Monday, April 8, 2013

Keburukan-Keburukan Perkahwinan Yang Takkan Keluar Majalah

Copy bulat-bulat dari blog Cursing Malay. Bagi orang yang dah kahwin memang berinformasi, yang belum kahwin boleh jadikan bekalan ilmu dimasa depan; atau buat bahan untuk gelak-gelak pun boleh :3

Orang selalu kata banyak benar kebaikannya tapi tak ramai yang berani membincangkan keburukan berkahwin. Jadi, aku akan try list down kan semua keburukan pasal berkahwin yang ada aku alami selama 4 tahun ni dan sedikit penambahan berdasarkan pemerhatian aku kepada orang sekeliling aku. Aku tulis dari segi perspektif suami khasnya.

1. Untuk seorang lelaki, keburukan paling nyata selepas berkahwin adalah kehilangan kebebasan sebab masa kau banyak kena spend dekat family. Kau hilang kebebasan untuk keluar malam, keluar jalan-jalan, lepak dengan member dan bermacam-macam lagi.

2. Semua pendapatan suami  adalah untuk keluarga. Kalau selama ni duit kau adalah duit untuk kau spend untuk diri sendiri, lepas kahwin duit kau adalah duit family. Duit untuk diri sendiri adalah duit lebih yang kau ada lepas kau dapat gaji yang berikutnya kalau kau makan gaji. Nak saving atau nak beli gadget untuk diri sendiri?

3. Sentiasa hidup dalam dilema. Kau nak spend masa dekat family atau kau nak jadi worker of the year? Budaya Malaysia menggalakkan kita spend lebih masa kat ofis baru dianggap rajin tapi kalau kau spend masa dekat ofis, kau tinggalkan family. Aku senantiasa pilih rumah. Ada member aku pilih ofis. Ini ikut orang.

4. Kau terpaksa jaga hati dua keluarga. Ini adalah benda paling susah nak dibalancekan kalau ada satu side yang jenis tak paham. Apatah lagi kalau mak mertua jenis nak anak lelaki dia sayang dia lebih dari isteri (sesuatu yang sebenarnya sangat reasonable sebab mak lebih penting berbanding isteri, tapi....tak ramai yang praktikkan) tapi sebagai suami kau nak jugak bawak anak bini balik jumpa mak bapak dia.

5. Ada banyak benda yang kau impikan kau terpaksa hold. Nak sambung belajar, nak tukar kerja lain sebab kerja kau macam haram, nak gi kerja oversea. Semua benda tu akan ada aje sebab yang membuatkan kau terpaksa tangguh dulu...apatah lagi kau dah ada anak. Banyak kes suami terpaksa tinggalkan isteri sorang2 jaga anak sebab kerja,sebab sambung belajar....satu benda yang aku tak sanggup nak buat.

6. Dah ada anak, satu-satunya masa kau free...adalah waktu kerja dan waktu anak kau dah tidur. Sebab itu ada sesetengah parents tergamak/terpaksa letak anak dia dalam kurungan.

7. Semua kerja rumah yang kau sepatutnya dapat buat dalam 5 minit, kau akan ambik 15 minit untuk siapkannya. Kau nak vakuum rumah tapi anak kau tengah tidur? Camne nak vakuum? Kau nak menyapu tapi anak kau pun nak menyapu jugak....takkan nak halang.

8. Sesiapa yang ada impian lepas berkahwin nak ada rumah yang layak masuk majalah hiasan dalaman rumah....diharap hold on impian tu dalam beberapa tahun. Rumah anda akan bersepah, dinding akan diconteng, barang merata2. Anak aku senyap2 je conteng dinding lepas tu bila kantoi dia gelak.

9. Hidup kau akan jadi rutin dan rutin kau akan ditentukan oleh anak-anak kau. Itupun hanya lepas dia dah umur setahun lebih. Bawah setahun....kau tidak ada rutin. Apa yang kau boleh buat hanyalah adapt dan tahan.

10. Benda paling penting yang kita semua kena sedar, dalam bab menjaga anak-anak ni, tidak ada waktu off untuk ibu tapi untuk bapak akan ada. Aku tak tau kenapa camtu. Anak aku dengan aku dia ok aje tapi dengan mak dia, 24 jam nak kena ada sebelah dia kecuali dekat rumah pengasuh. Aku dia siap lambai2 lagi time aku nak gi kerja.

11. Kadang-kadang, akan ada masa, kau rasa kau tak tahan. Kau nak lari, kau nak tinggalkan semua yang kau kena hadapi. Benda tu normal.Aku pun rasa camtu bila ada perselisihan faham dengan isteri. Memang aku nak lari. Semua orang akan ada rasa camtu sebab kita jadi frust hilang kebebasan, hilang segala benda yang selama ni kau nikmati macam keluar lepak-lepak, main game, layan Facebook 24 jam, tengok tv dan sebagainya. Just ingatkan diri kau benda tu normal. Dan keadaan akan jadi lebih baik kemudiannya. As long as pasangan kau  ready untuk support kau.

12. Bila kau couple, syaitan tarik kau supaya buat maksiat. Bila kau kahwin, tiap2 masa syaitan cuba goda kau supaya ceraikan isteri kau. Benda kecik pun akan jadi isu macam tak sambut dengan senyuman bila suami balik kerja sebab tiap2 masa syaitan akan try ingatkan, "kat luar sana ramai perempuan lain. Kau deserve better. Kau tak sepatutnya hadapi semua masalah ni. Tinggalkan aje dia. Cerai aje. Kuasa ada dalam tangan kau."

13. Aku takleh nak bayangkan dunia ni macam mana kalau kuasa cerai ni diberikan kepada kaum wanita. Sabar wanita jauh lebih hebat dari lelaki tapi dalam bab cerai ni ada sebab kenapa kuasa tu jatuh kat tangan suami. Respek lah suami anda kalau dia ni orang2 macam aku, ilmu agama tak berapa cukup.

14. Untuk orang perempuan, masalah paling besar adalah ego bila ada kekurangan pada suami dan isteri mula merasakan dia better berbanding suami. Hakikatnya mudah...terima benda ni; seburuk2 mana pun suami kau punya kekurangan, dalam Islam tidak ada hakikat wujudnya kuasa sama rata antara suami dan isteri. Jadi kalau ada golongan feminist yang cuba menyama ratakan kuasa antara suami dan isteri, anda mungkin perlu belajar balik ABC.

15. Itu semua adalah masalah secara fizikal dan mental yang bakal kau hadapi selepas kau berkahwin. Memang berat perkahwinan ni. Memang berat. Tapi macam mana pun, semua masalah, dilema dan rintangan yang kau hadapi, kau takkan nak ganti dengan benda lain. Perkahwinan ni memang berat tapi ganjaran dia pun amatlah berbaloi. Apatah lagi bila kau ada anak. Rasa macam nak duduk rumah dan jadi suri rumah lelaki rasanya.

16. Satu tips kepada golongan suami, kalau ada terasa nak "ter-cerai" kan isteri sebab marah sangat, gantikan dengan perkataan "cibai." 

2 comments:

  1. entri menarik..nnt nk suh bkal suami bca :)

    ReplyDelete
  2. Hai. Balas jejak kat sini. :)

    Tersenyum sendiri baca entry ni. Rase macam betul 100%.

    Uni recently posted : Kisah Urine Pregnancy Test (UPT)

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...