Friday, November 30, 2012

Rezeki Akhir Bulan :)

Giveaway: Modbox Beauty Box! by Beauty Sanctuary
[link]
Yes! Next month dapat dua free Modbox Beauty Box.
TQ Joanna :)
Quick Giveaway # 2 by Sarah In Da Housez
3rd place
Hadiah dah sampai tadi. Tapi disebabkan Lin tak ada dekat rumah tadi masa orang Pos Laju sampai, so, kena ambil sendiri kat pejabat pos. Nampaknya hari Selasa depan la Lin baru sempat ambil. Esok tak boleh sebab hari Sabtu minggu pertama Pos Laju tutup and hari Ahad Lin pergi KL nak tengok adik Lin konvo hari Isnin.
SEVENTEEN/ KITSCHEN PROMOTION - SEPTEMBER 2012 
RM250 voucher dah sampai!
Yeah~ boleh shopping baju free hari Ahad ni dekat Time Square! Excited-excited.
Barang Avon pun dah sampai :)
Nanti kita buat review :)
Lepas tu hadiah dari Blacksmore pula:
tapi rasanya Lin tak dapat join kut sebab dah balik JB
(x______X)"
Last but not least Lin dapat hadiah Lucky Facebook Fan daripada Price Abuse Sdn Bhd. Tapi tak pastilah dapat hadiah apa. Huhuhu~

Exam dah habis. Untuk selamanya!

Thursday, November 29, 2012

Unboxing: Wonderbox Beauty Box November 2012

If you didn't know about Wonderbox just yet, feel free to view my previous post about Wonderbox [HERE] (^__________^)
Product List:
JURLIQUE Moisture Replenishing Day Cream 15g
Retail Price: RM159 for 40 ml, RM293 for 125 ml
A rich moisturising cream with a powerful combination of emollients that helps to deeply, hydrate, restore suppleness and protect against environmental aggressors.
SAMPAR Vivid Radiance Serum 2.5ml
An Exceptional concentration of peptides, hibiscus and acerola. A powerful antidote to the unwanted marks of time.
Retail Price: RM279 for 30ml
SAMPAR - Glamour Shot 2.5ml
Tint-free skin care that minimizes enlarged pores, and wrinkles in one minute. May also be applied at any time of day, on top of make-up.
Retail Price: RM173 for 30ml
SAMPAR Lavish Dream Cream 2.5ml
A day and night cream with anti-ageing properties. It provides a long-lsting moistuirzation that diminishes the appearance of wrinkle, fine lines and expression lines.
Retail Price: RM423 for 50ml
OFFICE MAKEUP USA 3D Resplendent Lip Gloss
BW01 - BW02 - BW03 - BW06
A unique lip gloss with 3D glitter and diamond effects. Contains Vitamin E to provide moisture and nourishment to your lips.
Retail Price: RM68

My Verdict
This month, Wonderbox brought two version of beauty box which is pink ribbon box and black ribbon box. I got mine in black! The different between black and pink ribbon box:pink ribbon got Office Makeup USA Color Glaze Eyeshadow while black ribbon got Jurlique Moisture Replenishing Day Cream [For more info click HERE] In addition, I notice that in this second box, they did provide retail price in their product leaflet which is super convenient! Overall, I would say that this is a really good deal and I'm looking forward to the next box :) Congrats Wonderbox!

For more information on Wonderbox, you can find it [HERE] and Wonderbox Malaysia on Facebook.

Gamila Secret Cleansing Bar.

Win this cleansing bar from Gamila Secret worth RM66. Lin ada baca good review tentang Gamila Secret Cleansing bar ni, and of course the downside; which is it may cause some blemishes after several days usage in order to detoxify your skin but it will gone and leave a superb fresh new skin after 28 days. Kena pakai continuously and tak boleh campur-campur dengan produk lain pula tu~  So sekarang ni persoalannya, should I take the challenge?
Kalau sesiapa yang nak Discount Voucher RM35 untuk produk Gamila ni, bagitahu Lin k? Sent to Yee Ling :)

PART LAST: Pak Guard! Jangan Clamp Tayar Kereta Saya!

[Sambungan dari PART I]
     Fuh~ dah berhari baru sekarang ni sempat nak update cerita pasal pak guard. Maklumlah, orang tengah final exam kan. Well straight to the ending la. Lepas Lin cakap dengan security guard, pakcik tu terus pergi jumpa owner kejap by himself <--- still tak nak bagitahu siapa ownernya. So, Lin tunggulah sekejap sementara tunggu dia balik. Bila dia datang semula ke guard house, dia kata, owner tu tengah mengaji tak mau buka pintu. 
     I was like, hah? weird. Mula-mula dia cakap owner tu cina, then dia cakap owner tengah mengaji pula. Pastu dia kata kat Lin macam ni:
"Owner tu eccentric sikit dik. Tak apalah, pakcik take all the responsibility. Pakcik buka clamp. Nanti kalau perkara ni dibangkitkan dalam committee meeting or owner tanya about adik, adik pergilah cakap dengan owner. Owner tu commitee member,"
Well that was a relief, I guess. Till now tak ada siapa-siapa ketuk pintu rumah lagi, and harap-harap tak ada lah. Pleaselah, Lin lagi 2 minggu je stay Ipoh. Then I go back to JB, forever. ngeh~

Dahlah nak cuci enjin kereta nanti pun kena RM100. Tertipu ke apa?
(+_______+)"

Sunday, November 25, 2012

Pak Guard! Jangan Clamp Tayar Kereta Saya!

As nak exam and Lin tak berapa sihat after surgery hari tu, ayah tinggalkan kereta kat Ipoh so it easier for me to go anywhere tak perlu naik motor. OK for intro, rumah sewa Lin jenis apartment, and each unit ada parking lot sendiri which satu rumah, satu parking lot. Parking lot untuk rumah Lin tuan rumah tak bagi guna as dia guna untuk himself. Kalau Lin nak, every month Lin kena bayar RM100/month. Dahlah sewa rumah mahal, nak kena tambah RM100 pula sebulan. Bankrupt Lin. So I don't bother at first sebab Lin pakai motor. FREE.
     But not until yesterday, bila Lin bawa kereta. I park my car dekat satu parking lot ni which dekat dengan rumah and normally parking lot tu kosong. So I thought, there's no one occupy that lot la. Lagipun sebelum ni pun Lin pernah park kat situ, memang tak ada problem. Dalam 3 jam macam tu, dalam pukul 8.30 malam, memang terperanjat berok la Lin tengok kereta kena clamp! Rasa macam nak mengamuk pun ada. But eventually, memang Lin salah pun kan. So Lin pergi dekat guard house. 
     Yang paling menyampah bila time Security Guard tu minta duit denda. Kalau RM10 tak apa. Ni RM100! and start esok [Monday] lambat bayar je, kena charge RM10/day. Kalau macam ni baik sewa lot sebulan terus. Ini perkara paling bangang dalam dunia ke apa? OK fine, nak marah pak guard pun tak boleh sebab tu memang kerja dia and memang salah Lin pun kan. TAPI, ni first time pun takkan tak boleh bagi exceptional. Pak Guard tu kata tak boleh, sebab owner sendiri mengadu parking lot kena "ceroboh". Watdehek guna perkataan "ceroboh". Ingat aku penyamun ke. Hah~ ni yang nak marah ni. So Lin tanya la siapa owner, kalau la boleh negotiate so and so kan. Tapi Pak Guard tak nak bagitahu sebab konon-konon Private and Confidential, can't blame them also (+_______+)" 
     Dapat ke minta pak guard buka kunci clamp? Do I really need to pay? After this nak parking kat mana kalau tak ada parking lot? OK. Sambung cerita esok-esok, nak study.

Suspen.

Saturday, November 24, 2012

Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com

Lin suka blog Kak Mia sebab suka baca tentang Kak Mia and Kak Mia suka kongsi banyak tips-tips yang berguna. Tak kisahlah tips untuk blog or life.
(^__________^)
Jom join segmen Kak Mia? Klik [SINI]

Friday, November 23, 2012

GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Entry Kegemaran

[link]

Sebab kami perempuan. Terima kasih.

Prince Noob. Terima kasih invite.

Segmen Kenal-Kenal Bersama Aisyah Humaira'


[link]
Serba Ringkas Tentang Lin
Nama Sebenar : Suzlin Azreena binti Nordin
Panggilan : Suzlin
Nama Blog : monolog.dalam
Umur : 17 ;)
Status : In Relationship with Mohd Qushaiey bin Nasharudin
Pelajaran : Lagi seminggu nak grad. Farmasi.

Tag:

Jom join sekali? Tarikh tutup 24/11/12 Jam 10 malam.

Thursday, November 22, 2012

Burger Jalanan.

I'm a fan of burger especially burger daging Ramly. So as consumer and bekas penjual burger pada suatu ketika dahulu, hari ni Lin nak cakap tentang ciri-ciri burger yang macam mana memenuhi citarasa saya as pemakan burger jalanan tegar. OK, kita start lapis demi lapis:

Roti.
Spread with butter, at least 1 teaspoon untuk dua-dua keping. Jangan banyak sangat, and please jangan tekan sampai penyek~ sangat tak ada nilai estetik.
Sos Cili.
Don't put too much. 2 teaspoon are more than enough.
Sos Blackpepper.
Tak semua tempat letak, tapi please~ kalau ada, jangan guna yang murah. Spoil rasa burger. 
Sayur.
Normally letak kobis, tomato and timun kan? 1 each pun cukup, tak payah banyak. Kobis tu potong halus-halus buat coleslaw.
Mayonaise.
Gaul dengan kobis, lebih sedap then bubuh dalam burger.
Daging.
The most crucial part. Please, belah tengah. Kadang-kadang ada tempat yang masak ala kadar, tengah-tengah dia tak masak. Faham tak belah tengah disini? Macam ni:
Cuma, jangan garing sangat sampai kering, agak-agak.
Bawang.
Ini tips, caramelized your onion sebelum masak burger [Jangan sampai hangit]. Then at the same spot masak bawang tadi, masak burger kat situ biar daging serap minyak/menterga perasa bawang. Bila daging dah masak, letak kat belahan daging tadi. Peh! sedap giler.
Extra: Seasoning.
Serbuk cili, serbuk lada sulah and kicap perasa Maggi. Combination paling best. Bubuh masa aktiviti memasak daging tu tau. Don't put too much.
Extra: Telur
Buat bungkus daging, empat segi cantik-cantik. Tak payah letak serbuk perasa bagai, sebab biasanya kalau orang order burger special, awak masak daging dulu kan? Baki-baki perasa awak masak daging tadi dah cukup. Guna yang sedia ada.

Hah, nampak cam cerewet gila kan? Mesti korang kata, "Minta macam-macam, bayar ciput je". Ei, korang try buat macam ni sebulan. Pastu baru boleh cakap kritik bagai. And pasal kos, tak ada lah mahal sangat pun. Bukan guna banyak~ utilize semaksimum mungkin. Plus, kalau korang ikut tips kat atas ni guna coleslaw, burger korang nampak lebih besar dan appealing ;) Masak biar ikhlas, penuh kasih sayang. OK, tu je nak cakap.


Sorry tak ada gambar, lukis pakai paint je.

Tuesday, November 20, 2012

Camera Problem.

Problem: Tak boleh auto focus
(+_______+)"
Why? o why? Sekarang Lin patut buat apa ek?
Kalau hantar repair, mahal tak?

Boycott Israel Campaign 2012

boycott israel companyboycott israel company

DIY: Liquid Deodorant

Crystal Deodorant, it does work; at least for me. Its cheap, long lasting, natural etc. But the downside part is, kalau jatuh je terus pecah bersepai. So, apa yang awak boleh buat dengan crystal deodorant yang pecah? Lin nak share this tips, so here it goes.
What you will need:
Crystal Deodorant yang pecah [obviously], distilled water, 30ml spray bottle [I buy it from Daiso for RM5] and Zip Lock Bag OR mortar and pestle.
Method:
Put the broken crystal in the zip lock bag and crush it  OR you can just pulverized it in a mortar until it become like this:
OK. This look weird. I imagine myself as drug dealer when doing this
(*_______*)"
Finally, put about one tablespoon of the powder into the spray bottle and top up with distilled water. Give a good shake and leave it for 24 hours before using it. That's it! Don't forget to label baki crystal powder tu, or someone will end up using it as garam or worst, your dad mistakenly thought her daughter is a drug addict. I'm serious.

Monday, November 19, 2012

Ayam Brand Tunamagik

Pernah makan Tunamagik produk Ayam Brand tu? It's not a new product in the market, tapi hari ni entah macam mana tiba-tiba teringin nak makan.
Lin try dua-dua and mix it all up, but I do prefer yang sambal. Rasanya? Not bad. Tapi kalau I have an option sama ada nak makan nasi kosong with Tunamagik or else, based on harga Lin lebih rela makan nasi goreng biasa kat kedai. Harga setin ni, RM4.45.

Forum

Tiba-tiba terasa nak create satu forum. Feel free to join :)
Use this link: [HERE] or [HERE] to enter and register.

Motif: A platform to talk about everything, anything and whatever.

Good News! Lippy Girl now in Malaysia!

Remember my review on Lippy Girl, superb organic make-up from Canada? [Click HERE to refresh your memory] Well, I have a good news for you (^______^) I saw this on BBF Beauty Box online shop. Plus, they are more cheaper. This is your chance to get one!
click picture for larger view
[link]

Sunday, November 18, 2012

Doa Untuk Gaza, Palestine.

Sesungguhnya kita dikejutkan dengan pencerobohan Israel dalam wilayah Gaza bermula dari hari Rabu yang lalu.Jumlah kematian terus meningkat Sabtu lalu ke 45 orang, dengan 40 daripada adalah warga Palestin, seramai 13 orang daripada mereka adalah orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak, dan tiga orang awam Israel.

Sebagai saudara seagama,marilah kita bersama-sama membaca Doa Qunut Nazilah dalam setiap solat berdoa semoga saudara2 kita selamat di Palestin,Syria mahupun di Myanmar dan semoga Allah S.W.T melemahkan musuh Islam dan umat Islam dapat mencapai kemenangan.InsyaAllah...

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:
· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

· Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

Saturday, November 17, 2012

SEGMEN : CARI FOLLOWERS NOVEMBER !

[link]

Lin join!
(^______^)

Sick.

Pray.

Segmen: "Blogwalking Mania by Cik Suzlin"

[Sticky Post]
"saya tak pasti samaada ini gambar kucen atau chimera"
Segmen untuk senang nak blogwalking and tambah kenalan dan mengeratkan silaturrahim sesama kita. Jemput join this segmen. 3 lucky participant will get mystery gift from me!
v(^_________^)v
Caranya:
-Follow blog ni.
-Follow me on Twitter and Like me on FB:
-Buat entry yang bertajuk "Blogwalking Mania by Cik Suzlin".
-Letak banner di atas kedalam entry tadi dan link kan kesini.
-Tag 2 orang kawan.
-Letakkan link post entry di ruangan komen dibawah.

OK. Lin nak tag:

Tarikh Tutup: Disember 2012


[SENARAI PESERTA*]


*Jemput blogwalking peserta lain okay . Senarai peserta akan di update . TQ.

Tuesday, November 13, 2012

The Proper Way to Apply Eye Cream

Oh gosh. I didn't know that. Patutlah mata sentiasa pedih-pedih bila apply eye cream. I thought it was meant to be like that OR my eye sangat sensitif (>________<)" 

Monday, November 12, 2012

I'm loving it.

Alhamdulillah, rezeki mencurah-curah bulan ni. Lin menang: 
[credits to: source]
Burberry Beauty Foundation Sample Packs from Chocolate Cats
Thank you Fatin!
Gamila Secret Original Cleansing Bar and RM35 E-voucher code from Gamila Secret
and currently Lin tengah tunggu 4 parcel this week:
  • 10 shades of Moisture Seduction Lipstick from Avon [at last! after 1 year and 4 months~]
  • RM250 Kitschen Voucher from Seventeen
  • Prizes from Gamila, of course.
  • ...last but not least, a parcel from my friend, Nor! Expect more review after this :)
Thanks all!

Sunday, November 11, 2012

Babbling Sunday

I will have my final exam starting on this 26th sampai 30th. Like seriously, the last exam before I change my status from so-called intern or student or trainee or kuli whatsoever to---> oh well, penganggur, obviously. I don't wanna to talk about exam just yet, as talking about it make me feel like somehow rasa nak muntah. You know, I have this panic attack when it come to word exam.
      I already plan one or two things to do next month macam reupdate my abandon blogshop, search for job, LOST 10kg in 1 month before I'm going back to Johor next year [is it even possible?!?]. As cuti sekolah dah bermula, my whole family plan nak bercuti-cuti Malaysia to Cameron Highland and pantai timur. Cameron Highland? sound like a good idea to me but Kelantan, Terengganu? NO. NO. But, don't judge me wrong. Tak ada kena mengena pun dgn racism or what, tapi sebenarnya sebab:
  • Kalau it take 2,3 hours maybe OK but more than that macam tak boleh. I just can't stand the heat, headache, motion sickness etc. during the journey. Nak balik JB, my own hometown pun berkira-kira.
  • When it comes to bag-packing, I tend to pack more unused stuff. Eh, kejap. Semua barang pun penting, semua barang kena bawa. Just in case. Better sediakan payung sebelum hujan kan? But the not-so-best part mestilah kena angkat beg berbondong-bondong. Lainlah kalau ada private bell boy kan. Hohoho~
Ayah should sell all the cars and buy a bus or maybe RV! that would super-bombastic-bomb-diggity plan. As for above reason, I prefer to stay at home. But Lin tak nak jadi selfish and ruin all the plan, right? But hey, look at the bright side! [saying to myself~ again and again] At least, we can spend some quality family times, plus, what-on-earth I'll be doing there after this? Kalau dah start kerja busy bagai so and so, bila lagi nak pergi? Inilah masaya nak melawat tempat orang ye tak?
     Cerita Lain: I broke my camera [or maybe I should state that I broke my ayah's camera?] and I don't know whether it can be fix or not. (+_______+) Digital camera are super damn cheap nowadays. Tapi rasanya dalam masa terdekat ni, belum lagilah nak beli [sambil seluk saku yang berhabuk]. BUT! there's a good news! ada orang yang baik hati sangat-sangat nak bagi his camera to me for free! Thanks Nor! OK. Tak sabar tunggu Rabu depan, I feel so super excited! OK. Nak keluar kejap, ada orang dah tunggu *wink*

Saturday, November 10, 2012

Coming Soon: Modbox?

I just can't wait for this coming December because of this:
Modbox Beauty Box
Modbox Beauty Box
Introducing you to new Beauty Box subscription service in town!
Modbox Beauty Box
Yup, I've subscribed to Modbox Beauty Box which will be launched next month.
It cost RM19 but you have to pay for shipping.
[RM9 for Peninsular Malaysia and RM11 for East Malaysia]
Looking forward to their début box!

For more info you can find Modbox on Facebook and their website.
(^_________^)

First Box. High Expectation.

Unboxing: BBF Beauty Box October 2012

Hi gorgeous! Remember my review on BBF Beauty Box last month? [Click HERE to refresh your memory]. As for that, BBF Beauty Box founder; Nor has sent me a token of appreciation which is: Free Beauty Box! (>______<)" Thank you Nor! So for now, feast your eyes ladies~

Friday, November 9, 2012

Dramatic version of Kamera Rosak

Kamera saya dah rosak
Macam mana nak update blog kalau tak ada gambar?
Macam mana nak ambil gambar kalau tak ada kamera?
(+____________+)"
Kamera saya jatuh, sekarang tak boleh autofocus and blurry.
Nak bela dalam masa terdekat ni rasanya macam tak ada budget apatah lagi nak beli baru.
Henfon kamera pun tak ada sebab pakai cokia lampu suluh je.
Nak nangis

OK. Kawan-kawan minta jasa baik untuk menderma dengan klik iklan nuffnang/Churp-Churp diatas. Segala review akan di postpone sampai dapat kamera baru.

Unboxing: Fabulous Find August 2012 Beauty Box

Too bad that Fabulous Finds beauty box has been discontinued [source] but Thanks to Jessy for giving me a chance to have it [this beauty box been given to "Jessying 4th anniversary Blog Giveaway" winner]

Wednesday, November 7, 2012

Wordless Wednesday


Postcrossing Update!

Kalau korang tak tahu Postcrossing tu apa, boleh rujuk entri di [SINI]
My first postcard from Taiwan!
Currently 3 of my postcards dah sampai kat member yang lain
[USA, Germany and Ukraine]
So tinggal lagi dua postcard tak sampai lagi, to Poland and Rusia.
(^______^)
OK, nak start sendinf another postcard lagi. Tapi mana nak cari postcard lagi kat Ipoh ni?
Tak pernah jumpa pun. Huhuhu.

Sunday, November 4, 2012

Unboxing: First Wonderbox October 2012

Wonderbox Malaysia Suzlin
It's been throughout Facebook since last May 2012 and this will the First Wonderbox Debut Box. I received mine last month on 23rd. Don't you just love packages of beauty goodies in your mailbox?

Lippy Girl Organic Mineral Blush & Lipstick Review

     Remember my blog entry on how dangerous substances or certain chemical in makeup/skincare which may harm your body? [click HERE and HERE]. Good news! Now there's an alternative to it: ORGANIC MAKEUP by lippygirl. I've been using lippygirl Mineral Blush [in Wall Flower] and lippygirl Lipstick [in Nudist] every now and then since I get it together with my September BBF Beauty Box Subscription. So now, I would like to share my thought.
Lippy Girl

Pink Guava Ice-Pop!

     Feel so jelly with Tammy and her Zespri Kiwi Ice-pop, I decided to make one. So yesterday I went to Daiso and buy ice-pop mould for RM5.
Forgot to buy fruits and dalam fridge cuma ada chery tomato (+_______+)" so I use fruit juice instead. Just can't wait until morning~!
#momment of truth
*this morning*
[with star wars soundtrack in the background]
The ultimate bomb-diggity guava ice-pop!

Pagi-pagi makan eskrim pop.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...