Wednesday, July 31, 2013

REPOST: kita tak boleh puaskan hati semua orang

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI
Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata
"ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"
Bila kita buat majlis kahwin besar, ada orang kata "NAK BERLAGAK LAH TU, KAHWIN BESAR ENTAH-ENTAH ESOK LUSA CERAI"
Bila kita buat majlis kahwin kecil, ada orang kata "EH, FAMILY BERDUIT, BELAJAR TINGGI BUAT MAJLIS KECIL JE? SOMETHING LAH TU"

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati and we can't change other people melainkan dia berubah sendiri, right? Just be yourself and try jadi insan yang lebih baik, bukan sempurna. Tak ada orang sempurna pun dalam dunia ni ^^,

P/S: Kita tak boleh puaskan hati semua orang, kita pernah puas?

Wordless Wednesday.

#year3 #zakat #familyOf3 #love

Benda Free Kebanyakan Orang Tak Hargai.

      Kebelakangan banyak monolog dalam yang berlaku, tak pasti samaada I dah cuckoo a bit or just another episode of housewife and mother blues syndrome. Hormone maybe? Well, I was thinking bout this since, er, kelmarin? Do you appreciate benda yang you dapat free? Macam free sample, presents, coupon, free newspaper or even flyers etc. Me? It depends. Last Monday my ayah came to my house and suddenly ask why I haven't pull out all the appliances sticker. Macam ni:
The the truth is, yang sebenarnya ayah, that is the sign that I appreciate whatever you gave me and I want it to be just like macam mula-mula dapat, terjaga. Nak reply macam tu tapi yang keluar dekat mulut lain. Hahaha. I don't know, I reply to my ayah and said that I am weird just like that and my dad just laugh. Want another proof? My two years ++ old Acer laptop yang ayah beli for my 22's birthday.
     Yup, tak buka lagi. Plastic keyboard pun. This is how I appreciate what people gave. Am I just weird or sadism or psycho sampai macam ni sekali, no? Perfect, cause I'm a people-pleaser, sentimental person?       Nope, it depends on who and what they give or do for me as I said earlier. I don't keep present from my ex-boyfie; I don't mind when my lil bro accidentally burn my big teddy that you gave me for my birthday even at that time I'm still in a relationship with you; sorry, free samples that I can't use but I didn't give it to anyone who can use it and I just throw it dalam dustbin, and of course, free past date-flyers, tickets, keepsake yang entah apa-apa as I know one or two person that keep all this kind of "sampah", no he's [or she's] not some sort of hoarder. Dia suka kitar semula barang lah, duh. It's how dia appreciate mother nature blablabla. But I do keep coupons, sebab I'm a cheapskate person. Hargailah orang dah penat-penat buat promosi kupon bagai kan. Hahaha.
      Itu barang tau, ada 1001 cerita and cara you can describe how you appreciate it. Macam mana you appreciate something yang people do for you? Cukup je ke cakap terima kasih? Especially kalau involve sacrifice ya amat, menyusahkan orang ya amat untuk do this and that for you? Do you appreciate it? Do you? atau you take it for granted? or free-doing idea ni tak boleh diterima akal or budaya you? or you fikir kalau orang buat baik dengan you tak kisahlah baik tahap tinggi or rendah, terus mindset kepala you fikir; oh, ni mesti nak something, oh ni mesti ada udang sebalik batu, oh nak bodeklah tu. Bab ni tak nak cakap banyak, tepuk dada tanya akal. 

P/S:..damn, tak tahulah aku bebel apa.

Tuesday, July 30, 2013

Langgan Wonderbox Sekarang! #beautybox #malaysia

Remember my previous post on Wonderbox?
Yup, with RM45 you can get high-end stuff and sample right to your doorstep. Siapa yang tak suka surprise and worth it stuff, right? So why wait? Subscribe sekarang and share your thought on August Box with me ;) [Link: Wonderbox Malaysia]

Sunday, July 28, 2013

Happy Weekend ;)

Salam, and Happy Iftar. Hari Ahad seharian tadi buat apa? Mesti most of us tidur je kan, tak pun dah start beli persiapan berhari raya. Excited sungguh ni, lagi 10 hari nak raya. Hari ni Lin duduk rumah je, and spend time with my little brother, Daniel buat kek span.
     Tak sempat la nak menghiasnya, sebab bau vanilla menusuk kalbu [...and perut] time-time puasa ni kan. Masa berbuka terus ngap sekali, makan sampai pengsan. Tak tahulah bila nak start buat kuih raya pula. Hari ni buat kek pun rushing-rushing as Baby Adam every 1 or 2 hours mesti bangun minum nak menyusu.
     Perihal Baby Adam. Susah jadi ibu ni, sungguh. For the past 3 weeks++ Lin sleep deprived ya amat bila bangun 7,8 kali waktu malam menyusukan Baby Adam. Dapat tidur sejam dua je, itupun tidur-tidur ayam. Bila bangun pagi rasa nak pitam+pengsan. Gigihkan jugalah telan Panadol 2 biji every morning. Kalau tak kuat siapa nak urus and mandikan Baby Adam yang comel+cute ni kan? 
Gambar semalam~
Apa-apa pun, Alhamdulillah. Baby Adam sihat, tak ada problem kembung perut ke apa ke. Besarlah cepat nak~ Ibu doakan Adam membesar dengan sihat and cergas. Amin. Ibu sayang Adam banyak-banyak, nanti dah besar kita pergi bungee jumping sama-sama k?

Mailbox!

Lama dah tak kongsi sample yang reached my mailbox ;) This time Lin dapat sample dari Kao (Malaysia)
Tak tahulah bila request, huhuhu~ Lin dapat:
1. Laurier Pefect Comfort Pad and Active Fit Panty liner.
[Facebook: Kao Laurier]
2. Biore Facial Foam 15g
3. Asience Shine Therapy Shampoo 15ml and Conditioner 15ml: 
[Facebook: ASIENCE]
4. Kao 3D Clean Action Attack Detergent+Softener 25g
5 Cute pink+polka dot Laurier cosmetic pouch
6. ...and leaflet tentang Breast Cancer :)

Thanks Kao Malaysia!

Friday, July 26, 2013

Muhammad Adam Hariz at 3 weeks!

#babyAdam #motherhood #sleepdeprivation #miracle #bundleofjoy #love

Wednesday, July 24, 2013

Beli supplement kecantikan dekat Facebook, tak takut ke?

     Mak ai, panjang giler tajuk. Sekarang ni macam-macam produk kecantikkan dan supplement tambahan yang diiklankan melalui Facebook. Currently produk yang paling panas macam pisang goreng mestilah produk nak cantikkan kulit, putihkan kulit, kuruskan badan, besarkan boobs, "tonik" tenaga lelaki dan lain-lain. Kadang-kadang timbul keinginan kita nak membeli dan mencuba keberkesanan produk-produk online ni but of course as user yang berhemah lagi cerewet, I'm in doubt a.k.a. ragu-ragu.
     OK fine, siapa tak nak kulit cerah, gebu, body mantap meletop kebabom kan? Mak pun nak uols~ tergoda tengok testimoni-testimoni entah kopi dan pasta [copy paste] muka siapa, quote siapa. TETAPI para hadirin sekalian, tidak kah anda terfikir.

"Eh, ni ada sijil halal tak?"
"Betul ke manufactured by GMP punya kilang?"
"Sijil KKM ada?"

Dan yang paling penting, selamat ke? tak ada side effect? Tak ke pelik, produk-produk yang claim beri kesan express ni tak ada side effect lansung. Hang makan Vit. C berkoyan untuk putih kononnya pun boleh kena cirit birit Milah oi~ Paling minimum pun side effectnya stomach discomfort ala sengal-sengal perut gitu kan. Amacam? ada terfikir tak?
     Nak kongsi pengalaman Lin lah. Last 2,3 months tak silap. Ada satu produk ni baru nak UP, sekarang lagi UP lah kan. Lin tengok testimoni dia bukan main boleh mencengkam jiwa, lagi-lagi orang yang kita kenal promote. Dekat iklan FB siap tulis produk ni berdaftar, ada sijil MAL and KKM and sijil halal pun ada. Dijamin selamat katanya. But you know, benda-benda macam ni kita bukan boleh ambil and percaya bulat-bulat tau. So Lin tanyalah dengan dealer-dealer yang menjual. Dealer-dealer bermaksud Lin tanya ramai orang lah. Laju je reply message kat Facebook. Rata-rata nak promote and mengiyakan semua statement dalam iklan tu.
     So berbalik dengan mesej-mesej dealer tadi, next Lin try check dekat website BPFK and HALAL JAKIMResult? Produk tu tak ada dalam list pun. OK, fine. Maybe Lin silap, so Lin follow up balik dengan dealer-dealer ni. Lin kata Lin dah check dekat website JAKIM and BPFK, produk ni tak berdaftar pun. Most of them punyalah liat nak reply sampai 2,3 kali juga lah Lin PM dekat Facebook. Oh my, dah malas nak layan I ke nok~ Last-last, ada sorang dealer yang reply. Dia kata:

"Memang tak ada sijil Halal and KKM sebab ni makanan tambahan. Makanan tambahan tak perlu didaftarkan, tak perlu sijil halal...blablabla,"

Oh, ye ke? Betul ke? Tak perlu didaftarkan and tak perlu sijil halal? Peliknya, habis tu dekat iklan FB yang berleluasa tu claim ada sijil halal and KKM tu amende? Pelik, pelik, pelik. So, kalau korang sendiri lah jadi Lin, korang nak try tak sesuatu produk tu kalau peristiwa begini berlaku?
     Lin bukan apa tau, kalau betul produk ni "lurus", diiktiraf dan berkesan, bolehlah kita sama-sama beli and join buat business bagai ke. Tapi kalau kita pun was-was, macam mana nak jual dekat orang. Nanti apa-apa hal berlaku, kita nak salahkan siapa. Right?
     Last but not least, beli apa-apa pun secara online, beli dari orang yang diri sendiri pun tak pasti dengan produk yang dia jual; awak sanggup ke tanggung sendiri if anything happen? So, sebelum membeli-beli supplement bagai ni, better rujuk your qualified pharmacist or doctor. Tak pun pergi Watson or Guardian, kebanyakkan branch diorang ada Pharmacist-in-store. Jangan takut tanya banyak-banyak, bukan kena bayar pun ;)

Bersahur apa hari ni?

Breakfast bujang.
Hari-hari pun makan Honey Gold Flakes ni. Sedap sungguh ;) Hari ni baru hari Rabu ek? Lambat betul nak weekend. Boleh masak and makan sedap-sedap.

Wordless Wednesday


Monday, July 22, 2013

L'Oreal Mega Sale!

Johor Bahru fans! Be prepared for our coming up L'Oreal Mega Sale in Grand Paragon Hotel!! 

Details:
Venue: Grand Paragon Hotel, Johor Bahru
Date: 26 - 28 July 2013
Time: 11am - 11pm
Highlight: Enjoy discount up to 63% for product brands L'Oreal, Maybelline, Garnier and more!!

What's More?
We are giving away Free Maybelline Hyper Diamonds Liquid Liners and BB Lips during our sale event. All you need to do is simply LIKE, SHARE and SIGN UP for the freebies at,
1) Maybelline BB Lips worth RM9.90 @http://goo.gl/RuWsl
2) Hyper Diamonds Liquid Liners worth RM26.90 @http://goo.gl/PyBuL

Quick! Register for your freebies now :)

Sunday, July 21, 2013

My Bundle of Joy: Baby Adam

Salam. Hello world! My name is Muhammad Adam Hariz, you can call me Adam :)
Yup I'm a proud mommy. Alhamdulillah. Welcome to our family Baby Adam. May Allah bless you and diberikan petunjuk dan hidayah serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Amin.
You all can call me "Ibu" now ;)

P/S: Another step forward, another wishlist to strike. All praises to Allah.

Saturday, July 20, 2013

Review: Fairy Whitez by Fairy Beauty – For Skin Lightening, Anti-Pimple & Anti-wrinkle

1st of all Lin nak cakap terima kasih pada Hi-Shop and Fairy Beauty sebab sudi sponsor stok Fairy Whitez untuk Lin selama sebulan. So now dah 2 minggu, Lin nak kongsikan pengalaman Lin menggunakan produk ni- Fairy Whitez and will update another result lepas semua Fairy Whitez habis which will be another plus minus two weeks, OK? \(^_____^)/
---
Info Produk:
Diformulasikan dengan bahan-bahan seperti Mulberry & Lingonberry, estrak biji kiwi, kolagen, artichoke dan macam-macam lagi - pengguna mengakui merasai sehingga 89% kecerahan kulit hanya dalam masa 4 minggu.
Setiap kotak mengandungi 10 botol Fairy Whitez x 22ml
Cara Penggunaan:
Satu botol sehari, 1st in the morning :)
Goncang sebelum minum. Buka penutup and cucuk kan dengan pencucuk yang disediakan. Minum guna straw, yang juga disediakan. Rasanya? Best, masam-masam manis rasa berry. Tak puas minum sekali sedut (+______+)”
Harga: RM89/sekotak dekat HiShop [Link: Fairy Beauty Fairy Whitez (10 x 22ml)]
My Verdict:
So, jom tengok picture before and after ;)
BEFORE-06/07/2013
AFTER-CURRENT
Well, I must admit that my skin discolouration dah beransur merata and brighten up a bit. Termasuklah bekas-bekas parut jerawat dekat dahi pun dah hilang.Produk ni memang berkesan. I just can't wait nak consume Fairy Whitez sampai habis and tengok final result :)
  • Pencerahan Rona Kulit? Told ya earlier, memang mencerahkan kulit.
  • Pengurangan Pigmentasi? Yes, dark spot dah kurang.
  • Pencegahan Akne & Jerawat? Yes! Yes! Yes! Tak ada jerawat "berbangkit" hatta sekelumit.
  • Pengekalan Lembapan Kulit? Paling setuju. Kulit jadi lembap, kurang berminyak and makeup pun tahan lama :)
Best kan kalau jumpa produk yang betul-betul berkesan dekat kita? So kalau sesiapa nak try, can click this link: Fairy Beauty Fairy Whitez (10 x 22ml) dengan harga RM89/box dan Fairy Beauty ada promosi untuk bulan ni: Beli 2 kotak Fairy Whitez dapatkan 4 botol Fairy Whitez [bernilai: RM35.60] secara PERCUMA. Promosi tamat 31 Julai 2013 :)

Exlusive RM20 rebate untuk pembaca "monolog.dalam"
TRYUSNOW
*with minimum purchase of RM99, valid till 31st August 2013

How to Use?
2. Browse for your favourite items on HiShop.my
3. Enter discount code above when checking out.

HiShop
Subscribe to HiShop for exclusive update: http://www.hishop.my/subscribe

P/S: Lin nak kongsi lagi final result penggunaan Fairy Whitez ni tau, see you another 2 weeks ;)

Friday, July 19, 2013

Makeup Organizer NEEDED, literally.


     Dah two weeks pindah rumah, baru hari ni sempat berkemas barang makeup, stok makeup, barang untuk direview bagai. Review pun banyak yang tertangguh. Barang lain dah kemas. Maklumlah, busy melampau-lampau tahap minta penyepak kan (+_____+)” So, ni outcome. Dah tak tahu lagi macam mana lah nak mengemas. Mata mengantuk tahap dewa gaban.
  1. Cermin+Magnifying Mirror= ini wajib.
  2. Perfume, Daily Face+Makeup Routine etc.
  3. Stuff untuk direview
  4. Stock Vitamin, Stock Personal Care etc.
  5. Bags
  6. Nothing (*______*)”
  7. Document, Gadget, Small electronic stuff?
Entahlah. Rasa macam tak kena je semua. Nanti free-free kemas balik semula la kot. Huhuhu~
P/S: Weekend ni rasa macam nak pergi Daiso.

Pre-mix stuff: Mashed Potato

Last time Lin borong banyak pre-mix flour [kuih, kek etc.] Saja nak try, kalau best boleh test market dekat Pasir Gudang pula kan :) So, ini 1st pre-mix yang Lin try; Mashed Potato with Sauce Gravy.
Ikut je instruction yang ditulis dekat pack tu. Last time Lin ada try Mashed Potato jenama lain, memang sedap. Sama macam rasa Mashed Potato dekat KFC. Yang ni?
What do you think? Menyelerakan tak? Appearance and texture dah sama dengan Mashed Potato KFC, but too bad rasa dia kurang kena dengan tekak lah. So I guess, this will not be on my list for next purchase.

P/S: Next?!

Thursday, July 18, 2013

Duek den botingkek tingkek!

Dedicate: Super Kelakar. First time dengar ingatkan "Breakdance bertingkat-tingkat" :P
Waghih!!
Duek den botingkek tingkek 5x
Dari Jolobu sampai Bongek

Koba an kek seluruh kampung
Duek koteh nak di lambung
Kuek bona laie sombong
Keto kek ghumah bersusun-susun
[*] Koba an kek seluruh kampung
Duek koteh nak di lambung
Kuek bona laie sombong
Keto kek ghumah bersusun-susun
Itu gayo payo Kumboh
Jadi monantu memang untung
Tak payah nak bukak warung
Duek tak abih bosambung-sambung

Duek den botingkek-tingkek (7x)

Dari Jolobu sampai Bongek
Duek den botingkek-tingkek
Ado tanah meghato tompek
Dalam kampung pandu Cadillac
Cormin golap body full black
Belanjo ghoto tak abih-abih
Namo ea pon MC Waghih
Tak ponah donga ko cik adik?
Waghih! Waghih! Waghih!
Terobang tinggi ala cenderowasih
Laei tinggi dari V6
Tompek turun VVIP
Tingkek totinggi KLCC
Mitsubishi Lancer Poit
Guno ea nak poie ladang sawit
Duek dah botingkek-tingkek

English Rap

Repeat [*]

Duek den botingkek-tingkek (7x)
Dari Jolobu sampai Bongek

Okay esey on, ekau pon on
Tengok sapo laie champion
Masih hari hari mantai
Lombu totumbang macam sambut don
Ghoman sey macam James Bond
Milah tengok pun turn on
Tak sodar diri dah mengolamun
Kok iyo pun jangan la guno timun

Sonang ceghito orang panggil den joki
Kotongahkan muzik rap dalam dialek nogori
Musuh tengok iri hati
Tok Mat dongar confirm happy

Ghoto kalau dibelanjo di jalan boto
Tak salah tu doo
Masalah orang kito takdo duit
Borobot ghoto
Duek abih tah komano
Monyosa kemudian takdo guno
Ghumah togadai nak tingga kek no?
Melopong yolah nak buek camno

Repeat [*]
Duek den botingkek-tingkek (7x)
Dari Jolobu sampai Bongek

Repeat [*]
Duek den botingkek-tingkek (7x)
Dari Jolobu sampai Bongek
Haha. Waghih.
Duo ghibu duo boleh
Boek tak boek jang

Beli Bamboo Charcoal Slimming Suit!

Ni kira my 1st impression on  Bamboo Charcoal Slimming Suit la~
Lin beli slimming suit baru~ Tak pernah pun pakai slimming suit. Dulu teringin nak beli tapi as it cost RM55 each, malas nak membazir duit [konon-konon] Nak beli jenama PB [Premium Beautiful] jangan mimpilah, tak mampu mak deknon~ 
     Tapi tetiba baru-baru ni dekat timeline FB berderet iklan Cheaper Bamboo Charcoal Slimming Suit, apalagi, Lin terus lah beli ;) Order semalam, hari ni dah sampai. Dapat je terus try takut tak muat pulak kan. Kain dia lembut je, tapi macam longgar sikit (*______*)" tak macam korset 50 henget yang Lin selalu pakai. Lin beli size L-XL, paling besar. Kejap, celah mana nak sembunyi lemaknya ni? [Nak cakap sebenarnya I dah kurus~] Maybe kena beli smaller size. Yang ni dah boleh bagi dekat my mom. Huhuhu~ OK. Ada sesiapa pernah pakai Bamboo Charcoal Slimming Suit tak? Cuba kongsi pengalaman sikit.

Info Produk:
Bamboo dalam bentuk 'textile' mempunyai daya penyerap peluh yang hebat dua kali ganda lebih baik dari kain kapas (cotton). Kemampuan penyerapan luar biasa daun pemakainya dari kain kering, segar dan lebih selesa.Bamboo dalam bentuk 'textile' mempunyai daya penyerap peluh yang hebat dua kali ganda lebih baik dari kain kapas (cotton). Kemampuan penyerapan luar biasa daun pemakainya dari kain kering, segar dan lebih selesa.
Bamboo Charcoal ini bertindak membentuk dan mengangkat punggung serta mengempiskan perut dan membuat pinggul dan paha langsing.Dengan mengecilkan pinggang anda hampir 3 inci serta-merta, Bamboo Charcoal ini menampakkan tubuh badan anda kelihatan lebih langsing. Ia juga akan membantu untuk memperbaiki postur anda dengan segera. Anda akan melihat perbezaannya segera!Bamboo Charcoal tidak mempunyai apa-apa strap, zip, atau kancing memberikan siluet yang benar-benar licin.Ia juga mempunyai pembukaan di bawah(berlubang di bawah) untuk memudahkan proses pembuangan ketika dalam tandas.Gunakan Bamboo Charcoal setiap hari sebelum anda memakai jeans, pakaian pejabat, pakaian koktel, pakaian pengantin atau apa saja pakaian. Anda akan kelihatan hebat!!!!

Gentian buluh adalah salah satu daripada bahan-bahan terbaru untuk pakaian dalam wanita. Ia lembut dan licin dan mempunyai banyak manfaat.

Size:
(S-M)Pinggul: 84-94cmPinggang: 62-72cm ( 25 - 29 inci)Berat: 45-60kg
(L,XL)Pinggul: 98-105cmPinggang: 76-81cm ( 30-36 inci)Berat: 65-80kg

Cara Pemakaian:
Mulakan daripada bawah sarung ke badan
Pakai selama 8 jam setiap hari untuk mendapatkan kesan yang cepat dan natural.

Harga: RM35 termasuk pos from Bling Bling Makeup Beauty

It’s Not You, It’s Them: 11 Frenemies You Should Dump Today [Dumb Little Man Article]

Relationships are an accumulation of life’s continuous serendipity, but friendships are intentional. We choose to let others influence us, and we rely on them to provide modelling, mentor ship, and assistance. But what if those friends actually did more harm than good? Those are called “frenemies.” These people wreck your mood, kill your productivity, and complicate your life. Some have bad intentions, while others are clueless about their negative effects. Whether these toxic influences are sabotaging you intentionally or not, identifying and removing them from your life can dramatically improve your health, wealth, and general well-being.

11 Frenemies You Should Dump, Right Now
  1. Needy Nancy: She is constantly insecure about “us” and needs frequent reinforcement that you are still friends. If more than a week goes by without a coffee, lunch, or long chat, things get awkward fast. Real friendships are a two-way street, and Nancy is always driving in the same direction. 
  2. Competitive Charlie: He wants what you have, and he’s watching to see what “edge” he can get. Everything is a contest, and he’s more interested in getting ahead than supporting your successes. Realize that he doesn't have your back — and you shouldn't have his.
  3. Debbie Downer: Life sucks and she knows it. The glass is always half-empty, people are inherently evil, and nothing can change her mind. Be careful — Debbie will wet your blanket before long. 
  4. Broadway Bob: If he were a play or movie, it would certainly be classified as a drama. Just when sailing gets smooth, controversy strikes, and he always seems to be involved. It usually starts with a “Did you hear?” or “As a friend, I just wanted to let you know….” Life doesn't have to be that complicated. 
  5. Networkin’ Noreen: She is always slingin’ cards and hustling for “bidness.” Your friendship is measured by what you can do for her. No matter the topic of conversation, her services take centre stage, and she’s always angling for a good introduction. This is a pseudo friendship of convenience, so start making it inconvenient.
  6. Listless Larry: You’re pretty sure he’s not a zombie, though his life is completely devoid of ambition, purpose, or anything meaningful. He doesn’t believe in much and judges anyone who’s “involved.” Unless you, too, want to float through life with little more than some old records and a lifetime supply of Funyuns, steer clear.
  7. Judge Jacky: Life is her courtroom, and everyone is the accused. No one is ever smart enough, good-looking enough, rich enough, or Christian enough to meet her standards. Unless you love being the defendant, I suggest you let court recess.
  8. Flaky McFlakerson: He’s consistently inconsistent. Forty percent of the time, he shows up every time. You now expect a last-minute “something came up” and a constant barrage of poorly designed excuses. Friendship is about reliability, and this guy is your 1983 Yugo.
  9. Climbing Carey: No matter what or who stands in her way, she is moving on up. Her past is laden with “former friends” who became collateral damage. When she condescendingly talks about having kids in “like 10 years,” you get the feeling she might eat her own young. Back away slowly before you get sacrificed on her career altar.
  10. Devilish Don: While he has three kids, a beautiful wife, a good job, and an enviable golf swing, Don wants more. People “take themselves too seriously.” He’s all about “getting wasted,” hitting on the cart girl, and talking crap about his “worthless” wife. It’s best to leave that party before his values get you into trouble.
  11. Groupie Gail: She’s your biggest fan. She always “likes,” re-tweets, and congratulates. Need her opinion? She waffles until finding the response that pleases you the most. While she makes you feel great temporarily, Gail dangerously distorts reality. Real friends challenge and debate with transparency. Unless you need your pillow fluffed, I’d suggest leaving Gail at the next tour stop.

11 Frenemies You Don’t Need In Your Life

While frenemies might be great to watch on reality TV shows featuring so-called “real housewives,” they aren't the kind of people you want in your own reality. Unfortunately, it can sometimes be hard to identify frenemies in real life because if you could, you wouldn't keep them around as friends in the first place.
This guide by Dumb Little Man can help you identify your frenemies so you can finally get them out of your life once and for all. A few frenemies to keep an eye out for include:
  • Comeptitive Charlie: The guy who wants everything you have and constantly feels like he has to be better off than you are.
  • Judge Jacky: Nothing is ever smart enough, kind enough, attractive enough, or otherwise worthy of her high standards -including you.
  • Groupie Gail: She is always there supporting you -always. In fact, she seems to only have opinions that she thinks will make you happy, meaning you’re never even seeing the real her.
Of course, this is only a small sampling of the many types of frinemies, but it’s a good start when it comes to removing people from your life who will only drag you down.

[Original Source - Dumb Little Man]

Tuesday, July 16, 2013

Untuk Nafas yang Sesegar Teh Hijau Semula Jadi Sepanjang Hari!

Tingkatkan kesihatan mulut sepanjang Ramadan dan Aidilfitri dengan
Listerine® Natural Green Tea

Kuala Lumpur, 17 Julai 2013 –Sepanjang bulan Ramadan, berpuasa dengan tidak mengambil sebarang makanan atau minuman buat waktu yang lama boleh menyebabkan nafas berbau. Kekalkan kesegaran nafas anda dan hindari gigi berlubang sepanjang bulan Ramadan ini dengan berkumur menggunakan cecair kumur Listerine® Natural Green Tea sebelum dan selepas sahur. Listerine® Natural Green Tea mengandungi minyak esen penting yang terbukti memberikan kesan anti-bakteria, dengan dua kali ganda kandungan fluorida untuk melawan gigi berlubang. 

Listerine® Natural Green Tea diperkaya dengan rasa teh hijau yang menyegarkan dan mengandungi 2 kali ganda* lebih fluorida untuk melindungi gigi daripada berlubang. Fluorida diketahui dapat mengelakkan kerosakan gigi, serta dapat meningkatkan ketahanan enamel terhadap penghakisan (akibat pendedahan kepada asid melalui pengambilan makanan atau minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi). Ia juga meningkatkan kadar remineralisasi, dan dapat membunuh bakteria pada plak yang sentiasa terbentuk pada permukaan gigi.  

Varian ini turut mengandungi kebaikan teh hijau. Para penyelidik mendapati bahawa teh hijau mampu mengelakkan gigi berlubang dan kerosakan gigi. Catechin merupakan antioksida yang kuat dan dapat mengurangkan aktiviti bakteria, manakala tannin pula menghalang pembentukan plak. 

Malah, kajian terkini membuktikan bahawa 90% daripada rakyat Malaysia masih mengalami masalah kerosakan gigi, walaupun mereka memberus gigi setiap hari. Pengambilan gula pada kadar yang tinggi serta diet yang mempunyai kadar karbohidrat yang banyak juga menyumbang kepada masalah kerosakan gigi. Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud bahawa anda perlu berhenti mengambil makanan kegemaran anda sepanjang Ramadan dan Aidilfitri. Anda boleh mengambilnya pada kadar sederhana, dan jangan lupa untuk berkumur dengan cecair kumur sebelum dan selepas sahur untuk membasmi bakteria yang masih ada. 

“Listerine® Natural Green Tea mengandungi kombinasi dua kali ganda fluorida serta kebaikan semula jadi teh hijau bagi sensasi kesegaran yang lebih hebat. Kesannya tahan lama dan dapat mengekalkan nafas segar selama berjam-jam lamanya,” kata Vaibhav Saran, Pengurus Besar Johnson & Johnson Malaysia & Singapura.

Apabila bercakap tentang memberikan gambaran yang baik akan diri sendiri, pelakon dan hos TV Irma Hasmie yakin bahawa mempunyai nafas yang berbau segar amat penting. “Mengekalkan nafas segar bagi saya adalah amat penting, jadi saya berkumur dengan Listerine® dua kali sehari and ia juga membantu untuk mencegah gigi berlubang. Apa yang paling saya gemari tentang kumuran ini adalah ia tidak pedas, dan baunya pula begitu menyegarkan. Saya terkejut apabila mendapati bahawa nafas saya kekal segar beberapa jam selepas berkumur!” kongsinya dengan teruja. 
“Memang memalukan jika kita mempunyai nafas yang berbau. Pendapat awal saya akan Listerine® Natural Green Tea ialah baunya yang begitu semula jadi. Saya gemar menggunakannya selepas memberus gigi serta selepas makan. Selepas menggunakan Listerine®, saya berasa lebih yakin dengan diri sendiri,” Irma menambah.

Serlahkan kemampuan anda setiap hari dengan Listerine®, jenama cecair kumur nombor 1** di dunia. Dengan kesihatan mulut yang lebih baik, anda dapat mengekalkan nafas segar sepanjang bulan Ramadan. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Listerine® dan produknya, layari dan klik ‘like’ di laman Facebook Listerine® Malaysia di www.facebook.com/ListerineMalaysia.

*Berbanding dengan varian Listerine® yang lain di Malaysia
** Berdasarkan data jualan daripada Euromonitor Data dari tahun 2006-2011

Monday, July 15, 2013

Couple Seminggu?

OK. Ini sangat lawak.
(≧∇≦)/
Video: Couple Seminggu versi Chuck Norris

Wednesday, July 3, 2013

Need Contact Lenses? Great News!

Do you know that Mr Lens Malaysia have Buy Free Promo? 
eg Air Optixs Buy 3box FREE 1box (Order 4boxes (Same/Different Power) & FOC 1box discount reflected at Check Out > Confirmation Page)

Do you know that Mr Lens Malaysia are expanding our range of Major Brands Contact Lenses?

Click HERE for more info
v(^______^)v

Kadar Zakat Fitrah 2013/1434H Negeri Seluruh Malaysia

Info Tambahan 
Waktu Membayar Zakat Fitrah
  1. Waktu Wajib : Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  2. Waktu paling afdal : Sebelum Solat Sunat Aidilfitri
  3. Waktu Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
  4. Waktu makruh : Selepas solat sunat Aidilfitri dan terbenam matahari 1 Syawal.
  5. Waktu Haram : Selepas terbenam matahari 1 Syawal

Ikan Keli dan Haiwan al-Jallalah

Found this on Facebook, semoga bermanfaat :)
Susunan Ringkas berkaitan dengan Haiwan al-Jallalah (Haiwan yang diberi makan najis dan kotoran)

A) Maksud Haiwan al-Jallalah:

Menurut ad-Dumairi Rahimahullah binatang yang makan najis dan tahi dipanggil al-jallalah. Di dalam kitabnya Hayah al-Hayawan al-Kubra beliau menyatakan:

Ertinya: dan al-Jallalah itu dalah binatang yang makan tahi dan najis-najis sama ada binatang itu unta, sapi, kambing, ayam, angsa, ikan atau selainnya daripada binatang yang boleh dimakan.

Menurut para ulama Hanafiyah: al-Jallalah adalah merupakan binatang yang hanya menjadikan najis sebagai makanan asasinya tanpa memakan makanan yang lain. Bau dagingnya juga akan berubah disebabkan pemakanannya yang sedemikian.

Manakala para ulama Malikiyah, Syafi’iyah dan Hanabilah pula berpendapat bahawa maksud al-Jallalah ialah binatang yang selalunya menjadikan najis sebagai makanannya tetapi turut memakan makanan yang lain selain daripada najis.

Dalam istilah sains, ia dikenali sebagai Koprofagia (Coprophagous). Koprofagia adalah haiwan yang memakan najis/kotoran, ia berasal dari bahasa Yunani; copros (najis) dan phagein (makan). 

Serangga Koprofagia memakan dan mencerna najis binatang yang lebih besar; najis ini mengandungi makanan yang setengah telah dicerna. Sistem pencernaan herbivor tidak terlalu efisien, jadi makanan yang sudah setengah dicerna ini lebih mudah dimakan oleh mereka.


B ) Hukum Memakan Haiwan Al-Jallalah

Ulamak khilaf tentang hukum memakan haiwan al-Jallalah, Ia bersandarkan pada hadis, Ibnu Umar Radiallahu anhuma meriwayatkan yang bermaksud:

“Rasulullah Shallallahu Alaihi wasallam menegah daripada memakan daing binatang al-jallalah (binatang yang makan najis) dan meminum susunya.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Manakala para ulama Hanabilah mengharamkan daging al-Jallalah untuk dimakan. Ini seperti disebutkan di dalam kitab Kasyful Qhina’ dan al-Mughni li Ibn Qudamah al-Maqdisi.

Imam Nawawi berkata di dalam al-Majmuk, bahawa menurut pendapat al-ashah tegahan tersebut adalah bersifat makruh sahaja bila mana daging atau susu binatang al-Jallalah itu berbau seperti bau najis.

Para ulama Malikiyah seperti yang disebutkan di dalam kitab Syarhul Kabir dan Bidayatul Mujtahid mengharuskan untuk umat Islam memakan al-Jallalah.

Para ulama Hanafiyah, Syafieyah , Imam Malik sendiri, dan al-Imam Ahmad di dalam salah satu pendapatnya mengatakan bahawa hukumnya adalah makruh untuk dimakan.

Berdasarkan kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-73 yang bersidang pada 4 - 6 April 2006, ikan yang dipelihara di dalam kolam ternakan dan seumpamanya adalah haram dimakan sekiranya ikan tersebut sengaja dipelihara di dalam air najis atau sengaja diberi makan najis seperti daging babi, bangkai atau sebagainya.

C) Kuarantin dan Al-istibra’ :

Sekiranya binatang itu dikurung (dikuarantinkan) untuk diberi makanan suci sehingga hilang bau dan kesan najis padanya, maka memakan daging binatang tersebut tidak haram malah tidak makruh.

Salah satu kaedah alternatif (selain sumber disepakati dan dipersilisihkan) ialah dengan menggunakan kaedah al-Istibra’. al-istibra’ dapat difahami sebagai satu keadah pengkuarantinan bagi yang dicemari najis. Di sisi lain ia juga merujuk kepada al-Habs, iaitu pengurungan dan penahanan. 

Dalam perbincangan fiqh klasik, al-Istibra’ merujuk kepada proses pengkuarantinan haiwan al-Jallalah seperti ayam, lembu, unta dan kambing yang diberi makan makanan najis dan kotoran. Haiwan ini dikuarantinkan bagi tujuan menghilangkan sifat najis yang terdapat padanya dengan diberi makanan yang suci dan bersih. 

Dalam hal ini juga, kaedah Istihalah boleh digunapakai kerana ia melibatkan proses penyucian, iaitu penyucian kotoran yang ada di dalam haiwan tersebut melalui proses kuarantin. Ia bertepatan dengan kaedah, "Benda najis apabila dibersihkan dengan pembersih (konsep istihalah) apapun maka menjadi suci"

Bagi tempoh masa kuaranti pula, ia tidak ditentukan kerana bergantung kepada kebiasaaan sahaja. Seperti 40 hari untuk unta, 30 hari untuk lembu, 7 hari untuk kambing dan 3 hari untuk ayam. Sekiranya tempoh masa ini tidak mencukupi untuk menghilangkan kesan najis, maka hendaklah panjangkan tempoh masa tersebut (Hasyiyah asy-Syarqawi)

D) Petua Orang Lama

Kebiasaan adat bagi orang tua, apabila membeli atau menangkap Ikan Keli, sebelum ia ‘dimatikan’, ia akan dikuarantinkan terlebih dahulu di dalam tempayan kerana ikan keli diketahui umum sebagai ikan yang memakan kotoran. Ikan tersebut dikuarantinkan untuk beberapa hari supaya dengan cara tersebut dapat membersihkan kotoran yang ada dalam Ikan Keli. 

Sumber:
1) Isu-isu Produk Halal, Jabatan Mufti Kerajaan Brunei. 2012
2) Halal dan Haram dalam Kepenggunaan Islam Semasa, Universiti Putra Malaysia. 2013 
3) https://id.wikipedia.org/wiki/Koprofagia
4) http://www.astrodigi.com/2009/10/berpenampilan-marmut-bertubuh-seukuran_05.html
5)http://nazrulnasir.blogspot.com/2009/08/hukum-memakan-haiwan-jallalah.html 6)http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/status-kesucian-ikan-yang-diberi-makanan-tidak-halal

Disusun oleh:
Wan Mohamad Rasyadan Bin Wan Hussin 
Rantau Panjang, Kelantan 
(Bekas Mahasiswa Sarjana Muda Sains Bioteknologi Makanan, USIM)

Tuesday, July 2, 2013

I'm using Feedly :)

OK. Selamat tinggal Google Reader~and Hello Feedly v(^______^)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...