Thursday, September 29, 2011

thank you pharmchem, you ruined my day!

even result paper subjek yang lain memang best.
cuma ada satu subjek yang sangkut.
pharmaceutical chemistry.
thank you pharmchem, you ruined my day!
(T____T)"
bukan tak pay attention dalam kelas.
bukan tak study.
bukan tak study. double.
bukan tak study. triple.
kalau tak study, dapat result tak elok.
mungkin lah tak depress sangat.
tapi kalau subject ni la yang paling banyak study. 
paling banyak bersengkang mata tak tidur malam.
paling banyak..paling banyak..
tuptup dapat result hampeh tahap dewa macam ni.
tak ke rasa macam nak mati di situ?
aaaaaaaarrgghhh~~~~! bacat!
...
dapat sample susu Karihome dengan Poise Sample hari ni~
...
sayang.
betul. taktipu.

Wednesday, September 28, 2011

nak susu.

"In Malaysia, it is estimated that over 1 million people are at risk from osteoporosis, out of which 20% are men" 
Reported by Arthritis Foundation ,Malaysia 
suka susu?
ada orang tak suka minum susu. 
susu ada Kalsium.
keperluan seharian kalsium kita:
AgeDaily Dose
1 to 101000mg/d
11‐181200mg/d
18‐501000mg/d
>501200mg/d
lagi-lagi kalau korang tu tengah breastfeeding/pregnant/ambang-ambang menopause.
ko nak tulang ko patah, gigi ko terabur sebelum waktunya ka bedah?
osteoporosis segala bagai.
yang lelaki ni, walaupun perempuan lebih berisiko, tapi lelaki pun boleh kena jugak tau. tak pun bini-bini korang. kang dah tua, sakit-sakit tulang macam mana nak buat macam-macam position nak keluar berjalan dengan cucu.
kalau tak minum susu, celah mana kita nak dapat Kalsium ni?
one tablespoon of full cream milk powder is 42mg, a square piece of processed cheddar cheese 88mg, half cup of yoghurt 192mg, one cup of fresh cow’s milk 271mg, and one cup of low fat UHT milk 339mg.
amboi sangat omputih ko bedah~melayu punya tak ada ke?
takkan tak ada pulak kan?
ulam a.k.a. Malay Salad
setiap 100 gram..ada..
pucuk betik=290mg Calcium
ulam raja=270mg
pudina=216mg
kailan=179mg
pegaga=171mg
sawi=136mg
pucuk paku=79mg
tauge=25mg
timun=14mg
oh. patutlah nenek aku strong kan?
sayur? yuck tak makan sayur?
buah pun ada kalsium.
setiap 100g nangka ada 37mg Calcium manakala durian 40mg.
jadahnya makan buah sayur sgala kan?
nasi goreng dengan telur mata lembu ngan nasi ayam tak ada ke?
ada. tapi ciput ja.
100g ayam cuma provide 8mg Calcium.
Telur cuma 57mg sajork.
lain?
udang kering setengah cawan ada 128mg.
ikan bilis pun ada, 440mg. cuma bila kita kopek ikan bilis kan kita buang kepala dengaan tulangnya, jadi tinggallah 96mg.
lain2?
ko hengat cincalok dengan belacan tak ada Kalsium?
satu sudu cincalok ada 93mg Calcium while 44g belacan ada 797mg Calcium. 797?!ya. 797mg. korang tak salah baca.
kacang soya pun ada Calcium. tauhu sekeping ada 235mg. and lagi satu fevret to-fu-fah secawan ada 163mg.
kalau aku vegetarian?
kacang-kacang pun ada Kalsium. soya beans is 349mg; kacang dal 326mg, kacang hitam 296mg, kacang kuda 268mg, kacang merah 164mg and kacang ngan yin 131mg.
and lagi satu, kalau makan Kalsium tapi tak ada Vitamin D pun tak boleh jugak. Sebab Vitamin D membantu badan kita menyerap Kalsium. 
Vitamin D needed setiap hari: 400IU-800IU.
celah mana pulak aku nak Vitamin D ni?
selain pemakanan, macam cheese, butter, margarine, ikan; ko jemur je diri ko tu dalam 15 minit sehari kat matahari. senang kan?
ok. dah, lepas ni jangan bagi alasan.
TQ.
motif entry: aku rasa aku nak buat GA. hadiahnya ni,
satu tablet dah memang ada Calcium and Vitamin D sekali
 korang nak masuk tak?
x. ni bukan iklan CCM company.
oh. lagi satu. susu ibu adalah susu yang paling terbaik k?

Tuesday, September 27, 2011

korang rasa korang dah layak kahwin?!

entry ni aku kopi dan pasta orang punya.
[sini] dan [sini] dan mana-mana lah.
cuba uols try google "tanda wajib kahwin"
mesti ada.
so, aku tampal la kat sini.
sharing is caring kan? kan?
special untuk bahan bacaan orang bujang.
10 tanda wajib kahwin.

[1] Hati merasa sunyi walaupun dikeliling ramai orang.
"Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya; dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Surah an-Nur : 32)

Apabila seseorang merasa sunyi walaupun ramai orang disekelilingnya, itu adalah tanda bahawa sudah sampai waktunya dia perlu berkahwin. Dia memerlukan seseorang untuk mengisi kesunyian tersebut. Bagi mengelakkan berlaku perkara tak elok, dia wajib berkahwin. Sabda Rasulullah S.A.W.;
" Sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua." Hadith sahih riwayat Ahmad, an-Nasa'i, at Tarmizi, Ibn Hibban dan lain-lain.

Apabila manusia berseorangan, dia lebih mudah terdedah dengan godaan dan tipu daya syaitan. Oleh itu, berkahwin dapat menyelamatkan kehidupannya.

[2] Kehidupan tidak terurus
Kehidupan terurus amat penting kerana kehidupan sepatutnya menjadi medan untuk beramal soleh dan menunaikan kewajipan serta perintah Allah mengikut lunas² Islam. Kehidupan tidak terurus seperti tidak kemas, rumah yang bersepah dan macam² lagi. Oleh itu, orang seperti ini wajib berkahwin supaya mereka lebih bertanggungjawab serta berkeyakinan untuk menjalini kehidupan yang lebih bersistematik.

[3] Jiwa menjurus kepada berlawanan jantina
Korang pernah merasa berdebar² semasa lalu atau berada berhampiran dengan orang berlainan jantina? Kalau ya, jangan sesekali duduk berdekatan. Cukup la sekadar melihat dari jauh. Rasulullah S.A.W. bersabda;

"Maka sesiapa yang fitrahnya diarahkan kepada sunnahku, maka dia telah mendapat pentunjuk. Sesiapa yang fitrahnya terarah kepada selainnya, maka dia telah binasa." - Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Hibban.

Kalau hati berdebar² semasa memandang orang berlainan jantina, maka golongan ini tergolong dalam golongan yang diwajibkan kahwin. 

[4] Hilang fokus apabila ada orang berlainan jantina
Hilang fokus apabila ada orang berlainan jantina biasa berlaku kepada orang bujang. Ini menyebabkan gangguan kepada tugas harian seperti hilang tumpuan, prestasi kerja merosot dan lain² lagi. Jadi untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, jalan paling selamat dan ubat paling mujarab ialah berkahwin.

[5] Cemburu melihat kebahagiaan orang lain
Perasaan cemburu terbahagi kepada 2 iaitu ke arah kebaikan dan ke arah keburukan (hasad). Perasaan hasad boleh memhapuskan kebaikan yang ada pada diri. Sabda Rasululah S.A.W. ;

"Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu." Hadith riwayat Abu Daud

Jika korang ada rasa cemburu atau dengki melihat kebahagian orang lain terutama kebahagian kawan², korang wajib segerakan perkahwinan.

[6] Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak
Ini berlaku kepada mereka yang sudah sampai seru untuk berkahwin. Perasaan keibuaan atau kebapaan sudah mula wujud dalam diri dan ini menunjukan seseorang itu sudah sampai waktu untuk memiliki keluarga sendiri.

[7] Jatuh cinta pada seseorang
Jatuh cinta adalah fitrah manusia yang dapat dielakkan. Lelaki akan tertarik kepada perempuan dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu, perkahwinan adalah sebaik-baik hubungan antara lelaki dan perempuan.

[8] Desakan hawa nafsu
Ini biasa berlaku kapada golongan yang baru mencapai usia remaja. Golongan dewasa yang mencapai usia pertengahan juga mempunyai desakan ini. Mereka perlu berhati² mengawal desakan hawa nafsu ni dan cara yang paling selamat untuk mengawal desakan ini ialah berkahwin.

[9] Beronani
Kebanyakan orang tau maksud beronani. Kalau tak tau, sila cari maksud dengan pakcik Google. Beronani adalah satu dosa di sisi Islam. Firman Allah S.W.T.;

"Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri dan hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Barang siapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang yang melampau batas." - Surah al-Mukminun; 5-7

Jadi untuk mengelakkan perkara tersebut terjadi, kahwin adalah satu jalan yang betul.

[10] Dorongan untuk melakukan hubungan intim
Seseorang itu wajib kawin jika wujud dorongan untuk melakukan hubungan intim.

dah habis baca? faham?
baguslah kalau faham kan. jangan jadi macam ni pulak:
korang faham maksud aku kan?
aku tak sanggup nak letak gambar "tu" sebab rasa marah and nak nangis.
*emosi*

adik aku dah jadi artis!?!?

betul. tak tipu.
adik aku yang bongsu umur 4 tahun tu dah jadi artis.
Dan Bila Esok-Daniel

[video]
video
sangat tak boleh blah ok~
Kaklong dia pun tak pernah upload video sendiri kat FB.
ok. aku rasa tergugat di sini.

monday blues.

penat giler hari ni. 
walhal kelas ada satu ja.
(*___+)"
lepas kelas terus pergi Jaya Jusco.
Redeem barang Estee Lauder.
maklumlah. nak beli tak mampu kan~
tak try lagi.
tapi macam OK. 
then macam biasa kalau dah sampai JJ mestilah pergi MPH kan.
duit tengah tak ada tapi aku dok galak jugak beli buku ni:
World's 200 Hardest Brain Teasers: Mind-Boggling Puzzles Problems And Curious Questions To Sharpen Your Brain
By Gary R. Gruber
Harga: RM24.90
kenapa beli?sebab nak mengaktifkan otak secara optimum *chewah* korang tau tak bila otak tak digunakan , brain loses brainpower bilamana dendrite dalam otak anda tu lost connection with major centre, and receptor sites fall away, blocking the passage of neuron transmission bla bla bla.
sangat jadah explainantion nya.
senang cerita. kalau otak anda tak gerak, haruslah otak anda makin lembab dan lembab dan lembab.
senang cerita.
so, dengan buat benda-benda lagha berfaedah macam ni,
secara tak lansung otak anda boleh digunakan dengan cara yang baik lah. kalau fikir cara nak buat bom pun ok juga.
and korang tau tak kalau buat puzzle hari2 boleh kurangkan risiko dementia?
apa kejadahnya dementia tu? nanti-nanti aku story ek?
The Groovy Guide Parenting Gen Y and Gen Z 
By Jamilah Samian and Ahmad Fakhri Hamzah
Harga: RM39.90
kenapa beli? oh. ni memang sangat advance ok~ nak kata dah jadi ibu pun belum lagi. Parenting jadahnya kan? saja-saja beli sebab *unexplainable* bajet nak buat preparation siap-siap sebelum jadi ibubapa la kot.
hahaha.
(¬_¬)
saja beli. sebab ada voucher MPH RM15 and buku puzzle tu ada less 30%. So after deduct, total RM42.35.
nanti dah habis baca baru buat review ek?
oh dem. banyak giler dah buku.
rak dah penuh.
tak tahu nak letak kat mana lagi.
ada sapa-sapa nak belikan aku e-book reader tak?
Ipad ke Samsung Galaxy Tab ke?
terima kasih ek?
hahaha.
dah. nak study. next month dah final.
salam.

Sunday, September 25, 2011

merayap di hari minggu Part II @ Festival Filem Malaysia

apa kejadahnya ni?
ini sahaja gambar yang sempat diambil kat
Festival Filem Malaysia.
aku cuma nampak Mamat Khalid dengan Kechana Dewi ja.
yang lain tak tahulah.
ramai orang.
sesak.
tempat kecil.
last-last aku dengan my ❤ pergi tengok motor berkuasa tinggi kat parking.
ducati, yamaha YZF R1, Honda, Suzuki dan apa kejadahnya lagi aku tak tahulah.
*tengok je, nak beli tak mampu kan~*
then terus balik.
boring.

merayap di hari minggu Part I @ Karnival Gegaria Harian Metro

start my day with this apple crumble.
dan bermalas-malasan sepanjang sehari bersama yang tercinta~
hahaha.
pukul 3 petang baru kami pergi Karnival Gegaria Harian Metro 
booth pertama yang kami pergi mestilah booth CCM.
sebab kalau event2 macam ni, diorang biasanya buat sales produk kesihatan gila murah.
kalau biasa RM21, times sale memang macam ni boleh dapat RM16 sekotak. untung2.
tiap-tiap bulan aku memang belikan Baby Daniel vitamin ni:
 
so, aku beli lah banyak2 buat stok.
and~
korang tau tak aku beli 5 kotak vitamin di atas and aku dapat Flavettes Cal D3 300mg ni 10 kotak?
hahaha. 
and Hand Sanitizer 500ml ni dapat 5 botol!
kenapa? tak percaya ke?
tengok ni:
giler murah. kira beli 5 percuma 15!
tak~~ni bukan barang nak dekat expired dan bukan barang reject. memang dia jual murah macam ni. terus dari ladang kot.
lepas tu kami pergi rumah hantu~~
macam seram kan? memang seram pun.
harga tiket RM2.
serius. sepanjang-panjang perjalanan kat dalam rumah hantu tu aku pejam mata je.
hahaha.
(*___+)
ok. done.
sambung malam kang.
nak cerita pasal Festival Filem Malaysia pulak kat Part II.

kena minum air banyak tau~!

korang tau tak air tu penting?
*ya kami tau~~tapi tak kisah pun*
selalunya budaya bawa bekal air ni student Cina selalu buat, bukan main besar botol air diorang angkut kehulu-kehilir.
*ni berdasarkan pemerhatian aku la, tak tau la kalau korang*
student melayu?
tak ramai yang buat. 
kalau ada pun mesti kecik ciput je botol airya.
*aku pun sama termasuk*
fx air: maintain suhu badan, metabolism lemak dalam badan, membantu sistem penghadaman, angkut nutrient ke seluruh badan, angkut oksigen ke otak, detox dan banyak lagi la.
setiap orang kena minum at least 8 cawan/2 Liter air 
setiap hari, 
kalau korang suka exercise/overweight *macam aku* 
haruslah kena minum lebih dari 2L tau~
ada satu lagi misconception:
ish, kalau aku minum air banyak, kembung air la aku. gemuk. sembap. baik tak payah minum air banyak sangat.
korang dah silap ni, korang tau tak badan korang sembab bukan sebab banyak air. badan sembab sebab kurang air la syg oi~~
bila kita kurang minum air, air yang sepatutnya jadi air kencing tu, akan reabsorb back kat dalam badan.
tak pun badan kita serap balik air kat dalam darah tu, menyebabkan kapilari darah kita jadi kecik, darah jadi pekat, and jantung susah nak pump darah.
implikasinya, korang boleh dapat darah tinggi, tinggi kolestrol, dan heart disease yang lain. tak ke haru. 
korang nak ek macam tu?
cakap senang lah. macam mana aku nak minum air sampai 2Liter tu?
meh aku kongsi macam mana nak increase pengambilan air kita:
[1]
masak air banyak2 bubuh dalam botol.
letak tepi katil, tepi meja solek, tepi loker, tepi laptop dan sebagainya. dan jadikan budaya, bila nampak je, terus minum.
[2]
tak suka minum air kosong, buat la lemonade ke apa bubuh dalam peti ais. 
ni resepi aku:
air 
madu 
gula 
lemon
limau nipis/kasturi 
tak pun, kalau dah malas sangat, buat lah air glukos, ribena ke apa. kalau lagi malas tahap dewa gaban. potong timun bulat2 pastu masuk dalam air sejuk. oh sedap. boleh tampal kat mata jugak.
[3]
tak mau minum air, banyakkan makan buah macam buah tembikai, tomato etc.
[4]
beli botol air cantik. semangat sikit nak tayang kat classmate.
tips: bubuh straw tau.
aku tak tahulah kenapa, kalau minum gitu air aku lambat habis. kalau pakai straw air cepat habis.
cuba korang try pulak.
[5]
tak mau minum air, selalu terkencing!
yang ko pi minum waktu nak tidur buat apa. minum la siang-siang.
[6]
macam mana korang tau korang minum cukup air?
kalau kencing korang kuning. kira tak cukuplah tu. takkan tak tahu kut. kalau air dah minum banyak, tapi kencing kuning gak. pi jumpa doktor cepat. ada masalah kidney agaknya.
[7]
kurangkan ambik kopi [kafein], ni semua diuretic. buat korang kuat kencing.

dah cukup. tu je aku nak bebel. meh kongsi-kongsi tips.
boleh kita tambah-tambah pengetahuan.

Saturday, September 24, 2011

rasa nak makan macam-macam (*___+)"

this week aku craving macam2.
rasa nak makan mille crepe, chocolate mousse, roti kacang pool, rendang daging, tauhu bakar, laksa~
eh. macam-macam lah.
(*____+)"
dugaan berdiet ni. woOooOooOo~
...
hari ni bangun pagi terus kemas rumah, basuh baju, 
buat apple crumble.
*juicy tak? hahaha. sedap tau makan dengan aiskrim vanilla*
masak awal sikit sebab my ❤ start kerja pukul 12 hari ni.
lepas tu pergi beli grocery sikit kat Tesco.
masa tengah beli belah tu aku terpandang satu benda ni.
Bubur Nasi Knorr sedia dalam 2 minit.
Harga RM3.50 dalam ada 3 paket.
so, aku pun angkut lah~
nanti aku review-ing, OK?
hahaha.
then, singgah Skynet ambil parcel semalam.
aku dah agak dah, memang dari Bausch and Lomb.
tadaa~
lepas tu breakfast, on the way balik pergi Giant 
kejap beli ice-crem
nomnomnom
...
sedih tau kena tinggal sorang-sorang.
my ❤ pi kerja.
dah lah. aku nak study.

Friday, September 23, 2011

yes. jumaat!

Quote of the day:
kalau ko pi brkfst dengan kawan-kawan sekelas, dan roti canai sekeping tu tak cukup, jangan segan nak order lagi. then cakap macam ni, "Korang jangan tertipu ye, ni bukan aku sengaja melahap, ni aku makan untuk anak aku dalam perut ni *tunjuk perut* lagi 10 tahun akan datang"~jangan lupa order air tambah jugak. takut 10 tahun akan datang, anak ko tercekik takda air.
...
akhirnya weekend menjelang tiba.
(。◕‿◕。)
dah ada plan kot.
esok pagi nak buat apple crumble makan dengan aiskrim...lagi!
kemas rumah and sambung study apa yang patut
*cemerlang..cemerlang..amin..*
lepas tu hari ahad siang nak pergi Gegaria Harian Metro dekat Dataran MBI Ipoh and malamnya nak pergi tengok Festival Filem Malaysia dekat Lost World of Tambun.
*depan rumah je*
...
dapat parcel hari ni, tapi tak ada orang kat rumah so, esok kena pergi ambil kat Skynet la.
dah tau dari sapa. Baush and Lomb sebab hari tu aku ada request sample Biotrue™ Multipurpose Solution:
best. best. best.
nak beli tak mampu kan~ request sample saje lah.
hahaha.
...
mengenai pelaburan emas.
aku rasa duit simpan yang ada sekarang ni aku nak beli emas.
melabur demi masa depan.
yeah!

[review-ing] Sweet Teatime Mini Set

hari tu kat entry ini aku ada menang 
Sweet Tea Time Mini Set kan?
hari ni aku nak buat review sikit:
Sweet Tea Time Mini Set from my Beauty Diary
Harga: RM39.90@Guardian
dalam kotak ni ada:
Vanilla Souffle Face Scrub 50ml
Strawberry Yogurt Amino Acid 30ml
Chocolate Truffle Sheet Mask 1pcs
Earl Grey Tea & Macaron Sheet Mask 1pcs
start with:

Vanilla Souffle Face Scrub
what it's claims?
A scrub foaming cleanser with fine & elastic lather, it contains natural papaya yeast plus plant-based moisturizing factors, and gives you a mild but intensive skincare performance. Once pressed, it generates soft & scented souffle instantly, apply gentle on skin and enjoy this comfortable skincare treatment! For general skin types.
appearance etc.:
face scrub macam whipped cream. sama konsep macam 
Ginvera Marvel Gel or Gel Pengelupasan Syahirah cuma yang ni dalam bentuk mousse.
cara guna:
clean your face, 
[shake bottle before use] 
press and spread all over the face
[except lips dengan mata]
 lepas tu, buat urutan kat kulit muka secara membulat, 
*don't to harsh* till you see some grain.
like?
packaging cantik
yup, it works. clear skin.
dislike?
bau tak best pon, bau Alkohol je lebih
a lil bit irritate my sensitive skin
pedih mata
mahal
overall
2/5
love the result, tapi mahal. kalau beli produk ni sahaja RM69.90 untuk 120ml. tak berbaloi. better beli yang murah macam Gel Pengelupasan Syahirah. tak mau beli lagi. 
tapi kalau dapat free, haruslah mau kan~

Strawberry Yogurt Amino Acid 
what it's claim?
 A mild creamy cleanser that does not contains soap content, while with the use of amino acid with fruity strawberry & yogurt extract as cleansing ingredients. Soft, comfortable like yogurt, mild, and with pH value very similar to skin, it helps remove dirts while balance sebum and moisture level, would be another new kind of cleansing experience with romance.
appearance etc.:
thick and creamy. ada macam manik-manik warna merah.
like?
wangi macam bau gula-gula
packaging cantik and dalam mangkuk yang kire eco jugak la sebab boleh guna sehingga titisan terakhir. tak macam conventional facial wash bubuh dalam tube kan~ inovatif habis!
guna sikit pun banyak buih.
dislike?
pekejadahnya korek pakai jari, tak hygienic
mahal
overall
2/5
tak mau beli. bwek~

Chocolate Truffle Sheet Mask dengan Earl Grey Tea & Macaron Sheet Mask
what it's claim?
Chocolate Truffle Sheet Mask. Moisturising & softening the face in a 20-minute treatment.
Earl Grey Tea & Macaron Sheet Mask. Illuminating & clarifying the face in a 20-minute treatment.
appearance etc.:
normal. macam sheet mask yang lain juga. buka packaging dan bubuh kat muka for 20 minutes. cuma aku tak pakai 20 minit, aku pakai berejam sampai mask tu kering betul. jimat~
like?
terbaik~! mask ni dah termasuk dalam favourite product aku.
memang berkesan especially Earl Grey Tea Macaron Sheet Mask. buat muka cerah berseri kalah Lisa Surihani~
wangi~! satu macam bau teh hijau ke apa, satu lagi mestilah bau cokelat kan.
dislike?
mahal. tu je.
overall
5/5
terbaik! nak beli lagi kalau ada duit lebih!
highly recommended.

ok. TQ.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...