Monday, February 10, 2014

So called as a “PERFECT WEDDING”

What is your perfect wedding? Yup, yeah you. I’m asking. Got a list? Oh none of them? It’s OK. Ni Lin tolong anda jawab dengan bantuan our “expertise”. Trust me, mereka sangat pakar.

Start with pilihan pasangan okay~ ni asas perfect wedding.

“Bakal suami/isteri dia orang mana? Apa? Orang Kelantan and so and so...? Ish, mesti perangai bakal suami/isteri dia ...[sila isi tempat kosong with all stereotype that you know]”
Sila pastikan anda tak cari orang negeri-negeri, well you know, with full of prejudice.

“Bakal suami/isteri dia tu kerja apa?”
Sila pastikan bakal pasangan anda kerja best-best and gaji biar bilion lemon-lemon.

“Kereta apa dia pakai?”
Sila pastikan bakal pasangan anda kereta. Motor cabuk tak mainlah~

Then, the majlis.

“Duit tol bayar sikit je?”
Biasalah, Johorean. They have this so-called “tol” which your husband have to pay on the way nak naik pelamin. Sila baling duit banyak-banyak untuk elakkan kena kutuk.

“Tak cantiknya pelamin dia, jimat belanja ke?”
Sila pastikan pelamin anda kebabom bastik.

“Ish, kenapa baju pengantin fashion lama? Ketinggalan,”
Sila pastikan anda sewa atau tempah baju dari Hatta Dolmat, Jovian Mandagie dan seangkatan denganya.

“Berapa hantaran pihak lelaki hantar? Sikitnya, cukup ke tu?”
Maaf bercakap la ye. RM10k tak cukup. Paling sikit RM15k. Itupun pihak perempuan  nak bayar katering pun tak lepas. Paling seksa? Parent kepada pengantin perempuan. Pfft~ pengantin lelaki asal dah bagi duit hantaran, semua haruslah lepas tangan. OK pengantin perempuan, sila pastikan bakal suami anda kaya raya, bagi lelaki, pastikan walaupun anda tak kaya, bakal isteri anda boleh support anda.

"Barang hantaran murah je?"
OK. Sila tayang duit hantaran yang riban-riban, hadiah-hadiah gadget, tak pun kereta sebiji. Itu standard.

Then, le catering.

“Lauk apa ni, tak sedap lansung. Catering murah ke?”
Sila pastikan anda kaya dengan lambakan makanan. Menu wajib, nasi minyak/nasi tomato beserta nasi putih dengan lauk 6,7 jenis tak termasuk bubur manisan, buah, multiple choice of air. 

Le ending. 

“Sikit je doorgift? Kedekut gila tuan rumah,”
Sila pastikan door gift untuk tetamu 2,3 jenis dalam kotak tu. Baulu-baulu tak main lah. Gula-gula lagilah jangan. Paling koman cawan sorang sbijik.

...and banyak lagilah. Malas aku nak layan. Bila dengar orang-orang expert ni bercakap, bikin aku panas je. Kutuk pasal makanan tuan rumah, tapi ko tu tengah mengunyah apa? Kutuk pasal majlis tak grand, salam kokot ko riban-riban ek ko bagi dekat tuan rumah.

Aku malas betul. 

That’s why la aku malas betul nak attend majlis-majlis kahwin orang ni. Apatah lagi nak ajak orang datang majlis aku. The problem is, you know, semua serba tak kena. Buat kecik salah, buat besar pun salah. Buat salah, tak buat salah. 

For me, who cares orang nak bercakap right? BUT as this thing involve banyak pihak, susah lah nak cakap. Banyak perkara berbangkit. Cakap banyak nanti kena cop derhaka pulak. We can’t change people mind or thought, unless they’ve changed their mind. 

Majlis kahwin ni costly tau. Simple-simple pun mahu nak habis RM30k. Maaf bercakap, at the end of the day, makbapak senyap-senyap bukak sampul salam kokot nak bayar baki-baki kos majlis tertunggak. Sumpah. Aku benci.

Takkan adanya orang nak buat majlis kesyukuran kecil sebab takut orang kutuk. Betul. Kalau ada pun, aku tak jumpa lagi.

Orang memang suka bercakap. Kadang-kadang aku tengok, majlis bagi aku dah cukup grand pun still juga ada orang bercakap. Eh, kejap. Expertise yang komen-komen macam judge Akademi Fantasia tu yang bercakap. Layak kot. 

Ni aku nak buat majlis lagi. Ish, jemputlah datang.

0 comments:

Post a Comment

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...