Tuesday, December 31, 2013

My Dentiste' Plus White Nightime Toothpaste Sample and Discount Code

Product Information
Why Night-Time Toothpaste?
Even though we brush our teeth well with normal toothpaste, but we'd still have bad morning breath. When we sleep, our saliva flows slower than it does during the day time. This cause the Anaerobe bacteria to grow faster than usual, producing volatile Sulphur compounds resulting bad breath in the morning.

Dentiste Plus White Nightime Toothpaste is the world's first and only natural night-time toothpaste clinically proven to inhibit bacteria within the first night of use.

Studies showed that 93% of Dentiste users who brush their teeth before going to bed experience a decrease in bad morning breath after the first night of using. Dentiste is clinically proven to help inhibit nighttime bacteria which is a major cause for bad morning breath.

Dentiste Plus White Nightime Toothpaste contains 14 Natural Extracts which are naturally antiseptic and antibacteria.
CDX (Cyclodextrin Complex) - Powerful anti-smell molecules that can effectively eliminate odors like cigarette smoke, coffee, and nightime breath.
Stable Vitamin C from Switzerland - Restoration of destroyed collagen fibers through its effect of aiding in collagen synthesis, will prevent periodontal disease and keep gums healthy.
Micronized Silica Complex - Clinically proven effective on soothing sensitive teeth

Get yours at Smile Link Shop and get 20% off by key in below discount code at check out:
SMILE20
OR simply get it from HiShop and get 30% off by clicking below banner ;)!

Kalendar Puasa 2014

Kalendar Puasa 2014 | 1435 : 1436 Hijriyah
Kalendar Puasa 2014
Selamat beramal! ;)

Monday, December 30, 2013

In The Womb #30weeks

Masa Baby Adam 30 weeks in the womb, I watch this tummy scan video over-over and over again. Celik mata waktu pagi tengok video ni, nak tutup mata waktu malam pun tengok video ni sampai tertidur. You know how it feel bila diri ni first time nak jadi ibu? I admit I'm SUPER DUPER excited. Even my mom takut tengok myself at that time, you know macam fanatik-sort of. I can't find any word to describe it.

Now, baby dalam video atas ni ada depan mata ibu and even after 6 months I still can't believe it: I'm a mother! Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Ibu doakan Adam jadi anak yang baik, dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat and diberikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Kalau dalam perjalanan hidup Adam, Adam "tersesat", Ibu mohon Allah s.w.t. berikan Hidayah dan petunjuk kepada Adam supaya Adam kekal dalam jalan yang "lurus" InsyaAllah. I just want you to know that I love you, will always be by your side and tolong ingatkan ibu kalau ibu terlupa.

Feeling melancholy, so sudden.

Saturday, December 28, 2013

I, just can't.

but I do try.... I try, so very hard :P

HiShop: Purchase Successful!

HiShop
Makeup haul at HiShop!
I've spent RM101.60 today at HiShop. A lot! But as Lin ada redeem 73000 points and RM20 HiShop cash voucher. Total yang Lin kena bayar cuma RM8.60.
Hohoho. Tak nak bagitahu lagi Lin beli apa. So stay tuned ;)
Awak nak beli juga?
Amik ni HiShop Cash Voucher RM20:
HS20
*valid untuk pembelian RM100 keatas.
\(^_____^)/
So why wait?
Click
HERE 
to start shopping!

Friday, December 27, 2013

Goodies!

Eh, lupa pulak nak cakap kita menang Ephyra sekotak dari Oceanlife2u melalui contest Abang Ben and currently dah masuk hari ke 7 Lin consume Ephyra. Nanti kita kongsi experience tau.
Selain tu, Lin tengah tggu Ipanema flip flop juag from Ashley Yeen. Yes!
Thank you Thank you!

You Walk The Talk First by Marina Mahathir

Adam dah ready untuk solid food ke?

Adam dah 176 days hari ni!
I'm sleepy right now as malam tadi Adam asyik terbangun. Normally he will wake up every 2 hours, drink and tidur balik. Tapi malam tadi he wake up every 1 hour and tak nak tidur. Lapar ke beliau? Susu OK banyak. Try pump, pekat. Apa problemnya?
How can I tell if my baby is ready for solids?
  • Can hold her head up. Your baby needs to be able to maintain a steady, upright position, to take her first foods.
  • Sits well when supported. You may have to have your baby on your lap at first. A highchair can be pulled into action a bit later when she can sit up by herself.
  • Makes chewing motions. Your baby should be able to move food to the back of her mouth and swallow. As your baby learns to swallow efficiently you may notice that she dribbles less. She may even have a tooth or two.
  • Has gained a healthy weight. Most babies are ready to eat semi-solids when they've doubled their birth weight. This may happen before or around their sixth month.
  • Is curious about what you're eating. Is she eyeing your meals and reaching out to try foods you're moving from your plate to your mouth?
Can hold his head up? YES! Sit well when supported? YES! Makes chewing motion? Everytime we eat! Has gained a healthy weight? With 2.2kg at birth and now 7kg, ABSOLUTELY! Curiousity? More curious dari cat!

My orang sekeliling literally keep pushing me to give my Little Adam solid food. Somehow, it annoy me a little. At first, I was like:
"OH, IT'S OK. I WILL WAIT UNTIL ADAM 6 MONTHS. I CAN BEAR WITH HIS SCREAMING VOICE,"
Then, they said: 
"Alah, mak kita dulu-dulu 2,3 bulan dah bagi makan. Sihat je, pandai je,"
I was like: 
"OH. PATUTLAH BUDAK-BUDAK SEKARANG BANYAK YANG DEVELOP ALLERGY BLA BLA BLA." 
Cakap dalam hati je, tak berani nak lepas nanti kena cop kurang ajar pulak. Tapi yang terzahir adalah auta semata-mata. I said:
"OH. DAH BAGI MAKAN DAH. DIA TAK NAK. NANTI NEXT TIME BAGI MAKAN LAGI SLOW-SLOW,"
Then all this suara-suara tak ada soalan berbangkit lagi kan? SORRY. Lin tahu y'all cadang itu ini sebab y'all care and sayang kami. But don't worry, direct latch memang tak nampak but I can pump up to 2 bottle every session. Every session maksudnya every 2 hours my b**bs dah full.

Masa Adam dalam perut dulu. Lin risau bout everything! Baca pengalaman sister-sister bersalin 1st child etc. and masa dekat hospital for checkup, I asked post-labour mom kenapa pakai susu botol ni? They said, susu tak keluar dik, susu tak ada. I was like, WHAT? and panic. Ini serius. What if that happen to me? But dengan kuasa tuhan, masa Baby Adam dalam perut 5 months, tak tahu macam mana susu keluar banyak melimpah and that time Lin niat nak exclusively BF Adam sampai 6 months and doa banyak-banyak supaya dapat continue sampai  Adam 2 yo. Setakat ni Alhamdulillah. Rezeki Adam banyak. 

Tapi tak apa. Lagi 8 days Adam genap 6 months. Kita tengok macam mana progression nya.

Thursday, December 26, 2013

Unboxing: Modbox December 2013

This will be my 4th Modbox! I don't know why Modbox keep offering same product over and over again. At first, I didn't plan to buy this box BUT after baca review Rescare Aqua Peeling Body Exfoliating Spray by Fyna Here and Von Cherie blog, tiba-tiba teringin nak try pula. So, here it is:
Rescare Aqua Peeling Body Exfoliating Spray 300ml Full Size
Retail: RM75 for 300ml
For the lazy busy lady, try out this exfoliating body scrub that comes in a spray! It's super easy & convenient: just spray on your body, massage the dead skin cells away & wash off!

Biotox Cleanser (10g tube) and Refining Cream 2 (5g tube) 
Retail: Biotox Cleanser (RM120 | 50ml), Refining Cream 2 (RM165 | 30ml))
A cleanser and treatment cream pack that's especially great for those with problem-prone skin (acne, open pores and dull appearance). Leaves you with soft and supple skin, as if you've just had a facial!

Lavera Sensitiv Hand Cream 30ml sample
Retail: N/A
Moisturise hard working hands with this hand cream that's certified natural, free from animal testing AND gluten-free. Rich in organic almond oil and organic shea butter to give you softer, smoother hands!

Will try and review later, so stay tuned!

Wednesday, December 25, 2013

Wordless Wednesday

Kan aku dah kata, jambang and misai memang hot walaupun #movember dah habis.

Banyak belanja, tapi rasa berbaloi.

Gambar sekadar hiasan
Kami beli barang besar this month; TV with Astro, washer machine. And currently still ada satu lagi on the list: Tablet.

     At first, ikut plan nak beli washer machine je dulu as we don’t think we need TV that much, not until FIFA world cup. Adam still baby, me glued to my lappy 24/7 and my hubby lebih suka spend his time tidur and play with his son. But as my mom-in-law datang with company to visit us and I don’t want my 7 yo adik ipar bosan dekat rumah, so by hook or by crook kena juga ada TV. Kami beli dekat Courts, Sony Bravia 32" for RM840. Plus Astro subscribtion RM50. Total RM890. How cheap is that? 

Hari ni diorang dah balik, so I guess TV tu cuma hiasan je kot dekat rumah ni. Hahaha.

     Now, tengah tunggu Sengheng deliver my washer machine which I buy it online for RM519 after Subuh tadi. Yup, as cheap as that. Jenama Toshiba, 6.5kg and fully auto. Thank god, Alhamdulillah. No need to ulang alik my mom’s house dah lepas ni.

Tablet. Still can't decide which one to buy lorh. Asus Fonepad or Samsung Galaxy Tab 3? Or better don't spent too much? *buat muka sedih sambil tengok my Nokia 1280* My boss, my customer, my friends even my sibling keep asking me ada Whatapp tak? Ada instagram tak? I was like pfft~ Why? You don't have money to gimme normal message and upload those pic to FB ek?  

Currently tangan kanan tengah update this entry, tangan kiri tengah buai baby Adam, sambil tahan sakit kepala and sakit gigi. Terasa hebat sungguh diri ini.

Tuesday, December 24, 2013

Samsung Galaxy Tab 3 7" or Asus Fonepad 7?

Tolong saya decide: Samsung Galaxy Tab 3 7" or Asus Fonepad 7? 
Dah lama teringin nak pakai tablet. Alhamdulillah ada budget sikit nak beli sebiji, tapi Lin di persimpangan dilema. Help me please ;)
Samsung Galaxy Tab 3 7" or Asus Fonepad 7? 
and why?

Monday, December 23, 2013

Ada gigi tumbuh satu lagi dekat gusi kita! #wisdomtooth #gigibongsu

Ini bukan cerita lawak. Gigi saya betul-betul bertambah satu lagi; wisdom tooth a.k.a. gigi bongsu. Saya tengah teething sekarang ni. Tatkala ini, gusi saya membengkak and ada gigi baru yang dah tersembol keluar. Oh pedih and sakit ya amat, ditambah lagi dengan sakit kepala. Memang perfect.

     Pagi tadi dah jumpa dentist. Ingatkan nak cabut terus my tooth. Tapi doktor kata tak payah sebab dia dah tumbuh cantik tak senget, so biar je dia terus tumbuh. Last time doktor kata masa gigi dia nak tumbuh, ambil masa sebulan baru tumbuh penuh and hilang rasa sakit. Oh my, sebulan?! 3 hari ni pun dah cukup siksa. Sabar jelah.

     Baby Adam pun sekarang teething. Sama ke rasa sakit nak tumbuh 1st gigi baby dengan sakit nak tumbuh gigi bongsu macam kita ni? Kalau sama, kesiannya anak ibu. Mesti Baby Adam sakit sangat. Tapi ibu tengok Adam relax je tak macam ibu. (>______<)"

Ibu dan anak teething sama-sama. Like mother, like son. Ada tips nak kurangkan sakit nak tumbuh gigi tak? Penat kumur air garam and bubuh ais ni. *nanges*

Saturday, December 21, 2013

10 Tips Mendidik Anak-anak

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga:

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Source: Facebook

Friday, December 20, 2013

999 Chlorophyll Soap: The Effective Emollient Soap?

Pernah jumpa tak sabun ni?
Green in colour, wrap in paper and have strong smell. Made in Malaysia by Yoo Fung Hong soap factory in Kota Tinggi, Johor! Fuiyo~my kampung!
Tetiba rasa macam nak beli sebab tengok ingredient dia. Coconut oil? That's weird cause most of commercial bars nowadays kan guna palm oil. I guess. I use pH5.5 shower foam tekan-tekan for years. Heh. But this still literally caught my eye and nose, rasa macam homemade sabun yang orang jual online pun ya juga kan?

Ingredients: Cocos Nucifera (coconut oil), Water, Sodium Hydroxide, Camphor, Eucalyptus Globulus leaf oil, Citronella oil, Chlorophyllin-copper complex.

Dah lama mandi tak pakai sabun buku. So far I love it smell :) and cheap, cost me RM1.50 and last longer tak macam most sabun yang will be squashy-like bila terendam air. 

Awak pernah try tak?
Note:
IngredientsBenefit
Coconut OilCocos nucifera oil. Rich emollient expressed from coconuts. It is naturally converted into a soap through a saponification reaction with an alkaline salt.
CamphorCinnamomum camphora. Tonic and freshener used in small amounts in lotions and creams for its cooling and soothing effects. Has anti-inflammatory and antiseptic properties.
EucalyptusEucalyptus globulus. Essential oil with powerful antiseptic, antibacterial and antifungal properties. Used in cleansers, massage formulations and bath soaks for its cooling, soothing effect on the skin.
CitronellaCymbopogon nardus. Aromatic essential oil often used in fragrance blends. Also used as a natural insect repellent
ChlorophylColourant, I guess.

Thursday, December 19, 2013

Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 19 Disember 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2013.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Wednesday, December 18, 2013

Baby Adam #littlemunchkin

5 month 1 week 5 days old!
Terkezut kita ibu kita snap pic tetibe. Dahlah kita baru bangun, rambut tak sikat.
Tapi kite hensem kan?
#littlemunchkin #bigeyes #healthy #breastfeed #BabyAdam #7kg

My First Mivva Box!

Thanks to Shantini a.k.a. Missus Blogger for this!
Don't you just love it? Let's see what's inside:
Perkins Nail Wrap [Design N13: Beautiful]
Saxby Nail Lacquer [6] 0.5oz
Aquamoist Moisture Washing Foam 50g
O'slee Rosehip Beauty Solution Advanced Formula III 60ml
Clarins Intesive Smoothing Serum
Payot Pate Grise soin assainissant 0.05oz sample

Will review bout this products later ;)

PERMOHONAN BR1M 2014 BERMULA 23 DISEMBER INI

image
Berita ini pasti ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia akan mula dibuka pada 23 Disember ini.
Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M) yang merupakan wang bantuan kepada rakyat Malaysia yang layak bakal diagihkan buat kali ketiga pada tahun hadapan. Mungkin ada yang masih samar-samar mengenai syarat kelayakan menerima bantuan ini dan cara memohon.  Melalui pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razakmengumumkan pemberian BR1M3.0 dan BR1M4.0 akan diteruskan kepada kepada kumpulan penerima sama bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Syarat – syarat
a. Keluarga (RM650)
1. Pendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan
2. Rakyat Malaysia
b. Keluarga (RM450)
1. pendapatan isi rumah di antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan
2. Rakyat Malaysia*
*Tambahan caruman i-BR1M bernilai RM50 yang menjadikan jumlah keseluruhan BR1M sebanyak RM500.
c. Individu (RM300)
1. Pendapat sebulan RM2,000 kebawah.
2. Rakyat Malaysia
3.  Berumur 21 tahun ke atas. Aged 21 and above (born 1993 or earlier)
4. Tidak termasuk pelajar yang menerima bantuan baucar buku 1Malaysia (BB1M)
Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu :
  • Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah;
  • Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah (dalam rumah yang sama);
  • Warga emas sebatang kara yang berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 atau sebelumnya, dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.
Bagi penerima BR1M sedia ada, mereka tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua manakala pemohon baru boleh mendaftar secara atas talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M yang seterusnya. Bagi penerima yang ingin mengemaskini data sedia ada seperti pertukaran alamat atau kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula.
Cara memohon  ( permohonan masih belum dibuka sehingga kini. Berkemungkinan permohonan dibuka pada minggu hadapan atau awal Disember 2013. Akan diupdate dari semasa hingga semasa ) 
1. Muat turun borang melalui laman sesawang LHDNM http://www.hasil.gov.my/   atau http://www.treasury.gov.my/
2. Untuk aplikasi melalui borang, anda boleh dapati borang disini :
  1. Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  2. Pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah
  3. Jabatan Pembangunan Persekutuan
  4. Jabatan Kebajikan Masyarakat
  5. Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
3. Pemohon baru yang memenuhi kriteria yang seperti telah dinyatakan boleh mendaftar mengisi borang bersertakan salinan kad pengenalan (MyKad), Kad Polis atau Kad Tentera ( jika perlu disertakan semasa memohon secara manual ).
4. Sebarang semakan permohonan BR1M 3.0 boleh dibuat secara online, melalui pos atau secara dalam talian.
Sebarang soalan / pertanyaan 
1. Emel : br1m2@treasury.gov.my atau telefon talian hotline 1-800-222-500

Keropok Pilus

Pernah dengar? Pernah makan?
My mom bought this for me. Indonesian Product. Keropok ni boleh buat lauk. Yup, boleh buat lauk. Macam kruk-kruk dalam mi sedap tu, memang sedap! Bubuh dalam lontong, nasi ambeng, ayam penyet etc. Peh, menjilat jari. Kira condiment jugalah macam kita makan Keropok Mony dengan nasi tu. Kalau makan macam tu je pun boleh, but trust me. Ini sangat addictive. Last time when I went to Indonesia, I just can't stop eating this. Beli satu bundle besar ingatkan nak bawa balik, tapi belum sampai Malaysia, keropok dah habis. HAHAHA.

Perkahwinan orang Melayu yang sangat kompleks

by Prince of Noob

Kahwin. Sekarang time cuti sekolah ni memang musim orang kahwin. Walau ada yang perlu meredah hujan dan banjir, kahwin mesti terus. Siapa tak nak kahwin? Rata2 semua manusia dalam dunia ini mahu kahwin kerana dengan perkahwinan ia menghalalkan apa yang haram. Tapi tahukah anda di zaman sekarang ini, perkahwinan Melayu itu prosesnya sangat susah, kompleks, rumit, complicated dan memerlukan duit yang sangat banyak?


Berikut adalah infografik perkahwinan orang Melayu di Malaysia yang direka oleh Adlan Khalidi. Infografik ini sangat membantu bagi pasangan yang sedang bercadang untuk berkahwin terutama yang mahu mengikut adat dan budaya perkahwinan Melayu. Tapi kalau tengok daripada rajah tu, bermula dari proses "Merisik", sampailah yang bawah sekali "Mulakan hidup baru", rasa2 berapa banyak wang yang harus dihabis dan dibelanjakan?


Ramai yang sanggup berhabis beribu2 sampai ada yang buat pinjaman peribadi semata2 untuk majlis raja sehari, sedangkan selepas "Mulakan hidup baru" itulah yang lebih banyak memerlukan duit dan perbelanjaan. Ada yang menganggap tidak mengapa berhabis2an untuk majlis perkahwinan kerana berkahwin itu sekali dalam seumur hidup, namun kita tahukah yang kita hanya akan berkahwin hanya sekali dalam seumur hidup? Kalau perkara yang sekali seumur hidup itu begitu berharga dan tidak harus disia2kan, ujian UPSR, PMR dan SPM juga sekali seumur hidup, tapi tak ramai pulak yang bersungguh2 belajar untuk dapat keputusan yang cemerlang?

Malah ada juga yang masa berkahwin belanja sampai jutaan2 ringgit tapi akhirnya bercerai juga. Nilai suatu majlis perkahwinan bukan penentu kebahagiaan rumahtangga kita, so kenapa nak berhabis banyak sangat? Lepas dah kahwin, kena fikir nak sewa rumah, nak beli kenderaan yang sesuai untuk keluarga, makan minum laki bini anak, susu dan pampers anak kecil, perbelanjaan sekolah anak dan macam2 lagi, lagi banyak duit nak guna. Kalau kata kita pinjam RM30K semata2 untuk majlis perkahwinan yang gah, apa kata kalau belanja hanya RM10K sahaja untuk majlis perkahwinan yang sederhana, dan baki RM20K tu buat bayar downpayment kereta atau rumah sendiri? 


Ada juga yang kata, takpe lah kalau diorang mampu apa salahnya bermewah2 untuk majlis perkahwinan? Lepas dah kahwin pun diorang masih ada banyak duit apa untuk teruskan kehidupan. Namun walau seseorang itu punyai banyak duit dan harta sekalipun pun, punyai berjongkong2 emas sekali pun, adakah Islam mengajar kita untuk bermewah2, membazir dan bermegah2 atas harta dan kekayaan kita yang sangat bersifat sementara di dunia ini?


Sedar tak sedar perkahwinan orang Melayu di Malaysia sudah dicemari dengan perkara2 yang langsung tidak ada dalam ajaran Islam. Hantaran yang mak bapak letak untuk anak perempuan mereka dah semakin tak masuk akal sampai boleh dinilaikan dengan taraf akademik anak mereka dah macam barang dagangan. Kalau anaknya pandai mengaji Al-Quran, pandai memasak, taat kepada suami, tidak berhias untuk orang lain, berbaloi juga la kalau bagi hantaran tinggi2. Ini ada segelintir yang dahlah mintak hantaran tinggi, tapi mengaji pun tak pandai, pemalas buat kerja rumah, kat rumah selekeh tapi pergi pejabat bersolek mengalahkan mak datin. 

Tu baru bab hantaran, belum perkara2 lain macam pre-wedding/post-wedding photoshoot, kad jemputan kahwin mahal2, bersolek melampau2, pengantin perempuan pakai tudung masa akad nikah je, lain daripada tu bukan main seksi dedah aurat untuk tontonan semua orang selain suami sendiri, cukur2 kening, pakai inai macam orang India, tepung2 tawar, tukar2 cincin perkahwinan, bersanding atas pelamin, kek 8 tingkat, hiasan bilik pengantin bak bilik raja, ada kugiran main muzik, sesi karaoke oleh pengantin dan para tetamu serta lain2 adat dan trend merapu yang mencemarkan sebuah perkahwinan Islam yang sebenar.



Tapi bab tak faham hukum perkahwinan ni bukan pada belah pengantin sahaja malah turut di segelintir pihak yang menjalankan kuasa seperti tok kadi sehingga menekan dan menyulitkan proses akad nikah. Malah memperlihatkan situasi di zaman ini telah menjadikan zina itu lebih mudah daripada kahwin sebab perkahwinan yang sebenarnya sangat mudah itu telah disusah2kan dengan pelbagai adat, budaya, trend, birokrasi dan perkara2 merapu.


Dan aku bukan nak mengata mana2 pihak, tapi bila bab2 perkahwinan ni biasanya orang perempuan yang lebih2. Kalau aku tengok rancangan2 kahwin artis kat TV tu, masa pasangan artis tu tengah buat2 survey dan shopping barang untuk majlis kahwin, perempuan tu la yang banyak menentukan itu ini, nak yang macam tu macam ni, nak warna itu ini, nak pelamin macam tu macam ni, nak hantaran macam tu macam ni, nak ambik gambar kahwin macam tu macam ni, yang lelaki diam je sambil angguk2kan kepala jadi pak turut, yelah sayangkan bakal bini lah katakan.


Belum berkahwin lagi dah nampak orang perempuan lebih dominan dan berkuasa dalam hubungan, so adakah bila dah kahwin nanti boleh expect wanita itu boleh patuh dan taat kepada suami serta boleh mengikut telunjuk suami? Adakah lepas kahwin nanti si suami boleh menjadi dominan dan mempunyai kuasa dalam menentukan hala tuju sebuah rumahtangga kalau sebelum kahwin pun semua benda perlu ikut telunjuk orang perempuan?


Kalau ikut cakap Mantot kat sini, dia suruh orang lelaki tinggalkan orang perempuan yang meminta2 sesuatu di luar kemampuan kita sebelum bergelar isteri, tapi aku taklah sampai suruh korang terus2 break. Kalau sekarang anda tengah bercinta dengan wanita yang macam ini, cuba nasihat dan fahamkan mereka mengenai benda2 macam ni dulu sebab aku percaya, manusia itu boleh berubah.

Kalau diorang boleh berubah, sanggup beri kuasa membuat keputusan di tangan kau, tak kisah hidup sederhana mengikut kemampuan lelaki, tidak meminta untuk bermewah2 dan menunjuk2, tidak membandingkan kehidupan kita dengan orang lain, boleh terima kita seadanya, boleh menjadi isteri yang patuh dan taat kepada suami selagi mana tidak menyuruh membuat sesuatu yang mungkar dan menyalahi agama, maka teruskan hubungan korang.

Tapi kalau si dia masih tidak boleh menerimanya, putuskan sahaja hubungan korang. Ada banyak lelaki lain di luar sana yang lebih sesuai dengannya dan boleh menerima cara hidupnya. Namun percayalah, ada banyak juga wanita di luar sana yang lebih sesuai dan jauh lebih layak untuk anda.

Tuesday, December 17, 2013

This and that!

Adam
Obviously I’m super excited for this upcoming month. No, bukan pasal new year but the fact that my lil munchkin, Baby Adam will be 6 mo bulan depan. So another milestone will be achieve and of course starting next month he will start to consume solid food. 

Lin dah google for baby recipe, buy recipe books and all the essential that we will need. YES, I will cook and make my baby’s food from stratch. Yeah! 

As for that, I’m considering nak bagi Baby Adam organic food, but sadly there is none of kedai organic yang jual fruit or vege near my place (T_____T)” Paling dekat AEON Tebrau which sangat jauh. Luckily I’ve found this masa tengok-tengok baby product dekat Tesco:
Betul ke organic ni? With no presevative, added salt and sugar? IDK. Better do more research kan?

Adam kena heat rash!
Adam dah a bit chubby and he sweat A LOT! Just like his Abah. Kesian anak ibu as he develop heat rash dekat leher and belakang badan. So, Lin start sapu aloe vera gel, buka baju dia bila time tengah hari, mandikan dia 3x a day; Alhamdullillah, heat rash dia dah beransur kurang. 

Wishlist
Mini library. Cheked! Blender. Checked! Washer Machine. Checked! So now kumpul duit nak beli several things for house and Tab 3! Yes!

Blogshop
Nak pi daftar SSM and will launch my official blogshop next month.

Eat.
I can’t stop eating. Boring then makan. Boring then makan. Which everytime pun boring, everytime pun makan.

Eat II.
I cook mushroom+chicken+egg soup for breakfast and nak masak spagheti for lunch. Currently masa update entry ini, my stomach just can’t stop growling. Aiyo, baru ja breakfast and sekarang baru pukul 9.30 pg.

Sulley.
Cute isn’t it? 

Bercucuk Tanam 
Plan nak tanam bawang, daun sup,  serai and cili cause this 4 benda yang perlu and me malas nk pi pasar banyak kali. Nak gunanya setangkai dua je. Better tanam sendiri.

#Juicing
Cancel nak detox as doktor kata masa BF tak boleh detox. As me plan nak BF Adam sampai 2 tahun, nampaknya duration target nak kurus macam zama-zaman athlete dulu secara sihat tu kena extend lebih sikit kot dengan current life yang sangat sedentary ni. So, tukar program. Lin nak menjuicing pula. HOHOHO. Ah apa? Yes, I'm an athlete dulu. Sila gelak

P/S: Ingat stay-at-home mommy tak busy and tak full or programme and project ke? pfft~ 

Monday, December 16, 2013

Banana Smoothies!

Ingredients:
5-6 bananas
500ml full cream milk
500ml cold plain water
*optional: mint leaves

Method: Blend!

Petang-petang je lapar kan? So this is safest and healthy alternative daripada melantak laksa johor and rojak asma sampai dua pinggan semalam (T______T)"
Last weekend beli blender Faber baru nak buat program juicing katanya. Senang juicing-juicing ni, semua benda boleh masuk. Kalau malas makan buah, sayur. Blend je semua. HOHOHO. Lagipun next month Adam dah start makan solid food, so this is one of his essential. 
Can't wait tunggu my mom balik cuti-cuti Indonesia, dah pesan keropok pilus garuda banyak-banyak!

Sunday, December 15, 2013

Mental Age Test

Very mature ek?
This is fun and I thought that I'm still 17. Ha!
Try this yourself ;)

[Link]

Jalan-jalan Weekend!

AEON Tebrau
Teman my lil sis beli buku dekat Harris/Popular Bookstores. Me grab 2 exercise books and renew my Popular membership card. Fuiyo, JJ dah ada IMAX. But I have to wait for Adam besar banyak and tak fussy barulah boleh ajak dia tengok wayang. Sementara tu tengok movie kat lappy je lah (T_____T)”

JOHO Concept at Danga Bay
Teman my lil sis beli barang. Tak tahulah kenapa kena pergi jauh sangat sampai JB and she spend a lot on simple bag and lanyard. Like seriously?

Court Mammoth
Survey washer machine. Grab blender Faber yang murah and nak beli washer machine dekat SenQ as it RM70+ cheaper with extra 1 yr warranty and free delivery end of this month. Jenuh lah ulang alik my mom’s house and kedai dobi semata-mata nak basuh baju.

KipMart Masai
Eat then balik.

Tab 3 sangat menarik kan? Nak beli tapi this month dah plan nak beli washer machine and upcoming months dah plan nak beli benda lain pula. So rasanya kena tunggu next year baru boleh beli kot. Tak apa. Manalah tahu sementara kumpul duit, harga GT3 turun pulak, boleh terus ambil. Tapi tak tahulah kalau ada orang nak belanja kita. HOHOHO. Esok nak spring cleaning rumah macam biasa but before that nak pi shopping pasu. Nak buat tanam herbs dekat belakang rumah. Tiba-tiba rajin nak bercucuk tanam pula.

Thursday, December 12, 2013

Terfikir nak sambung study?

     Last night I have this dream. Dalam mimpi Lin sedang berdiskusi with my old friend [who I can’t clearly see his face] about studying together and in what course. We've decided nak ambik course PJJ UiTM, so we can simultaneously work and study of course.
     My friend ask me: Nak ambil course apa? And I replied back with: Law. Aku nak ambil Law. Then my friend tu tergelak-gelak and ask me again: Kenapa menyimpang sangat dengan previous course that you take? Sebelum Lin sempat jawab balik, he just can’t stop saying this word “IRONI.IRONI.IRONI.IRONI” over and over again hysterically. Then Lin terbangun. Serius, horror.
     It’s been a long time since my last dreams [Memang jenis suka mimpi as my brain jenis yang tak nak rest kot] Masa bangun Lin ask myself: LAW? watdehek aku nak ambil Law? and I giggled.
     Rasanya memang macam nak sambung study, tapi biarlah settle satu-satu dulu sebab sekarang ni Baby Adam prioriti nombor satu. But I do want and will further my study. Study bila-bila pun boleh kan. Even I have to wait until umur Lin 70 pun. I will.

P/S: Orang kata law are meant to be broken ;)

Resepi: Stew Ayam

Most of the time, I would cook simple dish for my family and me. Simple dish bermaksud, lauk yang dah cukup vitamin and protein in one pot. Tak perlu masak lauk berasingan. Just simply-simply cook dish macam tomyam campur, sup ayam etc with a lot of sayur OR kalau separate protein+vitamin dish sekalipun, another dish mesti ulam. Kalau lagi nak cepat, buat bubur lambuk pun OK. Save time, save energy. Hahaha.
     So today, I want to share this simple recipe: Stew Ayam. Senang je buat, campak-campak and siap. Sodap bertambah-tambah orang rumah makan sampai habis satu periuk.

Bahan-bahan A:
1/2 kg ayam [Potong kecil]
1 tangkai daun bawang
1 biji tomato potong 4
1 batang carrot potong sesuka hati anda
Bahan B: [Sila bancuh siap-siap dengan 1/2 cawan air]
1 sudu teh tepung jagung 
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan *optional
4 sudu besar Sos Tiram
Bahan C: [Sila hiris]
3 inci halia
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah

Garam 
[Normally I don't put garam in my dish sebab dah ada bubuh sos tiram, Lin tak kuat masin. Tapi terpulanglah kan kat anda]
Minyak untuk menumis

Cara membuat:
1. Panaskan minyak and tumis bahan yang dihiris sampai naik bau.
2. Masukkan ayam dan kacau rata. Masuk sedikit air.
3. Masak ayam sampai masak.
4. Masukkan air bancuhan tadi, biar sampai kuah pekat.
5. Masuk tomato and daun bawang kemudian kacau sikit-sikit.
6. Siap.

Try tau. Sayur boleh bubuh macam-macam, lobak, kobis, kobis bunga, sawi etc. Jimat, cepat, and paling penting sekali: sihat. OK? Till then, Salam.

T-shirt by ARTjakulasi

This cost RM35 sehelai. BELI sebab design nya macam cantik and it’s 100% cotton. Ada design lain juga. Check it for yourself here:
"Sejenis label yang berani dan kontroversi. Tak gentar dengan provokasi."
Smart kan?

Word of the day: kedekut. 

Wednesday, December 11, 2013

10 Tips Berguna Daripada Dr. Sherine, Pakar Mental Kanak-Kanak

1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin.

Kalau boleh biar mereka sentuh guna tangan dan kaki. Biar mereka exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Perkara-perkara ini sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.

2. Don't expose to too much things in a box.

"Things in a box" tu seperti tv, ipad, tablet, phone, games etc. Ada seorang budak Australia berumur 4 tahun tetapi jari tangan, kaki dan lututnya seperti tidak normal. Puncanya disebabkan oleh pendedahan terlalu lama dengan cahaya komputer dan tablet sesentuh. Ibunya telah mendedahkan anak tersebut dengan ipad semenjak beliau lahir lagi. Saraf-saraf anaknya telah rosak kerana tiada rangsangan dan kurang latihan pergerakan semasa kecil.
Sepatutnya semasa kecil, bayi akan aktif untuk meniarap, merangkak, bertatih dan melompat-lompat tetapi disebabkan ibu dan ayahnya terlalu sibuk dan mereka tiada pembantu rumah, ibu dan ayahnya membiarkan bayi tersebut leka dengan ipad 24/7. Apabila anaknya sudah berumur 4 tahun, anak kecil tersebut perlu pergi ke kelas pemulihan untuk belajar melompat, belajar meniarap dan belajar merangkak. Kesian kan?

"Tiada masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tv, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time. Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching. It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tv, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:

Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata. So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation. So lama-lama pandangan anak tu tak luas. So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.
So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes. Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.
Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak. Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan. Dan sebagainya.
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.
So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik.
So brain development pon berlaku dengan baik.

3) Stimulate their imitation skills.

Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Camtu.
Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang.
Lack of imitation skills.
So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.
Because language and speech is also an imitation skill,
attitude pon imitation skill,
cara berfikir pon imitation skill,
dan semua-semua tu pon related to brain development.

So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.

Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus. Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki. Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).

4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.

Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc. Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak. Plus boleh belajar sambil bermain.
Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.
Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc.
Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia. Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.
Macam tak elok sangat la kan.

5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.

Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak, better cakap, "Elephant!" bukan "That is elephant!"
atau "Wow u see that big elephant?". Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.
Contoh, "Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird. Ajar word by word.
Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.

Bila nak bagi arahan pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,

"Eat."
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."

"Sit."
bukan
"Come and sit beside Mama"
atau,
"Sit and keep quiet."

Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.

6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.

Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit. Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc. So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.

Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut, suruh orang tu high five dengan anak kita tu. Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak peluk cium salam anak kita kan?
So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam peluk terus, suruh high-5 dulu. Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D

Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.
Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat,
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.

7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.

Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.
Hoih mahu kau tak hangin kan?? So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal, better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.

Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita. Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak, make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak. Jangan cakap atau marah sambil berdiri,
anak jadi bertambah takut. Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.

8) Overly-attached to one person is not a good sign.

Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat. So itu petanda tak bagus. Something wrong with his self-esteem. So kena biasakan dia rapat dengan semua orang.
Especially family members.

9) Bila bermain, follow his interest.

Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal. Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball. Ikut kehendak anak pada ketika itu. Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara. Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan. Haruslah dimarahi.

10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.

Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.

Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Haikal menangis?"

Tapi Haikal diam je,
mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.
So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam

"Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"

Itu contoh.
Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.
At least soalan dah terjawab.
Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.

Ok tu je 10 tips yang dapat dikongsi.
Lagi sekali, tips-tips ni ialah dari Dr. Sherine, Child Psychaitrist dari Hospital Gleneagles.

P/S: Budak 0-3 y.o. ni development diorang memang lajuuuuuu.So korang kena cepat praktikkan tips-tips di atas. Tapi of course semuanya berlaku dengan izin Allah. Tapi tak salah kita ikhtiar yang terbaik dan termampu. Part usaha, doa, tawakkal tu kan tugas kita. InsyaAllah, outcome dia nanti menggembirakan kita.
Sebab Allah tak pernah kecewakan hamba dia yang berusaha.

Dipetik daripada: saatakukaupilih.blogspot.com