Friday, June 28, 2013

Resepi Cocktail Custard Puding

Semenjak dua minggu jerebu melanda ni, suhu meningkat melampau tak agak-agak. Teguk air sejuk berkoyan-koyan, rasa macam nak mandi je dengan air sejuk tu. Untunglah siapa yang bercuti pi Cameron or Genting Highland. (+_____+)" So back to the topic, hari ni Lin nak share resepi puding koktel buah-buahan, whatever you call it.
Bahan untuk kastard:
1 cawan tepung kastard
4 cawan air 
1/2 cawan gula pasir

Cara-caranya:
1. Larutkan gula bersama air di dalam periuk dan masukkan tepung kastard. Gunakan api kecil.
2. Kacau sampai likat dan berkilat.
3. Tuang dalam loyang yang dibasahkan sedikit dengan air, supaya senang nak keluarkan nanti dan biarkan seketika sehingga sejuk then barulah masuk dalam esbok.

Bahan untuk kuah puding:
1 tin susu cair [jenama Ideal sedap sikit, but this time tak guna sebab malas nak cari]
1 tin fruit cocktail*
1 tin laici *
1 1/2 tin air masak
4 sudu besar gula pasir
1 sudu teh esen vanila

*bubuh suka hati

Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga gula larut.
2. Sejukkan seketika then masuk dalam peti sejuk untuk disejukkan.
3. Bila custard dah set and kuah pun dah sejuk, bolehlah potong custard tu and campur dengan kuah.

Senang je kan? Bayangkan anda baru pulang kerja, dengan tekak rasa kering perit then pekena puding koktel, peh~! puas hati. #nomnomnom. 

MPH ONLINE: Free Delivery Nationwide!


#books

#paling ganas

#contemplating how much I've changed year by year~

Thursday, June 27, 2013

Grumpy Cat.

I've changed my profile picture and Facebook cover to this:
Profile Picture

Facebook Cover
Seriously funny, well at least for me.

Ada sesiapa yang guna contact lense tak?

Nak share tempat yang korang boleh beli macam-macam BRANDED contact lenses murah, tanpa ragu-ragu:
buy contact lense online

Brand: Acuvue Tru Eyes, Acuvue Moist, Acuvue Oasys, Acuvue Oasys Astigmatism, Acuvue Define, Soflens 38, Soflens 59, Soflens Toric, Purevision 2, Purevision HD, Biomedics 38, Biomedics 55, Proclear, Definition, Focus Dailies Aqua Comfort, Focus Night & Day, Air Optix, Air Optix for Astigmatism, Freshlook One Day, Proclear 1 day, Sauflon Clariti 1 day, Soflens daily disposable, Acuvue 2, Acuvue Advance, Adore Dare, Adore Imagene, Adore Pure Eyes, Air Optix Multifocal, Biomedics 55 Evolution, Biomedics Toric, Blincon BB, Blincon Big Eyes, Blincon Classic, Blincon Elegance, Blincon Jazzy, Blincon Sweetie, Chameloen, Colorvue, Freshkon Alluring Eyes, Freshkon Color Fusion, Freshkon Dezigner, Freshkon Mosaic, Freshlook Colorblends, Maxim Color Blue, Maxim Colors Orange, Maxim Color Pink, Maxim Color Toric, Sauflon 55UV, Sauflon Bioclear, Saulfon Bioclear Toric, Sauflon Clear Comfort Aspheric, Soflens Multifoca and etc.

Contact Lenses and Solution: 
Daily Disposable
2-Week Disposable
Monthly Disposable
3-Monthly Disposable
Toric Lenses
Colored Lenses
Silicone Hydrogel
Multifocal Lenses

Ini serius~ korang boleh beli and save up to more than 25%! As for me, Lin guna monthly disposable lenses: Acuvue Clear [Harga Pasaran: RM60] and Freshkon Alluring Eyes [Harga Pasaran: RM65]. So this cost me for RM125 per month or two. Tapi kalau beli dekat MrLens Malaysia, both ni harga dia RM45 and RM48. Total RM98, dah berapa jimat tu? RM32! How savvy is that~! So, now you know. Apa lagi, pi check it out la, ngeh~:)

Don't you just love: Pizza?

#justsaying: Agak-agak bila one of rakyat Pasir Gudang nak buat grocery delivery,or anything and everything delivery? Pisang goreng delivery dah ada ;)

imotiv?

Rasanya semua dah tahu kut pasal imotiv by Nuffnang kan? Last time Lin dah import semua Google Reader Subscription dekat imotiv and currently Lin dah follow 866 bloggers. imotiv memang best, boleh terus comment dekat feed. But honestly I'm still using Google Reader sebab imotiv tak ada butang "Mark all as read". Susah nak tahu post tu kita dah baca ke belum, dah go through ke belum. Takkan nak scroll sampai bawah semua berulang kali. Bila nak habis kan? Oh kejap, ke sebenarnya ada function tu tapi Lin tak reti guna? Minta pencerahan sikit.

Follow me on imotiv! Klik badge dekat bawah ni~
v(^______^)v

Jangan Guna Minyak Masak Lebih Dari Sekali.

Benda yang paling cepat habis dekat rumah Lin; kicap cap kipas udang and minyak. Ya, minyak. Sebab Lin tak pernah recycle minyak hatta minyak after goreng telur pun [That's why, guna minyak kena sikit-sikit]. Kalau masak dekat rumah parent, ibu selalu membebel sebab Lin lepas guna minyak untuk goreng Lin terus buang. Kenapa? sebab merbahaya. Baca artikel ni:

Jangan Guna Minyak Masak Lebih Dari Sekali
Oleh P. Aruna

PETALING JAYA: Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.


Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.


"Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.


"Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang" katanya ketika dihubungi The Star.


Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram.


"Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.-sumber

Got it? Ini salah satu langkah Lin nak jaga kesihatan. Cuma ada satu habit yang macam susah sikit nak buang. Lin suka makan dekat luar kalau tak sempat masak or penat. Agak-agak berapa kali peniaga pisang goreng etc. recycle minyak masak diorang?

PS: Minyak jangan buang dekat sinki, buang dekat tanah.

Catatan Pinggir on Jerebu

i
Dalam bidang sains atmosfera, pencemaran udara adalah satu tujah-selidik yang penting. Otak saya sudah tepu meleleh, dek bergelumang isu ini sejak dari Master, PhD hinggalah Pos-doktoral. Saya menelitinya menerusi kacukan perspektif Klimatologi dan Geografi; yang menyorot proses fizikal jerebu, dan perkaitannya dengan aspek kemanusiaan.

Serius cakap. Sudah bosan dan letih. Berkokok dengan nada yang sama untuk satu masalah yang tidak pernah selesai. Maka sekali ini, saya tidak lagi mau bercakap atas kapasiti penyelidik, dengan pendekatan akademik yang bersopan-santun. Sekarang saya mau memberontak tentang perkara ini, atas kapasiti seorang manusia normal yang beremosi. Selaku seorang rakyat Malaysia yang sedang marah.

So, get ready people.

[Nota amaran: Ini adalah pendapat peribadi dan kasual. Dilarang memetik sebarang kenyataan saya di sini untuk tujuan ilmiah atau rasmi!]

ii
Jerebu adalah terminologi generik yang diguna untuk merujuk bahan cemar udara daripada kategori partikel halus bersaiz antara 0.2 – 2.0 mikron. Ia boleh diakibatkan oleh bermacam punca: asap kilang, kenderaan, pembakaran hutan, etc. Ia juga boleh berlaku pada pelbagai skala: sama bersifat tempatan, atau berciri regional yang merentas sempadan.

Itu jerebu secara umum. Tapi konteks tulisan saya hari ini adalah spesifik. Saya merujuk khusus kepada ‘insiden jerebu Asia Tenggara’, yang juga dikenali dengan panggilan puaka: ‘the ASEAN brown shit’. Puncanya? Alah, satu galaksi sudah tahu. Ia satu malapetaka ciptaan manusia, yang telah mula dikesan di rantau ini sejak 1980-an. Namun insiden kritikal cuma mula terasa sekitar 1990-an.

Siapa pembikin onar? Nanti. Kita akan sama-sama mencemuh tentang ini kemudian. Tapi sebelum itu, saya mau memahamkan dulu modus operandi dan mekanisme di sebalik fenomena yang keji ini. Dari dua sudut penting, iaitu sains tabii (i.e. berkait sirkulasi udara sinoptik Asia Tenggara) dan sains manusiawi (i.e. bersabit percaturan sosiopolitik regional ASEAN).

iii
Kata Plato, pemikir tersohor Yunani yang sudah lama menjadi fosil, permulaan terbaik untuk mencari kebenaran ialah dengan cara menyoal.

Maka, saya mahu bermula dengan membangkitkan satu persoalan untuk difikir dan dijawab oleh para peminat tegar saya di FB ini: Ibukota negara (baca: capital city) manakah yang tidak pernah dilanda oleh ‘ASEAN brown shit’ yang maha celaka ini – sejak dulu, kini dan selama-lamanya? Mungkin ada yang sedikit lemah dalam subjek Geografi. Jadi, biar saya bagi pembayang pilihan: (a) Kuala Lumpur; (b) Bangkok; (c) Jakarta; dan (d) Bandar Seri Begawan. Hah, mana satu? Teka-lah.

Mahu tahu jawapan? Ok, jangan ada yang terkejut badak sampai pengsan terduduk. Ya, jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah: Jakarta. Jika fakta itu diterjemah dalam bahasa ekonomi, kita akan nampak ada sesuatu yang mencurigakan.

Dalam kemelut jerebu sekarang, cuba pertimbangkan situasi hipotetikal ini. Sebagai langkah paling praktikal untuk mengubahsuai last-minute, travel arrangement yang telah dibuat sejak berbulan-bulan dulu; maka, ribuan pelancong Eropah, Arab dan Jepun yang sudah buat tempahan percutian summer di Kuala Lumpur, Singapura dan Borneo – bolehlah melencong ke Jakarta dan lokasi-lokasi menarik lain di sekitar Pulau Jawa. Demi mengelakkan bahana ‘ASEAN brown shit’.

Siapa yang untung agaknya? Bagi sesetengah komuniti, jerebu ini sinonim dengan musibah dan airmata. Bagi sekumpulan manusia lain, ia bakal membawa rupiah melimpah dan bahagia duniawi.

iv
Mari saya jelaskan dari sudut klimatologi sinoptik kenapa Jakarta selalu selamat daripada petaka jerebu regional ini. Yang dicipta di buminya sendiri.

Punca utama ‘ASEAN brown shit’ adalah pembakaran hutan/ladang secara terbuka (Nota: Indonesia suka menyebutnya sebagai ‘kebakaran’ dan bukan ‘pembakaran’. Jangan terpedaya. Itu cuma satu helah dan propaganda media). Ini berlaku pada dua wilayah utama: Sumatera dan Kalimantan. Kadang-kadang juga di sekitar Pulau Batam. Ketiga-tiga tempat ini, berdasarkan lokasi relatif latitud, terletak di bahagian utara Jakarta.

Pembakaran terbuka ini pula, selalu berlaku pada monsun barat-daya (Mei-Okt) yang kering. Fasa ini dikenali sebagai ‘musim penyediaan ladang’ – kerana yang menyusul selepas ini adalah monsun timur-laut (Dis-Mac), yang membawa cuaca lebih basah. Dalam konteks pertanian tradisional, monsun susulan itu dikenali sebagai musim semi (baca: menyemai benih).

Kitaran udara sinoptik Asia Tenggara pada monsun barat-daya secara amnya bergerak dari hemisfera selatan (benua Australia bertekanan rendah) ke hemisfera utara (tanah besar China yang bertekanan tinggi). Pengaruh daya korialis akibat putaran bumi, akan memesongkan angin yang bergerak selatan-utara ini menjadi barat-daya. Tetapi arah tiupan yang sudah terpesong sedikit ini tetap akan membawa bahan cemar jerebu (yang terhasil di Sumatera, Batam dan Kalimantan) menjauhi Pulau Jawa, iaitu tempat terletaknya Jakarta, pusat tadbir Indonesia serta pelbagai destinasi pelancongan lain e.g. Bali, Bandung, etc.

Bermakna, serakan jerebu itu akan berbondong-bondong menuju ke bandar-bandar utama Asia Tenggara yang berada di utara kawasan pembakaran. Malaysia Barat, Singapura, Brunei dan Malaysia Timur adalah mangsa-mangsa yang terdekat. So these areas got the ‘best’ of the haze production!

v
Itu penjelasan kenapa insiden ini berlaku, dari segi sains atmosfera. Dan, itu jugalah yang memberi bayangan kenapa masalah ini tidak pernah selesai sejak 30 tahun dahulu. Ia sentiasa datang semula, berulang-ulang. Sebab negara pencetus onar ini tidak mendapat akibat yang signfikan; berbanding negara-negara jirannya. Jadi, kenapa mereka perlu peduli?

IBU KOTA adalah nadi sesebuah negara. Ia adalah tunggak tadbir-urus dan pusat utama kitar ekonomi; sekaligus menjadi titik tumpuan media yang bakal mengolah persepsi dunia terhadap negara tersebut. Jika Kuala Lumpur diisytihar berjerebu, maka impaknya tercalit ke seluruh negara. Pelancongan akan merudum, termasuklah di Langkawi – sekalipun jerebu di pulau itu barangkali tidaklah terlalu kronik.

Tetapi jika Pontianak (Kalimantan) atau Medan (Sumatera) diberitakan ada jerebu – reputasi Indonesia tidaklah terpukul sangat pada mata dunia. Just remember, the international ‘flag carrier’ for Indonesia is Jakarta. Lantaran itu, jika ditinjau dari sudut pendirian politik serantau – pemerintah Indonesia jelas tidak mempunyai iltizam pentadbiran yang cukup kuat untuk menangani isu ini dengan efektif. Because this ‘brown shit’ doesn’t hit Indonesian where it hurts the most. But it does to other countries: especially Singapore, Malaysia and Brunei.

vi
ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution (ATHP) digubal oleh ASEAN pada tahun 2002 sebagai usaha membendung insiden dan impak jerebu regional ini. Malaysia adalah negara pertama yang meratifikasinya pada Disember 2002. Kemudian diikuti oleh Singapura dan Brunei pada tahun berikutnya; sebelum disusuli oleh negara-negara lain. Paling akhir menandatangani perjanjian serantau ini adalah Filipina pada 2010.

Itu yang TELAH ratifikasi. Malangnya, masih ada SATU negara yang degil ketegar tidak mahu mengiktirafnya sampai sekarang: iaitu, Indonesia. Ini sangat ironi – kerana kunci penyelesaian jangkapanjang bagi masalah ini terletak di tangan pemerintah Indonesia. Anehnya, negara ini pula yang tidak serius mahu mencari penyelesaian. Kedegilan itu tentu sekali dimotivasikan oleh pelbagai agenda tersembunyi yang bermotifkan dua perkara utama.

Pertama, kuasa politik status quo. Negara ini mahu terus dilihat sebagai ‘entiti paling gagah’ menerusi percaturan tarik-tolak jerebu ini, sesudah mereka kehilangan takhta sebagai juara tetap Sukan SEA, sejak beberapa tahun kebelakangan. Kedua, manfaat ekonomi. Sebenarnya salah satu tarikan pelabur asing untuk membangunkan ladang-ladang komersial di Indonesia (kelapa sawit, khususnya) adalah kerana kos operasi yang murah. Kenapa murah? Sebab boleh bersihkan ladang dengan cara ‘slash-and-burn’ saja. Tidak perlu berbelanja tinggi untuk buruh dan peralatan.

Kenapa begitu sekali; negara itu tiada undang-undang alam sekitar-kah? Memang ada. Tapi keazaman penguasa Indonesia untuk menguatkuasakannya – itu satu hal yang lain. Perlukah Jakarta gigih sangat mahu membanteras perkara ini, sedangkan ia menguntungkan mereka? Itu persoalannya.

vii
ATHP sepatutnya boleh bertindak sebagai platform untuk memberi keadilan (dari segi perundangan) kepada negara-negara yang dimangsakan oleh malapetaka yang bersifat trans-boundary. Selain aspek legal, ia juga satu wadah untuk mengukuhkan kerjasama serantau bagi menangani isu ini – misalnya, menerusi perkongsian kepakaran, teknologi dan tenaga manusia. Sama ada dalam usaha bersama mahu menguatkuasa undang-undang alam sekitar, memantau masalah yang berlaku mahupun menebat impaknya kepada komuniti.

Gagasan ATHP (walaupun skopnya spesifik kepada isu jerebu) ada sedikit persamaan dengan kewujudan ‘court of justice’ bagi European Union. Yang mempunyai kuasa untuk mengurus hal-hal perundangan yang berkait dengan isu-isu rentas sempadan: misalnya, yang melibatkan jenayah dan pencemaran.

Dalam konteks Eropah, jika mahkamah itu tidak diwujudkan – maka, ahli-ahli negara yang berkongsi sempadan, sungai dan ruang udara itu boleh saling ‘mendajalkan’ jiran-jiran di kiri-kanan. Sebagaimana yang sedang dibuat oleh Indonesia sekarang dalam konteks pencemaran jerebu.

viii
Ada macam-macam alasan kerajaan negara seberang bila diajukan isu pasal jerebu. Kadang-kadang sensitifnya terlebih-lebih. Pantang ditegur, mulalah melenting. Seolah-olah mereka adalah mangsa yang menderita, bukan si pembuat onar.

Alasan paling lazim: oh, kebakaran hutan! Macamlah dia saja yang ada hutan. Malaysia, Filipina, Thailand dan Brunei pun ada hutan. Dari jenis yang sama, di bawah pengaruh iklim yang serupa. Kenapa hutan awak saja yang asyik terbakar secara besar-besaran? Hutan negara lain tidak pula dijilat api pada skala gadang begitu.

Satu lagi. Kenapa kebakaran hutan secara massive itu hanya berlaku pada monsun barat-daya, ketika angin sinoptik sedang berpuput dari hemisfera selatan menunju ke negara-negara Asia Tenggara di utara: Singapura, Malaysia, Brunei, et. al. Ketika angin monsun bergerak turun dari utara menuju ke Jakarta, tidak pula berlaku ‘kebakaran’ hutan secara besar-besaran.

Kenapa begitu? Jawabnya mudah. Sebab ini bukan ‘kebakaran’ yang berlaku di luar kawalan. Ini adalah ‘pembakaran’, iaitu satu tabiat keji yang telah dipupuk dan disokong secara sistematik sejak dahulu. Tiada sikap SERIUS pihak penguasa tempatan terhadap permasalahan ini.

ix
Juga sering dinyatakan, kebakaran (atau pembakaran) yang berlaku di ladang dan hutan itu turut melibatkan syarikat-syarikat dari Malaysia dan Singapura. Ini adalah ayat diplomat paling gampang.

Isunya di sini, bukan soal syarikat yang membakar itu berasal dari negara mana. Tidak peduli sama ada kompeni itu berdaftar di Alaska, Malta ataupun Nicaragua. Yang mendapat untung daripada pelaburan mereka itu, siapa? Yang membenarkan mereka datang berladang di sana itu, siapa? Yang menjadi pemerintah tanah di mana jenayah kemanusiaan (baca: ASEAN brown shit) itu dilakukan, siapa pula?

Tidak perlu membabitkan pihak lain kerana kegagalan untuk memantau dan mengurus obligasi negara sendiri. Adakah Indonesia secara tersiratnya mahu memberitahu Malaysia dan Singapura untuk bertindak kepada syarikat-syarikat yang berasal dari dua negara ini? Bagaimana cara? Dengan menghantar PDRM atau penguasa JAS ke Sumatera dan Kalimantan?

Salah satu tujuan ATHP digubal adalah untuk mengusulkan kerangka perundangan ASEAN bagi hal-hal yang bersabit dengan kecurangan alam-sekitar (khususnya, oleh industri perladangan yang boleh mencetuskan jerebu). Tapi Indonesia masih tidak ratifikasi perjanjian tersebut. Jadi bagaimana Malaysia dan Singapura boleh membantu? Sedangkan tidak ada platform untuk berbuat begitu (implementasi perundangan berbentuk rentas sempadan).

x
Buat masa ini, hanya Malaysia yang berani secara konsisten dan berterusan memberi tekanan kepada Indonesia. Agar negara itu meratifikasi ATHP, sekaligus membuka jalan penyelesaian (yang mungkin lebih efektif?) untuk mendepani isu jerebu yang sudah berlanjutan lebih tiga dekad ini.

Singapura dan Brunei masih belum berani mengkritik secara terbuka dalam mana-mana sidang kemuncak rasmi ASEAN. Sedangkan mereka juga mangsa utama. Kita tahu kenapa. Sebab mereka ini negara kerdil (dari segi saiz dan populasi); dan tiada pasukan tentera sendiri. Jadi mereka sangat berhati-hati untuk tidak memprovokasi sang garuda. Sejarah ‘ganyang Malaysia’ cukup sebagai satu peringatan, supaya insiden yang sama tidak berlaku pada mereka.

Vietnam, Laos, Kemboja dan Myanmar terlalu jauh di utara. Kesan jerebu agak minimal. Lagipun ketiga-tiga negara ini sedang bergelut dengan perjuangan sosio-ekonomi yang masih jauh ketinggalan. Tidak berbaloi membuang masa dan tenaga, mahu bertelagah dengan Indonesia untuk isu yang tidak signifikan pada negara sendiri. Sebab itu, mereka tidak masuk campur.

Thailand dan Filipina, sekalipun ada juga terkesan dengan jerebu, namun ia hanya melanda secara kritikal kawasan di selatan (e.g. Patani dan Mindanao). Impaknya tidak terlalu ketara di Bangkok dan Manila, iaitu nadi pentadbiran dan ekonomi utama. Jadi dua negara ini pun tidak bermotivasi sangat mahu menyibuk. Lagipun mereka ada isu domestik yang lebih runcing mahu diurus: iaitu pemberontakan gerila pemisah di wilayah-wilayah selatan (yang kebetulan terdedah kepada petaka jerebu). Siapa tahu, mungkin Bangkok dan Manila diam-diam menyukai kedatangan jerebu. Agar padan muka para pemberontak itu!

xi
Berdasarkan situasi semasa sosio-politik ASEAN, nampaknya langkah ke hadapan bagi isu jerebu regional: akan banyak bergantung kepada peranan Malaysia. Manakala kunci penyelesaiannya digenggam erat oleh Indonesia.

Dari segi sains atmosfera, fenomena semulajadi kitaran angin sinoptik memang sangat memihak kepada negara pembikin onar. Dari sudut kemelut sosio-politik ASEAN pula, agak tricky bagi Malaysia untuk mendapat dokongan efektif negara-negara lain. Due to the unfortunate circumstances, the other countries are currently dealing with.

Kesimpulan? Tidak ada pilihan lagi, kecuali satu. Malaysia mesti menjadi lebih tegas dan berani, di peringkat regional dan internasional. Sandaran kepada kekuatan ini haruslah dibina di peringkat domestik. Caranya? Rakyat mesti bersatu, dan tidak menzahirkan sebarang petunjuk perpecahan yang akan menaikkan moral negara seberang. Untuk terus memperlekeh tekanan yang cuba diberi oleh negara kita, berhubung isu jerebu ini.

xii
Mari beri segenap jiwa kita untuk membina moral negarabangsa Malaysia yang satu, dalam menangani kemelut sosio-politik serantau ini. Dalam isu ‘pencerobohan Sulu’, kita gagal bersoladiriti dengan padu, kerana terlampau ghairah menyembah berhala politik masing-masing.

Kini, kita diuji sekali lagi dalam isu ‘serangan jerebu’. Ini soal yang terang lagi bersuluh. Bukan perkara yang hanya bersandar persepsi dan kecenderungan mazhab politik semata-mata. Dari sudut mana pun kita melihatnya, ia tetap merupakan satu bentuk ketidakadilan kepada negara. Justeru, mampukah kita bersolidariti menentang kezaliman ini?

Semua penggemar politik kepartian Malaysia – baik dari kelompok pro kerajaan mahupun pro kerabangkang – jadikan musibah ini sebagai titik penyatuan. Buat seketika, tolonglah berhenti menjadi kera-kera fanatik politik yang memecahkan. Kerana kita ada perjuangan yang lebih besar di hadapan.


PS: Found this on Facebook.

STATUS BACAAN INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)

Untuk STATUS BACAAN INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) MALAYSIA, boleh check dekat sini ---> Bacaan Terkini Indeks Pencemaran Udara [Sumber: Portal Rasmi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar]

P/S: OK fine, after almost a week jerebu di Johor Bahru, after berkoyan-koyan air mineral diteguk, after beribu-ribu tablet Vit.C dikunyah, after berhari-hari pakai mask macam ninja; akhirnya saya terpaksa akur bila sakit tekak melanda juga. TQ.

Wednesday, June 26, 2013

Win Urban Decay's The Vice Palette by Modbox!

You were so awesome the last giveaway, we decided to host another one! This time, we have Urban Decay's The Vice Palette, a limited edition eyeshadow palette with 20 colours that are just so stunning, we're practically drooling.

Here's how you can win:
1. Like Modbox Facebook Page
2. Fill in the Entry Form
3. Share your lucky URL with your friends and get bonus entries!

Click HERE to join!
v(^______^)v

Giveaway ends 7 July 2013 at 11:59pm. Good luck!

It's My Birthday!...yesterday~

Alhamdulillah, saya dah 17 24 [for once~] Thanks to all yang wish.Thanks untuk orang yang belanja makan. Thanks ibu ayah for the house present and thank you Google.

Tuesday, June 25, 2013

Entri Meroyan.

OK. I want to let this "out" for once. For the past 1 year, seriously I'm struggling with this and that; ALL ALONE. Final year, practical training some more, final exam, being warded etc. till the end of last year. Alhamdulillah, everything berjalan dengan jayanya as it should. And I REALLY HOPE bila dah tak bergelar student, kuranglah "bebanan"nya sikit. REALLY HOPE, cause I believe I deserve it. Then bila masuk tahun baru, kena kerja, gain some money to survive blablabla which I can say that I dah masuk another stage of life. But somehow, being a young adult make me "cuckoo" a bit.
     Currently perkara yang paling menyemak minda, tengah sibuk "membela" rumah which REALLY need a lot of work and of course with limited budget memang progression nya lambat macam pfft~! Kejap, I need to specify this. I don't like it when contractor rumah buat kerja macam sh*t, water closet pun tak pasang, cat dinding sangat sh*t macam budak tadika yang mengecat, dinding pecah-pecah, piping bersepah, macam nak tercabut and bocor etc. AND they leave it just like that! Nak suruh siapa buat? Me? Itu baru one part. Oh please, don't make me start pasal toilet pulak. Benci gila.
      OK, fine. Terasa macam over reacting bila fikir-fikir balik. But it's their job! Please la buat kerja betul-betul. I'm a homeperson! Martha Stewart-wanna-be. For me, rumah sangat penting. I dah buat detail planning, dah bayar and I have my own dateline. Dengan keadaan macam ni, bila nak bawa masuk barang? How can I live in a house like that!! Tu baru fikir pasal house maintenance, belum fikir tentang budget barang elektronik and perabot yang nak dibeli; peti sejuk, washer machine, tilam, tikar+karpet, misc. Ah~ semualah. Kusut kepala. Itu cuma fikir pasal rumah, belum benda-benda lain lagi. (+______+)" 

     OK, chill. Maybe I just proceed pindah and just try to live in that house. Bersyukur dengan apa yang ada.  But boleh tak, malam ni I go to sleep then esok pagi when I go back to my house, everything is in order, clean and lengkap dengan all essential I need. Duit, sila jatuh dari langit. ATM machine, sila bubuh banyak kosong dekat my current account $$$ balance *sarcasm* OK, fine. Rasa nak nangis. I miss my old life.

P/S: Pardon me with my hormonal, unrealistic babbling. Hey, it's my birthday. Just let me be or do what I want, please? NO, I'm not a perfectionist. I just want to live my life. Don't want much, just want everything.

I love books! [Goodreads]

I love books, like seriously deeply madly deeply in love with them. Bawah ni my current book collection yang Lin record dalam Goodreads. As rumah baru ni ada satu extra bilik kosong, so that room Lin nak buat bilik bacaan [merangkap bilik solat and guest's room juga] Well, I hope I still have some budget to buy BIG bookshelve.

Monday, June 24, 2013

Prevent Haze Effects on Health

STATUS BACAAN INDEK PENCEMARAN UDARA (IPU) PADA 24-Jun-2013 SELURUH MALAYSIA

NEGERI / STATEKAWASAN/AREAMASA/TIME
7:00AM
MASA/TIME
11:00AM
MASA/TIME
5:00PM
JohorKota Tinggi78*##
JohorLarkin Lama111*##
JohorMuar148*##
JohorPasir Gudang83*##
KedahAlor Setar63*##
KedahBakar Arang, Sg. Petani75*##
KedahLangkawi58*##
KelantanSMK Tanjung Chat, Kota Bharu108*##
KelantanTanah Merah90*##
MelakaBandaraya Melaka182*##
MelakaBukit Rambai260*##
Negeri SembilanNilai145*##
Negeri SembilanPort Dickson335*##
Negeri SembilanSeremban153*##
PahangBalok Baru, Kuantan198*##
PahangIndera Mahkota, Kuantan171*##
PahangJerantut106*##
PerakJalan Tasek, Ipoh70*##
PerakKg. Air Putih, Taiping63*##
PerakS K Jalan Pegoh, Ipoh79*##
PerakSeri Manjung141*##
PerakTanjung Malim128*##
PerlisKangar62*##
Pulau PinangPerai72*##
Pulau PinangSeberang Jaya 2, Perai79*##
Pulau PinangUSM70*##
SabahKeningau78*##
SabahKota Kinabalu76*##
SabahSandakan50*##
SabahTawau39*##
SarawakBintulu75*##
SarawakILP Miri75*##
SarawakKapit63*##
SarawakKuching70*##
SarawakLimbang72*##
SarawakMiri81*##
SarawakSamarahan74*##
SarawakSarikei85*##
SarawakSibu85*##
SarawakSri Aman64*##
SelangorBanting178*##
SelangorKuala Selangor117*##
SelangorPelabuhan Kelang296*##
SelangorPetaling Jaya198*##
SelangorShah Alam157*##
TerengganuKemaman249*##
TerengganuKuala Terengganu95*##
TerengganuPaka159*##
Wilayah PersekutuanBatu Muda,Kuala Lumpur191*##
Wilayah PersekutuanCheras,Kuala Lumpur157*##
Wilayah PersekutuanLabuan82*##
Wilayah PersekutuanPutrajaya155*##


API

Status

0-50Baik / Good
51-100Sederhana / Moderate
101-200Tidak Sihat / Unhealthy
201-300Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy
>301Berbahaya / Hazardous

Sunday, June 23, 2013

Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Jun 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Saturday, June 22, 2013

Pasir Gudang masih catat tahap indeks pencemaran udara berbahaya

KUALA LUMPUR, (Bernama) - Kawasan-kawasan yang terlibat dengan jerebu di Johor dan Melaka terus mencatat peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tengah hari ini dengan Pasir Gudang merekodkan bacaan tertinggi.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat 11 pagi ini, Pasir Gudang masih mencatat bacaan melebihi paras berbahaya, iaitu 323 berbanding 310 pagi tadi manakala Kota Tinggi meningkat ke 314 berbanding 313 pagi tadi.

Muar turut mencatat peningkatan bacaan IPU 193 berbanding 183 pagi tadi. Di Melaka, bacaan IPU yang dicatat di Bandaraya Melaka kini mencecah paras ''sangat tidak sihat'' (205) berbanding paras ''tidak sihat'' (192) pagi tadi. Satu lagi kawasan iaitu Bukit Rambai turut menunjukkan peningkatan bacaan IPU iaitu 191 berbanding 164 pagi tadi.

Kawasan lain yang masih mencatat bacaan tinggi melebihi paras ''tidak sihat'' dengan bacaan IPU 100 sehingga 200, ialah Larkin Lama, Johor (197), Port Dickson dan Seremban, Negeri Sembilan yang masing-masing mencatatkan IPU 187 dan 109 serta Banting, Selangor (143).

Sementara itu Jabatan Meteorologi Malaysia menjangka keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini akan berterusan sehingga Rabu berikutan ribut tropika Bebinca yang bertiup dari arah barat daya.

Timbalan Ketua Pengarahnya Dr Mohd Rosaidi Che Abas berkata ribut itu menjadikan tiupan angin lebih kencang dan cuaca kering, selain membawa jerebu dari arah Sumatera ke sempadan negara.

"Pada awalnya kami menjangkakan cuaca akan kembali kepada keadaan asal pada 23 Jun (Ahad), namun kejadian ribut tropika baharu ini akan memanjangkan keadaan jerebu ini," katanya semasa ditemu bual pada ''Buletin Awani'' Astro Awani, hari ini. 

Friday, June 21, 2013

Vanilla Muffin :)

Dah nak dekat-dekat raya ni saja memperbanyakkan aktiviti try test share baking. Dan kerja menjadi lebih mudah dengan bantuan dua orang yang super excited ni, sampai gaduh-gaduh nak kacau adunan nya (+______+)"
#BEFORE
#AFTER
Gebukan? Rasa pun sedap sangat kalah muffin Kenny Rogers. Huhuhu. Banyak lagi gambar nak share tapi disebabkan sekarang ni tengah sibuk juga membersihkan rumah baru dan shopping sana sini, mungkin lewat sikit la kot, ngeh~ Well, I do have some secret to tell, so stay tuned ;)

#TEASER, next post:
Chocolate Moist Cake
Red Velvet Cake
Mashed potato
Pavlova
German Cookies
Kek Pelangi
Hokkaido Chiffon Cake
Tiramisu
Vanilla Sponge Cake
Pancake 

Wednesday, June 19, 2013

Er...Wordless Wednesday?

Tuesday, June 18, 2013

Review: Farmasi CC Cream - Medium to Dark

     As I said before this, I’m not a fan of BB cream as it makes my skin more oily than usual. Selalu kita dengar tentang BB Cream, this and that, but now there’s new product in the market yang dikatakan lg best dari BB Cream iaitu: CC Cream. This month Lin berpeluang try Farmasi CC Cream yang meleTOP-leTOP sangat dekat blog-blog famous blogger macam Yuyu, FL and Maria Elena. Thanks to HiShop Malaysia. Yeah~! 
Farmasi All-In-One CC Cream Product Features and Benefits:
1. Produces a very natural, "untouched face” make up look
2. Provides coverage like a foundation would, but since it has ultra light formula, it doesn't clog the pores and gives an oil-free finish.
3. Contains Multi-Vitamins and ingredients that help improve skin over time:

  • Macadamia Oil  - Moisturizes the skin all day long.
  • Vitamin B3 - Has the properties that creates a natural looking glow to your skin.
  • Oat Extract - Nourishes and encourages skin regeneration to maintain a youthful skin. 
  • Silk Protein - Has healing properties that soften, smoothen and evens skin tone.
  • Collagen and Argan Oil - Improves skin surface & reduces the appearance of age spots and wrinkles.

Additional benefits:
SPF 25 -  Protection against harmful effects of UVA & UVB rays 
Vitamin C - A powerful anti-oxidant that improves appearance of sun damaged skin, reduce inflammation, promotes collagen production, lessen hyper pigmentation and boost the efficacy of sunscreen.
How to use: Apply cream on cleansed face by gently massaging in small circles.

Price: RM45.90 [You can get it: HERE

Variants: Medium to dark and Light to Medium

Made in Turkey

My Verdict:
     So how? Nampak tak perbezaannya before and after? I let you decide. As for me, rasa macam tak pakai apa pun, teksturya ringan, warna kulit sekata; match my skin tones and doesn’t cause pimples/allergic reaction. Pic dekat atas ni Lin tak pakai compact pun, but you can see it have almost-matte finish kan. Coverage is so-so.  You still can see red dots on my skin here and there, right? (+______+)” BUT I do believe, dengan pemakaian yang konsisten setiap hari boleh mencantikkan kulit anda dan juga saya as it contains a lot of good ingredient that great for your skin!
     Addition: For me this CC Cream last for 3-4 hours. Well it depends on your skin condition and weather pun~ [Kulit Lin jenis combination and cuaca dekat JB ni kebelakangan ni panas membara even duduk depan kipas/aircond]. So last but not least, I give this all in one product: 4 out of 5 stars and of course I wil buy it again, siapa yang tak nak guna produk yang berkesan, convenient and multipurpose kan? Tak perlu SPF cream, moisturiser, foundation, primer etc. dah lepas ni dan yang paling penting sekali, product ni HALALAN TOYYIBAN. Alhamdulillah. Till then, salam.


P/S: Psst~ dah claim Baucer RM20 HiShop? Click HERE.

May Ambassador Surprise Pack!

Sama macam last time, Lin dapat another surprise from HiShop! I’m super excited. Let’s see what is inside this wonderful pink box:
1. Scent Affair Fragrant Body Wash – Almond Oil 275ml
[For more info about this product: CLICK HERE]

2. Farmasi Skin Perfecting Balm CC Cream - Medium to dark 50ml
[For more info about this product: CLICK HERE]

3. Supermodel stain by Jely Pong Pong - Cupcake Pout
[For more info about this product: CLICK HERE]

4. HiShop+MilkADeal+White.My Discout Vouchers

...and EXCLUSIVE MAY DISCOUNT CODE FOR YOU! Yeah, you! Get RM20 rebate off dengan setiap pembelian.
DISCOUNT CODE: HISURPRISE
How to use:
1. Go to HiShop.My
2. Browse for your favourite items on Hishop.My
3. Enter above discount code when checking out.

Terms and Conditions:
1. This voucher is valid until 31st July 2013.
2. RM20 redeemable against purchases worth RM99 and above only.

Girls can’t just have enough makeup, isn’t it? Lin memang dah lama nak try Farmasi CC cream and as Lin super-love lip+cheek stain, I just can’t wait to try it all. So wait for my reviews, NEXT!

Thank you HiShop Malaysia!
v(^______^)v 

Tuesday, June 11, 2013

9 Warning Signs You’re in Bad Company

"It is better to be alone than in bad company."

A big part of who you become in life has to do with who you choose to surround yourself with.  Sometimes luck controls who walks into your life, but you decide who you let stay, who you pursue, and who you let walk back out.

Ultimately, you should surround yourself with people who make you a better person and let go of those who don’t.  Here are some warning signs you’re in the presence of the latter:

1.  They only make time for you when it’s convenient for them.
It’s obvious, but any relationship without regular interaction and communication is going to have problems, especially when there’s a lack of commitment.

Don’t waste your time with someone who only wants you around when it’s convenient for them.  You shouldn’t have to force someone to make a space in their life for you, because if they truly care about you they will gladly create space for you.

Being in a relationship with someone who overlooks your worth isn’t loyalty, it’s stupidity.  Never beg someone for attention.  Know your self-worth, and move on if you must.

2.  They hold your past against you.
Some people will refuse to accept that you are no longer who you used to be – that you’ve made mistakes in the past, learned from them, and moved past them.  They may not be able to stand the fact that you’re growing and moving on with your life, and so they will try to drag your past to catch up with you.  Do not help them by acknowledging their negative behavior.  Keep moving forward.

Holding on to the unchangeable past is a waste of energy and serves no purpose in creating a better day today.  If someone continuously judges you by your past and holds it against you, you might have to repair your future by leaving them behind.

3.  You feel trapped.
Healthy relationships keep the doors and windows wide open.  Plenty of air is flowing and no one feels trapped.  Relationships thrive in this kind of unrestricted environment.  You can come and go as you please, but you choose to stay because where you are is where you want to be.

If you want to be a part of someone’s life, all the open doors and windows in the world won’t make you leave.  If someone has closed them all in an effort to trap you into something you don’t want to be a part of, it’s time to find the strength to kick down the door. 

4.  They discredit your dreams and abilities.
If you allow others to define your dreams and abilities, then you enable them to hold you back.  What you’re capable of achieving is not a function of what other people think is possible for you.  What you’re capable of achieving depends on what you choose to do with your time and energy.

People will throw all sorts of assumptions your way about what is possible and what is impossible.  Look beyond the presumptions and mental limitations of others, and connect with your own best vision of how YOUR life can be.  Life is an open-ended journey, and what you achieve comes from what you expect to achieve and what you work to achieve.

So don’t worry about what everyone else thinks.  Keep living your truth.  The only people that will get mad at you for doing so are those who want you to live a lie.

5.  They have lied to you more than once.
Love is a verb, not a noun.  It is ACTIVE in all relationships.  Love is not just feelings of passion and romance between lovers; it is also a behavior among friends and family.  If someone lies to you, they are unlovingly disrespecting you and your relationship.

When you keep someone in your life who is a chronic liar, and you keep giving them new chances to be trusted, you have a lot in common with this person – you’re both lying and being unloving to you!

Bottom line:  Those who avoid the truth and tell you only what you want to hear do so for their own benefit, not yours.  Don’t put up with it.  

6.  Their negativity is rubbing off on you.
The negative people in your life don’t just behave negatively towards you, but towards everyone they interact with.  What they say and do is a projection of their own reality – their own inner issues.  Even if they say something to you that seems personal – even if they insult you directly – it likely has zero to do with you.

This is important to remember because what these negative people say and do shouldn’t be taken to heart.  Although you don’t have control over what they say and do; you do have control over whether or not you allow them to say and do these things to you.  You alone can deny their venomous words and actions from invading your heart and mind.  If you feel like these people are getting to you, take a break and give yourself some space to breathe.

Positive things happen when you distance yourself from negative people.  Doing so doesn’t mean you hate them, it simply means you respect yourself.

7.   They are excessively envious of what you have.
A little bit of envy is OK, but when someone is excessively envious of what you have, there’s a good chance what they really want is to take it from you.

Excessive envy doesn’t tell you how much someone admires you, it tells you how much they dislike themselves.  If you can, try to help lift them up, but also be careful that they don’t pull you down.  Oftentimes no amount of love, or promises, or proof from you will ever be enough to make them feel better about themselves.  For the broken pieces they carry, are pieces they must mend for themselves.  Happiness, after all, is an inside job.

8.  They motivate you to be judgmental or hateful.
Truth be told, no human being is superior.  No faith, race, size or shape is inferior.  All collective judgments about others are wrong.  Only judgmental hypocrites make them.

If you judge others by their skin color, their body size, and their outer beauty, you will miss EVERYTHING about who they really are.  It is amazing the quality of people you will learn about and meet in this world if you can simply get past the fact that lots of people are not dressing and living the way you do.

People who motivate you to judge or hate others are as bad as bad company gets.  Avoid them at all costs. 

9.  They want you to be someone else.
Spend time with people who see you the way you are, and not as they wish to think you are.  Spend even more time with those who truly know about you, and who love and respect you anyway.

If someone expects you to be someone you’re not, take a step back.  It’s wiser to lose relationships over being who you are, than to keep them intact by acting like someone you’re not.  It’s easier to nurse a little heartache and meet someone new, than it is to piece together your own shattered identity.  It’s easier to fill an empty space within your life where someone else used to be, than it is to fill the empty space within yourself where YOU used to be.

[source]