Monday, October 13, 2014

TABUNG PENDIDIKAN IQRA'

[STICKY POST]
PENGENALAN
Tabung Pendidikan Iqra’ (TPI) ini merupakan satu program jangka panjang yang dilancarkan oleh Projek Iqra’ untuk membiayai pelan pendidikan kepada anak-anak yatim, miskin dan asnaf di rumah kebajikan dan komuniti setempat.
Matlamat akhir program ini adalah untuk memberikan peluang pendidikan yang lebih adil kepada golongon sasar. Projek Iqra’ percaya jika seorang daripada anak dalam keluarga yang kurang mampu ini berjaya, ianya dapat mengubah nasib keluarga tersebut keluar daripada kemelut kemiskinan.
Pada tahun 2013, seramai 14 orang golongan sasar telah didaftarkan dibawah program Tabung Pendidikan Iqra’ 2013 (TPI 2013).

LATARBELAKANG

PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA
Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia (PI) adalah sebuah persatuan kebajikan yang memfokuskan untuk membantu golongan sasaran iaitu anak anak yatim, miskin dan asnaf dalam membantu mereka mempersiapkan diri dari segi ilmu pengetahuan secara percuma , latihan kemahiran dan juga tabungan pendidikan selepas mereka keluar daripada rumah kebajikan. Sejak ditubuhkan pada 25 Januari 2013, pelbagai program pendidikan dan kemahiran telah dijalankan yang melibatkan lebih kurang 300 anak anak yatim, miskin dan asnaf di Lembah Klang, Selangor, Pahang, Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.

NAMA PROJEK: TABUNG PENDIDIKAN IQRA'

SENARIO
Anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan apabila berusia 18 tahun akan terpaksa berdikari dan tidak lagi dibenarkan menetap dirumah kebajikan tersebut.
Apa yang boleh dilakukan pada usia tersebut adalah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Namun begitu tanpa simpanan pendidikan, ramai antara anak-anak ini mempunyai masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Anak-anak yang mempunyai potensi dalam bidang kemahiran juga mempunyai kesukaran mendapatkan wang samada untuk meneruskan belajar dalam bidang kemahiran atau memulakan perniagaan (start-up).
Tabung Pendidikan Iqra’ 2014 (TPI 2014) merupakan satu pelan pendidikan yang akan memberikan mereka tunai pada usia 18 sebagai tiket untuk mereka melangkah ke dunia sebenar dan seterusnya mengubah nasib keluarga mereka, keluar dari kemelut kemisikinan.

OBJEKTIF



  • Menyenaraikan 30 calon-calon yang layak sebagai penerima TPI 2014 yang terdiri daripada anak-anak yatim, fakir, miskin dan asnaf yang tinggal bersama keluarga mereka di komuniti Nilai, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.
  • Mengumpulkan dana bagi menaja setiap penerima TPI 2014 dengan kadar RM1200 seorang untuk 30 orang anak-anak bagi tempoh setahun. Jumlah yang disasarkan adalah RM 36,000
  • Mengumpulkan dana bagi membiayai penerima TPI 2013 seramai 14 orang yang terdiri daripada anak-anak dari Pertubuhan Kebajikan Baitul Ehsan berjumlah RM 16,800.
  • Dana ini akan ditaja jamin oleh Great Eastern Takaful sehingga penerima TPI berusia 18 tahun dimana boleh digunakan untuk menyambung kehidupan selepas usia 18 tahun.
KESIMPULAN
Tabung Pendidikan IQRA’ 2014 ini adalah program menyediakan satu pelan pendidikan untuk memberikan peluang pendidikan yang lebih adil kepada anak-anak yang memerlukan, terutama mereka yang yatim, miskin dan asnaf samada yang tinggal di rumah kebajikan atau bersama keluaga di komuniti setempat. Kerjasama dari yang diwujudkan ini diharap dapat membuka lebih banyak ruang untuk golongan sasar ini membina masa depan yang lebih baik selain sebagai agenda pembangunan modal insan dan menggerakkan kesedaran terhadap pelajaran mereka yang kurang diambil peduli oleh masyarakat.

“Pemberian anda membina sebuah kehidupan baru”

1 comment:

  1. Menarik nih..banyak faedah nya dengan ada nya tabung pendidikan iqra ni

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...