Saturday, June 30, 2012

Segmen : Tingkatkan Follower Twitter

Lin join segmen by FiQaH oLenJi.
Jom join sekali!
(^__________________^)
Kalau nak join, klik banner kat atas ni tau.

Thursday, June 28, 2012

Spontaneous Thursday: Jason Mraz

Pasaipa rambut dia macam tu?!
Why...Why..Why..
(>______________________________________<)"

Tuesday, June 26, 2012

It's My Birthday, again!

     Yesterday is my birthday yang ke-17. Sweet 17. Tak mau mengaku umur dah meningkat tua. huhuhu. Well actually just got back from my in-law house. Tak buat apa pun. Tapi korang dah try ayam KFC yang baru? alah yang ada cornflake and rasa pedas tu.
Rasanya quite good, taste like ayam goreng pasar malam. I do prefer hot and spicy more [tak boleh komen lebih-lebih. Saya datang nak makan ayam, tak nak kena flying kick]. jk~
     It's been a year lah since my last birthday celebration [another 17th birthday of course], but this year tak ada special celebration pun. Nothing bout it, fascinating thing to blog about. Tapi~~~~~~! I won Summer Skincare Set from SHISEIDO. yippe~~~~!
     Ada WHITE LUCENT Softener Enriched W, Special Cotton Case with Facial Cotton Special Size. Nanti dah habis pakai, Lin buat review. Thank you SHISEIDO. Last April dah bagi I menang free mask. Next month bagi I one set White Lucent pulak ek. Nanti-nanti boleh lah ambil I jadi duta U k? Hehehe. 
     Semalam kami berdua tengok wayang juga. Cerita Abraham Lincoln: Vampire Hunter. Best juga lah, but the fact of Abraham Lincoln jadi vampire hunter dalam cerita ni, macam kelakar sikit. Even my dad tergelak bila dengar tajuk cerita ni.
     Then after movie, we're having dinner at MBI Terrace. Currently our favourite kedai makan ialah MBI Terrace 1. Kedai no. 1 dari tepi. Why we love this place? It's because of this:
Nasi Goreng Daging [NGD]
     Normally bila kita order NGD, kuantiti daging dalam nasi tu sangat lah ciput lagi kedekut tahap dewa. Baik order Nasi Goreng Biasa perencah daging, right? But this place, [again, MBI Terrace No. 1], memang terbaik. Literally, every each bite memang akan ada daging. Nasi pun banyak, and it serve with sup daging and sambal belacan yang best. Berbaloi bayar RM4.50 pun. Kalau sesiapa orang Ipoh or maybe datang melawat Ipoh, boleh lah datang sini and enjoy this evening view in Ipoh.
Ok, back to myself again. Semalam my birthday, thanks kawan-kawan atas wish and doa anda semua. Doakan lagi banyak-banyak untuk Lin :). Terima kasih ayah ibu, for bringing me to this world and jadi SUPER SUPPORTER for me to stand. I Love you all!

Can't wait for Baby Daniel card to reach my mail box!

Friday, June 22, 2012

Painting by Numbers!

Beberapa hari lepas dalam entry Creative Side of Us, Lin ada cakap Lin nak cerita pasal Painting by Numbers [PBN] kan? Inilah dia:
Bahagian hadapan kotak.
Bahagian belakang kotak, disertakan info tentang PBN ni. Boleh klik gambar di atas ni untuk besarkan kalau nak baca apa yang tertulis.
Bahagian dalam pula, disediakan kanvas yang dilabelkan dengan numbers, water color, brush and mini easel. Actually, ada macam-macam picture yang kita boleh pilih. Lin pilih gambar Snoopy. Cute kan?
(^_________^)
Semua barang dah ready, kita kena sediakan air untuk basuh berus and tisu.
Masa untuk mewarna!
After 3 days, baru Lin siap mewarna. Buat bila free je.
DONE!
Cute kan?kan?
Bila dah siap, boleh la letak dekat easel dia.
Teruja tak? Kalau sesiapa yang teringin, boleh beli PBN ni dekat Hinode. Alah~~kedai RM5 tu. Harga dia RM5 sekotak.

Bila last awak mewarna guna water color?

Tuesday, June 19, 2012

Gardenia Low Fat Fibremeal Range

 
     I'm a SUPER fan of Gardenia [especially 100% Wholegrain, like seriously I can't live a day without a one or two slices of it. Last new product Gardenia ialah European Cottage Style Bread which I already tried and tested with a lot of variation memang terbaik and best! 
     Semalam Lin beli roti dekat kedai mamak depan rumah, Lin ternampak another new product from Gardenia which is Gardenia Low Fat Fibremeal range. I was thrilled! Rasa macam nak beli semua. Ada 3 jenis, which is:
  • Bran & Wheatgerm Light Fibremeal,  RM2.40
  • Finegrain Wholemeal High Fibremeal, RM2.80
  • 100% Wholegrain with Canadian Purple Wheat, RM3.50
Tapi expired date 20hb ni. So, takut roti ni tak habis before that time, dah rugi kan. So, Lin beli Bran & Wheatgerm.
     Rasanya, memang sedap and ada tesktur tak macam roti putih biasa. Sesiapa yang tengah diet tu, eloklah makan roti ni sebab ini adalah salah satu cara mudah untuk ambil fiber/serat yang baik untuk membantu proses penghadaman. Yang tak diet pun boleh makan. Cubalah~ sedap juga kalau makan dengan kaya ni:

suka kaya pandan!

Sunday, June 17, 2012

Selamat Hari Ayah!

Special entry for my beloved Ayah

En. Nordin bin Haji Sahiman.

     I wish I can be with you forever~
With Love,
Kaklong

Friday, June 15, 2012

Games Obsession: The Sims 3


Semalam dengan baik hatinya En. Qushaiey buat surprise. Dia belikan Lin CD Game The Sims 3. 
Elok sangatlah, tengah-tengah bosan gila tak tahu nak buat apa ni as Internet problem, nak online pun tak boleh. Asyik menumpang Wifi McD je.
Tapi apa-apa pun I was like SUPER DUPER excited. Sampai tak tidur main game ni malam tadi. Zelda segala bagai dah tak pandang dah.
Lin memang suka gila main game The Sims ni. Game dari zaman kecik-kecik dulu.
v(^____________^)"v

Korang suka main game apa?

Thursday, June 14, 2012

Creative Side of Us.

Good morning Malaysia~!
Ini cerita dah basi, tapi nak bagitahu juga.
Masa balik JB hari tu sempat buatkan En. Qushaiey felt craft Batman.
Badan dengan kaki dia tak nampak sebab sama color dengan cape dia. Tangan macam buruk sikit. Gunting tak tajam. 
*alasan, walhal tangan tak bedung/tak cukup seni*
Sepatutnya bubuh stuffing or kapas buat macam soft toy tu tapi En. Qushaiey kata dia nak buat tampal kat baju or beg. So, tak bubuhlah.
Second, korang pernah dengar painting by numbers tak? Ini kit untuk mewarna guna water color. Bunyi macam senang kan? Tapi nak buat nya agak complicated sikit. Lin beli dekat Hinode Giant Sunway City, Tambun. Harga macam biasalah, RM5. Tak silap dekat semua Hinode pun ada, sebab Lin ada nampak dekat Hinode Angsana, JB dengan  Tesco Seri Alam, Pasir Gudang. InsyaAllah, nanti Lin buat review sikit. Teruja ni nak try.
(^______________^)"
Kinder Bueno tu pun Lin beli dekat Giant Sunway City, Tambun. Biasanya Kinder Bueno RM3.99, lebih kurang macam tu lah harganya kan. Tapi reduce price RM1.99. Apa lagi, Lin sambar lah satu. Kalau mahal Lin tak ambil, lagi-lagi tengah "sempit" ni.

Seronok ke cuti?

Surah Bacaan Ketika Mengandung

Perkongsian di hari Khamis:
v(^_________^)v

musim orang pregnant sekarang ni~

Tuesday, June 12, 2012

I Will Be Back Soon!

Beberapa hari ni tak dapat nak update blog, sorry juga pada kawan-kawan yang datang melawat sebab tak dapat nak blogwalking dekat blog korang. 
To be truth kebelakangan ni banyak benda yang berlaku, and it makes me feel super duper down.
Tapi nak buat macam mana kan? Ujian dari tuhan, redha je lah.
Doakan Lin ok.
Good luck juga untuk kawan-kawan yang ada final exam.
v(^________^)v

Thursday, June 7, 2012

Segmen : Pencarian Blogger Follower Bawah 500

Kita join segmen Miss Z! Follower kita ada 348.
Hope boleh kenal ramai blogger lagi~
v(^________^)v

Tamat segmen : 12 JUN 2012, Jam 10 pagi
Tag:
Fatin

Wednesday, June 6, 2012

Beli barang dekat Tesco Ipoh.

     Pagi ni Ipoh hujan, tapi sekejap je. Kami start our day dengan breakfast dekat KFC. Sebenarnya kebelakangan ni Lin suka gila makan bubur. Dalam otak ni dah tak boleh fikir menu lain. Nak masak sendiri, rice cooker Lin rosak. (>______<)" Maybe lepas ni nak minta hadiah rice cooker dari Angah, adik Lin sebab bulan ni kan birthday Lin. Hahaha~*ketawa jahat*
MAILBOX!
     Memang seronok bila dapat surat kan?kan? *jakun* Lin dapat Kotex pad sample, Birthday card from Blacksmore dengan free baucer RM5 and Pendrive Heinz as Lin antara 30 orang yang pemenang "What's Your Favourite Heinz Contest 2012".
Dah try Kotex pad yang baru ni? Lin dapat 2 keping sample overnight. Besar gila! Macam ni la baru puas hati. Nak tergolek, nak berlari segala bagai pun tak apa. Tak bocor. 
Baik hati betul Heinz company ni, hari tu dah dapat organiser warna merah favourite Lin. TQ <3.
Adik Lin yang bongsu, Daniel baru 5 tahun tapi dah pandai membaca. Hebat betul. So, I've decided nak ajar dia menulis surat. Lin beli sampul surat dengan setem siap-siap so Daniel boleh pos surat kat kakak dia yang vogue ni. 

Bila last time korang pos surat dekat sesiapa?

Pencuci muka mana yang best?

Lebih 5 tahun Lin guna Oxy Facial Wash. So far, memang bagus lah. Tapi sejak kebelakangan ni cuci muka rasa macam dah tak ada "feel" gitu~ So, I've decided nak try pencuci muka lain. 
*sangat gatal*
(>_______<)"
Before ni pernah guna Biore, Garnier, Safi Balqis, Fair & Lovely, Simple bla bla bla.
Tapi tak pernah guna Neutrogena lagi~
agak-agaknya Neutrogena bagus ke?

Korang pakai pencuci muka apa?

Ipoh. Ipoh. Ipoh.

Baru sampai Ipoh semalam setelah 17 hari di Pasir Gudang.
Sebenarnya Lin tak ingat pun berapa hari Lin balik PG, tapi bila bayar duit simpan motor dekat Medan Gopeng total RM34, as sehari RM2. Baru Lin tahu dah 17 hari.
(>_______<)"
Demam batuk tak baik-baik lagi. Tekak pedih. 
Cuti sebenarnya lama lagi, tapi Lin ambil keputusan balik Ipoh as research Lin tak siap lagi, so perancangannya nak settlekan semua benda sebelum berkhidmat semula di Hospital Ipoh.
ceh~
Random Event dekat rumah hari tu:
 Bakso Tesco Seri Alam yang sedap gila, tersedap di alam semesta.
Last week ayah buat kenduri, macam buat majlis kahwin.
(>_______<)"
 Baby Tia <3
Belanja Daniel dekat McD
Laptop baru. huhuhu~
Tapi, tak tahulah kenapa balik Pasir Gudang kali ni macam bosan sikit.
Mungkin sebab kawan-kawan tak balik cuti kut,
(>_____<)"

Sunday, June 3, 2012

Asus A43SD.

Alhamdulillah, Lin dah beli lappy baru.
*excited*
Before ni Lin ada cakap ayah nak belikan lappy baru untuk Lin kan, kan?
Mula-mula ingatkan nak beli Asus K series tu, tapi ayah dengan tersangat-sangat baik hatinya bagi budget lebih sebab this month kan Birthday Lin. Kiranya lappy ni jadi hadiah birthday Lin tahun ni la. So, Lin beli Asus A43SD.
Intel Core i3, upgrade RAM 4GB dengan graphic NVIDIA 2GB.
PERFECT!
Boleh main game~~~~~!
Best-best.
TERIMA KASIH AYAH!

Seronok sangat.