Wednesday, December 18, 2013

Perkahwinan orang Melayu yang sangat kompleks

by Prince of Noob

Kahwin. Sekarang time cuti sekolah ni memang musim orang kahwin. Walau ada yang perlu meredah hujan dan banjir, kahwin mesti terus. Siapa tak nak kahwin? Rata2 semua manusia dalam dunia ini mahu kahwin kerana dengan perkahwinan ia menghalalkan apa yang haram. Tapi tahukah anda di zaman sekarang ini, perkahwinan Melayu itu prosesnya sangat susah, kompleks, rumit, complicated dan memerlukan duit yang sangat banyak?


Berikut adalah infografik perkahwinan orang Melayu di Malaysia yang direka oleh Adlan Khalidi. Infografik ini sangat membantu bagi pasangan yang sedang bercadang untuk berkahwin terutama yang mahu mengikut adat dan budaya perkahwinan Melayu. Tapi kalau tengok daripada rajah tu, bermula dari proses "Merisik", sampailah yang bawah sekali "Mulakan hidup baru", rasa2 berapa banyak wang yang harus dihabis dan dibelanjakan?


Ramai yang sanggup berhabis beribu2 sampai ada yang buat pinjaman peribadi semata2 untuk majlis raja sehari, sedangkan selepas "Mulakan hidup baru" itulah yang lebih banyak memerlukan duit dan perbelanjaan. Ada yang menganggap tidak mengapa berhabis2an untuk majlis perkahwinan kerana berkahwin itu sekali dalam seumur hidup, namun kita tahukah yang kita hanya akan berkahwin hanya sekali dalam seumur hidup? Kalau perkara yang sekali seumur hidup itu begitu berharga dan tidak harus disia2kan, ujian UPSR, PMR dan SPM juga sekali seumur hidup, tapi tak ramai pulak yang bersungguh2 belajar untuk dapat keputusan yang cemerlang?

Malah ada juga yang masa berkahwin belanja sampai jutaan2 ringgit tapi akhirnya bercerai juga. Nilai suatu majlis perkahwinan bukan penentu kebahagiaan rumahtangga kita, so kenapa nak berhabis banyak sangat? Lepas dah kahwin, kena fikir nak sewa rumah, nak beli kenderaan yang sesuai untuk keluarga, makan minum laki bini anak, susu dan pampers anak kecil, perbelanjaan sekolah anak dan macam2 lagi, lagi banyak duit nak guna. Kalau kata kita pinjam RM30K semata2 untuk majlis perkahwinan yang gah, apa kata kalau belanja hanya RM10K sahaja untuk majlis perkahwinan yang sederhana, dan baki RM20K tu buat bayar downpayment kereta atau rumah sendiri? 


Ada juga yang kata, takpe lah kalau diorang mampu apa salahnya bermewah2 untuk majlis perkahwinan? Lepas dah kahwin pun diorang masih ada banyak duit apa untuk teruskan kehidupan. Namun walau seseorang itu punyai banyak duit dan harta sekalipun pun, punyai berjongkong2 emas sekali pun, adakah Islam mengajar kita untuk bermewah2, membazir dan bermegah2 atas harta dan kekayaan kita yang sangat bersifat sementara di dunia ini?


Sedar tak sedar perkahwinan orang Melayu di Malaysia sudah dicemari dengan perkara2 yang langsung tidak ada dalam ajaran Islam. Hantaran yang mak bapak letak untuk anak perempuan mereka dah semakin tak masuk akal sampai boleh dinilaikan dengan taraf akademik anak mereka dah macam barang dagangan. Kalau anaknya pandai mengaji Al-Quran, pandai memasak, taat kepada suami, tidak berhias untuk orang lain, berbaloi juga la kalau bagi hantaran tinggi2. Ini ada segelintir yang dahlah mintak hantaran tinggi, tapi mengaji pun tak pandai, pemalas buat kerja rumah, kat rumah selekeh tapi pergi pejabat bersolek mengalahkan mak datin. 

Tu baru bab hantaran, belum perkara2 lain macam pre-wedding/post-wedding photoshoot, kad jemputan kahwin mahal2, bersolek melampau2, pengantin perempuan pakai tudung masa akad nikah je, lain daripada tu bukan main seksi dedah aurat untuk tontonan semua orang selain suami sendiri, cukur2 kening, pakai inai macam orang India, tepung2 tawar, tukar2 cincin perkahwinan, bersanding atas pelamin, kek 8 tingkat, hiasan bilik pengantin bak bilik raja, ada kugiran main muzik, sesi karaoke oleh pengantin dan para tetamu serta lain2 adat dan trend merapu yang mencemarkan sebuah perkahwinan Islam yang sebenar.



Tapi bab tak faham hukum perkahwinan ni bukan pada belah pengantin sahaja malah turut di segelintir pihak yang menjalankan kuasa seperti tok kadi sehingga menekan dan menyulitkan proses akad nikah. Malah memperlihatkan situasi di zaman ini telah menjadikan zina itu lebih mudah daripada kahwin sebab perkahwinan yang sebenarnya sangat mudah itu telah disusah2kan dengan pelbagai adat, budaya, trend, birokrasi dan perkara2 merapu.


Dan aku bukan nak mengata mana2 pihak, tapi bila bab2 perkahwinan ni biasanya orang perempuan yang lebih2. Kalau aku tengok rancangan2 kahwin artis kat TV tu, masa pasangan artis tu tengah buat2 survey dan shopping barang untuk majlis kahwin, perempuan tu la yang banyak menentukan itu ini, nak yang macam tu macam ni, nak warna itu ini, nak pelamin macam tu macam ni, nak hantaran macam tu macam ni, nak ambik gambar kahwin macam tu macam ni, yang lelaki diam je sambil angguk2kan kepala jadi pak turut, yelah sayangkan bakal bini lah katakan.


Belum berkahwin lagi dah nampak orang perempuan lebih dominan dan berkuasa dalam hubungan, so adakah bila dah kahwin nanti boleh expect wanita itu boleh patuh dan taat kepada suami serta boleh mengikut telunjuk suami? Adakah lepas kahwin nanti si suami boleh menjadi dominan dan mempunyai kuasa dalam menentukan hala tuju sebuah rumahtangga kalau sebelum kahwin pun semua benda perlu ikut telunjuk orang perempuan?


Kalau ikut cakap Mantot kat sini, dia suruh orang lelaki tinggalkan orang perempuan yang meminta2 sesuatu di luar kemampuan kita sebelum bergelar isteri, tapi aku taklah sampai suruh korang terus2 break. Kalau sekarang anda tengah bercinta dengan wanita yang macam ini, cuba nasihat dan fahamkan mereka mengenai benda2 macam ni dulu sebab aku percaya, manusia itu boleh berubah.

Kalau diorang boleh berubah, sanggup beri kuasa membuat keputusan di tangan kau, tak kisah hidup sederhana mengikut kemampuan lelaki, tidak meminta untuk bermewah2 dan menunjuk2, tidak membandingkan kehidupan kita dengan orang lain, boleh terima kita seadanya, boleh menjadi isteri yang patuh dan taat kepada suami selagi mana tidak menyuruh membuat sesuatu yang mungkar dan menyalahi agama, maka teruskan hubungan korang.

Tapi kalau si dia masih tidak boleh menerimanya, putuskan sahaja hubungan korang. Ada banyak lelaki lain di luar sana yang lebih sesuai dengannya dan boleh menerima cara hidupnya. Namun percayalah, ada banyak juga wanita di luar sana yang lebih sesuai dan jauh lebih layak untuk anda.

1 comment:

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...