Thursday, December 3, 2015

Permohonan BR1M 2016 Dibuka

[Sumber: LHDN]
Permohonan baru BR1M 2016 akan dibuka mulai 5 Disember sehingga 31 Disember 2015. Ramai yang menantikan pengumuman rasmi bila Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 akan dibuka. Saya pasti ada ramai pemohon baru yang akan memohon BR1M memandangkan tahun 2016 bakal memperlihatkan banyak benda yang akan menekan rakyat.

Pengumuman mengenai tarikh permohonan BR1M 2016 dibuka telah dibuat oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Permohonan baru serta mereka yang ingin mengemaskini maklumat boleh dilakukan mulai 5 Disember (Sabtu) 2015.

Permohonan BR1M 2016 Dibuka 5 Disember 2015
Muat Turun Borang BR1M 2016

Permohonan baru dan mereka yang ingin mengemaskini maklumat boleh dilakukan dengan memuat turun borang secara percuma di portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia di https://ebr1m.hasil.gov.my atau www.treasury.gov.my.

Borang permohonan BR1M 2016 juga boleh diperoleh dari mana-mana cawangan LHDN, pusat khidmat hasil LHDN, dan pusat transformasi bandar LHDN.

Untuk permohonan baru BR1M 2016, pemohon perlu:
  • Kemukakan maklumat peribadi dengan lengkap
  • Kemukakan maklumat waris
  • Kemukakan maklumat akaun bank
  • Kemukakan nombor telefon yang boleh dihubungi. 
Permohonan yang layak akan diberitahu menerusi notis yang akan dihantar oleh LHDN. Notis dan surat makluman lulus atau gagal akan diposkan kepada pemohon mulai minggu terakhir bulan Januari 2016.

Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau email kepada br1m@treasury.gov.my untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Sumber: Bernama

[Kredit pada HasrulHassan]

1 comment:

  1. bolehlah kemaskini permohonan brim nek ma Ash nih...

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...