Wednesday, May 29, 2013

Review: Marine Essence Beauty Bar

Sabun sebesar tapak tangan ni nama dia Marine Essence Beauty Bar.

Marine Essence Beauty Bar a.k.a sabun ketiak yg bagus untuk bantu masalah:
  • ketiak hitam
  • lebam celah peha
  • daki kat tengkuk/leher
  • bau badan hanyir
  • jerawat kat badan
  • nipiskan jeragat
  • nipiskan parut jerawat
  • masalah ruam/ gatal
  • kayap
  • kudis
  • kurap
  • panau
  • ekzema
  • gatal
  • licinkan kulit
  • seri wajah 
Kandungan dan kebaikan:
Garam Buluh 

Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.

Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)
Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.

Ekstrak Liquorice
Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
Mencerahkan pigmentasi kulit.

Minyak Tea Tree 
Anti-bakteria
anti-kulat.

Gliserin
Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit
Merupakan pelembap kulit yang terbaik.

Aloe Vera
Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah
Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.

Vitamin E 
Antioksidan
anti-penuaan. 

[Info Source]

Price:
RM35/bar termasuk delivery cost from FB: Marine Essence Beauty Bar

My Verdict:
Lin beli sabun ni and received it on 9th May then terus pakai. Lin beli sabun ni sebab review Cik Chinta claim yang sabun ni sangat elok untuk orang yang ada kulit sensitif macam kita ni. At first, Lin terkejut sebab sabun ni besar sangat. So I didn't bother nak potong-potong, macam yang Lin selalu buat bila beli sabun mahal (-______-)" Tapi, on 25th dah malangnya sabun dah habis. *cry* Kiranya Lin guna 17 hari jelah. Tapi depends juga, Lin mandi 3,4 kali sehari. Tonyoh sabun satu badan sampai berbuih-buih, sama juga macam Cik Chinta. Bau dia wangi~ macam sabun dekat spa. I can't resist it (-______-)"
     So, to cut it short. Does it work? OF COURSE! as Lin guna untuk lembapkan kulit and hindarkan gatal-gatal, it really does help. Selain tu, Lin perasan kulit muka and badan semakin licin and lembut. Bekas gigit nyamuk hilang dengan cepat [maklumlah orang kulit sensitif, normally orang kena gigit nyamuk terus hilang. Tapi Lin jenis berhari baru nak hilang] Jerawat kecil-kecil beransur hilang especially dekat dahi ni. Yang tentang putihkan kulit, ketiak bagai tu tak pasti pulak kan. Hahaha. Apa kata awak cuba sendiri?

P/S: Tahniah Cik Chinta sebab dapat baby girl yang comel sangat-sangat!

2 comments:

  1. Tu la, tang putihkn ketiak tu x sure. Tp gtl2 mmg ilg. Hihi.

    ReplyDelete
  2. Bole oder lgi ke ni

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...