Wednesday, July 24, 2013

Beli supplement kecantikan dekat Facebook, tak takut ke?

     Mak ai, panjang giler tajuk. Sekarang ni macam-macam produk kecantikkan dan supplement tambahan yang diiklankan melalui Facebook. Currently produk yang paling panas macam pisang goreng mestilah produk nak cantikkan kulit, putihkan kulit, kuruskan badan, besarkan boobs, "tonik" tenaga lelaki dan lain-lain. Kadang-kadang timbul keinginan kita nak membeli dan mencuba keberkesanan produk-produk online ni but of course as user yang berhemah lagi cerewet, I'm in doubt a.k.a. ragu-ragu.
     OK fine, siapa tak nak kulit cerah, gebu, body mantap meletop kebabom kan? Mak pun nak uols~ tergoda tengok testimoni-testimoni entah kopi dan pasta [copy paste] muka siapa, quote siapa. TETAPI para hadirin sekalian, tidak kah anda terfikir.

"Eh, ni ada sijil halal tak?"
"Betul ke manufactured by GMP punya kilang?"
"Sijil KKM ada?"

Dan yang paling penting, selamat ke? tak ada side effect? Tak ke pelik, produk-produk yang claim beri kesan express ni tak ada side effect lansung. Hang makan Vit. C berkoyan untuk putih kononnya pun boleh kena cirit birit Milah oi~ Paling minimum pun side effectnya stomach discomfort ala sengal-sengal perut gitu kan. Amacam? ada terfikir tak?
     Nak kongsi pengalaman Lin lah. Last 2,3 months tak silap. Ada satu produk ni baru nak UP, sekarang lagi UP lah kan. Lin tengok testimoni dia bukan main boleh mencengkam jiwa, lagi-lagi orang yang kita kenal promote. Dekat iklan FB siap tulis produk ni berdaftar, ada sijil MAL and KKM and sijil halal pun ada. Dijamin selamat katanya. But you know, benda-benda macam ni kita bukan boleh ambil and percaya bulat-bulat tau. So Lin tanyalah dengan dealer-dealer yang menjual. Dealer-dealer bermaksud Lin tanya ramai orang lah. Laju je reply message kat Facebook. Rata-rata nak promote and mengiyakan semua statement dalam iklan tu.
     So berbalik dengan mesej-mesej dealer tadi, next Lin try check dekat website BPFK and HALAL JAKIMResult? Produk tu tak ada dalam list pun. OK, fine. Maybe Lin silap, so Lin follow up balik dengan dealer-dealer ni. Lin kata Lin dah check dekat website JAKIM and BPFK, produk ni tak berdaftar pun. Most of them punyalah liat nak reply sampai 2,3 kali juga lah Lin PM dekat Facebook. Oh my, dah malas nak layan I ke nok~ Last-last, ada sorang dealer yang reply. Dia kata:

"Memang tak ada sijil Halal and KKM sebab ni makanan tambahan. Makanan tambahan tak perlu didaftarkan, tak perlu sijil halal...blablabla,"

Oh, ye ke? Betul ke? Tak perlu didaftarkan and tak perlu sijil halal? Peliknya, habis tu dekat iklan FB yang berleluasa tu claim ada sijil halal and KKM tu amende? Pelik, pelik, pelik. So, kalau korang sendiri lah jadi Lin, korang nak try tak sesuatu produk tu kalau peristiwa begini berlaku?
     Lin bukan apa tau, kalau betul produk ni "lurus", diiktiraf dan berkesan, bolehlah kita sama-sama beli and join buat business bagai ke. Tapi kalau kita pun was-was, macam mana nak jual dekat orang. Nanti apa-apa hal berlaku, kita nak salahkan siapa. Right?
     Last but not least, beli apa-apa pun secara online, beli dari orang yang diri sendiri pun tak pasti dengan produk yang dia jual; awak sanggup ke tanggung sendiri if anything happen? So, sebelum membeli-beli supplement bagai ni, better rujuk your qualified pharmacist or doctor. Tak pun pergi Watson or Guardian, kebanyakkan branch diorang ada Pharmacist-in-store. Jangan takut tanya banyak-banyak, bukan kena bayar pun ;)

7 comments:

  1. X berani try nk bli. Nsib x try lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasal kak. Badan sakit nanti sapa susah? Kita juga. Kalau sekejap tak apa, kalau kesannya permanent?

      Delete
  2. akak dulu pnah kena sekalilah, Lin. Masa tu akak kena chicken pox. Pas tu akak carilah produk yg bleh hilangkan parut. Jumpalah dalam fb, mahal pun beli juga, ialah parut chicken pox kan horror... tengok testimoni sume bkn main cun kulit dorang.. urmmm.. last2 takde pepun brlaku kat kulit akak, tipu daya semata2 rupa-rupanya. Nasib baik takde kesan smpingan, terus akak tak pcaya lagi produk2 kat fb ni, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun terkena? Huhuhu. Sabar jelah. Bukan semua tak boleh percaya kak. Boleh beli asalkan kita tahu mana asalnya, apa komposisinya etc. Kalau dah berdaftar dengan KKM, bagi Lin, tahap "keselamatan" tu tinggilah sikit. Walaupun kadang-kadang ada juga produk yang dah berdaftar, tapi ditarik balik dari pasaran. (*______*)"

      Delete
  3. betul betul. saye agree dgn awak. saya mmg jenis yg x berani lah nak beli brg-2 promo kot fb ni. bukan ubat-2 jer, kdg-2 kain baju pon if xde kwn penah cuba mmg x berani try. skrg ni ramai sngt penipu.

    ReplyDelete
  4. betul betul betul. saya agree. saya pon x penah teringin nak beli brg-2 gini kt FB. taaakoooottt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kak. Tapi baju kalau kena tipu duit ke, baju tak muat ke; itu still OK lagi. Kalau benda2 yang kita consume tu merosakkan badan kita, mcm mn nak harung?

      Delete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...