Wednesday, January 11, 2012

Cita-cita.

     Aku percaya since korang kecil-kecil dulu, mesti korang ada cinta-cita kan? Ada yang nak jadi polis, cikgu, ahli bomba, ahli perniagaan, saintis, askar dan yang nak jadi Power Rangers pun ada. Aku pun sama. Cita-cita time:
Sekolah Rendah
Cikgu. Ikut kawan punya cita-cita.
Sekolah Menengah Rendah
Interior Designer. Penangan main game The Sims banyak sangat.
Form 5
Pakar Pemakanan/ Doktor. Konon-kononnya nak sama dengan boyfriend aku masa tu yang tengah ambil course dietitic kat UIA. [Sekarang dah jadi ex-boyfriend *batuk-batuk*]
     Bila result SPM keluar, aku agak terkilan lah. Result aku OK tapi kalau nak jadi doktor, terang-teranglah tak dapat *nanges* I'm a little bit lost though that time. Rasa macam dah tak nak sambung belajar. Sampailah satu ketika, entah apa mimpi tiba-tiba terlintas dalam fikiran aku ni yang aku nak jadi Cikgu Tadika. Bila aku ketengahkan idea tu kat parent, my parent cakap macam ni lebih kurang,
"Kalau nak jadi cikgu tadika, baik tak payah belajar. Bukan tak ada course lain,"
So kena reject siap-siap. OK. Lepas tu, aku dapat sponsorship dari Hospital Pantai, study and kerja terus kat sana as a nurse. Tak dapat jadi doktor, jadi nurse pun cukuplah kan. Ibu aku awal-awal dah cakap,
"Tak boleh!"
     Lastly disebabkan kawan-kawan aku yang lain dah sambung belajar and aku terasa seperti the one who left out. Bila ayah aku suruh pergi buat foundation business, aku terus pergi. Ya, aku tahu. Course yang sangat menyimpang dari bidang dan minat aku. Lepas tu rasa menyesal. I end up "cabut lari" after 1st sem even masa first sem tu dapat DL.
     Lepas tu tak belajar, aku jadi assistant ayah dekat office.*nanges* Jadi buruh paksa selama 2 tahun. Nak dipendekkan cerita, disebabkan aku dah malas nak kerja, aku ambil keputusan untuk sambung belajar. This time for real. Pharmacy course. 
     Now, aku tengah buat praktikal setahun dekat Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. And to be honest, aku rasa seperti lost lagi dan dipersimpangan dilema. Nak sambung belajar sampai jadi doktor/lecturer OR nak terus kerja? Pharmacy. Belajar susah. Kerja pun susah. Pening kepala.

3 comments:

  1. hehe..tu lah belajar pun susah kerja pun susah jugak.


    P/s : Boleh tak saya nak copy pic chibi u can do it kat bawah tu, saya nak buat chibi plush:)

    ReplyDelete
  2. @U-ie betul2.

    p/s: ambiklah. kita pun google je chibi ni (^_____^)"

    ReplyDelete
  3. actually nursing bukan bidang sains..sbb kawan aku yg dak kelas sastera spm pun ada jadi nurse..sebenarnya ianya menyimpang jauh jika seseorg tu bgs dlm sains tp lain la jika subjek sains spm pun main 789 jer

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...