Monday, October 1, 2012

BELANJAWAN 2013 – PEMBERIAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M 2.0) KALI KEDUA

Belanjawan 2013 – Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) Kali Kedua | Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bantuan yang dikenali sebagai BR1M 2.0 itu melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang. Beliau berkata bagi memudahkan pelaksanaan, penerima sebelum ini tidak lagiperlu mendaftar untuk kali kedua, manakala pemohon baru boleh mendaftar mulai November ini secara online atau datang sendiri ke kaunter di Pejabat PembangunanNegeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara.

“Hakikatnya bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis, malah manifestasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab danmampu mengurus kewangan negara dengan berhemah,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat.

BR1M 2.0 merupakan susulan kepada BR1M tahun ini yang menyaksikan kerajaanpersekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000sebulan ke bawah, yang dimanfaatkan oleh 4.3 juta isi rumah, yang membabitkanperuntukan kerajaan menjangkau hampir RM2.16 bilion.

1 comment:

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...