Wednesday, December 14, 2011

::Tips Pilih Suami::


Kalau nak cari pasangan, yang paling utama macam yang islam anjurkan lah. kekayaannya, kecantikannya, keturunannya dan sebab agamanya. tu semua kita dah tahu kan. ye2, semua nak pasangan yang penyabar, penyayang segala bagai. tapi aku tak cakap pasal tu. aku cakap pasal lain hal. so, entry ni aku nak based on my observation la~ macam mana kita nak tahu yang dia la orangnya yang sesuai dengan kita. boleh jadi pasangan kite ke x.

"link" atau "connection" yang ketara
bukan link atau connection internet segala bagai. tapi persefahaman. kadang2 tak payah cakap banyak sesama sendiri. kadang2 cuma dia pandang kita, kita pandang dia, xcakap apa pun korang dah tau apa yang dia nak cakap or buat. dia pun sama. senang cerita macam kita dgn mak kita lah, kalau kita tipu dia ka, kita pi merayap lepas sekolah ka, mesti ja mak kita tau kan. padahal dah cover baik punya~maknanya, pasangan anda tu dah memahami anda sesangat.

susah senang bersama 
sentiasa bersama korang tak kira susah bergelumang masalah sekalipun, dia akan membantu. walaupun korang buat silap besar sekalipun, dia tetap di belakang korang bagi nasihat tanpa buat korang down dll. kalau korang down pun, dia UP kan balik. hahahaha~

dia ada perancangan 10 tahun akan datang dan korang termasuk dalam rancangan tu
especially lelaki kan, diorang geli nak plan kahwin bila, anak berapa, nama anak apa. aku pun geli. serius~~tapi kalau dia dah boleh bercakap pasal tu dengan korang. hmm~~faham2 lah.

boleh tak korang cakap apa2 sahaja,dimana, bila-bila masa jua dengan dia?
perempuan memang banyak cakap. betul~serius. lelaki tak suka perbualan yang lebih 3 PATAH PERKATAAN. so, kalau dia betul2 ikhlas and faham kita. dah kawan 4,5 tahun pun dia still suka dengar kite merepek merapu segala macam segala bagai. 

being yourself.
OK. korang dah kenal lama and biasa dengan dia. dulu memang jaga makeup segala bagai, tapi sekarang bared face sajork. ada tak dia kutuk korang, buat korang rasa down. atau korang kena jadi "orang lain" dan bukan diri sendiri kalau berhadapan dengan dia? fikir2 kan lah. aku tak, aku dgn si dia relax je lawan kentut sama2 sebab kitorang jadi diri sendiri kan~

respect
penting. kalau belum ada ikatan yang sah. dia dah pegang2. hmm~~memang patutla difikir fikir balik. bak kata ayah aku,kalau kite beli pasu bunga kristal nak ke kite pecahkan? sama la macam perempuan. kalau lelaki betul sayang, nak ke kita rosakkan atau dirosakkan? pasu bunga kristal kalau pecah mungkin boleh tampal gam uhu balik, tapi garis retak2 tetap ada. kan?

sebaik-baiknya, kalau nak cari pasangan tu carilah yang korang dah kenal lama. cari lah di kalangan rakan-rakan korang. aku tak faham kenapa budak-budak sekarang baru kenal je terus nak couple kan. pastu bajet tulis kat status FB, blog etc. cinta setia sampai kesyurga selama-selamanya. menanti di pintu syurga segala bagai. soalan aku: korang confirm ke korang masuk syurga? confused aku. lagi satu tak payah la nak cari yang pasangan sempurna, memang tak ada. tak ada yang adil pun dalam dunia ni. kalau hensem, miskin sangat pulak. kalau kaya, hodoh sgt pulak. kalau hensem, kaya, bergaya, bekerjaya tapi mengabaikan kita pulak. ahh~~yang penting cari yang boleh bekerjasama dengan kita dalam nak bina masjid. kalau nak kaya, sama-sama usaha cari duit. kalau nak yang pandai masak, ambil langkah inisiatif masuk kelas masak sama2. apa susah sgt, yang penting bahagia. harap entry ni membantu walaupun ayat macam tunggang langgang. kalau ada cadangan, bantahan atau nak tambah apa2. sila2lah k.TQ.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...