Thursday, December 3, 2015

BR1M : Skim Khairat Kematian

Skim Khairat Kematian adalah skim yang menggantikan insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang dilaksanakan pada pemberian tahun lalu (2014)

Mengenai Skim Khairat Kematian, Skim berkenaan akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun iaitu dalam tempoh 1 Januari 2015 sehingga 31 Disember 2015 Bagaimanapun, Skim Khairat Kematian (SKK) hanya layak untuk penerima BR1M bagi kategori Isi Rumah dan Warga Emas Sehubungan itu, penerima BR1M sebelum ini dan pemohon baru diminta mengemaskini dan melengkapkan maklumat waris bagi membolehkan waris membuat tuntutan sekiranya penerima BR1M meninggal dunia dalam tempoh yang dinyatakan 

PROSEDUR TUNTUTAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK) BR1M 201
Tuntutan hanya boleh dibuat oleh waris yang dinamakan dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 2 Februari 2015 

Dokumen Yang Perlu Dibawa 
  • Kad Pengenalan sendiri (waris) 
  • Sijil Kematian 
Selain menerima khairat kematian RM1,000, waris boleh menuntut baki BR1M yang belum disalurkan.

Sebarang keterangan atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun melalui e-mel pada br1m@treasury.gov.my

Soalan Lazim (FAQ)

S: Siapakah yang layak menerima Skim Khairat Kematian? 
J: Penerima BR1M 2015 bagi kategori isi rumah dan warga emas yang meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2015 sehingga 31 Disember 2015. 

S: Bagaimanakah pembayaran Skim Khairat Kematian dibuat? 
J: Pembayaran Skim Khairat Kematian boleh dituntut di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 2 Februari 2015 dengan mengemukakan dokumen: 
a) Sijil Kematian 
b) Kad Pengenalan (asal) waris 

S: Jika waris adalah warga asing, adakah perlu syarat beliau mesti menetap di Malaysia? 
J: Ya, jika waris adalah warga asing, beliau hendaklah terdiri daripada ibu / bapa / isteri / suami / anak yang menetap di Malaysia.

S: Berapakah umur minimum untuk melayakkan seseorang menjadi waris? 
J: Tiada had umur minimum ditetapkan bagi waris. 

S: Berapakah jumlah Skim Khairat Kematian yang akan diterima dan bilakah tuntutan boleh dibuat? 
J: Waris akan menerima sebanyak RM1,000 bagi Skim Khairat Kematian dan tuntutan boleh dibuat di BSN mulai 2 Februari 2015. 

S: Adakah waris boleh membuat tuntutan Skim Khairat Kematian bagi penerima BR1M 2015 yang meninggal dunia sebelum atau pada 31 Disember 2014 ? 
J: Waris tidak boleh membuat tuntutan Skim Khairat Kematian BR1M 2015 akan tetapi waris layak untuk menuntut i-BR1M 2014 bagi penerima kategori isi rumah. 

1 comment:

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...