleh.
4. Makan.

Thursday, April 14, 2016

Event: Jelajah Pendidikan Bumiputera Johor

Event: Blood Donation Campaign

Hospital Waqaf An-Nur Pasir Gudang akan menganjurkan Kempen Derma Darah yang bertemakan "Donate Blood, Donate Love".

Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan antaranya:

1. Pemeriksaan Kesihatan Percuma
- Tekanan Darah
- Body Mass Index (BMI)
- Glucose Meter (GM)

2. Ceramah Kesihatan
3. Car Booth Sales

Jom warga Pasir Gudang untuk sama-sama turut serta untuk memeriahkan lagi aktiviti tersebut.

Sebarang pertanyaan berkenaan program boleh menghubungi Pn. Nur Dayana ditalian 07-2555 415.

Event: Hari Sarapan Malaysia 2016 Pasir Gudang

5 Telefon Pintar Terbaik Yang Anda Boleh Miliki Di Bawah RM300

Mungkin ada di antara anda yang ingin mendapatkan peranti kedua untuk kegunaan perniagaan atau ingin dihadiahkan kepada orang tersayang. Namun dengan bajet di bawah hanya RM300, bolehkah anda mendapatkan peranti terbaik untuk kegunaan harian?
Jadi kami di Amanz ingin memperkenalkan satu ruangan yang dapat membantu anda membuat pilihan peranti terbaik dengan bajet tertentu. Akan datang, lebih banyak artikel sebegini akan dikeluarkan seperti phablet terbaik di bawah RM800, telefon terbaik di bawah RM500, dan lain-lain lagi. Sekiranya anda mempunyai cadangan, kemukakan cadangan anda mengikut bajet dan fungsi yang anda mahukan pada ruangan komen di bawah.
Sebelum itu, harga yang disenaraikan adalah mengikut harga majoriti yang disenaraikan melalui laman gedung jualan atas talian. Kami turut menyenaraikan harga mengikut dua set berbeza iaitu Original untuk set dengan waranti rasmi dan Import/AP untuk set dengan waranti daripada kedai.
05
Samsung Galaxy V Plus
Untuk penggemar peranti Samsung dengan bajet mampu-milik

Galaxy V Plus

Samsung dilihat sebagai sebuah jenama yang cukup gah apabila bercakap mengenai telefon pintar pada saat ini. Ia merupakan jenama paling popular dengan pegangan market sharesebanyak 22.5%, menewaskan Apple dengan pegangan sebanyak 15.9% di dunia. Jadi untuk itu, ada di antara pengguna lebih mengutamakan jenama Samsung sebagai pilihan telefon pintar mereka.
Galaxy V Plus dilihat sebagai peranti Samsung keluaran terkini yang dilihat paling membawakan ciri-ciri asas. Ia hadir dengan skrin 4.0-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, memori 512MB RAM, storan dalaman 4GB, kamera belakang 3MP, kamera hadapan VGA, bateri 1500 mAh, dan Android 4.4 KitKat dengan antaramuka TouchWiz Essence UX.
Harga
Original: RM289
04
Lenovo A616
Untuk yang mahukan skrin bersaiz besar dan sokongan LTE

Lenovo A616

Sekiranya saiz skrin menjadi keutamaan, Lenovo A616 dilihat mampu memberikan pengalaman terbaik atas kehadiran skrin 5.5-inci. Bukan itu sahaja, ia juga satu-satunya peranti dalam senarai ini yang hadir dengan sokongan LTE untuk pelayaran pantas 4G.
Lenovo A616 dilihat cemerlang di atas penggunaan cip pemprosesan MediaTek empat-teras berasaskan Cortex-A53 yang memberikan prestasi terpantas dengan sokongan 64-bit. Ia juga hadir dengan kamera 5MP autofokus dengan rakaman HD 1080p dalam memberikan nilai yang lebih untuk fungsi penggambaran. Cuma satu sahaja yang tidak melayakkan ia berada pada senarai yang lebih atas, memorinya hanya dibekalkan sebanyak 512MB RAM LPDDR3. Ia mungkin memberikan prestasi yang lancar (atas penggunaan Android 4.4 sebagai sistem operasi), namun untuk multitasking dan permainan, ia memerlukan lebih memori untuk beroperasi dengan lancar.
Dari segi spesifikasi, ia dijana dengan cip MediaTek M76732M empat-teras Cortex-A53 1.3GHz 64-bit, memori 512MB RAM, storan dalaman 4GB dengan microSD, kamera belakang 5MP dengan rakaman HD 1080p, kamera hadapan VGA, bateri 2250 mAh, dan Android 4.4 KitKat.
Harga
Import/AP: RM199
03
Microsoft Lumia 430
Jalan pintas untuk mencuba Windows 10 Mobile

Lumia 430 White BG

Di bawah RM300 sebenarnya anda boleh mendapatkan sebuah peranti yang dijana dengan sistem operasi terkini Windows 10 Mobile. Bagi saya, pengalaman menggunakan telefon Windows sangat menarik atas kehadiran antaramuka Live Tiles yang ringkas dan minimalis. Bukan itu sahaja, telefon Windows juga terkenal dengan pengoperasian yang lancar walaupun didatangkan dengan spesifikasi rendah.
Cuma, Windows 10 Mobile masih lagi dikekang dengan masalah aplikasi, baik dari segi ketiadaan aplikasi di platform ini dan masalah aplikasi yang tidak diberi kemaskini selari dengan platform Android dan iOS. Namun dengan kehadiran inisiatif Universal Apps, masalah aplikasi-aplikasi ini mungkin bakal berubah seperti mana aplikasi Facebook, Instagram & Spotify yang bakal diberi nafas aplikasi Universal Windows Platform (UWP) untuk platform Windows 10.
Bercakap mengenai spesifikasi, Lumia 430 didatangkan dengan skrin 4.0-inci, cip Snapdragon 200 dwi-teras Cortex A7 1.2GHz, memori 1GB RAM, storan dalaman 8GB, kamera belakang 2MP, kamera hadapan VGA, bateri 1500 mAh, dan sistem operasi Windows Phone 8.1 (dengan penaiktarafan ke Windows 10 Mobile secara percuma).
Harga
Original: RM250
02
Lenovo A1000
Telefon RM250 dengan Android 5.0 Lollipop

Lenovo A1000 White

Saya pernah mencuba menggunakan peranti ini dan saya akui, saya suka dengan prestasi telefon ini. Ia cukup pantas bagi sebuah peranti peranti bajet, baik dari segi prestasimultitasking dan permainan. Dua perkara yang menarik perhatian saya, ia hadir dengan Android 5.0 Lollipop dan storan 8GB. Sehingga setakat ini, tidak banyak peranti di bawah paras RM300 yang hadir dengan Android 5.0 Lollipop dan 8GB untuk storan dalaman. Majoriti dijana dengan Android 4.4 KitKat dan storan 4GB yang dilihat rendah untuk pemasangan aplikasi.
Apabila sesebuah peranti Android itu dijana dengan Android 5.0 Lollipop dan ke atas, jaminan mendapatkan pengalaman penggunaan terbaik itu tinggi kerana Lollipop memerlukan hardware yang cukup berkuasa untuk beroperasi dengan lancar. Selain prestasi, Android 5.0 Lollipop juga lebih mengutamakan pengalaman penggunaan yang moden melalui antaramuka Material Design. Jadi dengan bajet di bawah RM300, semestinya anda tidak lagi tersekat dengan pilihan peranti pada era KitKat.
Dari segi spesikasi, Lenovo A1000 hadir dengan skrin 4.0-inci, cip Spectrum SC7731 empat-teras Cortex A7 1.3GHz, memori 1GB RAM, kamera belakang 5MP dengan rakaman HD, kamera hadapan VGA, bateri 2000 mAh, dan dijana dengan Android 5.0 Lollipop.
Harga
Original: RM249
01
Asus Zenfone C
Kompak dan berkuasa

Zenfone C

Zenfone C menduduki tempat pertama dalam senarai ini atas keseimbangan dari segi spesifikasi, fungsi, rekaan, dan nilai harganya. Ia tampil dengan spesifikasi terbaik dalam kelasnya baik dari segi prestasi dan penggambaran. Dalam senarai ini, Zenfone C dilihat lebih berkuasa dari segi kamera melalui sensor 5MP f/2.0 autofokus dengan kebolehan rakaman video setinggi 1080p.
Apabila dinilai segi rekabentuk, Zenfone C juga menampilkan rekaan paling menarik di antara semua peranti dalam senarai ini dengan kemasan binaan premium “Zen” di bawah peranti. ASUS juga turut tidak terkeculi membawakan teknologi audio SonicMaster dan teknologi kamera PixelMaster ke peranti ini walaupun ia merupakan variant asas dalam siri Zenfone.
Meninjau dari segi spesifikasi, Zenfone C didatangkan dengan skrin 4.5-inci, cip Intel Atom Z2520 dwi-teras 1.2GHz dengan HT, memori 1GB RAM, storan dalaman 8GB, kamera 5MP dengan rakaman HD penuh 1080p, kamera hadapan VGA, bateri 2100 mAh, dan Android 4.4 KitKat bersama antaramuka moden ZenUI.
Harga
Original: RM288

Monday, April 11, 2016

Relevant Lagi ke Baca Paper Sekarang Ni?

I would say - NOT!

Normally if I want to know about the world, I will go to Y! News, Google and mainly baca blog je.

Why?

Sebab I can see that surat khabar ni ketinggalan. 2-3 hari dah tersebar news dekat blog, barulah nak keluar dekat paper. Rasa macam ulang balik baca apa yang awak dah baca dekat blog-blog. Membazir duit je.

And, kadang-kadang ada news yang tak reliable. Kalau news tu dari blog or forum, maybelah kan. Bukan blogger or individu di sebalik keyboard forum tu ada sijil kewartawanan etc. Tapi ni wartawan or editor yang sah-sah ada kredibiliti, cerita macam human cause orang utan pregnant pun boleh lepas. Remember last time? Funny.

Sekarang beli paper pun sebab nak buat alas anak makan.

P/S: Minat baca Malay Mail ;)

Saturday, April 9, 2016

Review: Revert Cafe & Bakery, Pasir Gudang, Johor

History of Kak Normah's bakery journey from my point of view:
Kak Normah’s (owner) bakery business start last 3 years (..i guess?) dekat Car Wash in front of Marybrown Taman Air Biru. I know her that time. Every week mesti beli cheesy melt cake, pavlova, murtabak cracker from her. My husband love it so much and I even make a review on it: HERE and HERE.

Then Kak Normah pindah sebaris dengan Klinik Muhibbah (Taman Air Biru, Pasir Gudang), Dessert Queen nama kedainya. Pink theme. Cantik. Ada penambahan menu macam slice cake, meatball, spaghetti and menu café yang lain. Dah try semua, seriously sedap. Boleh tempah kek juga. Our favourite? Mini Adam. Plain cake dengan cream cheese je. Tapi, sedap ya ampun. Since that, setiap kali birthday in my family, memang order kek ni je. Tak pandang dah “resepirahsia”.

After a while, ada another branch. Café ni la yang Lin nak review this time. Buka since last year, dah banyak kali pun datang sini makan chicken grill. Huhuhu. 
Food: 4/5
Western. Most of it. Ada 2 signature dish: Swedish Meatball and Chicken Parmigiana with Spaghetti. Ada menu nasi juga.
Environment: 5/5
Interior IKEA yang minimalist, simple and bersih even ada area dinding yang kotor sikit. Boleh muat 50 orang dewasa (sebab kami kira kerusi ada 50 je) dan 2 budak kecik sebab ada 2 baby chair. Sampai macam tu sekali. Aircond. Kalau nak datang dan makan dalam keadaan yang tenang dan tak bising, sila datang after 2 pm weekdays. Sebab tengah hari ramai orang yang datang sini, tempat duduk pun tak ada. Hari-hari. Weekend pun OK. 

Price: 4/5
Affordable.

Custome Service: 4/5
Ada yang kurang mesra. But who cares? Asal makan sedap, kan? Boleh book meja, boleh tempah awal, boleh pesan menu awal, boleh take away. Boleh buat party or small event dekat sini juga.

Overall: 4.5/5
Of course. We love it so much!

Other info:
Business Hour
Mon-Fri 10am to 10pm, Sat-Sun 12pm to 8pm / 100% Muslim, HALAL

Phone No: 012 250 1526

Revert Cafe & Bakery Fan Page: https://www.facebook.com/RevertCafe/

Location: WAZE 

Now, Dessert Queen dah pindah Taman Bukit Dahlia tau. Dah tak ada dah dekat area klinik tu. Lin tak pernah pergi lagi, nanti Lin kasi tau lain ;)
Semalam kita dinner Chicken Parmigiana dengan Caramel Latte ;)

Last but not least, hope Dessert Queen and Revert Café terus success, InsyaAllah. 

*This is not a sponsored post. As usual,  I will test and review products or services regardless of whether they have been sent to me or not with honesty. Unless stated so in the post or marked with an asterisk, all products featured on this blog have been bought with my own hard-earned pennies. I started this blog to give my two pennies worth of thought and have fun along the way and that is exactly how this blog shall remain

Friday, April 8, 2016

Bersyukur

Hari ni hari Jumaat. So, I thought I want to share with you my story about me pasal bersyukur. Feel free to share with me bout you as I love to hear it :)

I must admit I do have regret in life. A lot. Tak kisahlah about life, relationship, career, life-changing decision, one-time opportunity etc. I would ask myself;

“What if I do this instead of that? What if I choose that than this? Kalau aku buat macam tu, kalau aku take the chance mesti condition aku tak macam sekarang”

Thinking thing would be different. Or better. Do you guys feel the same way too?

“Tak apalah. Benda dah lepas. Tak ada rezeki. Nak buat macam mana,”

Cliché answer nak sedapkan hati but still, you have that sekelumit regret yang buat kau still sedih, right? Kalau fikir mesti rasa macam O shit, rasa down gila bro.

It was before. Not until something happen.

My story:
I notice that I’ve change a bit for the past several years. Lebih moody. Lebih emosi. Mungkin quarter life crisis. I don’t know why. Macam tak bleh get a grip on my life. Tunggang terbalik rasanya. Then ini la masa terfikir as I said earlier, asking myself if I choose different life before etc. rasa menyesal, sedih, mood swing 24/7. Kesan buruknya pada orang sekeliling. Pada suami, pada anak-anak. Thank god husband jenis tahan je dengan perangai bitchy bini dia ni, dah faham. Tapi anak-anak?

Kadang-kadang tertinggi suara. Sekali, dua kali, tiga kali. Tak adalah selalu tapi suddenly one day Adam (my eldest son), marah Iman (my second son) exactly sama dengan gaya ibu dia ni marah dia. Sedih mak. Mak sentap. Mak rasa berdosa. What have I’ve done?

Maybe exhausted jaga anak, rumah, bekerja? Maybe mak ada PPD (Post-partum depression)? Maybe. Or maybe It’s just another 1001 excuses that I can give.

Malam-malam tengok muka anak-anak. Sedih. Kita dah la sedih and pathetic. Buat kita lagi rasa down.  Serious. I ask myself again, What do I really want? I don’t know. I just want to lay down, curl up like a child, be sad and feel like a loser. I guess. Tak tahu. I’m lost. I feel so sad to think about it.

Satu malam, kita kemas barang-barang. My old stuff. I’ve found my old notebook. My “thought” book which I have this since 2004, I started to write everything in a book. Diari versi twitter or status update la. Tapi hardcopy and tak public. Then I come across this: About Me. Lin tulis:

“In 10 years from now, I see myself as full time housewife with 3 kids busy, juggling with volunteer 
works and all house chore with my big family to help Malaysian and at the same time finding the pursuit of happiness. I want to be a superwoman like Marina Mahathir, Martha Stewart and Siti Khadijah, to my family, at least. InsyaAllah, Amin.”

Oh my god! It’s like jumpa myself balik semula. This is it. This is what I want selama ni. Apa pasal la kita sedih sangat kan? Apasal la terasa lost sangat.

I said I want to be a housewife, educated housewife – I did.

I said I want to have 3 kids – I did.

I said I want to be a volunteer – I did.

I said I want to find a pursuit of happiness – I did. By doing what I want.

I said I want to be a superwoman – I am. I am superwoman. At least I wannabe.

Then, I remember what my ayah use to say masa Lin belasan tahun dulu. Kalau terasa kepala ni kusut, tak perlu fikir banyak. Fikir 3 benda ni je:

Ada makanan yang nak dimakan tak? Ada.

Ada pakaian yang nak dipakai tak? Ada.

Ada atap atas kepala tak? Ada.

Jadi? Apa nak kusut-kusut lagi?

Yes, ayah. I do hear and remember everything you thought me even Kaklong time tu acah-acah tak dengar. Rebel teenager orang kata.

Berbalik pada cerita asal. Agaknya tuhan nak tunjuk. Alhamdulillah. I’m glad. I feel better now. Mak bersyukur. Mak doa kalau mak rasa down tanpa sebab lagi, mak mohon tuhan bawa mak balik semula ke jalan yang benar dan tak tersasar. Mak doa supaya mak tergolong dalam gologan orang yang bersyukur. Amin.

So sekarang ni semua matlamat dah capai, apa mak nak buat lagi? Focusing to be better person than semalam would be good. After all, lahir mati rezeki jodoh tu smua dah tertulis. So usaha, then pray ;)
Till then, Salam Jumaat.

P/S: Mak doa semoga mak jadi orang yang istiqamah.

Monday, April 4, 2016

Makan Luar

You know, masa korang single korang tak kisah pun makan dekat mana hatta mamak bawah pokok tepi longkang sekalipun. But now, being a mom of three superheroes memang tersangatlah pening kepala bila nak makan luar.

Why? Because:

  • Kena cari kedai yang ada baby chair dengan safety belt sebab Iman will try to bangun from it.
  • Kena cari kedai yang selesa, kalau tak beraircond at least pesekitaran sejuk sebab Adam, Iman and Fateh (..and me) can’t stand panas. 
  • Kena cari kedai yang bersih, of course. Kalau boleh make an excuse to go to the toilet, and tengok dapur serta orang yang masak sekali. I did.

OK. To cut it short, mana nak cari tempat makan yang jual makanan yang baby and me boleh makan, affordable, selesa?

Masalah selalu timbul, because:

  • Bila makanan and persekitaran selesa, the price gila mahal.
  • Bila makanan and harga murah, persekitaran pula tak selesa.
  • Bila harga murah and persekitaran selesa, baby pula tak suka makan makanannya.

Ah stress. Masak sendiri la macam ni! Huhuhu. #meroyan

I need your love!

HELP !
 Click this link: Quaker Oat Contest
and give me some love as showed below. 
Thank you.

Mak Busy la. Call lagi 5 tahun.

Cerita semalam. Sebenarnya tak ada la busy sangat. Acah-acah je. Cuma I have to travel to different place, do this and that and have to bring Adam and Fateh along~ bayangkan.
11.00 am - Renew SSM Registration
After brunch, hantar Iman pergi rumah nenek. Iman memang tak reti nak tidur dalam kereta, memang sangat susah nak bawa dia pergi mana-mana. Selagi tak dapat buai tidur siang, memang dia mengamuk non-stop. So I have to leave him. Sorry Iman.

Reach SSM dekat Menara Ansar dalam pukul 12.30 pm and isi borang baru ambil nombor.

After 2 hours, baru sampai turn mak nak~ Macam nak menangis mak. Terpaksa call my customer yang dah deal nak COD dekat Ulu Tiram, yang Lin datang lambat sikit and another one dekat Bukit Indah terus cancel. Tak ada rezeki la kot hari ni, InsyaAllah esok masih ada.

Dengan Fateh yang asyik nak berpegang, menangis rimas dengan orang ramai dan kepanasan mungkin. Dengan Adam yang tiba pula datang angin dia nak berdukung bagai. Adoi.

Bila sampai turn nombor kita, kena tunggu lagi another hour baru settle. So, we bring our kids to Galleria (..or Plaza Kotaraya or UTC) beside Menara Ansar for lunch. Makan sekejap je, tukar diapers, BF Fateh etc. then baki masa tu kita let Adam play dekat Angry Birds Playground there.
3.30 pm (plus minus)
Pergi SSM balik. Adam dah mengamuk. Menangis sepanjang-panjang Galleria sampai Menara Ansar nak minta dukung. Of course I can dukung, IF dia sorang. But now, at that moment, how to dukung? Dengan tolak stroller Fateh lagi. Minta tuhan bagi sabar je la. Stress gila mak. Tak boleh nak salahkan dia juga, memang time dia tidur siang pun.
4.00 pm
On the way to Ulu Tiram, tiba-tiba gastric attack kan. Kalau stressed up sangat memang macam ni la. Asid dalam perut membuak-buak. Berhenti kejap dekat Petrol Station near Tesco Plentong. Nasib baik Fateh and Adam tidur, safe and sound. Nasib baik sekejap je sakit nya, then continue drive to Ulu Tiram.
5.15 pm
Balik rumah. Perut pun still rasa pedih. Sampai rumah, Abah (my husband) said, pergi keluar makan sorang dulu. Kita pun apa lagi, pi la nearest kedai makan. Melantak. Then macam biasalah, mandi etc.

Now pukul 8.42 pm, tengah draft 3,4 entry. Entah bila nak settle pun tak tahulah.

Friday, April 1, 2016

I NEED LOVE!

Salam and Hi. Nak minta tolong boleh? Kita masuk contest and nak minta tolong awak klik link dibawah, love and share resepi kita :)


Feel free to ajak your friend juga.

Thank you. Have a pleasant evening. 😘
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...